2012: Tahun Berakhirnya Internet?

Aku ke Digg seperti biasa untuk melepak membuang masa yang ada sementara menunggu penyelenggaraan server aku yang sudah masuk jam ke 48.

Sedikit merisaukan apabila hampir semua laman web yang kau bina untuk menampung kehidupan kau berada dalam satu tempat & jika apa-apa berlaku, ia akan mengambil masa yang lama untuk di’perbaiki.

Apa yang aku jumpa di Digg hari ini? Sekumpulan anak muda yang mendakwa bahawa ada tahun 2012, satu perubahan besar akan berlaku terhadap medium kesayangan kita ini selamanya.

Mereka mendakwa pada tahun 2012 atau lebih cepat lagi, semua pembekal talian internet akan mengubah kaedah mereka terhadap pembekalan internet. Mudahnya, internet akan menjadi Astro. Pembekal internet akan menyediakan beberapa pakej yang memberi access hanya kepada beberapa website yang mempunyai authority dalam dunia internet seperti MSN, Google, Yahoo, MySpace & YouTube.

Nyatanya di’sini, ada dua kemungkinan samada ia akan berlaku atau tidak. Di’Malaysia, idea seperti inilah yang kerajaan mahukan untuk mengekang penyebaran maklumat yang tidak bertapis dari orang perseorangan & pornografi yang berleluasa.

Dan, secara globalnya, ini adalah satu langkah drastik untuk menyekat perkongsian fail secara tidak sah & pornografi (sekali lagi). Jika mengambil kira faktor-faktor tersebut (yang konon’nya memperjuangkan hak & moral yang baik), perkara ini adalah sesuatu yang tidak mustahil untuk di’laksanakan. Mereka ada kuasa untuk melakukan’nya.

TETAPI, aku mempunyai sedikit rasa sangsi dengan kerjasama yang akan di’berikan oleh laman-laman web besar terhadap rancangan ‘jahat’ ini. Google & YouTube misalnya memperoleh keuntungan berbillion dollar setahun hanya dari sistem pengiklanan yang mereka jalankan. Begitu dengan yang lain seperti MySpace, Yahoo, pembekal e-mail percuma, termasuklah Digg sendiri. Malah, Google sendiri menyokong kebebasan internet yang cuba di’perjuangkan oleh anak-anak muda ini. Dengarkan pengumuman dari mereka yang sedang di’bincangkan oleh seluruh dunia.

Apa yang aku buat sekarang untuk hidup akan terkesan dengan teruk jika perkara ini terjadi — melainkan salah satu laman web aku menjadi hits seperti YouTube. Aku sangat berharap ia tidak akan terjadi, sekurang-kurangnya kebebasan berinternet di’Malaysia perlu terus ada.

Lawat mereka di’laman rasmi pengumuman mereka berkaitan perkara ini. 2012: The Year The Internet Ends

33 Comments

peh..kalau betullah deiorang yang besar-besar tu buat macamtuh..memang syiall diorang nih..diorang naik pun pasal user..jangan lupa diri..

itu la pasal.. jika mende ni boleh terjadi kepada televisyen, tidak mustahil akan terjadi kepada internet.. huhu

*TM, tolong jgn buat begini..*

TM memang dah siot dah,kalau diorang buat gini memang lagi siotlahkan..Aku tak boleh bayangkan kalau TM buat macamnih..

lorh.. boleh pulak macam ni?? Takper2.. kita tunggu dan lihat je lah nanti..

p/s: TOLONG JANGAN! Saffa msih mahu blogging! :P

aku mmg membangkah terus langkah macam ni. membunuh keseronokan aku untuk melayari internet.

Arghhhh…rs macam kembali ke zaman batu kalau perkara begini berlaku.

p/s: awek tu dienye lurah dendam dlm tu. aku jd pervert sebentar. :P

bukan ko sorang sahaja syam yang melihat..ahhha..

Ahaha..nampaknya mereka perlu menukar kembali pemahaman orang tentang internet…INTERNET ADA SEMPADAN.

ini macam,start dari sekarang la aku perlu membuat koleksi maria ozawa dan rakan2nya.

..bosannya kalau takde internet…

:(

Macam Tak Logik Jek Benda Nie..

Tak Nak Caye !! Tak Nak Caye !!

Aaa…

Adoi.. Sakit le camni…
Baru je nak berjinak dgn income dari internet ni

aku tidak teragak 2x memberi jari tengahku setiap kali aku lalu di pejabat TM ..

jadi mcm astro ? that sucks .. kalo ujan lebat agak2x tenet pon x dpt jgk la ye ?

Benda ini tidak mustahil utk jadi. Sedangkan internet kat sesetengah IPT pun block untuk akses YM, Google Ads tak timbul. Kerajaan/Makcik-makcik/Pakcik-pakcik mesti suka benda ni. Tapi bagus la ada budak sedarkan dulu dan ada jugak usaha dibuat.

P/S: Alangkah elok internet di masa hadapan boleh di’access percuma seluruh dunia.

internet ada.. tp kalo ini terjadi, mungkin la keseronokan tu berkurang sikit.. =) dan kalo menulis blog pun. xde siapa nak dtg.. hehe

bunyi mcm x logik.. tp dulu masa syarikat2 gergasi memperkenalkan kabel/satelit tv, ramai org pertikai sbb tv free ade..=)

tidddakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk. haha

dengan speed yang begitu slow cam siput neh pun nak buat mende2 block2 neh kat malaysia eh. hehe :)

wes. asal tak online ym lama. aku ada 2-3 perkara nak bicang nih.

ntah2 nanti kena bawak piring nak surf tenet kat mana. pakej piring skali dengan laptop utk kegunanan wireless. XD

pastu ada 2 piring kat umah. piring astro n piring internet.. adehhh..

haha.. xde la kot sampai kene pasang piring.. lain la internet guna medium gelombang.. =) hehe..

tak payah risau sangat lah.
remember? dulu kita depends sangat2 tv sblm ada internet.
so, siapa tahu mungkin ada yg lebih canggih dr internet nanti.

haha
nanti sy nak reka benda tu XD

kalau dah macam tu…nak buat apa gua beli komputer ni…ha ya ini macam susah ooo.

Moga-moga rancangan jahat ni tak terjadi. Itu sekadar fantasi, yang tak menuju realiti. Mudah-mudahan.

“melainkan salah satu laman web aku menjadi hits seperti YouTube.”

Oh, itulah yang kita semua kena usahakan. Aku yakin kau boleh Mail. :)

dan parti ehem ehem pasti sangat menyukai benda nie sbb nk cover mulut orang malaysia yang hyper dgn freedom of speech ..

// request to mael .. pasnie tulis ethics utk blogging eyh ..

Alah . Lepas tuh mula lah programmer2 utk create program untuk bypass semua ini . Nothing is 100% secure. haha.

AKu yakin ianya tidak berlaku.

ia mustahil.full stop
aku x faham kenapa perlu kamu utarakan topik ini

hoho..nampaknya semua citer psal internet kne block la punca internet berakhir..drpd ape yg ak bce..yg membunuh internet skang adalah online video mcm yotube,veoh sial block malaysia dan laman video online lain..sbabnya,dieorg gtau..video nie perlukan internet dgn ‘backbone’ yg power..yg ble stream video smp 3Mbps,klu ble lg laju..tp kebanyakan backbone internet di seluruh duni,xla mp lju tue..last2 backbone tue sendri xble nk tampung kapasiti utk streaming tue..

atas dasar tue kot,ak dgr google dgn rakan kongsi die yg lain sedang wat kabel internet sendri..dgn kapasiti yg lg power,lg besar..huhu..

ada byk sbb knape teori ni byk kecacatan..
1-kompeni komputer paling besar microsoft,apple bergantung pada internet utk proses update sbg…
2-kompeni google, amazon, sbg bergantung pada internet
3-byk syarikat di US bergantung pd internet utk kelansungan bisnes derang

klu syarikat provider buat bengong hentikan perkhidmatan mereka pun, syarikat yg bergantung pd internet td capable enough utk bikin provider sendiri.. mereka ada duit, ada penyokong (aku, kau, smua orang kat sini dan disana), ada sebab dan smuanya…

teori ni bagi aku saje jer nk femes cepat..

hahahhaha..

kalo kerajaan kita buat macam ni, tak kira la ape jadi, aku nak headshot sekor sekor kepala kat putrajaya tu… huh!!!

psstt: tulis nak ganas je aku ni.. ahahaha

Owh , ini memang yang dirancang kerajaan . Aku dah tau perkara nih dari salah seorang member di tm . akan ada package yang macam nih . Haha . Kalau betul-betul terjadi . teruklah =(

tindakan terbodah diera dunia tanpa sepadan

benda ni mungkin takkan berlaku.. sbb kita semua dah sedia maklum bagaimana internet berfungsi dan kegunaannya dlm kehidupan seharian..

tapi kalau itu berlaku, akan berlaku juga penurunan drastik pada jumlah pengguna internet seluruh dunia. apabila kegunaannya terbatas (tidak lagi seperti sekarang) tidak mustahil masyarakat seluruh dunia akan membuat demonstrasi kerana sebahagian dpd kebebasan mereka telah “disekat”..

as for me, i akan ikut demonstrasi tu kalau ada yg nak buat..

Leave a Comment