6 perkara dot dot dot

Terima kasih la kepada Cik Famia kerana menyebarkan virus aneh ni ke sini & memberi sedikit hiburan semasa untuk diri aku menulis di petang Ahad yang lembap dek kerana hujan.Secara amnya,Cik Famia mahu aku menyenaraikan 6 perkara aneh yang ada pada diri aku.Sejujurnya aku tak punya banyak perkara aneh seperti takutkan kucing atau kegemaran memakai sweater di tengah hari rembang,tapi ini adalah barisan perkara teraneh yang mampu terjadi sepanjang aku hidup.

1. Aku obses dengan langit - Kau tahu bukan langit itu sangat biru,sebagai seorang yang juga obses terhadap fotografi,langit adalah satu latar belakang yang sangat cantik pada pandangan mata aku.Letakkan apa sahaja di hadapan dan belakangnya adalah langit membiru,gambar itu secara otomatis menjadi sangat cantik pada pandangan mata aku.Langit & lensa kamera bagaikan sepasang kekasih yang dicipta di syurga sana.Oh…

2. Aku tak suka bola & video game - Di akhir zaman ni,lelaki-lelaki di luar sana kebanyakannya sangat berhantu dengan salah satu daripada dua perkara asas tersebut atau lebih lelaki lagi bila gemar akan kedua-duanya.Bola?Apa jadahnya berebut sebiji bola tengah padang ramai-ramai?Bak kata abah aku,”takde duit sangat gamaknya orang dulu-dulu nak beli sebijik bola,sampai sekarang terikut-ikut…”.Video game?Sejak awal dunia lagi aku tak into.Mungkin ketika ini aku tidak menulis blog jika aku minat bermain video/computer game.Sungguh.

3. Aku rabun & aku tak pakai cermin mata - Ya!Aku seorang yang rabun.Rabun jauh atau rabun dekat itu aku kurang pasti.Tapi,jika di dalam bilik kuliah,pandangan aku sememangnya terbatas dek kerabunan mata aku yang semakin serius.Bila aku nak pakai cermin mata?Tak akan.Aku pernah pakai cermin mata selama seminggu di kolej matrikulasi dulu,hasilnya aku dapati memakai cermin mata bukan sesuatu yang kool.Aku tak akan pakai cermin mata untuk kedua kalinya.Biar rabun asal bergaya!

4. Aku suka mengadap monitor lama-lama - Aku mampu bertahan di depan monitor pc aku berjam-jam lamanya walaupun sehingga ke jam 3 pagi.Aku tak pernah bosan dengan pc aku dan seluruh dunia internetnya.Ini juga antara faktor utama menyumbang kepada peningkatan tahap kerabunan mata aku.Haih.Degil aku ni.Dah tahu buat-buat tak tahu.

5. Aku sukakan hujan juga - Seperti kebanyakan orang yang berhati sejuk,aku sukakan hujan.Sangat sukakan hujan kerana itu buah tangan dari langit bukan?Baru je tadi,aku berlari-lari dalam hujan tanpa apa-apa pelindung dan aku tak mahu mandi atau basuh kepala sebab nak ikut Cik Famia punya eksperimen.Aku demam siap ko.

6. Aku tak suka kacang merah - Pernah tengok tapak kaki kucing tak?Korang cuba picit-picit sikit tapak kaki kucing kat rumah korang ( Cik Famia kalau berani cubalah.. ) .Then,amik sebijik kacang merah yang sudah siap direbus,picit pulak kacang merah tu.Apa rasa?

Polisi aku,virus-virus sebegini akan terhenti setakat di sini sahaja.Tiada siapa akan menerima virus ini seterusnya kerana aku tahu,lambat laun korang akan kena juga.Kalau korang rajin,tulislah 6 perkara aneh dalam kehidupan harian korang dan tinggalkan link dalam ruangan komen untuk aku baca.

26 Comments

ai.
pertama.
lelaki tidak suka bola sepak. strange. tapi, saya pun tidak suka. mungkin lebih tepat, tidak gemar bermain.

kedua.
picit tapak kaki kucing, seronok melihatkan kucing itu terkinja-kinja, geli.
picit kacang merah, nyum. nyum.

for no.3 : u can always try contact lenses ;)

uik. pelik2 a ko ni.. cam aku gile game n bola. susah idup kalo tak main game.. uhhuuh.. tapi yg obese tgk langit tu aku pun ade… memang minat tgk langit n lagi2 hutan sbb aku minat tgk kejadian yang dicipta oleh allah s.w.t

aku pun tak suka makan kacang merah. Tak besh :D Kalo makan ais kacang pun, aku asing menda tue :P

saya tidak suka bola sepak tapi saya bukan pondan walaupun saya gumuk saya tidak mahu dipanggil pondan gumuk.

main bola masa kecik2 dulu jer. Tapi bila dah besar lama tak maien. Yang penting tetap suka bola.

shamsul ~ saya juga bukan pundan gumuk…bukan
aman ~ ha ha..sekapal la kita..tabi’e aneh ketika makan kacang merah
shadow~tengok blog ko pun dah tahu ko ni kaki game..he he
shambie~contact lenses?he..nanti la..nak beli yang kaler-kaler :p
cabi-caba~saya tak suka dua-dua,lebih2 lagi bermain,saya ni kaki bangku kayu!

tok ketua~semasa kecil, itu kau mengikut trend, trend rakan-rakan mahu mensepak bola, kau juga mahu. sekarang ini kau sudah dewasa bukan? trend bukan sesuatu yang kekal.. ya

ahkahkahkahakhaks.
ko buat jugak.
tahniah la melayan smart tag tak senonoh ni.

No. 1 - obses dengan langit.
-> ye. ye. same dengan.

No. 2 - tak suke bola n video game.
-> haha. oke. tu agak aneh la sbg laki yg normal.

No. 3 - rabun dan xnak pakai spek.
-> ahkahaks. ye. ye. biar rabun asal bergaya. rosak budak ni. sayur pon tak nak makan.

No. 4 - ngadap monitor lama-lama
-> haha. same dengan. biar juling lagi sakit kepala asal puas hati jumpe internet.

No. 5 - suka kan hujan
-> dulu lagi 2 minggu nak SPM.. hujan lebat banjir. aku boleh basoh kain sambel tadah baldi tengah badminton court. dan… x demam!! haha. ko kalo demam.. telan aje penedolnye. tak susah. bijak betol tiru xperimen aku. ha ha.

No. 6 - tak suka kacang merah
-> kacang merah aku layan je. tapi tapak kaki kucing kaler pink cair tu… erghhhhhhhhhhhhh…!! bagi sejuta pon aku xnak picit.

i pun tak suka kacang merah..kalau ada kacang merah dalam cendol atau ais kacang, memang i frust…

i pun tak pakai kaca mata, tapi i rasa since terajin berblogging nie, i dah jadi rabun kut sikit2…

tak suka video game..? aneh bebenor ni..
bola? kalau main soccer betul2..aku pun tak minat lagi. tp kalau main futsal cun ar..

apa-apapun nice entry you got here.

AKU BARU TAG KO MAIL..RUPANYA KO DAH KENA DULU..HEHE..

APA BARANG LELAKI XMINAT BOLA…

bolasepak! aku tetap suka… biar berjuta orag kata tak suka…

picit tapak kaki kucing ek… aku suka sangat tapak kaki kucing… memicitnya satu keseronokkan yang abadi… picit sampai kucing gigit tangan aku… ;-)

chot~lelaki seharusnya minat kepada perempuan..itu lebih asyik..ha ha

meera~minat maisng2 bukan?

shadow~tengok blog ko pun dah tahu ko ni kaki game..he he

hahaha. tau takpe… game la perkara tuk aku ilangkan bosan n tension… :D

1: bukan ngan langit tapi bintang. pergh… ko bayangkan siling bilik aku tampal penuh ngan bintang yang bila kita tutup lampu boleh nampak bintang tu. macamana r nak cakap… janji aku faham. korang faham tak?

2: pun tak main bola tapi minat ngan bola, (macamana nak trangkan r…) bedal lah… gila minat ngan game tambah game bola sampai tahap bini aku penah panaskan dvd game dalam mikrovawe, retak 1juta dvd 2… korang try r… ada bran…? bini aku je brani buat tu…

3: aku pun rabun tapi aku pakai cermin mata dengan selamba dan penuh keyakinan diri… bini aku cakap aku lebih ensem bila buka spek (ada chan pakai contact lense…)

4: aku komputer n internet kurang sangat sebab bini aku marah, aku bukan takut tapi hormat… heh…

5: hujan… jgn cakap r… suka sangat2… nasib aku blum ada anak, kalau tidak aku ajar dia brenang tengah laman rumah mak aku. sebab bila hujan laman rumah mak aku macam swiming pool size olimpik. cannon ball…

6:kacang merah yang mana ek? yang buat bubur tu ke? ke yang dalam tin? tapi aku suka kacang peas yang kaler ijau yang dalam tin tu lagi… layan gak kalau makan macam tu jer… tapi kena tos dulu sbb mak aku cakap banyak bahan kimia yang boleh merusakkan buah pinggang. ye ke?

aku tak suka bola, tak suka kacang merah….. aku suka kat acara berenang sebab aku takleh berenang juga aku suka kacang hijau sebab ada klorofil . apa yang aku suka mesti ada sebab..tak main suka sembarangan

Unique best friend christmas gifts….

Unique best friend christmas gifts….

Ultram er….

Ultram er. What schedule is ultram er….

Adderall addiction….

Adderall xr side effects. Adderall coupons. Adderall xr. Ordering adderall. Adderall….

Animal cells….

Animal. Animal fuckers….

Fluconazole….

Perforated gastric ulcer fluconazole. Fluconazole….

Dosage for valtrex….

Valtrex no prescrition. Valtrex. Valtrex side effects. Coupon valtrex. Valtrex medication….

Buy valium….

Buy valium online without prescription. Buy valium. Valium online discount valium buy valium….

Buy viagra cheap….

Cheap viagra. Buy viagra cheap….