5 Free Wordpress Themes,all time favourites!
- 42
- Add a Comment

Aku sendiri sudah lupa ini pertukaran kali ke’berapa untuk themes Mohd Ismail dot Com. Satu penyakit yang melanda aku dari dulu lagi, aku seorang yang senang bosan dengan sesuatu. Take note, sesuatu. Bukan seseorang.
Tapi, sekarang ni aku rasa aku sudah kurangkan sikit tabiat gila menukar themes dengan kerap. Jika dahulu, kepada sesiapa yang follow blog ni dari dulu, dia tahu’la betapa kerapnya aku menukar themes sampai susah orang mahu recognize bagaimana rupa wajah’nya Mohd Ismail dot Com. Sibuk dengan beberapa perkara membuatkan aku lebih menumpukan untuk menulis entri-entri yang lebih umphh dan bisa bikin aku popular. Ha ha.
Hari ini, aku senarai’kan 5 themes Wordpress yang kau boleh dapat secara percuma (free!) di luar sana yang menjadi pilihan aku sepanjang wujudnya Mohd Ismail dot Com. Themes yang di’senaraikan memiliki kriteria
- Sedap di’pandang di’mata aku.
- Mempunyai kadar mesra pengguna yang tinggi
- Di’install lebih dari sebulan di Mohd Ismail dot Com (kecuali satu)
- Fresh!
- Sekali lagi, percuma.
1. Alexified 1.0
Ini themes pertama yang aku guna’kan di’awal kemunculan Mohd Ismail dot Com. Aku sendiri tidak ingat bagaimana aku boleh terjumpa dengan themes ni, tapi hati aku jatuh gedebuk bila melihat ikon-ikon ala 2.0 yang ada di’situ. Whitespace yang banyak mengukuhkan lagi niat aku untuk menggunakan Alexified 1.0 sebagai themes pertama di’sini.
2. Freshy 1.0
Themes Freshy 1.0 ini mencatat sejarah gemilang buat blog aku. Ketika themes ini di’gunakan, aku dengan tidak sengaja membuat satu post berkaitan gosip Siti Nurhaliza & Datuk K dalam bulan Jun 2006. Seminggu selepas entri berkenaan naik, ranking Mohd Ismail dot Com untuk keyword ’siti nurhaliza datuk k’ naik dengan mendadak. Kemuncak’nya adalah ketika berlangsung’nya perkahwinan Siti Nurhaliza & Datuk K pada Ogos 2006, bandwidth aku habis kerana tidak mampu menampung visitor yang mencari cerita sensasi mereka. Malaysia oh Malaysia!
3. Mistylook
Tiada kata lain melainkan penggunaan themes Mistylook ini adalah kerana terpengaruh dengan JohnChow. Aku suka melihat beliau meletakkan kereta-kereta erotik exotic sebagai header & aku mulakan acara meniru. Tapi’nya, sepanjang aku gunakan themes ini, sekeping gambar kereta pun aku tak letak. Melainkan entri berkaitan Sally, kereta rasmi aku.
4. 3K2 Redux Klee
Era kemunculan Advertlets & Nuffnang membuatkan aku mengconsider untuk menggunakan themes 3 kolum dengan serius & mendedicatekan satu bahagian untuk di’letakkan iklan dari mereka. Plus, beberapa iklan dari penaja yang pemurah & baik hati. Ada slot kosong lagi sekarang ni, siapa mahu mengiklan sekaligus membantu aku untuk membeli sepinggan mee hot plate. Yum!
5. Simplicity 1.0
Themes yang kalian lihat sekarang ini datang’nya dari Solostream & aku sangat berkenan untuk mencuba themes yang ala-ala newspaper begini. Sekarang, aku mahu lawan Utusan Malaysia pulak. Dan, tidak sampai 24 jam themes ini di’pasang, aku menerima respon positif & juga negatif melalui ruangan komentar, e-mail & juga telefon. Ya, ada seorang pembaca di’sini call aku mengatakan yang dia tidak suka akan header baru aku. Terima kasih atas keprihatinan anda ye Izam? Aku mungkin sudah kehilangan sentuhan dalam mereka bentuk header. Siapa mahu tolong?

42 Comments
shutterspeaks
June 19th, 2007
at 12:11pm
aku pernah pakai yg nombot 4 tuh… theme2 nih ko handpick ke? memula dulu rajinla tukar theme, skang malas hahaha
kaSyah
June 19th, 2007
at 12:27pm
alexified..huhu kenangan lama mengusik jiwa.
okay la camni… imej keklasikan blog ko terserlah.
nice and simple.
kaSyah
June 19th, 2007
at 12:29pm
sori lupa mahu tanya. ko sudah dapat email aku semalam?
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 12:47pm
kasyah.. aku da reply e-mail ko 3 kali.. termasuk yg pagi ni punya.. hu.. try check balik..kot2 masuk spam..
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 12:49pm
handpick la kot kalo begitu maksudnya.. sbb aku pernah pakai semua theme ni.. :)
WaWa
June 19th, 2007
at 12:52pm
Aku paling suka K2, yang ko pakai tu. :)
p/s: email aku dpt tak?
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 12:56pm
aaa.. email sebelum ko ke sana ada la.. baru punya tak dpat lagi pun :) he he ada hantar ye?
zaki
June 19th, 2007
at 1:05pm
Thanks….
aku pun nak tukar aku punya theme…
Rasa yang sekarang nie..macam payah nak adjust header…aku nak letak gamabar baikkkk punya…
abdfatah
June 19th, 2007
at 1:38pm
hehe… berapa kali mau tukar themes daaa… itu adsense punya ready seo macam mana???
sy punya themes macam mana heh?
Yattie
June 19th, 2007
at 1:58pm
Aku masih tak reti tukau theme:)
kayuh pelan2…
mixterr
June 19th, 2007
at 2:10pm
mail autoshutoff plugin tu terlalu kebal..tidak boleh deactive balik….sengal jer.. betol laa satu hari konyer spam seribu lebih…
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 2:29pm
haa.. itu’lah.. lagi beberapa hari aku akan buat festival sambut spam yang ke 10,000! ha ha
WaWa
June 19th, 2007
at 2:34pm
weh.. kate dah pakai wp. blog yg lagi satu ape? btau la. :)
chot
June 19th, 2007
at 2:39pm
aku pun lebih kurang mcm ko gak suka tukar2..tp sejak mengunakan wordpress idea aku buntu…
flisterz
June 19th, 2007
at 3:22pm
aku suka MohdImail.com yg guna K2. nampak compact tp kemas. theme ni pun ok. maybe jenis font nye agak pelik sebab dah biasa tgk font kt K2. hehe nnt2 biase la tu
CypherHackz
June 19th, 2007
at 3:22pm
ni merupakan theme kau yang ke 27 if kau nak tahu. (aku tipu kau je nih). ngeh3. sampai ke sini aku bawak penipuan itu.
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 3:58pm
barangkali juga.. :) mungkin sudah lebih 27.. ha ha
*sudah2 la Pojie.. :p
sankai
June 19th, 2007
at 4:03pm
aku pakai freshy theme…..memang best….tinggal nak design header jer…hikhikhik…
shambie adzhan
June 19th, 2007
at 4:21pm
aku suka yg ni.. ♥♥♥
font size sesuai utk mata aku yg cepat distracted ni.
and text in comment box ada para..
i dont like small tiny font, a sore to the eyes…
halus benar..kalau tulis panjang lebar, terus naik juling membaca nye!
アズリザ
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 4:23pm
aku cuma mahu tahu satu, yang terakhir itu kau tulis apa Shambie?
shambie adzhan
June 19th, 2007
at 5:07pm
hehe
アズリザ = a zu ri za = azliza
Fahmishah
June 19th, 2007
at 5:25pm
aku baca theme yg kelima tu baru perasan kau pakai theme itu.
aman
June 19th, 2007
at 6:16pm
wah dah tukor theme skali yerk.. :D
aman
June 19th, 2007
at 6:20pm
biler aku usha laman nie: http://www.solostream.com/ rasanya dia guna theme yang didesign oleh rakyat mesia.. :D tapi dia letak nama dia sebagai designer.
لن رسسو
June 19th, 2007
at 7:41pm
berilah ako hidayah untuk bertukar pada tema 3 kolum…. :d
mohdismail
June 19th, 2007
at 8:19pm
owh ye?design dia yang mana aman?
afyan
June 19th, 2007
at 9:03pm
Kita tengok, berapa lama theme ni mampu bertahan :)
WaWa
June 19th, 2007
at 9:43pm
aku pun cam nak tukar theme la~ la la la~
nashrex
June 19th, 2007
at 9:46pm
dan aku rasa semakin ramai pengunjung dtg ke blog ko. aku da x kenal. ekekkee
famia
June 19th, 2007
at 9:49pm
haha.
rambang mata kan.
design itu sabjektif.
ikot selera mata maseng2.
laen orang laen garammmm dan gulenye.
ada yg suke cari theme dan pakai sendiri.
ada yg suke cari theme dan bagi orang laen pakai.
ada yg suke buat theme dan pakai sendiri.
ada yg suke buat theme dan bagi orang laen pakai.
ada yg suke pakai theme yg orang x penah pakai.
ada yg suke pakai theme same mcm orang laen pakai.
east.
kamu.. yg mane?
hehe :P
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 10:00pm
mari’lah kenal-kenalan sama kami.. mengerat silatulrahim sesama blogger..:)
Mohd Ismail
June 19th, 2007
at 10:02pm
saya.. suke cari theme dan pakai sendiri.. agaknya la.. * woot! cik famia datang sini wei.. he he
azwanhadzree
June 19th, 2007
at 10:55pm
Aku baru ke solostream mlm tadi untuk download theme zeke nya yang terbaru. mungkin akan gunakan theme tu utk salah satu blog aku. anyway, theme yg kau pilih cukup kemas dan tak menyakitkan
hati. . mataWizurai
June 19th, 2007
at 11:41pm
oh, dah tukar theme… tapi sekali tengok tak jauh beza pun…
dlm lima² di atas, aku pernah guna secara rasmi theme Alexified…
Wizurai
June 19th, 2007
at 11:44pm
ermm, mula² tengok font baru ni agak janggal jugak…
draxter
June 20th, 2007
at 2:41am
Belum pernah nak guna semua theme tu. Tapi yg ni semua jenis minimal / simplefied kan.
Azhar Ahmad`
June 20th, 2007
at 3:23am
Hummm… aku antara saksi idop yang melihat perubahan blog ngko. Dari entri biasak-biasak, kepada entri bukan pasal ko (info). Dari theme berwana warni kepada yang dull… Nguehehehhe…
Apapun, bagi aku, aku tak suka blog yang fancy mancy (matila kena kejar ngan DBP). Just simple, dan mudah loading. Aku faham pembaca aku (chewahhhh). Tak semua, pembaca aku ada 10 gbps internet connection (riak plak!). Apapun, ini blog kamu, ikut-suka-hati-kamu-lah kannnnn….
kevin zahri
June 20th, 2007
at 1:41pm
hey ismail! nice site you got here. n thanks for melawat my blog. i just pindah dari blogger ke wordpress.
Mohd Ismail
June 20th, 2007
at 1:42pm
oii.. Kevin Zahri datang blog gua! ha ha.. thanks juga Kevin sebab ke’mari..
*aku tunggu Intan Ladyana plak ke’mari.. ha ha
NazzNazz
June 20th, 2007
at 1:53pm
wow. free lagi tu.haha. ko ni memang serius rajin arr.
salut.
aureen missi
June 20th, 2007
at 3:24pm
rajin tu memang perangai azali dia..bukan macam koo
abdfatah
June 22nd, 2007
at 10:42pm
memang suka hati sungguh2 la dengan blog mael. mael punya blog dengan tulisan informasinya…