5 Sebab Kenapa Aku Tidak Akan Baca Blog Kau
- 110
- Add a Comment
Bunyi seperti ego yang berlebihan ada di’tajuk entri aku, tapi itulah tujuan aku tulis entri ini, untuk memberitahu 5 sebab kenapa aku (dan mungkin juga orang lain) tidak akan baca blog yang kau tulis.
Tujuan utama orang menulis blog adalah untuk berkongsi cerita & maklumat dengan orang ramai. Tetapi, ramai penulis blog (terutamanya yang menulis untuk duit) hari ini yang lupa akan satu elemen paling penting dalam memastikan kejayaan blog tersebut — pembaca.
Aku adalah penulis blog & juga pembaca blog. Aku menghabiskan hampir 4-5 jam sehari untuk membaca blog & sepanjang masa ini, aku acapkali terjumpa blog yang membuatkan aku tak ingin datang lagi. Blog tersebut mempunyai satu atau lebih dari kriteria-kriteria di’bawah.
- Terlalu banyak iklan. Aku faham akan mereka yang bersungguh-sungguh untuk menjana duit melalui blog, tapi tolong kurangkan sedikit iklan yang ada. Kau penulis blog, bukan penulis iklan. Buat kajian yang betul akan iklan-iklan yang ada, dan buang mana-mana iklan yang tidak membawa apa-apa (atau sedikit) pulangan. Pembaca yang mencari maklumat (bukan iklan) seperti aku akan lebih selesa & akan stay lebih lama.
- Blog kau di’Blogspot. Kalau kau ragu akan potensi menulis blog & mahu memulakan blog dengan percuma, gunakan Wordpress.com. Elakkan Blogspot kerana Google seperti tidak peduli akan struktur Blogspot yang sudah lapuk. Lebih-lebih lagi ruangan komen. Kurang 1% Blogspot yang aku kunjungi akan aku tinggalkan komen. Ini bukan bermakna semua blog di’Blogspot tidak bagus — cuma sekarang jika boleh elakkan.
- Tidak update (terlalu lama). Blog atau weblog di’wujudkan kerana kemudahan’nya untuk di’update dengan lebih kerap. Jika kau mahu update sebulan sekali, ada baik’nya kau gunakan laman statik HTML. Ya aku tahu itu blog kau, tapi tanpa pembaca, apa makna sebuah blog ‘kan?
- 99% Kisah Peribadi. Aku sejak dari dulu bukan seorang yang minat akan kisah peribadi orang lain — lebih-lebih lagi untuk di’ketahui melalui blog. Serius, apa yang aku dapat meluangkan masa 5 minit membaca entri tentang kasut yang kau salah beli di One Utama atau betapa bosan’nya rakan sekerja yang memakai kemeja sama untuk 3 hari? Aku manusia laparkan maklumat & (bagi aku) semua itu bukan maklumat.
- kO mNulIS eNtrI blOg spT iNi wtf!@#%! Blog bukan SMS. Jangan cemarkan penulisan blog Malaysia dengan shortform dan gaya penulisan yang begitu. Lagipun, tidak semua orang faham akan bahasa SMS yang kau gunakan. Bahasa Melayu sangat indah jika di’susun dengan baik. Tapi, jangan pula jadikan blog kau seperti teks sastera sekolah menengah. Kasihan orang Bahasa Melayu SPM B4 seperti aku.
Selepas baca entri ini, aku pasti ramai antara kau (pembaca senyap) yang akan kata, sukahati kami’lah, itu blog kami. Nasihat aku, jika kau mahu apa yang suarakan di’baca orang ramai, berhenti buat apa yang kau buat di’atas. Berikan sedikit faktor serius ke’dalam penulisan blog. Aku tidak minta kau jadi professional dalam penulisan, tapi biar nampak professional. Boleh kawan?

110 Comments
IcedNyior
June 9th, 2008
at 5:45am
kenapa i rasa mcm i penah baca article ni dlm english? hehe!
tp betul juga cakap mael. Nak tambah beberapa lagi sebab -> font/layout yg pelik mcm SEMUA CAPS, font kaler dan background tak sesuai, lagu yg auto main dgn kuat (dan mengejutkan org), byk graphic animated dan yg paling penting, slow nak load (yg ni kadang2 i pon ada problem sama).
Mohd Ismail
June 9th, 2008
at 5:51am
ramai da sebenarnya blogger luar sentuh mende ni.. tp x ramai nk amik peduli lg2 penulis blog kat mesia ni.. he he =)
yg mp3 main auto, grafik lambat loading pun satu hal.. itu pengaruh dr MySpace la tu.. konon kool.. ha ha.. yang ta’tahan lelaki pun ade suka grafik bling2..
Fahmishah
June 9th, 2008
at 6:57am
paling x suka load lambat, macam2 dia nak bubuh kononya all in one.
Suku Kata
June 9th, 2008
at 7:33am
Ha2.. saya pulak yang paling x suka blog yang ada muzik. Pernah tu sekali pelik tang mana aku pasang muzik ni. Terkejut aku.
Hairul
June 9th, 2008
at 7:49am
Oh, aku cuak sekali baca entri ni tadi. Tak tau la kalau-kalau blog baru aku tu, yang masih muda bergetah masuk juga dalam blacklist Mail. Hilanglah ghairah aku. =)
Oh, tapi Mail dah lawat blog aku, siap tinggalkan komen lagi tu. Korang semua bila lagi? :)
(Oh, dengan izinmu Mail, aku meminjam pengaruh dan kekuasaan mohdismail.net untuk menjana trafik ke blog aku)
http://hairul.wordpress.com/
(Realiti Kita Nyata Berbeza)
kita
June 9th, 2008
at 8:12am
memang kasar tajuk entri ni :) tapi betul apa u kata ismail..blog aku ko suka baca tak :)….aku ada projek dengan ko…nanti aku hubungi ko k
eriy
June 9th, 2008
at 8:39am
hehehe..saya di antara di atas..tapi dah buang separuh iklan yg tak patut..macam kata penulis tak membawa apa apa..
lepas ni nak cuba belajar guna wordpress macam yg dicadangkan..
asx
June 9th, 2008
at 9:47am
Aku tak suka iklan . Kalau satu ke dua ke ok lah . Ini setiap entri ada iklan . saket ati .
xmindfreakx
June 9th, 2008
at 9:52am
update la paling aku seksa nak buat skang nie.padahal aku siap wat note lagi utk entri2 yang akan datang..tapi sayang..masih lagi buntu..ahhaha..akan aku try ubah itu semua mael..
autoload mp3 sangat seksa…aku sanggup pangkah blog itu dari disable IDM aku.
ika
June 9th, 2008
at 10:25am
saya kena banyak baca paper n tengok berita lagi la ni,baru boleh taruk maklumat dalam blog. tak kan nak main hentam je kot huhu
lagi satu cara nak cari maklumat. bacalah blog encik mohd ismail. banyakkkkkk maklumat =D serius.
harapnya reader blog saya makin bertambah. gila glamor huhu XD (main2 je ni)
mrkay
June 9th, 2008
at 10:28am
patut la kau jarang singgah diblog aku.. kalau singgah pon, aku rasa jarang sangat kau komen.. haha.. blog aku berada dlm katagori 1, 3, 4 dan mungkin juga 5. Hebat sungguh! haha.. aku ada plan untuk ubah semua tu.. dah lama.. tp belum lagi terlaksana.. insyaAllah, dalam masa terdekat.. :D
angel_baik
June 9th, 2008
at 10:34am
kalau blogdrive?
adi
June 9th, 2008
at 10:38am
bila difikirkan balik..blog aku mcm masuk kategori #4 je huhu. asalnya mmg nak berkonsepkan 99% peribadi tp rasanya itu tak seharusnya dibuat oleh blogger kecuali blog utk family.
zool
June 9th, 2008
at 11:11am
Dah tau kenapa ko tak tinggal komen kat blog aku…
Ha ha ha.. sebab ko takut cacing kan mail??
AKu plak tak suka blog yang banyak2 lagu.. bosan woo…
N lagi blog yang panjang2 lebar tu…. kadang2 naik letih aku nak baca… tapi biasa aku tinggal gak komen walaupun tak baca
syam
June 9th, 2008
at 12:00pm
blog aku berada di kategori ke dua. wahahahahhaha…nanti aku akan tukau kepada wordpress selaras dengan pertukaran tempat kerja aku.
bro, aku nak tanya kau. cmne aku nak pindah entri aku di blogspot ke wordpress. aku syg nak buang entri2 tu sume la. tlg ajar aku bro
oDiN
June 9th, 2008
at 12:29pm
terasa siot .. huhu ..
blog aku focus on what it student should be .. so u can expect benda2x skema jerk yg ada kt blog aku .. tp yg psl no 2 tuh .. dh mmg sah ko kena penyakit wordpress .. :P
mase aku start blog dari tahun 2003
blogspot -> blogdrive(2004) -> wordpress (2005 - sekarang)
riri
June 9th, 2008
at 1:12pm
Dah makan tghari ke?
riri
June 9th, 2008
at 1:21pm
hai… i baru nak belajar pindah entri boleh ajarke?
Mohd Ismail
June 9th, 2008
at 1:55pm
itu dia embed code utk hide player la tu.. itu satu hal.. mmg aku tutup terus kalo blog gitu.. ha haa.. potong stim aku nk dgr lagu Ramlah Ram
Mohd Ismail
June 9th, 2008
at 1:58pm
blog ko simple Hairul.. entri senang faham.. senang aku nk komen =)
*hairul ni nak ber’BTN kawan2.. sila ucapkan selamat pergi buat dia.. he he*
mrkay
June 9th, 2008
at 1:59pm
wordpress ada function utk pindahkan entry dari blogspot ke wordpress dalam control panel dia.. tapi kalau wordpress.com tu aku tak pasti ada ke tak.. dengar2nya ada..
Mohd Ismail
June 9th, 2008
at 2:01pm
wahh projek! ha ha.. sila2 hubungi aku.. nnt boleh bincang..
Mohd Ismail
June 9th, 2008
at 2:03pm
Ika, blogger mmg perlu gila glamer.. baru org nk baca blog kita.. ha ha ha =)
internet ni pun da berlambak2 maklumat utk di’kongsi.. cuma perlu pilih mana paling kita suka, then kongsikan dgn cara sendiri =)
Mohd Ismail
June 9th, 2008
at 2:13pm
uit Mr.Kay.. tak sangka siot ko ada baca blog aku.. ha ha =) aku jarang baca blog ko sbb ko ade jaring komuniti sendiri.. kdg2 aku nk interupt korangnye discussion pun, rasa malu.. tatau hujung pangkal..
he he he
kooreen79
June 9th, 2008
at 2:30pm
aku paling tak suka yang tulis guna bahasa sms tu..rasa mcm terbelit lidah nak baca..” katner, leh, hikhikhik” dan segala mcm lagi perkataan yang agak meremang bulu tengkuk membacanya..yang tak update tu termasuklah aku sendiri lantaran masa yg amat mencemburui aku..
samdaddycool
June 9th, 2008
at 3:01pm
… bagus la Mail entry blog ni… aku punya termasuk dalam semua kategori tu kot?? kadang-kadang (dan biasanya) kita takkkan nampak salah sendiri…
MK
June 9th, 2008
at 4:03pm
cara-cara pindahkan entri dari blogspot ke wordpress ada di sini
hehe, shameless plug di situ. jgn mare ye mael
awqi_zar
June 9th, 2008
at 4:13pm
huhu..ptut la jarang nampak ko kat blog ak mael..haha..blog ak byk iklan heh..hehe..ok2..
awqi_zar
June 9th, 2008
at 4:17pm
lpe plak bro..feed ko nie xoffer full post ker?ak dpt bce smp “Tetapi, ramai penulis …”..xfull..kat Google Reader ak nie..dh lme dh camne..bru t’igt nk gtau..hehe..yg nie pun lg satu..rme blogger yg xoffer full feed kat rss die..huhu..
loq si budak merah
June 9th, 2008
at 4:41pm
bek boss… hehe…
tp kadang2 blog ku xpresi ku
akoo hormati penulisan diatas! tengs!
ika
June 9th, 2008
at 5:45pm
lepas smbg blaja ni entah boleh ke tak update blog tu. ntah bilik sy tu dpt ke tak wireless.
kena amik celcom broadband ni huhu hidupku tak sempurna tanpa internet.sunyi sepi dan suram.
promot blog sikit. sila-silalah melawat blog sy eih… =D
p/s : blog mohd ismail adalah blog paling sesuai nak promot blog hahaha betul tak?
menteil
June 9th, 2008
at 5:46pm
aku tak tau yang mana mael tak suka kat blog aku..
tanak singgah pon.. hehe..
penah komen, tp dah lupe kat mane.. haha..
mungkin sebab bahasa aku kot..
tak pon entri maklumat merepek aku.. haha..
menteil
June 9th, 2008
at 5:50pm
haha… samala kita.. aku pon pelik apasal suka sangat letak mp3 tu.. bukannya bes pon.. keputusan tepat trus tutup blog tu.. buat hang pc jer.. opss.. sori.. hehe..
hafifi
June 9th, 2008
at 6:01pm
entri aku pun merepek..haha..sbb tu abg mael kite ni xde kat blog aku..byk kena blaja dgn abg mael kita ni..
blog ko ok menteil..yang aku macam haram!huhu
menteil
June 9th, 2008
at 6:18pm
blog aku ok? haha.. cam tak caye lak..
rasanya banyak info sdn bhd jer…
uish.. blog ko tak haram.. kalau haram aku tak masuk..
masih dalam keadaan halal lagi..
apisz
June 9th, 2008
at 6:35pm
Tambah lagi satu, bubuh jam kat blog.Haiyoh!
Sudah terang lagi nyata tanpa dengung jam terpampang ayu kat desktop.Ceh!
Aku terkategori kat #2 . Masuk umur 18 nanti aku bermaustatin ke wordpress, buat kad debit, senang sikit.Even blog aku sendiri pun aku nyampah nak masuk ( dah dekat seminggu tak masuk :P ).
Mohd Ismail
June 9th, 2008
at 6:58pm
ini kes aneh ni.. blog sendiri malas nak masuk =p hehe.. sila2 la migrate ke wordpress.. =)
Mohd Ismail
June 9th, 2008
at 7:00pm
kalau perasan, dulu dalam option berkaitan rss ni, dia ade bg kita samada nk break tag more tu atau biar dlm feed.. tp skang xde da… huu.. aku still provide full text, tp kalo ade more, dia still x break.. nnt aku usya plugin =)
taukey
June 9th, 2008
at 7:12pm
nasihat yang baik sebab secara general….rasanya bukan mohd ismail jer buat gitu…secara puratanya, majoriti yang buat begitu…..hehehe
Uncle G
June 9th, 2008
at 7:32pm
pakcik dari dulu memang suka baca blog orang.. asalkan ade isu menarik (termasuk isu peribadi) pon pakcik suka baca… sebelum pakcik ada blog sendiri pakcik suka membaca blog orang lain
KNizam
June 9th, 2008
at 7:39pm
dulu segala macam ads aku nak cuba. hehe. sekarang dah tinggal nuffnang adjer. hehe
mrkay
June 9th, 2008
at 8:13pm
hahaha.. apsal pulak ko tak sangka aku baca blog ko.. aku bukan se”famous” ko.. walaupun ada jaring komuniti sendiri, tp tetap kena lawat blog2 lain kan? cuma beberapa bulan lepas aku sunyi dari melawat blog orang dan blog sendiri.. almaklumlah baru start keja dan takde internet.. lepas ni aku kembali aktif kot. insyaAllah..
trafik ke blog aku sedikit melonjak ari ni lepas aku komen kat sini.. haha.. terima kasih mael! :p
zool
June 9th, 2008
at 8:30pm
Woit bro.. Apa ke hal menyampah dengan blog sendiri..
Bior org lain tak suka ngan blog kita..
Jangan kita benci ngan blog sendiri..
Kalau benci gak serupa kita benci dgn diri sendiri..
Biar seteruk manapun tulisan kita ianya semua anugerahNya ( lainlah kalau ko copy n paste org punya @ ciplak)..
Hargailah bakat ko walaupun ianya kecil berbanding ngan mail..
loq si budak merah
June 9th, 2008
at 8:45pm
koh3x. akoo dpt hit yg byk gile menempel kat cni. hehe. blog akoo ade jam. tp xberat ape pun. comei je… heee. layan tv dulu!
MK
June 9th, 2008
at 10:26pm
plugin utk full text feed:
http://cavemonkey50.com/code/full-feed/
sya
June 9th, 2008
at 10:29pm
hahhaha. sangatlah sokong yang no. 5 tu. menyampah gila orang taip macam tu.
and yes, saya pengguna blogspot. ahaaha. tak kisah la. tak terasa pun. :)
Razif
June 9th, 2008
at 10:47pm
macam perli aku je mail..mentang2 la blog aku tak update langsung.laptop aku rosak la.dah sebulan lebih ada kat service center.apa jadah lambat sgt.lagipun aku mmg sibuk skarang ni,projek networking byk sgt la.kerja lagi.huh mcm nak patah ja tulang 4 kerat aku nih..
**ni pun kat cc.lembab betul internet kat sini.hampeh……
fiza
June 9th, 2008
at 11:02pm
belajar dr kesilapan…. i’m not fulltime blogger, but i love writting… love to share everything dgn kawan2… tak kira apepon..yg penting pasti ada sedikit kebaikan yg boleh dikongsi bersama
titan
June 9th, 2008
at 11:30pm
Haha. Aku suka post kali ini.
Biarpun blog aku agak berat diloading. Aku yakin aku ada return and new visitor setiap hari. :)
Yang penting buat promosi la. Kalau tak, semut pun xnak datang.
Nasihat aku. Buat promosi dan promosi. Jadikan juga blog kita unik dan ada gaya tersendiri. Contohila blog Mael nih. Hehe..
Simple. Macam takde iklan masyarakat je..
Mohd Ismail
June 10th, 2008
at 12:28am
thanks-a-gazillion MK =) aku akan pakai.. he he
Mohd Ismail
June 10th, 2008
at 12:32am
hehe.. mana ade perli ko Razif.. aku tak berapa pandai bab perli2 ni.. ha ha =) ko kes sibuk dengan kehidupan, xpe la.. boleh di’fahami.. lgpun ko laptop tgh berehat..
Razif
June 10th, 2008
at 12:43am
haha…tadi aku p queensbay mall,risik2 laptop.berkenan toshiba nya laptop.aku tunggu lg 3 hari,apa cerita laptop acer aku tuh
Rjuna
June 10th, 2008
at 12:48am
Alamak rasa tergigit cili lah pulak, no.3 aku lah tuh ngahaha,
aku menilai blog org lain dengan kaedah pandangan pertama, kalau best, aku segera subscribe rss dia,
kiteria pilihan aku ialah theme lawa, penulisan baik dan tersendiri, loading laju, sentiasa update, gambar menarik dan penulisan dalam bahasa melayu, bonus jika penulis itu awek cun hehe
fara
June 10th, 2008
at 9:51am
salam..
blog aku kategori no 4. tapi tak kisah.
sbb aku suka membaca biografi org.
menilai dan mengambil iktibar.
tq krn sudi melawat.
:)
Noorizam Shah
June 10th, 2008
at 12:01pm
blog aku terlampau banyak iklan ke bro? ohohoho..
Noorizam Shah
June 10th, 2008
at 12:02pm
kondem perabis ni mael.. :P
Noorizam Shah
June 10th, 2008
at 12:03pm
aku pun nak gak tahu projek tu.. :)
Noorizam Shah
June 10th, 2008
at 12:05pm
aku suka tukar2 iklan dalam blog.. :D
neeziee
June 10th, 2008
at 12:07pm
aku pula tak baca entri blog yang panjang2.
hehe.
aku baca tajuk aku dah tau apa yang kau nak sampaikan.
maleh beb..haha.
Saharman
June 10th, 2008
at 2:46pm
Blog Hariz adalah perjalanan hidup dia, kira blog peribadi laa….kalau kau nak maklumat tentang Ultraman tu boleh laa melawat blog Hariz, tapi kalau maklumat lain tu..aku rasa kau tau mana nak pergi cari…
zen
June 10th, 2008
at 3:23pm
aku suka baca pasal menda mengarut….tah ler nape..pasal menda nak cari duit lebih pon best jgk..
nono
June 10th, 2008
at 9:05pm
salam.
each and everyone has their own opinions about this matter. kadang2 ada jugak yang blogging but they don’t expect people to come or leave their comment. =)
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:24pm
errrr… blog saya pun banyak iklan jugak seh… hehehehe… jangan marah aaaa… takper aaa… nanti boleh susun balik iklan dengan plugin terbaru yang akan kuar nanti… boleh susun banyak mana iklan yang anda mahu… the impossible banner ads… cari aaa kat dalam internet….
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:26pm
grafik bling2… macam advertlets ke…?
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:28pm
banyak jugak laa. namun banyak info yang berguna untuk faedah orang ramai yang mahukan maklumat untuk selesaikan masalah kewangan terutamanya…
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:29pm
hehehe… plugin banyak agaknya… loading semacam je… itu pasal laa lambat jadinya…
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:32pm
gunakan dengan penuh minatnya…
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:38pm
hehehe… dulu guna blogspot jugak. memang malas aaaa nak singgah area blogspot sendiri punya. tak tau nape… hahahahaha…
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:41pm
rotator ads laaa tuuu… lepas nih boleh guna rotator ads mission impossible laa pulok…
abdfatah
June 10th, 2008
at 10:43pm
ah yeaa betul tu. tak mengharapka sangat sapo2 yang nak komen… harapkan membaca aje laaa dan datang jenguk dah kira okeh daaaa…..
razifmustapha
June 10th, 2008
at 11:26pm
blog aku ko tak suka ke mael? ko memang…. tau la da glam… hoho
topo
June 10th, 2008
at 11:45pm
sokong2!!! hohohooh aku sayang IDM aku
topo
June 10th, 2008
at 11:49pm
bro kalo blog ko sendri pon ko dah menyampah nak masuk… tu dah parah gak tu…
asx
June 11th, 2008
at 4:12am
Haha . Boleh pula macam tuh . Sabar-sabar . =)
Dik Mal
June 11th, 2008
at 11:40am
bling2 yang flashy2..ala mcm myspace..blink2 here n thr..hehe.. kan mail kan..juling mata masuk blog bling2
abdfatah
June 11th, 2008
at 5:36pm
hahahaha… bling2 jadi juling2 lepas tu terguling2…
abdfatah
June 11th, 2008
at 5:40pm
hehehe… hari ini sms yang dihantar ke konti radio takleh nak baca habis… terbantut dj radio nak baca ayat belit short sana sini…
phl nak tlis gtu gni nk bce pn tk pehem…
beckzaidan
June 11th, 2008
at 7:52pm
ah demm, ko tak baca blog aku ke? ahhhhhhh… meruntuk jiwa ku. demm. demm. demm.
Apisz
June 11th, 2008
at 8:50pm
Ya, ada satu tolakan magnet yang ada pada blogspot yang menyebabkan kita menyampah nak masuk, termasuk blog kita sendiri.
Dah lebih 2 minggu aku tak masuk mana-mana blogspot.Alahai.. :P
nono
June 11th, 2008
at 10:48pm
just let yourself be heard kan? ;)
mes
June 12th, 2008
at 1:35am
entri yang sangat berguna dan telus…kadang2 aku pun xsuka tengok blog sendiri..dah lar aku ni ‘newbie’ so banyak benda kene belajar lagi.
d2z
June 12th, 2008
at 10:10am
aku terlibat dengan point nombor 2..
ikoko
June 12th, 2008
at 1:50pm
:) Nak ulas sket..
1. Terlalu banyak iklan.
Aku tak kisah bape banyak pun iklan dia nak letak. Pastikan tak mengacau konsentrasi aku untuk baca entry dalam blog dia. Maksudnya susunan biar teratur dan selesa mata memandang.
2. Blog kau di’Blogspot.
Ni pun aku tak kisah sangat. Asalkan blog dia selesa untuk dibaca dan tak tenggelam dengan background. Ada sesetengah blogger tak kisah dengan entrinya yang susah dibaca dek’ kerana background yang tak sesuai.
3. Tidak update (terlalu lama).
Ni ikut jugak. Kadang-kadang, aku lambat fed up. Jadi aku akan terus pi blog orang tu, sampailah dia update. :) Tapi kalau dah 2,3 tahun tak update. Memang aku tak akan pegi lagi.
4. 99% Kisah Peribadi.
Aku tengok juga. Mungkin ada yang boleh diteladani. Mungkin juga cara dia bawa kisah peribadi dia dalam blog dia mencuit hati. :) Aku sukakan hiburan. Aku akan cari info bila aku nak.
5. kO mNulIS eNtrI blOg spT iNi wtf!@#%!
Hehe.. Ni memang aku tak baca la. huhu. Sakit mata.
botak
June 12th, 2008
at 11:30pm
Aku pada mulanya guna wordpress untuk blog,tapi aku mulai terpengaruh dengan iklan.Maka aku terus menukar ke blogspot.Tapi malangnya,blogspot memang sangat tak best.sangat² tak best berbanding dengan wordpress.Lepas nih kena pakai wordpress balik,lagi clean kalo nak bandingkan dengan blogspot.
Semua yang ko cakap pun ade betulnya.Tapi aku tetap tak tinggalkan karya diri sendiri jugak.Tulis kekadang saja nak lepas.Mungkin lepas ni aku akan bertukar tekak untuk menulis selain diri?!
mes
June 13th, 2008
at 1:50am
itu lar pasal tengah usha psl wordpress kt sini..btw thankz for your information..appreciate about it..pasal entri ni jer dah boleh nampka kesilapan sendiri..thankz a lot
bongkersz
June 13th, 2008
at 2:45pm
saya juga tidak gemar membaca blog di blogspot. saya cuma membaca blog milik rakan-rakan di blogspot. blog-surfing? sorry.. :D sedikit pelik tetapi.. ya, saya meluat dengan struktur ruang komen blogspot. entah apa entah.
kisah peribadi.. jika terlalu melalut hampir semua entri berkenaan dengan kisah peribadi, memang sungguh bosan. tetapi saya rasa ini cuma tanggapan, pilihan masing-masing. too much of the same thing sure boring.
dan yang paling menyampah, tulis entri macam tulis sms. pening..
asx
June 13th, 2008
at 3:52pm
chedet pakai blogspot . =) .
andy
June 13th, 2008
at 11:31pm
err hehe blog aku ke mail. comment le skit blog aku. kasik tips ke, kritikan skit ke.
mechamon86
June 14th, 2008
at 1:19am
Salam…bertuah betul kawan aku ada bagitau pasal blog ni..aku berada kat kategori 2 dan 3..err bro..boleh bagi apa-apa cadangan ke?
En. Me
June 14th, 2008
at 7:01am
gittewww kannns..
Khai
June 14th, 2008
at 4:12pm
aku paling sokong yg blog kat blogspot tu.. bila dah familiar with wordpress, terasa sangat blogspot tu ala ala ketinggalan zaman gitu.. nak komen bapak leceh.. x kuasa… just baca je boleh ar..
shandye
June 14th, 2008
at 7:49pm
blog ada yg bersifat peribadi, ada yg bersifat terbuka.
tepuk dada tanya selera la.
klu tak suka blogspot tak perlu la remeh2kan.
aku dh dua tahun lebih di blogspot. atas desakan blogger lain terfikir juga hendak pindah tetapi rasanya aku telahpun serasi dengan blogspot.
biarlah ko kata kolot ke hape ke.
yg penting klu ko tak suka apa yg ko nampak, butang x yg kat penjuru atas kanan tuh kan ada fungsinya.
abes citer.
sue
June 14th, 2008
at 10:31pm
assalamualaikum…
la ni .. guna blogger je..utk personal and bacaan kwn2..
teringin jugak ber blog guna wordpress and host sendiri..
coz it more flexible.. . tpi takde idea..ehe …
btw.blogger ke..wordpress ke..ikut citarasa memasing kut.. ye tak ma’il ?
salam hujung minggu semua ..
Din Beramboi
June 15th, 2008
at 1:51am
Wahaha…blog aku plak dalam kategori mana Mael? Huhu..
kakeru
June 15th, 2008
at 5:46pm
Blog yang mana? Ke-3 kot…oh!
sallikin@nikillas
June 16th, 2008
at 9:23am
Debish..!!! sekali kena atas dahi sendiri..
Waaaah.. Terasa gila aku dengan entry ni..
Tapi bagus la mael.. Entry ini menyedarkan aku..
Aku setuju sangat pasal iklan banyak² tu…
Serabai je aku tgk..
nono
June 16th, 2008
at 3:55pm
bongkersz, i never ‘met’ any blog yang tulis macam sms.. you did? woow
mr
June 17th, 2008
at 2:08pm
ceh..berlagak..ko pon ade gak kisah peribadi…duk cite pasal anak sedara dpt add math kurang dari 50%..ko pon same je la.ckp kat org lain,die pon lebih kurang..lantak anak sedara ko ler..dulik aper aku..huhhuu..
Mohd Ismail
June 17th, 2008
at 5:41pm
mmg la ade bro.. tp kalau ko baca betul2, entri tu cerita pasal mende lain.. bukan aku fokus kat perihal dia..
dan lagi satu, bukan anak sedara, itu adik aku.. len kali baca entri betul2 ye sebelum hentam org =)
peace!
Mohd Ismail
June 17th, 2008
at 5:43pm
w’salam sue =) hehe.. ye.. mmg ikut citarasa masing2.. tp sy sgt la galakkan guna Wordpress even yang free pun.. lebih serunuk =)
salam hujung minggu gak (ari ni ari selasa.. ha ha)
PulauErk
June 18th, 2008
at 12:54pm
Kandungan blog ni memang sikit melampau, tapi bila fikir2 balik, Memang betul apa yang ko cakap.
Terima kasih atas teguran tu, memang kena ngan batang hidung aku.
Pasti aku kan datang lagi blog ni. Aku suka entri 2 blog ni. Banyak maklumat berguna….. Bagus.
NoktahHitam
June 20th, 2008
at 5:01am
“Jangan cemarkan penulisan blog Malaysia”
Ko pon rosakkan jugak penulisan bahasa melayu. Sekali pandang ko gune bahase dgn betul, tapi bole plak ade imbuhan ko bubuh tanda ‘. Budak2 bawah umur pon bace jugak sekaligus buat dorg pening kepale.
Kalau kau tules dgn bahase pasar, mungkin aku tak kesah sgt. Aku bukan nak menegur, tp nak kongsi. Tp kalau ko rase tu style ko, teruskan je la.
NoktahHitam
June 20th, 2008
at 5:08am
Shandye,
Honestly la kan, wordpress.com lagi best. Lagi pon takyah start balik from zero. Dalam wordpress.com tu bole extract balik blogspot punye posting. Ape kater try-try dulu wordpress tu. Confirm lagi ramai taruk comment ;)
Pakai blogspot pon best gak sbb google yg support. Dulu aku pon kt blogspot. Sekali kenal wordpress, tak pusing balik dah.
NoktahHitam
June 20th, 2008
at 5:14am
Bong & Nono smsmen.wordpress.com. I call it the mind game blog. I have to guess what he writes there.
Anyway Bong, personal or not it’s up to the open-ness of the blogger. If you want to earn shit load from ads, copy paste entries. Increase traffic, post porns.
Personally a blogger should think thoroughly before writing anything. It shows the depth of ones knowledge.
mahsyar90
June 21st, 2008
at 6:18pm
betul jugak ye..terpikir balik..
thanks for the information :D
mr
June 23rd, 2008
at 12:40pm
ahaks.betul gak cakap bro nie..de ker imbuhan de tanda ‘..mane de wey..kat mane ko blaja de tanda tue..
and mane de stail nak penulisan bahasa melayu imbuhan de tanda ‘..memandai je isi ek..tak pon ko rujuk kat dbp..hoho..
peco
July 6th, 2008
at 3:52pm
aku sokong entri kau mail
aku pun sedang usaha untuk nmpk profesional dalam bidang penulisan
kurang puas hati dengan penulisan untuk blog aku
;D
paan
July 27th, 2008
at 3:16am
wah…banyak betul owg yang nak respon untuk komen nie.nampak sangat la yang pengaruh blog di Malaysia semakin meningkat..hehehe.aku dengan teguh dan yakinnya,menyokong entri ko sepenuhya…bagi yang suka guna shortform tu,korang ingat yang layan blog nie,budak-budak remaja je ke???makcik and pakcik pun layan gak ye…contohnya…
motivasimama.blogspot.com nie…
aku memang setuju yang wordpress.com lagi bagus…tapi penggunaannye yang terhad…aku tak bleh nak ubah codingnya..hehehe.
lut
August 5th, 2008
at 12:47am
betul2…sokong semua yang di listkan..
Moo
August 13th, 2008
at 5:28pm
aku suka baca blog/comment yg kelakar je….huhu
buat aku gelak sorang2
bole release tension wooo