5 tips untuk menulis blog secara serius

Seperti yang aku tulis beberapa hari lepas, menulis blog bukan satu perkara mudah. Satu masa dahulu, ya, menulis blog merupakan sesuatu perkara yang senang. Tetapi masa bergerak lebih pantas dari seekor itik & menulis blog mengalami evolusi yang bukan sedikit.
Penulis blog di Malaysia secara am’nya terbahagi kepada 2 kategori;
- Mereka yang menulis blog untuk menceritakan perihal kehidupan harian mereka.
- Mereka yang menulis blog untuk berkongsi ilmu & bertukar pendapat dalam pelbagai perkara & bidang.
Kategori 1 kebiasaan’nya tidak serius dalam menulis blog. Mereka akan menulis blog sekiranya ada kelapangan & ada cerita yang hendak di’sampaikan. Entri mereka selalunya bercampur baur dengan emosi & perwatakan yang kadangkala memeningkan pembaca dari luar lingkungan hidup mereka.
Di’sini, Mohd Ismail dot Com ingin berkongsi 5 tips bagaimana seorang penulis blog mampu menjadi penulis yang serius & mempunyai pembaca yang setia.
- Dapatkan nama domain & hosting sendiri. Ini perkara nombor satu yang mesti di’lakukan seseorang yang ingin menulis blog secara serius. Penjenamaan diri & kawalan penuh ke’atas blog adalah amat perlu untuk menjamin hasil yang boleh di’banggakan.
- Jangan gunakan trengkas/shortform. Ini biasa terjadi. Penulis menggunakan shortform yang aneh-aneh tetapi menurut mereka itu yang menjadi kebiasaan. Ini penting untuk trafik dari enjin carian & juga keupayaan blog itu menjadi mesra pengguna. Katakan hari ini kau menulis satu entri bertajuk,’Cara Mudah Mncari Duit Dgn Intnet’. Dan, orang ramai memasukkan keyword ‘buat duit di internet’, peratusan untuk entri tersebut untuk muncul di enjin carian akan rendah & secara tidak langsung mengurangkan trafik yang berpotensi.
- Keep It Simple. Peraturan yang sering dipandang remeh oleh penulis blog. Lebih-lebih lagi penulis blog di’dalam kategori 1 di’atas. Mereka jika boleh mahu meletakkan segalanya dalam satu muka blog mereka. Slideshow, bling-bling, gambar beranimasi & paling menakutkan, perasaan buta tentang apa itu kontras. Pilih theme yang ringkas & mudah untuk di’navigasi. Jika theme anda berlatarbelakangkan hitam, pilih font berwarna cerah, tetapi bukan kuning. Jika theme anda berlatarbelakangkan putih, pilih font berwarna gelap. Mudah ‘kan?
- Menulis seperti bercerita. Ada penulis yang aku jumpa menulis tanpa perasaan di’dalam setiap perkataan’nya. Seluruh isi kandungan itu seolah-olah mati. Tulis’lah sesuatu cerita itu jika anda benar-benar mahu menulis & berada di’dalam mood yang baik. Gunakan perkataan-perkataan yang mudah di’fahami & susunan ayat yang menarik minat pembaca untuk membaca sehingga ke penghabisan. Ambil masa untuk membaca tulisan mereka yang telah lama di’dalam blog. Belajar & belajar.
- Lawat ke blog rakan-rakan. Ini di’namakan membina hubungan. Anda tidak akan ke’mana-mana jika menulis blog & hanya berharap untuk orang datang. Memberi komentar di’blog orang lain seolah-olah memberi hadiah kepada tuan rumah ketika berkunjung. Dan, paling penting ia membina hubungan yang berterusan untuk kebaikan blog sendiri.
Ok. Sekarang pulang ke blog masing-masing & mulakan satu revolusi menulis blog dalam Bahasa Melayu yang lebih baik.
96 Jam dari sekarang : Cara Termudah Jana Duit Melalui Blog dengan Technorati & Google (tanpa perlu membeli e-book)
Popularity: 13% [?]
Comment by rena on 24 May 2007:
saya telah membaca entri ini dengan serius sekali. betul. tak tipu..
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2007:
ya.. terima kasih & entri kali ini sedikit serius :)
Comment by kasyah on 24 May 2007:
nampaknya aku tergolong dalam golongan yg pertama.
bagus la artikel ko ni,aku dah nampak banyak kesalahan dalam blog aku.
jgn gunakan shortform…hehe..suka benar aku guna.menulis seperti bercerita,…aku menulis ikut syok sendiri sahaja…hahaha…
ye..ye ..terkena batang hidung aku….wakaka
aku akan folo blog2 yang berpengalam cam blog ko ni..hehe
Comment by shutterspeaks on 24 May 2007:
artikel ini tentunya pasti utk mereka yg ingin menulis blog dengan serius. tulis seperti bercerita tu yg aku paling susah, sbb aku mmg x reti bercerita hehe… anyway, good article mail. keep em coming.
Comment by kamarul on 24 May 2007:
a very good article. thanks mail utk tips tersebut. oh ya, aku tergolong dalam kelompok pertama. isk!
Comment by mixterr on 24 May 2007:
Terima Kasih Ismail. Ia sgt berguna. lagi lagi org baru mcm aku. aku suka berblog tp tak pandai nak bercerita.. hehehe..
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2007:
aku pun masih banyak belajar dari weblog yang besar2 sana :)
ermm..shortform tu, kalau boleh elakkan terus ye?
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2007:
yep.. insyaAllah.. ada beberapa artikel lagi tentang menulis blog ni dalam kepala :)
dan entri cara buit duit itu juga.. he he :p
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2007:
kelompok pertama tidak salah apa2.. cuma ada perkara yang perlu diperbaiki :)
sama2 :)
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2007:
banyakkan membaca & belajar belajar belajar :)
baca artikel di surat khabar pun sebenarnya banyak membantu
Comment by ktom on 24 May 2007:
Hmm..satu info yang menarik….kunjung mengunjungi secara maya…
Ktom baru lagi dalam bidang ni…jadi bila baca info2 kat sini, banyak ler dapat pengetahuan.
Comment by chot on 24 May 2007:
sungguh bernas kata2 mu itu mail..
Comment by Fahmishah on 24 May 2007:
aku setuju.5 tips itu adalah perkara yang mesti ikuti untuk menjadi blogger yang berkualiti dari pelbagai sudut yang diceburi.
Comment by so'od on 24 May 2007:
“Memberi komentar di’blog orang lain seolah-olah memberi hadiah kepada tuan rumah ketika berkunjung”
tp kadang-kadang ada tuan rumah yg x ucap terima kasih atas penghargaan tetamu sdgkan tetamunya bukanlah ramai sgt.. itu satu hal juga.. lebih-lebih lagi tuan rumah yg terkenal & ‘kaya-raya’.. kita kan hidup berbudaya.. heheh..
useful article though..
Comment by iDa on 24 May 2007:
wah.tips yg bagosss~ :)
nmpknye saya golongan yg 1st tu.
lpsni bole improve blogging.
tq for da tips:)
Comment by WaWa on 24 May 2007:
erm.. mulai hari ni aku akan banyak meninggalkan komen. selalu aku jadi silent reader aje. haha.
Comment by kasyah on 24 May 2007:
nampaknya kata-kata mu tajam menikam di kalbu…..pedihnye….
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2007:
yep :) aku setuju.. itu’lah sebab jadinya kes komentar aku kena padam dek satu blog terkenal ni..
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2007:
he he.. ada tokoh untuk menang hadiah bulan depan ni :)
Comment by Mohd Ismail on 24 May 2007:
sama2.. insyaAllah ada lagi yang akan menyusul.. seronok sebenarnya berkongsi apa yang kita tahu & dapat maklumbalas positif :)
cuba la di blog iDa :)
Comment by Fahmishah on 24 May 2007:
hahaha..kalau aku jd macam ko.aku ban je blog tu dari blog lawatan aku.hihihi
Comment by Fahmishah on 24 May 2007:
ada tokoh?bulan depan?Jun?
Comment by Apeh on 24 May 2007:
Buat baik berpada-pada…bt jahat jgn sekali…
Comment by muhdzahari on 24 May 2007:
waa..dah lama tak datang sini..
Comment by kasyah on 24 May 2007:
kalau ko masuk bulan depan …mesti susah aku nak kejar ni..hehe
Comment by chika on 25 May 2007:
saya adalah penulis kategori SATU.
saya menulis sbb saya suka.
saya tulis apa yang saya suka juga.
dan semua tulisan adalah tidak dirancang tetapi seperti tertaip dengan sendirinya. sbb itu ia tidak menjadi ilmiah.
dah lama saya nk beritahu yang ini :
saya tidak suka baca blog dengan terlalu banyak shotform, terllau banyak bahasa lelong, terlalu banyak teriakan dengan nada tulisan kurang sopan seperti ini : boleyyyy aarrr arghhtttt….. *annoying*. Dan juga mencipta-cipta ejaan sendiri yang memeluatkan seperti ini : *cayunk dsb*.
tp saya akur dgn hak setiap pemilik blog.
sbb saya juga salah seorang dari mereka yang menulis dengan tidak betul.
* praktikal berapa lama?*
Comment by Fahmishah on 25 May 2007:
org yang menggunakan shortform mereka mengatakan senang dan mudah.
tetapi bagi den seperti dia menghargai bahasa.perlembagaan malaysia.bahasa melayu bahasa rasmi negara.
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2007:
saya praktikal 2 bulan & 10 hari Cik Chika… :)
yep.. itu lah yang aku maksudkan, ejaan2 yang annoying & biasanya kita jumpa di dalam sms pun ada orang letak dalam blog…
:)
*cayunk?kalau abang, jadi abunk leh?ha ha
Comment by adila on 25 May 2007:
saya pun kekadang keliru dengan beberapa bahasa ciptaan bebudak zaman sekarang. Antaranya Assalamualaikum pun dah nak jadi semekum…
cayang=cayunk
abang=abunk
rindu=windu
dan macam-macam lagi kalau nak list, esok pun tak habis. Moga bahasa kita akan terus terbela…
p/s-dok sibuk study pasal Mtest ni….curi2 masa ngadap pc. Doakan saya yer…dah banyak kali amik exam, kantoi jer… :(
Comment by Mohd Ismail on 25 May 2007:
Mtest tu apa Dila? MUET ke? he he.. apapun.. kawan2, mari kita doakan supaya Adila boleh lulus dengan cemerlang dalam Mtest yang di’ambil… berusahalah!
:)
Comment by kasyah on 25 May 2007:
MUET ke…semoga berjaya dgn cemerlang ye Dila…aja aja fighting!!
Comment by aad_lfcfn on 26 May 2007:
“Memberi komentar di’blog orang lain seolah-olah memberi hadiah kepada tuan rumah ketika berkunjung�
aku ada orang leave taik minggu ni (sudah pastinya bukan di kalangan korang yang selalu lawat blog aku, thanks for that visit). insulting comment, no choice but to delete it.
Comment by Mohd Ismail on 26 May 2007:
yep.. komentar yang berbaur tidak sihat terpaksa juga aku delete.. common sense.. :)
Comment by Badruzamani Bin Azmi on 27 May 2007:
Tip yang menarik. Terasa lama tak kunjung lamanmu ni. Masa seakan berlalu begitu pantas sedangkan kudrat seorang diri tidak mampu untuk melakukan kerja yang perlu dihabiskan sedangkan sakit ‘kunjung tanpa diundang’.
Hanya sekadar bertegur sapa walaupun tidak pernah berjumpa. Tapi, penulisan anda mendekatkan kita. Cewahhhh !!!! :)
Apa lagi ya??? Tiba - tiba blank pula padahal tadi banyak tip nak kongsi. :) Sat nanti saya ingat balik. Kalau tak silap, salah satunya guna myBloglog.
Banyak lagi…. nanti dulu kalau saya ingat. :)
Comment by NazzNazz on 28 May 2007:
ko blanja arr dot com aku.
haha
takder masa arr weyh. seriously.
Comment by draxter on 28 May 2007:
Tips² yang best, Tapi akuu ras ramai tak masuk blog aku. Kalau hosting .com tu berapa harganya? (sebulan.setahun)?
Comment by Mohd Ismail on 29 May 2007:
ambil standard punya, RM100++ termasuk domain… :) try la..
Comment by Mohd Ismail on 29 May 2007:
alhamdulillah jika ada yang merasakan penulisan aku mendekat’kan kita.. :)
tulis’lah di blog kamu tentang tips berkenaan MyBlogLog tu, dapat kita berkongsi bersama2.. kan? :)
Comment by Ann on 30 May 2007:
Blog dalam BM yang menarik. Pertama kali baca saya sudah terpikat.
Comment by Mohd Ismail on 30 May 2007:
terpikat dengan blog atau saya? ha ha.. selamat datang Ann :)
Comment by abdfatah on 30 May 2007:
yup… tulis hentam kromo memang tak best. menulis seperti anda bercerita lagi best. selamat maju jaya…
sekiam terima kasih…