2008 May
Monday, May 12th, 2008
at 12:50am

Ketika saat entri ini di’tulis, aku yakin hampir semua mereka yang memohon untuk kemasukan universiti ambilan Julai 2008 sudah mengetahui keputusan permohonan mereka. Tidak kira’lah samada laluan kau melaui matrikulasi atau terus memohon selepas Sijil Pelajaran Malaysia. Kepada yang berjaya menempatkan diri di’mana-mana universiti, tahniah dari Mohd Ismail dot Net dan kepada yang tidak berjaya, khabarnya ada second intake untuk Oktober 2008. Jangan putus asa, hidup tidak pernah berakhir selagi nyawa ada.
Sebagai seorang yang telah melalui kehidupan di’universiti awam milik Malaysia selama 4 tahun, ingin ku berkongsi sedikit tips persediaan yang realistik untuk seorang bakal mahasiswa yang akan menjadi kebanggaan ibu bapa kelak. Apa yang aku tulis, bukan untuk menakut-nakutkan kau, tetapi lebih untuk memberi gambaran sebenar apa yang aku lalui selama 4 tahun bergelar mahasiswa (sebenarnya, aku kurang suka istilah mahasiswa ni, apa yang ‘maha’nya entah).
- Ini Adalah Jalan Hidup Kau — Selama’nya. Jika kau pilih bidang kejuruteraan, kau akan jadi jurutera, Jika kau pilih bidang masakan, kau akan jadi chef. Jika kau pilih bidang kewartawanan, kau akan jadi wartawan. Jadi, sebelum masuk ke universiti bersama bidang yang kau pilih, pastikan kau bersedia 100% untuk taat setia kepada bidang itu & bidang itu sahaja. Di’universiti, tidak ada jalan untuk kau berpatah balik untuk memilih jalan yang lain. Universiti adalah jalan mati. Walaupun ada kes graduan univeristi memiliki pekerjaan dalam bidang yang berlainan, peratusan’nya begitu sedikit & boleh di’abaikan.
- Komitmen Luar Biasa. Aku boleh kata, di’universiti kau perlu berikan komitmen 300% lebih dari apa yang kau lakukan di’kolej matrikulasi atau di’sekolah menengah. Dahulu, sebelum aku ke universiti, ada orang kata yang universiti adalah tempat yang mudah untuk score walaupun aku goyang kaki. Tahi’lah. Jika kau betul-betul ekstrim super-super genius, itu mungkin betul. Jika kau orang biasa-biasa seperti aku, kau akan merasa sakit sampai ke punggung jika tidak ada komitmen.
- Pensyarah Adalah Kawan Karib. Sebelum aku masuk universiti, aku tidak tahu yang hubungan dengan pensyarah akan mempengaruhi keputusan setiap semester. Bukan secara langsung maksud aku, tetapi secara jangka panjang’nya — jika kau baik dengan pensyarah, kau akan memperoleh input yang lebih berbanding pelajar lain. Jika kau rajin bertandang ke bilik pensyarah & bertanyakan soalan, pensyarah akan mengenali kau & tidak segan silu memberikan input yang orang lain tidak dapat. Jangan terkejut jika hubungan baik dengan pensyarah akan memberikan kau hint soalan peperiksaan yang 100% tepat. Aku pernah alami. Cuba berbaik dengan pensyarah — bukan mengampu, tapi mahukan sedikit ilmu ekstra sebagai bekalan.
- Cari Rakan Yang Boleh Di’harap. Jika kau ingin berjaya, kau kena duduk di’kalangan mereka yang ingin berjaya dan pemilihan rakan adalah satu perkara yang kritikal di’universiti. Di’universiti nanti, kau akan ketemu orang yang cita-cita’nya mahu masuk universiti & setelah masuk, mereka akan sambil lewa kerana cita-cita mereka telah tercapai. Jangan di’harap sangat orang sebegini. Jika boleh, cari rakan yang boleh di’ajak belajar bersama-sama atau bentuk satu study group. Ia sangat membantu.
- Jangan Kedekut Dengan Buku. Jika matapelajaran yang kau ambil memerlukan kau membeli buku teks, beli! Tapi beli dengan bijak, pastikan buku tersebut menyumbang banyak input dan berbaloi untuk di’beli. Jika kurang 20% sahaja dari isi kandungan buku tersebut kau gunakan, beli versi xerox. Buku yang kau beli akan kau gunakan sehingga alam pekerjaan — jurutera di’tempat latihan industri aku beritahu.
- Pastikan universiti kau ada sambungan internet. Supaya kau boleh terus membaca Mohd Ismail dot Net & layan YouTube jika bosan.
Ok, point terakhir itu sebenarnya tidak perlu sangat tetapi 5 perkara di’atas adalah sesuatu yang aku alami sepanjang aku belajar di’sini. Kawan-kawan yang sudah bergraduasi atau sudah berada dalam lapangan kerja, ada apa-apa nasihat untuk adik-adik kita yang akan melangkah masuk ke alam universiti penuh indah dalam masa dua bulan lagi?
Saturday, May 10th, 2008
at 8:57am

Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) semalam melancarkan kenderaan baru mereka yang di’beri nama Nautica. Kenderaan jenis 4WD SUV ini adalah model pengganti untuk Perodua Kembara yang menjadi hits sekitar 1999 dahulu.
Pertama kali aku lihat foto-foto teaser di laman web rasmi Perodua Nautica, aku jatuh cinta dengan lampu hadapan & bentuk keseluruhan kenderaan ini walaupun tidak jelas dan aku kata,”kereta ni boleh ganti kegilaan orang terhadap MyVi..”.
MyVi sememangnya segmen kenderaan yang berlainan, tetapi di’Malaysia yang ketandusan kereta-kereta kool membuatkan apa sahaja jenis kenderaan keluaran tempatan yang keluar akan di’angkat sedaya upaya menjadi kenderaan yang kool. MyVi salah satu’nya yang berjaya. Proton Savvy tidak kool. Proton Juara bukan kenderaan, ia sebuah kotak bergerak.
TETAPI, hari ini baru aku tahu, Perodua Nautica bukan rekabentuk asal hasil tangan jurutera Perodua. Kenderaan ini adalah 100% duplikasi kepada Daihatsu Terios (yang baru) & Toyota Rush. Perodua Kembara dahulu’pun mengambil Daihatsu Terios sebagai asas. Untuk Nautica, walaupun Perodua claim yang bumper hadapan Nautica adalah buatan Malaysia, apa makna’nya jika keseluruhan bahagian lain adalah dari Jepun?
Perodua Nautica bukan kenderaan buatan Malaysia, ia kenderaan duplikasi Malaysia.
Sampai point ini, aku sendiri tidak faham akan proses ekonomi dunia sehingga memaksa tiga syarikat kenderaan yang berlainan mengeluarkan satu model yang 100% sama. Mercedes Benz & Brabus adalah contoh yang cukup berbeza. Brabus mengambil basis kenderaan asas Mercedes dan tune/upgrade menjadi lebih baik. Tidak tahu’lah kalau merekabentuk bumper hadapan adalah terma lain untuk Advance Automobile Tuning.
Jika kita membandingkan harga Toyota Rush, yang di’lancarkan awal tahun ini & Perodua Nautica yang mempunyai spesifikasi yang sama, Toyota Rush (RM85,000+) boleh di’miliki dengan harga yang lebih rendah berbanding Nautica (RM89,000+). Jika aku menjadi pembeli, aku akan lebih bangga memandu Toyota Rush berbanding Perodua. Persetankan semangat nasionalisme kerana kita sekarang duduk dalam masyarakat yang menuntut macam-macam.
Kredit - Gambar & maklumat oleh PaulTan.org [1] [2]
Friday, May 9th, 2008
at 7:06am

Tajuk entri kali ini di’ilhamkan dari tajuk sebuah lagu band anak muda comel-comel yang sedang menjadi pojaan (yep, with ‘o’) hati segenap lapisan masyarakat Malaysia, termasuk adik perempuan aku — Bila Aku Sudah Tiada oleh Hujan.
Hari ini Menteri Besar Perak yang baru turun ke Parit Buntar. Acara yang bertemakan pemimpin bertemu rakyat menyaksikan beberapa aturcara yang di’susun dari lepas Zohor sehingga ke tengah malam. Dan, kesemua acara tersebut sepatut’nya di’hadiri oleh MB Perak ini, tetapi hanya satu aturcara sahaja yang sempat beliau hadiri iaitu pertemuan dengan kakitangan kerajaan.
Ucapan beliau bosan. Berisi tetapi bosan. Bukan aku bias dengan pemimpin dari Pakatan Rakyat. Ucapan Anwar Ibrahim best, Tuan Guru Nik Aziz juga best, tapi Nizar Jamaluddin — seperti mendengar ucapan dari pita kaset. Aku rasa ada baik’nya sessi ucapan keras beliau itu di’ganti dengan sessi soal jawab bersama kakitangan kerajaan. Sudah’lah berjumpa bukan selalu, sekali berjumpa masih perkara yang sama di’canang seperti sebelum pilihanraya. Dan, aku lihat Nizar Jamaluddin pada hari ini, tidak begitu murah dengan senyuman. Letih barangkali.
Malam itu, ada ceramah atau forum dengan pemimpin PAS dan sepatutnya Nizar Jamaluddin hadir sama. Beliau ada urusan lain di Ipoh & perlu pulang dengan segera. Tidak mengapa kerana wakil beliau yang memberikan hujah malam itu lebih menghiburkan berbanding ucapan beliau pada awal hari. Aku lupa sudah siapa nama wakil MB Perak ini.
Malam tadi sebenarnya sejarah buat aku sebab itu’lah pertama kali’nya aku menjejakkan kaki ke tapak ceramah/aktiviti/forum anjuran PAS seumur hidup aku. Dan, kerana itu’lah aku rasa agak janggal berada di’kelompok manusia yang majoriti’nya berkopiah putih sedangkan aku seorang memakai jeans+t-shirt+kamera sepanjang hari ke hulu ke hilir.
Sebagai persedian , aku rembat sehelai t-shirt hitam dengan tagline ‘Berpakat Untuk Rakyat’ untuk di’pakai jika ada majlis sebegini rupa di’masa hadapan.
Wednesday, May 7th, 2008
at 4:19pm

Adakah anda tahu yang nasi beriyani kini dengan senang lenang’nya boleh di’dapati dengan harga RM2.50 sepinggan — kenaikan RM0.70 berbanding minggu lepas? Tahukah juga anda bahawa RM2.50 itu adalah semata-mata untuk sepinggan nasi tanpa lauk. Cis. Harga makanan semakin mahal & satu undian di Harakah Daily menunjukkan 87.5% memilih kerajaan yang memerintah sebagai pihak yang harus di’persalahkan. Tiada komen untuk itu.
Tetapi, apa kata kita ubah sikit (sikit) tabiat perbelanjaan makanan untuk diri kita supaya beban kenaikan harga makanan akan berkurangan ke’atas diri kita & keluarga kita. Orang Amerika selalu petik ayat ni — tapi aku twist sikit khas untuk entri kali ini, jangan di’tanya apa yang negara boleh lakukan untuk anda, tanya apa yang boleh anda lakukan untuk diri anda sendiri.
Semoga apa yang aku senaraikan ini boleh membantu, jika tidak banyak, sedikit dalam hal perbelanjaan untuk makanan seisi rumah. Bukan berkira dengan makanan, tetapi ini lebih kepada pengurusan kewangan berhemah.
- Buat Senarai Perbelanjaan. Tidak semua orang rajin menulis satu-satu apa barang keperluan untuk di’beli, tetapi dengan adanya senarai tetap, kau tidak akan merapu mengambil semua bahan makanan yang menjadi idaman. Boleh membazir jadi’nya.
- Jangan Berbelanja Ketika Lapar. Elakkan menjadi seperti tabiat manusia ketika bulan puasa, pergi ke pasar Ramadhan membeli kerana nafsu lapar bukan apa yang perlu di’makan.
- Tetapkan Had Perbelanjaan. Katakan kau tetapkan yang kau akan hanya spend RM50, pastikan kau berbelanja tidak lebih dari itu. Jika kau tidak mempunyai had, boleh jadi kau akan berbelanja secara berlebihan.
- Beli Secara Pukal. Beli barang kegunaan harian secara banyak sekali gus. Elakkan si isteri menjerit meminta kau ke kedai membeli garam halus yang tinggal secubit. Pergi ke’kedai dengan motorsikal pakai petrol ‘kan?
- Kurangkan Gula, Minum Air Kosong. Mengikut pembacaan aku, kandungan gula yang tinggi dalam badan akan membantutkan proses pembakaran lemak & karbohidrat kerana badan akan cenderung menggunakan ‘tenaga segera’ yang ada dalam gula. Kurangkan gula, badan sihat, poket pun selamat.
- Jangan Berbelanja dengan Kanak-kanak. Ini kesilapan yang selalu mak aku buat ketika aku kecil. Mengikut cerita, aku dahulu suka meminta yang bukan-bukan ketika mak aku berbelanja di’kedai. Tidak di’beli, menangis (macam budak kecil). Di’belikan, boleh lari budget belanja hari itu. Maklum’lah, ketika itu mak aku hanya bekerja sebagai operator kilang.
- Elakkan Membeli Makanan Ringan. Bukan sahaja tidak berkhasiat, tetapi makanan ringan juga boleh menjadi racun dalam badan dengan lemak trans & kandungan gula tersembunyi. Simpan duit untuk makanan yang sebetul-betul makanan.
- Jangan Makan di’Restoran. Sekali sekala boleh’lah. Nanti bankrupt pulak pengusaha restoran. Tiada yang lebih enak dan berkhasiat dari makan masakan dari dapur rumah sendiri, kan? Lagipun, nasi beriyani kosong sekarang berharga RM2.50. Boleh pitam kalau bawa satu family makan nasi beriyani.
Ada tips lain untuk berjimat dalam perbelanjaan makanan?
Monday, May 5th, 2008
at 3:21pm

Selamat datang hari Isnin. Satu hari yang menjadi kegemaran ramai orang. Pagi tadi aku tonton TV3 dan Ahmed Tamimi Siregar (betul aku eja?) yang menjadi tetamu jemputan untuk mempromosikan teater terbaru arahan beliau kelihatan mengantuk. Mungkin kerana hari ini hari Isnin. Pop Shuvit & Faizal Tahir juga begitu. Bukan selalu kita boleh lihat artis terkantoi mata merah di’pagi hari. Isnin memang menyeronokkan.
Semalam adalah hari Ahad, hari di’mana selalunya aku akan beli semua akhbar yang ada kerana sisipan & artikel mingguan mereka yang berlainan dan menarik. Penulis artikel akhbar arus perdana nampaknya lebih rajin & kreatif di’hujung minggu. Tetapi, ada satu persamaan di’antara semua akhbar yang aku beli. Mingguan Malaysia, Metro Ahad & Berita Minggu berkongsi satu masalah luahan pembaca — terperangkap dengan cinta suami orang. Periksa semua akhbar tersebut jika tak percaya.
Sebenarnya, masalah ini bukan baru di’Malaysia dan telah terjadi sekian lama. Dan, banyak kisah yang kita dengar berbentuk negatif berbanding yang positif berkaitan hubungan cinta dengan suami orang. Bukan tiada yang positif, tetapi peratusan’nya sangat (sangat!) kecil dan boleh di’abaikan. Masih, ada gadis yang buta tuli terus terperangkap dalam cinta suami orang & berakhir dengan sessi luahan perasaan di’akhbar arus perdana. Aku terasa seperti membeli akhbar untuk membaca pelbagai versi untuk kisah cinta suami orang.
Kenapa si gadis masih terperangkap dalam situasi begitu? Aku bukan pakar perhubungan manusia, tetapi ini sesuatu yang lahir dari akal pagi Isnin aku. Mereka yang terperangkap dalam cinta suami orang ini selalu berfikir yang suami orang adalah seorang lelaki yang perfect. Perfect dari segala segi dan tidak semena-mena, suami orang itu menjadi seorang lelaki yang memenuhi kriteria seorang lelaki sejati. Ini yang sebenarnya.
- Kedudukan kewangan yang kukuh. Oh yeah! Sudah semestinya ini yang seorang gadis cari dalam diri seorang lelaki secara am’nya. Dan, secara kebetulan, seorang yang mempunyai kewangan yang kukuh adalah mereka yang bekerjaya, berusia & sudah berumah tangga. Mereka mempunyai kewangan yang kukuh kerana mereka berusaha untuk menjaga keluarga mereka untuk hidup selesa. Rezeki yang seorang lelaki dapat ketika ini adalah niat asalnya untuk di’nikmati oleh si isteri & anak-anak, dan apa kes kau nak merasa pula?
- Bertanggungjawab & ambil berat. Suami orang sayang, seteruk mana pun seorang lelaki yang bergelar suami orang, mereka sudah tahu apa erti tanggungjawab & bagaimana untuk melaksanakan’nya. Apa yang mereka aplikasikan ke’atas kau adalah satu proses berulang yang sudah mereka tahu itu mampu mempamerkan sifat kejantanan mereka. Kau orang kedua, atau senang cakap apa yang kau terima itu perkhidmatan second hand.
- Romantik & pandai memujuk rayu. Dengar baik-baik, romantik & pujuk rayu adalah bidang yang menjadi kepakaran seorang lelaki selepas kahwin. Kepakaran di’sini merujuk kepada bagaimana mereka mengaplikasikan apa yang telah mereka cuba di’rumah ke’atas gadis-gadis bujang yang mendambakan sifat romantik seorang lelaki. Tanggapan yang lelaki bujang kurang romantik adalah tidak adil. Kenapa tidak kau bentuk sifat romantik seorang lelaki itu untuk kau & hanya kau seorang dan bukan’nya menjadi salah satu bahan eksperimen suami orang untuk memantapkan kepakaran mereka.
Aku tahu majoriti pembaca di’sini bukan’lah gadis-gadis sunti tetapi ada lelaki & suami orang yang boleh tolong sampaikan artikel ini kepada mereka yang memerlukan. Secara realistik’nya, artikel sebegini seperti tidak berguna untuk mereka yang sedang hangat di’lamun cinta dengan suami orang, tetapi mencuba itu’kan lebih baik.
Ada pengalaman terperangkap dengan cinta suami orang?