5 Laman Web Kegemaran Mohd Ismail

Tag ini aku terima dari seorang gadis bernama Aisyah Rozi (sila buat kacau di’blog beliau). Aku sebenarnya masih terhutang tag dengan beberapa orang, tetapi seperti Aisyah, aku teruja untuk menulis tag ini kerana ia sesuatu yang tidak bersifat sangat peribadi. Berikut, adalah 5 laman web kegemaran Mohd Ismail sehingga saat entri ini di’tulis. Ya, selera internet aku sering berubah-ubah, sejajar dengan kemajuan & perkembangan teknologi internet dunia. (Eceh!)

1. Digg - www.Digg.com

Tidak syak lagi, ini adalah laman web pilihan aku sepanjang zaman. Satu tempat di’mana berita-berita terkini akan tersebar lebih pantas dari media cetak. Aku ke’sini banyak untuk mencari idea menulis blog selain menambah ilmu pengetahuan am. Bukan hendak berlaku poyo, tetapi aku rasa pengetahuan am aku berkenaan dunia sudah meningkat lebih jauh berbanding zaman sebelum aku mengenali makhluk internet ini. Terima kasih Tim-Berners Lee!

2. Google Reader - www.google.com/reader

Ini satu-satunya tempat aku kumpulkan berpuluh-puluh laman web/blog yang aku minat untuk baca dan menimba ilmu berkenaan dunia internet. Aku boleh kata’kan yang Google Reader ini sama fungsi’nya dengan perpustakaan untuk aku. Jika aku mahu tahu tentang apa-apa, Google Reader ada simpan semua ‘buku’ yang aku boleh baca. Lebih seronok, Google Reader akan highlight ilmu-ilmu baru untuk aku baca. Kool!

3. ProBlogger - www.ProBlogger.net

Sama ada beliau tahu atau tidak, Darren Rowse adalah sifu aku dalam dunia menulis blog. Aku mula meminati penulisan blog secara serius kerana melihat kesungguhan beliau menulis blog secara serius dan untuk menyara kehidupan. Sehingga hari ini, setiap entri yang di’tulis oleh Darren Rowse akan aku digest sebaik mungkin. (ProBlogger kini sedang dalam mode Guest Blogger, Darren Rowse ke SXSW 2008)

4. DoshDosh - www.DoshDosh.com

Yeap! Ini sebuah blog mengajar tentang bagaimana menjana wang melalui internet. Tetapi, DoshDosh bukan satu blog picisan yang berlakon pandai untuk mengajar orang lain menjana wang melalui internet. Setiap entri yang di’tulis oleh Maki, bukan kosong & selalu’nya akan di’sertakan dengan bukti-bukti atau hujah-hujah yang bernas. Satu strategi unik Maki dalam menulis entri, beliau letakkan satu gambar kecil anime comel sebagai hadiah percuma untuk pembaca. Idea kecil tapi besar impak’nya.

5. HarakahDaily - www.HarakahDaily.net

Ini adalah satu-satu’nya laman web yang aku masuk untuk menyeimbangkan perspektif aku berkenaan isu-isu Malaysia. Selalu orang mengatakan aku hanya di’sogok oleh Utusan Malaysia & TV3 dan kerana itu’lah aku kelihatan seperti pro-kerajaan. Aku membaca Harakah Daily lebih kerap berbanding Utusan Malaysia kerana mereka jarang melaporkan kejadian-kejadian biasa yang berlaku setiap hari (e.g kemalangan ngeri, artis kahwin, anak bunian, konsert besar). Harakah Daily akan lebih menarik di’baca jika timbul satu-satu isu yang menjadi pertikaman lidah. Editor’nya pada hemat aku lebih pandai menyusun kata berbanding editor Utusan Malaysia atau media arus perdana lain.

Pertama kali, aku sebarkan tag kerana aku ingin tahu, laman web apa menjadi kegemaran mereka ini. Kumprinx | Khai Scukz | Wizurai | Wameza | Zaki Yamani. Nah, sekali 5 orang aku tag. Sila jawab.

42 Comments

aik..apsal semacam jer blog ko ni aku tengok? dah tukar ker?

semacam eh? he he.. nnt da lama2 ko lepak sini, ko akan biasa dengan tabiat aku yg satu ni.. hehe ;p

Ok, kalu gitu aku letakkan link blog nie dalm blog aku! huhuhuhuuu

aku pula, salah satu website yang kerap dilawat (boleh consider sbg kegemaran) adalah website uni sendiri. hahahahahahaha… sebabnya setiap hari aku buka web uni utk check email lebih dari sekali. oh ya. dan satu lagi, aku akan GEMAR dengan website yang provide servis (secara percuma atau berbayar) menkatalog buku. yep, librarything dah ada, cuma TAK MENARIK. ni kan zaman web2.0, buat lah canggih sikit.

eh eh. apa aku merepek ni? hoho.

WaWa - Mashable pun ada petik pasal LibraryThing ni sebagai website yang bagi book recommendation terburuk sekali.. he he ;p

universiti sendiri tak kira la WaWa.. itu semacam website wajib.. he he

*jawab tag aku WaWa, nak jugak tahu apa seorang bakal peguam suka baca*

mael, aku merayu.. gunakan brian komen tu balik… huhu..

oh mael, sesungguhnya 5 web kegemaran ko tu, x pernah langsung menjadi web kegemaran aku selama ni.. so mungkin ianya akan berubah mulai saat dan minit ini…

mael, why me.. why??? hahaha.. ko ikhlas tak tu? kalau ikhlas baru aku tunaikan tag nih.. haha

Aik? Bukan ko kate ko tanak main tag game lg ke?

aku belum jawab lagi tag ni dari kasyah..nice theme bro..aku pon tukau theme

Khai - mesti la aku ikhlas bagi ko tag.. ha ha.. *rajin2 la ke 5 website tu. mana la tahu ko akan dapat sesuatu berguna ye tak?*

OurFWDmail - weh.. aku suka la konsep blog ko.. ha ha :)*ini tag mengalami pengecualian*

Fahmishah - eh fahmi, ko ada jumpa brian threaded yang comel tuk K2? dia xleh break la kalo masuk prenggan baru.. huu

bagus. nampaknya bukan aku je yang tak suka dengan librarything. haha. HPM buatlah woi satu web yang macam aku cakap tu. kalau cun dan canggih, ko suruh aku bayar pun aku sanggup! boleh tarik users dari librarything. hahahaha… selain dari menyumbang kepada bloggers (blogtitude), dan ulat komputer/internet (pcmalaya) dan pencinta gosip (selebrific), cubalah HPM menyumbang juga kepada pencinta/ulat buku.

oh ya. selain dari web uni yang aku sebut tadi (hahahaha), aku tak ada web kegemaran. sebab aku tak membaca macam kau yang baca macam-macam utk tmbh ilmu, pasal aku otak aku pun dah kronik menerima suapan2 tanpa henti buku2 tebal atas meja dan buku2 kat rak buku.

p/s: ketahuilah bila aku komen cam ni, aku baru lepas mendera diri sendiri menyiapkan esei sampai aku da pening2. orait, mau tido. daa..

p/p/s: panjang pula komen aku. hahahahaha..

first time ak di tag nih.okeh2 nnt ak bls tag ko mail…
harakah pon ko bace yek?ak org kelantan pon xpernah ke sane.ahaha ape la ak nih..ape yg best dgn harakah tu

wawa-anda adalah ulat buku yek upaya.bgs2.mail?huh ulat bulu.contohila wawa.ahah. (gurau jerk)

Sekarang baru aku tahu bagaimana En Ismail dapat idea (eheh). Daripada list ko, satu jer yang aku guna pakai iaitu Google Reader!

kebanyakkan web kegemaran ko adalah web kegemaran aku jugak, tunggulah aku balas tag ini… lagipun macam ko bagitau, ia tak terlalu peribadi untuk dikongsi…

WaWa - ngeh3.. idea yang bagus, tp kami kekurangan resource.. mintak ko sponsor leh WaWa? nnt ko boleh ada share.. ha ha

Megat - yep.. mmg byk idea aku generate dgn sumber dr luar.. ;p kat mesia org byk baca utusan.. ha ha

Wizurai - he he.. sbb tu aku suka nak wat tag ni, macam berkongsi buku yang kita selalu baca dgn org ramai.. :)

wow mael, 1st time aku layan google reader tu. thanx for your infomation. web pertama yang aku subscribe adalah mohdismail.net, dan diikuti dengan web-web kegemaran ko! Respek lah! thanx!

selera ko mmg sllu berubah mail..ari tu lain skg lain..mail, dorg duk ckp pasal google reader je..ape 2?

eh..ingatkan silap blog tadi..sama je web yg kita singgah minggah nie :D

Salam, 1st time kat sini ni berpeluh plak… :)

Pernah cuba howstuffworks.com Ismail?

weh.. bila masa pulak aku terkena jugak ni.
laman web semua blue punya woo..

Kumprinx - x kesah la blue ke hape.. jnji laman web.. kalo jabatan pertanian punya laman web ko layan, aku terima je.. ha ha

emet - salam.. ape kes berpeluh? ko berjoging ke apa kat blog aku ni? ha ha.. howstuffworks.com aku layan bila ade mende keliru terlintas dlm pala.. :) selamat dtg ke mohd ismail dot net emet..

hafifi - google reader tu satu web apps utk baca feed dr laman web/blog kegemaran :) he he..

musnaz - terima kasih kerna subcribe blog aku, tp jgn plak tak dtg sini lgsung.. haha :)

syamsulariff - yeah.. content’nya masih sama.. saje nak bg wajah segar :)

terima kasih mail..tau la aku ape itu google reader lepas dtg cni..blog ko penuh dengan ilmu..peace!

masih ramai yg taktau Google Reader ye?
dgn adanya Google Reader, aku tak perlu berkunjung ke blog orang lain jika aku punyai masa yg terhad dalam waktu² tertentu…

Wahhhh kena tag lagi… tapi kali ni kena dgn mael…kool :)
Kena jawap nie!!

google,yahoo ngan friendster,termasuk ke dalam kategori laman web kegemaran…?

salam bro,
Youtube bukan favourite ka?
boleh cari video2 letak dlm webpage ko nie…ucapan Che det pun ada,Nik aziz pun ada..citer lingam pun ada…bak kata org “macam2 ada”

PAKLAN
http://jalakmas.blogspot.com/

hafifi - alhamdulillah.. kalo ade ilmu, kan lebih molek di’kongsi2 kan? ;p

wizurai - itu la pasal.. tp takpe, by time nnt, lagi ramai boleh guna Google Reader instead melompat dr blog ke blog :)

zaki - haa! jawab jangan x jawab.. ;p

gie - masuk kot.. jgn x tahu, ada org gila addict ngan frenster/myspace dan seangkatan dgn’nya :)

wah…ko online time2 camni ye…laju je balas…mane pingback aku..sampai ke tak ye…? :p aku dulu addict myspace..dari myspace aku berubah ke blogging…

mael, tukar la theme cam dulu.. aku rasa ko x cool lagi dengan theme ini.. haha..

hoho..ak da siap reply tag ko mail..sila2 tgk.ahah
org tag pon sehari ak pikir,huh beginner abis

mae: kalau suke sudi-sudi lah featurekan kt sini :P

Wah..Laman Yang Ko Plih Ni Memang Bagus La..

sian khai tu, merayu2 dia nak brian threaded comments tu. huhu

hahaha… cara komen camni lebih kool… yeah, lebih cool…

cuma 1 daripada 5 website adalah dari Malaysia… bak kata WaWa, aku harap HPM buatlah website yg best²… HPM pun ramai webmaster… tapi aku tengok slow je HPM sekarang… takde meet up ke?

I pon suka masuk website Digg. Tp masukkan dlm bloglines je. Senang nak track top stories

tak try nuff ke bro .. :D

salam..sy org br dsini..tlg beri tnjk ajr..bro..language translator dr bm ke bi ade x?just curious :)

salam Ise :) selamat datang & translator bm ke bi tu, xde org buat lagi rasanya.. he he..

hehe tq mail..slmt memblog my fren

aku sponsor? hahaha. buat proposal. ok? :P
btw, since ko minta aku list web kegemaran (wpun ko x tag aku), ni aku bagi satu: The Friendly Neighbourhood Law Students.
sila la baca. :D

aku rasa kalu ko suka baca doshdosh, patutnya ko pon suka baca tulisan Skellie kat skelliewag.org. best post2 dia. try tengok kat archive.

harakahdaily mcm da canggih je web die skang.. da ade tv tu.