5 Perkara Tentang Mohd Ismail

elisha_cuthbert.jpg

Percaya atau tidak, tag ini datang’nya dari Alang, pemilik & pengasas SZAB Network dan pernah di’temuramah dalam salah satu akhbar nasional Malaysia. Ini satu penghargaan untuk aku apabila Alang memilih aku untuk membuat tag beliau. Sebenar’nya, aku telah menerima beberapa tag yang berunsur 5 perkara, 6 perkara, 8 perkara dari ramai blogger sejak sebulan yang lalu. Maka, aku kompilasikan 5 perkara yang betul-betul kalian tidak pernah tahu berkenaan aku. Dan, ada beberapa fakta yang akan merubah pandangan kalian terhadap siapa Mohd Ismail & kehidupan beliau yang sebenarnya. Ayuh!

  1. Aku tidak rapat dengan ayah aku - Yep! Bukan aku benci atau tak suka atau kami bergaduh atau apa-apa. Cuma, aku lebih rapat dengan mak aku. Lebih rapat di’sini tidak bermaksud aku selesa luahkan apa sahaja kepada mak aku. Aku masih malu untuk menceritakan kisah peribadi aku kepada mak sendiri. Kau? Lelaki khususnya, ada kau ceritakan masalah peribadi kepada mak atau ayah?
  2. Aku baik dengan semua orang, tetapi tiada yang rapat - Ya! Aku memang seorang yang baik, sila’lah pilih aku sebagai pacar’mu wahai gadis-gadis. Ini kau boleh tanyakan kepada rakan-rakan sekolah, kolej matrikulasi atau pun rakan kampus aku sekarang. Aku boleh baik dengan semua orang, tetapi aku tidak pernah berniat untuk rapat dengan sesiapa. Dan, apabila semua orang ada seorang atau dua sahabat baik untuk sepanjang hayat, aku tiada walau seorang. Tiada sahabat sehidup semati untuk aku. Aku akan mati sendiri, pasti!
  3. Aku pernah menjadi die-had fan Siti Nurhaliza - Tanyakan pada Qaiyum, betapa gila’nya aku kepada Siti Nurhaliza sekitar tahun 2004 dahulu ketika di kolej matrikulasi. Minat itu aku bawa dari sekolah menengah. Aku tiada walau sekeping poster gergasi Siti Nurhaliza semenjak aku memasuki kampus universiti milik penuh kerajaan Malaysia ini. Lebih parah lagi ketepuan minat aku kepada Siti Nurhaliza apabila beliau memilih Datuk K sebagai teman hidup. Cis!
  4. Aku lebih besar dari sekarang untuk 2 tahun - Apabila aku memasuki kampus semester ini, aku bikin keributan dengan penurunan berat badan secara drastik. Mohd Ismail yang kalian lihat di’Rumpun 2007 adalah saiz aku selepas aku turunkan berat badan aku hampir 50% dari saiz aku sebelum ke latihan industri di Pasir Gudang. Di’sana, aku mengawal makan aku secara ketat & hasil’nya, dari saiz seluar 46 inci, kini aku mampu memakai saiz seluar 38 inci. Fakta menarik, aku sudah menjadi idola & model kepada beberapa orang di’kampus ini untuk program menurunkan berat badan mereka. Ha ha. No bluff.
  5. Nokia 6230, selagi masih bernyawa - Aku memakai Nokia 6230 hampir 2 tahun tanpa merubah walau sedikit pun sifat fizikal atau dalaman telefon bimbit ini. Aku pernah beberapa kali mencuba untuk menukar casing telefon bimbit ini beberapa kali & semua itu hanya pembaziran. Casing baru tidak akan melekat lebih 5 jam, aku akan rasa kurang selesa. Sesiapa yang nampak Nokia 6230 aku ketika di’Rumpun 2007, mereka tahu’lah betapa calar-balarnya casing yang sedia ada. Tetapi, sejak 2 minggu kebelakangan ini, skrin beliau sering mati tanpa sebab dan kadang-kadang menimbulkan niat di’hati untuk menghempas ke’lantai lebih lagi ketika waktu kecemasan. Bila iPhone nak sampai Malaysia eh?

Okeh. Ini pertama kali’nya aku akan lanjutkan tag ini kepada 5+1 orang berikut’nya. Pada kebiasaan, aku akan menjadi antara blogger yang mematikan salur galur tag rekaan orang lain, tetapi kali ini, aku berkenan untuk mencampak’kan tag ini kepada Kumprinx, FendyZaidan, OmarBahrin, Qaiyum, Shambie Adzhan & Wawa!

Tag ini di’bawakan oleh Mohd Suhaimy dot Com & Alang. Sila rujuk syarat-syarat tag di blog mereka.

42 Comments

anak laki memang susah rapat nak ayah…aku pun sama…sebab laki ngan laki, mesti berat nak cakap sesuatu yang erk..peribadi bukan…hehhehhehe..

yang saya tahu, anak laki biase rapat ngan mak..
dan anak pompuan rapat ngan ayah..
betul tak?

kadang2 terbalik…aku lebih rapat dengan mak…tp kadang amat rapat dengan ayah

ahaks….aku kena tag lagik….tq aa mail..miahahah

adakah nama aku terpampang di situ? muahaha baru lepas buat tag unsur-unsur 5 beberapa hari yang lalu~

kejap lg aku buat laa…. nak angkat kain, hari dah gelap ;)

lama aku tunggu ko jawab tag dari Alang ni…

utk no. 1, aku pun tidak kongsikan hal peribadi aku pada mak ayah aku…

btoi tu.. tapi bagi ary boleh dikatakan mak dan ayah nih sama rapat saja.. alhamdulillah.. rindu x yah cakap laa.. hehe

ary kongsi je.. nak tau mereka marah ke tak, kalo marah tu.. tandanya mereka tak setuju.. hehe.. sampai hal kekasih skali pun.. haha..

Kalau aku pulak Mail, aku rapat ngan ayah,tapi mak aku yang manjakan aku.Aku pakai 3310 je.Takpayah pakai iPhone Mail.Dalam post aku kat my alphagiga ada ceritakan sebab-sebabnya.

hehe 6230 ko baru 2 tahun? lekkk laa.. baru lagi tu.. 6600 aku aritu.. 5 tahun beb! :P

aku da jawab tag ko…hahah pantas siot aku..:p

maklum la orang di’perantauan… he he.. sila la balik ke Malaysia cepat2..

he he.. patutnya kita ni rapat ngan dua2 ye tak? ha ha.. aku nak merasa jd geek yang high tech jugak.. ;p

siapa nak hadiahkan aku iphone?

jap, jap aku nak tanya.
ko kan kena tag kpd 5 orang saja.
ni apsal, ade nama aku gak tercampak nih?
adoiii..

Sama la mcm aku, x brapa rapat ngan ayah.tp aku tau ayah aku ambil berat pasal aku walau dia slalu marah kat aku.Thanks ayah….

Alahai.. 1st Time Kene Tag. Mahu 15 Entri Ni Kalau Nak Cite Pasal AKu. Esok La Eh Aku Jawab. Ini Jam Mahu Tido. Huhu..

Ya.. Kalau Tak Caya Tanyala Aku Apa Yang Mael Suh Tanya Tue. AKu Iyekan Je.. Haha. Memang Aku Pun Jadi Musykil. Semenjak Pembabitan Mael Ke Dalam Dunia Blog. Tiada Satu Ayat Mahupun Gambar Yang Dipaparkan Berkaitan Dengan Siti Nurhaliza. Berlainan Semasa Di Matriks. Sungguh Kuat Penangan Datuk K. Heh.

* Aku Tetap Manchester United Die Hard Fans Semenjak Di Bangku Sekolah Lagi. Yeehuu..

aku pon rapat ngan mak gak.. ngah ayah kurang.. tapi still rapat.. tapi aku malu2 skit ngan abah.. nak mintak duit, mesti mak jadi orang tengah.. hahaha.. padahal abah aku baik gile.. mintak duit je terus kasi.. tapi ntah kenapa, mak aku gak perlu jadi orang tengah… dan aku perlukan mereka untuk teruskan hidup… thanks mom n dad..

eh mael, kau terlupa nak tag aku di situ.. hakhaks

Biar betul kau dalam keadaan yang paling slim sekarang nii…. macam tak percaya aje. Setahu aku student ni banyak menghabiskan maggi segera je, macam mana boleh membelon badan kau tuu ……

yup, saya pon lebih rapat dengan mak! normal la kan… itu dah hukum alam…. hu hu…

dan saya pon ada gak suatu ketika dulu buat disiplin untuk turunkan berat badan saya dari 112 kg hingga 97 kg! sekarang berat saya maintain 102 kg, ha ha….. heavyweight gitu!

bapak ah.. 46 inci slua ko?
akunyer slua skrg pun x cecah 38 inci lg…
dassat…
patut lah kamu menyembunyikan diri..
kiranya skrg br kua dr kepompong laa yer…
hhuhu

aku mcm biasa la. lambat sikit la tag tag ni. ahaha..

ah ha.. itu’la masalah’nya.. aku bukan jenis suka melantak mee segera.. dulu, lapa camne, susah camne, mesti aku nak carik nasik.. skang ni je aku consider sikit kalo nak makan apa2.. dulu melantak tak ingat.. ha ha

ha haa.. aku ada gambar masa aku besar dulu.. kalo ko tgk, mmg unbelievable ngahaha.. skang ni pun still consider besar.. tp aku jenis manusia rangka besar, wariskan dr datuk2 aku.. ;p

ya ya.. kalo nak mintak duit lg la besar malu jadinya.. ha ha.. ;p

*ko nak ke tag ni? buat la khai.. sila2.. skang da jadi 5+1+1.. haha

tak tahu la sampai mana dah tag nih.. hohohoho

Percaya atau tidak, dah dekat setahun aku tak cakap dengan bapak aku. Huhu. Masalah bisnes. Biasa la..

bebeck bz weh…mane ade masa nk jawab tag..:P

aku nk wat tag 15 perkara paling memalukan anda…ahahah…

banyar benar tu 15 perkara.. dasat gile kalau dapat isi sume.. hehehe..

uihh.. aku ada gak ckap walau sikit2.. tak’kan semata2 kerna bisnes sampai tak bercakap setahun.. apa kes?

entah’nay ko ni Omar.. sampai 15 tu.. ade ke sampai 15 kali ko terkena malu? ha ha ha

15 perkara? nak jawab tag yg dtg ni pun aku tak terjawab… camne la kalo setiap part tu kena ada 15 jwpn…

Akum..maaf menggaggu..mael..sekarang ni ko masih minat siti..qai cakap dulu ko gile abis

w’salam.. sekarang ni tengok gitu2 je Rozaidi oi.. dia sudah ade Datuk K <— ayat takleh blah! ha ha

ahaks…saje nk nyusahkan orang…:P..aku kurangkan aaa 6 perkara melucukan..:P..ok x?

mail..andai siti cerai…adakah ko akan meminatinya kembali…katakan aa die memerlukan seseorang utk menggantikan dato k…anda sanggup???/

Itu Tag Sudah Di Jawab. Hahaha..

Yeay, syabas penurunan yang ketara. Ada tak tips² penurunan badan yang ideal bedasarkan pengalaman ko.He he

uhuhuuh..pes time dgr owang laki minat kak siti..:))

aku pun pernah gilerkan gambar gadis diatas tu…alisha curtbert…

sama la aku pon lebih rapat mak aku dr bapak aku…
ape ko suka Siti Nurhaliza ..hehehhe

aku cuma gilakan sphia bush…ahaha…manis2 chubby + ade taik lalat kt muke..:P