5 Sumber Terbuka untuk Kedai Online
- 63
- Add a Comment
Berminat untuk membuat perniagaan internet yang sebenar? Bina kedai online sendiri & jual barangan yang sebenar seperti t-shirt, barangan komputer & cadar adalah salah satu cara untuk membina empayar perniagaan sendiri di’internet.
Kedai online atau kebiasaan’nya di’istilahkan sebagai e-commerce atau e-shop adalah satu laman web interaktif di’mana pengunjung boleh membuat pembelian barangan secara terus di’laman web tersebut. Kebiasaan’nya, semua kedai online akan di’lengkapi dengan sistem pembayaran kad kredit atau PayPal untuk memudahkan urusan perniagaan secara antarabangsa. Jika perniagaan anda tertumpu kepada pasaran Malaysia, ada molek’nya mengeluarkan sedikit modal untuk sistem bayaran iPay88 — berbaloi untuk memudahkan urusan pembeli yang tidak mempunyai kad kredit.
Ini bahagian yang menarik, sumber terbuka adalah adalah percuma. Kelima-lima sumber terbuka untuk membina kedai online ini adalah percuma untuk di’gunakan tanpa syarat. Bukan setakat percuma, tetapi kesemua’nya yang aku senaraikan di’sini mempunyai features & front end template yang tampak lebih profesional berbanding sumber terbuka yang biasa orang gunakan seperti Zen Cart & osCommerce.
Magento - Pilihan utama aku kerana tanpa merekabentuk semula template asal, kau sudah kelihatan jauh lebih profesional berbanding Lelong, apatah lagi Monsun Biz. Pertama kali jumpa Magento, aku tidak percaya yang sistem ini boleh di’gunakan dengan percuma.


OpenCart - Sistem kedai online yang ringkas & membawa pengunjung terus ke produk yang hendak di’tawarkan. Ia juga membenarkan pembeli membuat review terhadap barangan yang mereka terima.

PrestaShop - Walaupun belum keluar dengan versi penuh — yang terbaru Release Candidate 2 (RC2), PrestaShop yang berasal dari Perancis ini menjanjikan sesuatu yang baik untuk sebuah kedai online.


FreeWay - Sama seperti OpenCart, FreeWay adalah satu sistem kedai online yang ringkas dan tidak banyak mengelirukan pengunjung dengan imej yang pelbagai.


DigiStore - Buka kedai telekomunikasi DiGi, ini sistem kedai online datangnya dari New Zealand yang agak lama, tetapi tidak popular di’gunakan. Muka depan untuk pengunjung yang ringkas & pemilihan kategori barangan yang mudah di’capai.

Jika kau berminat untuk berniaga di’internet, aku anjurkan kau untuk membeli e-book Sistem Kedai Online (bukan link affiliate) yang baru sahaja di’lancarkan oleh SaifulSham Consultant. Walaupun dalam e-book mereka, mereka menggunakan Zen Cart sebagai contoh, tetapi secara asas’nya aku yakin cara untuk membina kedai online adalah sama — dengan mengeluarkan kos permulaan yang minima.
E-book Sistem Kedai Online adalah jauh lebih baik & murah berbanding skim perniagaan internet Monsun Biz - Anonymous

63 Comments
sham
April 17th, 2008
at 8:20pm
Marah betul ko kat Monsun ye mail.. :P
wanwma
April 17th, 2008
at 8:24pm
malam ni aku nak g beli ebook tu
Mohd Ismail
April 17th, 2008
at 9:01pm
ha ha.. lantak’kan.. setakat ni xde nampak batang hidung org Monsun Biz kat sini.. heran gak aku.. ha ha
Mohd Ismail
April 17th, 2008
at 9:02pm
beli wan.. mana tahu leh buat potrait online.. ye tak? =)
hanep
April 17th, 2008
at 9:39pm
haha.. bior orang nk mlabur duit tu sedar…
monsun biz - rm 50 000
open source shopping mall + + + = free
p/s: magento tu mmg smart.
ak biasa pakai zen cart je. xyah wisau, banyak templates.
sallikin@nikillas
April 17th, 2008
at 10:22pm
wah mael.. bila ko nak start jual nasik lemak online..?? haha…
~~ 2 3 hari ni susah giler aku nak post comment… network error memanjang…
IcedNyior
April 17th, 2008
at 10:22pm
mula2 conpius skit apa maksud “sumber terbuka” baru prasan..ohh…Open Source. LOL!
Anyway, antara kelima2 system di atas, yg mana paling senang nak cari template free? Sbb mcm ZenCart & osCommerce mcm agak susah cari template free :(
cikahmad
April 17th, 2008
at 10:22pm
Mael aku akan dapat kan juga SKO nanti..aku sedang berkira kira mahu meluaskan lagi jualan gundam aku ke Malaysia & antarabangsa!Ada yang mahu order dari aku!Direct dari Jepun wei…tiada pirate punya!haha *ter promot la plak mael,gomen naa..*
Wizuraiw
April 17th, 2008
at 10:35pm
dengan WP pun boleh buat kedai online…
aku dah try… sungguh!
oDiN
April 17th, 2008
at 11:17pm
dh cube OsCommerce ?
Mohd Ismail
April 18th, 2008
at 12:01am
tak kesah beb.. business betul2 punya, mmg aku sokong 300%, xde kompromi.. peminat gundam boleh contact CikAhmad kita..
*tp monsun biz mmg hamjadah! ha ha*
Mohd Ismail
April 18th, 2008
at 12:02am
aku jumpa satu theme, WP Market, cun! tp kene beli.. ko ade ke wizurai? nak! =p
Mohd Ismail
April 18th, 2008
at 12:04am
osCommerce mmg awesome, tp kalo nak advance sikit, yg 5 ni kool =)
monsun biz tu pakai oscommerce atau zen cart eh? !@#$%
Mohd Ismail
April 18th, 2008
at 12:10am
ermm.. kalo e-commerce punya template, mmg apa jenis cms pun agak susah nak cari yg lawa2.. itu kene customize sendiri.. tp Magento punya da cukup lawa da.. lawa lg dr Lelong.. ha ha =)
Tech Blog
April 18th, 2008
at 1:09am
Ye..jaga-jaga Mail..Aku akan link kat blog kau nanti pasal free script ni.
Penerockers
April 18th, 2008
at 1:19am
Info yang menarik, mungkin aku akan consider menggunakan magento setelah sekian lama aku terlibat dengan lelong…….
awqi_zar
April 18th, 2008
at 4:10am
sudah tidor ka mael..jika kau berkesempatan dan jika peluang masih ada..ko g cpat2 dotster.com..dieorg offer domain percuma..hanya 500domain sahaja..cpat2..hehe..skang..
WaWa
April 18th, 2008
at 5:17am
wah. setau aku, mael ni bukan suka sgt dgn benda2 jual ebook ni. saifulsham punya ebook ko ‘promot’ lak. haha.
Razif
April 18th, 2008
at 5:25am
depa tak tau guna internet kot
Razif
April 18th, 2008
at 5:30am
mmg aku dah plan nak buat e-shop nih.tunggu saja kemunculannya..
Bob
April 18th, 2008
at 7:43am
wordpresser guna ni http://www.instinct.co.nz/e-commerce/
baru la syoknya bola.
musnaz
April 18th, 2008
at 8:23am
terima kasih di atas entry yang super informatif nih. orang yang tak budget nak meniaga online pon leh jadi terangsang nih! cool!
sham
April 18th, 2008
at 9:18am
aku pun pelik,diorg takut kene laser kat ko kot..
oDIN
April 18th, 2008
at 9:24am
biar aku teka .. diorang wat sendiri e-commerce engine ..
MonsunBizTahApeApeCart ..
[unsur hiperbola bermula ](konfirm SECURE dan CANTIK designnya)[unsur hiperbola habis]
Wizuraiw
April 18th, 2008
at 9:38am
MIRSB punya e-commerce guna zen cart…
aku dah check page source dia…
Wizuraiw
April 18th, 2008
at 9:40am
yeah, aku dah test WP e-commerce yg ni…
memang syok… boleh guna paypal jugak…
ayuh buat shopping cart guna WP…
Saharman
April 18th, 2008
at 9:42am
Satu entry yang bagus …… aku rasa kau sorang je yang promote Kedai Online tanpa affiliate link …
shambie adzhan
April 18th, 2008
at 10:39am
waaa mael, terima kasih.. sungguh berterima kasih!
aku baru chat2 ngn wizurai psl cart ni.. sbb aku nk buat lain utk store
(aku yg kelam tu)tapi takde masa.. jadi aku memerlukan sesuatu yg KISS (keep it simple, stupid). malas nk memerah otak.selama ni aku dok guna osCommerce, herm.. memeningkan hidup aku. bukan aku taktau programming tp aku takde masa nk godek2 codes die. lalala
haha terima kasih lagi sekali utk list ini!
Wizuraiw
April 18th, 2008
at 10:45am
owh, namaku disebut² disini… patutlah tergerak hati ke sini…
ko cuba je WP e-commerce…
matzis
April 18th, 2008
at 2:58pm
ebook yang bagus mengenai kedai online…boleh menambahkan ilmu pengetahuan kepada pemilik-pemilik kedai online di Malaysia.
hafifi
April 18th, 2008
at 3:13pm
aku bangga ngan ko amel..ko sllu kongsi sesuatu yg bermakna
KNizam
April 18th, 2008
at 7:12pm
mael. tanya sket. naper prinscreen tuh semua x berapa jelas ek ? hehe :)
Mohd Ismail
April 18th, 2008
at 9:13pm
lepas printscreen aku resize balik.. tu jd gitu tu.. hehe.. tatau nak sharpkan balik camne =)
hanep
April 18th, 2008
at 9:14pm
saifulsham ni lain.. ebook berinformasi. bukan ebook-ebook mengarut…kan kan mail?
Mohd Ismail
April 18th, 2008
at 9:15pm
juga kepada mereka2 yang baur nak berjinak buat kedai online =)
Mohd Ismail
April 18th, 2008
at 9:16pm
sama2 Shambie.. he he.. aku harap sgt store ko boleh gilang gemilang sbb itu store yg jual barang2 unik.. nk carik kat Suria KLCC, mmg xde la.. ha ha
tech blog
April 19th, 2008
at 2:01am
aku di luar skrg.tgh makan.menggunakan hp utk browsing blog kau mael.apa2 hal thanks kerana bgtau pasal software free ni.
cat
April 19th, 2008
at 2:07am
adakah nama-nama satu kedai online yang free bagi kita yang nak jualkan barang kita?
flisterz
April 19th, 2008
at 8:28am
info yang baguis! aku pun akan menggunakan benda camni nnt. Akan dicuba semua yang best :)
Wizuraiw
April 19th, 2008
at 10:27am
mudah.com.my? ke mau ebay atau lelong?
asx
April 19th, 2008
at 10:45pm
Lebih gemar Joomla+Virtuemart . Juga Sumber terbuka .
Mudah . and lagi banyak features . (maybe sebab dah familiar dengan joomla)
Ni web ecommerce yang sedang dibuat .
http://www.zerodeuxsix.com/malapetakha .
jual baju . sistem belum siap lagih. tapi design hampir.
kooreen79
April 19th, 2008
at 10:53pm
mael best..antara mael ni dgn mael xpdc dua2 gua minat..hehehe..tq semua pengomen, byk info2 dapat dikutip..
cencorot_91
April 20th, 2008
at 8:58am
wahh!!
satu hari nanti buley r aku bkak kedai sex toy online..
haha..
shambie adzhan
April 20th, 2008
at 12:27pm
hai kawan2, saya ingin berkongsi!
aku dah cuba guna os Magento, cause it looks promising
BUT….
aku try install kat PC sendiri (using xampp) begitu leceh dan tak menjadi..die punye workaround nye sikit nye berjela2.. org yg ‘cepat naik juling tgk tulisan byk’ cam aku terus surrender!
aku try pulak install kat webhost.. tak menjadi jugak sebab hosting aku hanya php versi 4 sedangkan Magento running on php versi 5.2.0 or newer OK!!
ini pon ade workaround nye BUT (but lagi) semacam tak menjadi jugak, jenuh aku try.. based on the comments left on their workaround-entry ni.. ramai yg mempunyai masalah.
dan, fail nye total size 25MB nak upload ke server…sengal lambat (cause streamyx sux big time, duhh!)
begitula kisahnya, mlm ni cuba lagi! bantulah saya ;)
kita
April 20th, 2008
at 2:35pm
fuhh rupa-rupanya banyak lagi open source yg aku tak tahu erk..tq ismail..ilmu mu sungguh banyak erk..kongsi-kongsilah di kongsiblog.org kalau tak keberatan :)
Mohd Ismail
April 20th, 2008
at 3:08pm
he he.. aku pun pernah try nak main Magento ni dengan real server, tp mmg susah sikit la.. satu sebab fail dia besar & dua sebab requirement dia mcm nak yg latest2 je.. hehe.. itu la kot harga yang patut kita bayar untuk benda percuma begini.. =)
thanks shambie sbb share pengalaman & yeah! streamyx sux big time.. (ikut shambie, tatau nak menyumpah apa)
Mohd Ismail
April 20th, 2008
at 3:09pm
insyaAllah… atau Kita boleh je selalu datang ke’sini.. buat lah macam rumah sendiri.. =) air, gula & sirap ada kat dapur tu haa.. haha
kita
April 20th, 2008
at 4:33pm
aduhhh..maknanya kena bancuh sendirir ler…dah ada 2 blog erk…keliru kejap sakni
khai
April 21st, 2008
at 5:21am
err.. ape aku nak jual ek… pikir pikir…
catzer
April 22nd, 2008
at 12:31pm
aku sukekan pilihan pertama…sgt2 pro..
adam
April 22nd, 2008
at 3:53pm
satu cara alternatif kepada yang tertipu dengan janji Monsun Biz untuk memulakan perniagaan online. ini baru betul!
zaki blogjer
April 23rd, 2008
at 12:06am
Diorang tak baca blog. Itu sbbnya
zaki blogjer
April 23rd, 2008
at 12:09am
Ngko guna snagit tak?
Mohd Ismail
April 23rd, 2008
at 2:02am
tak.. printscreen biasa.. boleh lawa eh pakai SnagIt? ni boleh aku cuba ni… thanks Zaki!
Nadlique
April 23rd, 2008
at 11:31am
Aku ada guna guna Zen Cart, tapi sampai sekarang aku masih confuse cam mana nak guna. Skrg dok tersadai kat situ.
sophiea
April 24th, 2008
at 5:02pm
Hello…
kini ada offer yg bagus ni….
18 eBook berharga RM50 aje
dah tu …percuma lagi 14eBook berbagai tajuk….
sophiea
April 24th, 2008
at 5:06pm
Terdapat 18 eBook kesemuanya. Selain itu,
anda juga diberikan 14 lagi eBook secara
PERCUMA dan kami sentiasa akan menambah lagi ebook utk bacaan anda.
Kesemua 32 buah eBook akan anda perolehi
dengan harga yang cukup ISTIMEWA.
Hanya RM50 sahaja.
PRODUK TERKINI
Formula Tsunami Wang - 10 June 2007
Google Sense Secrets - 10 June 2007
Think and Grow Rich - 10 June 2007
Mohd Ismail
April 24th, 2008
at 5:09pm
maaf sophiea, aku tak rasa orang kat sini berminat dengan produk ko.. lagipun aku mmg anti dgn produk e-book style mcm ko buat ni.. aku xmo delete, tp affiliate link ko aku ubah.. =)
apapun, terima kasih kerana ke’mari..
sophiea
April 24th, 2008
at 6:51pm
eh….ye ke?…
tak pa la mail…..
tima kasih kembali….
WaWa
May 8th, 2008
at 1:22am
chill dude, chill.. saje jek nak test si mael ni. :P
ard
May 12th, 2008
at 3:10pm
saya minta tolong cara upgrade prestashop versi 0 ke 1
zuhdi
November 14th, 2008
at 4:20pm
Korang tau tak hosting mana yg boleh support Magento ???
Mohd Ismail
November 14th, 2008
at 4:37pm
@zuhdi mana2 pun boleh rasanya.. tp better copy requirement dia, tanya tuan punya hosting =) start ngan Exabytes, Fivio atau ServerFreak..
=) selamat berniaga…