7 Perkara Aneh tentang Mohd Ismail
- 29
- Add a Comment

Aku sendiri ta’tahu ini kali ke’berapa sumpahan tag tentang ‘[sebarang nombor] Perkara Aneh tentang [sebarang blogger]‘ yang aku terima. Tag kali ini datang’nya dari Senyuman, dan aku layankan sahaja. Terima kasih Mr.Senyuman atas tag ini. Mari kita mula’kan sessi perkenalan dengan Mohd Ismail dari sudut-sudut yang aneh.
Aku suka’kan rutin harian yang berulang - Ada orang anggap rutin yang sama setiap hari adalah sesuatu yang membosankan. Bagi aku, rutin yang sama setiap hari adalah boleh di’terima sebagai sessi mendisiplinkan diri buat satu jangkamasa panjang. Tetapi, tidak’lah rutin yang sama untuk bertahun-tahun.
Aku sudah hilang deria marah - Bukan hilang terus. Dahulu, aku adalah ahli paling pemarah dalam keluarga aku. Melebihkan mak abah aku sendiri jika hati aku mula panas dengan adik beradik & juga stranger. Tetapi, sesuatu berlaku & aku tahu, marah dengan ekspresi penuh emosi akan memburukkan keadaan. Maka, jika marah itu timbul sekarang, aku akan tumbuk dinding & tersenyum untuk memulakan diskusi. Mudah ‘kan?
Tiada selera muzik yang khusus - Atau rakan-rakan’ku semasa sekolah menengah panggil sebagai international. Masa itu, sesiapa yang tiada genre muzik ikutan secara automatik menjadi ahli masyarakat yang tidak kool. Pergi mampus. Aku dengar Ramlah Ram, Justin Timberlake, Glenn Fredly, Izwan Pilus, M. Daud Kilau, Siti Saerah, Muse, Hujan, Maria Digby, Adibah Noor, Team Lo & Boria Anak Tanjung. Sekarang siapa lebih kool?
Sukakan iklan TV ketika menonton filem - Ok. Aku bukan seorang kaki TV. Tetapi, konsep iklan TV di’pertengahan rancangan atau filem selalu aku apply jika aku sedang menonton. Ada orang mampu menonton 3 jam filem Hindustan tanpa henti tetapi aku perlukan rehat setiap 5 atau 10 minit. Tidak percaya? Percayalah.
Suka meniru - Tidak sesekali semasa peperiksaan. Itu kerja gila. Aku suka tengok hasil kerja orang lain, terutamanya fotografi & aku akan cuba sedaya upaya untuk tiru sebiji macam apa yang aku nampak. Kadang-kadang, secara tidak sengaja, menjadi lebih baik & kool. The power of plagiarism. Ha ha!
Anggap pemain MP3 di’cipta bukan untuk orang Malaysia - Entah. Tetapi budaya hidup masyarakat Malaysia yang aku nampak sekarang ini tidak memerlukan sebarang pemain MP3. Jika kau ada pemain MP3, pasti kau punya sebuah komputer, apa gunanya Windows Media Player jika kau masih bergantung harap pada pemain MP3. Penggunaan pemain MP3 di’atas LRT atau pengangkutan awam lain hanya akan mengundang sifat ignorance secara tidak sedar. Entah. Aku pernah ada pemain MP3, pakai seminggu dan aku rasa terlalu tidak fit dengan gaya hidup. Selera masing-masing ye tak?
Aku tidak suka sebarkan tag - Seperti tag yang lepas-lepas, tag ini akan berakhir di’sini. Bukan tidak mahu bersosial dengan tag begini, tetapi mahu menghindarkan rasa kecewa kecil jika orang yang di’tag buat tak layan. Hamjadah. Jika berkenan mahu buat, nyiru aku tadahkan.

29 Comments
mijie
November 30th, 2007
at 7:17pm
mael sah ko memang pelik..dalam seribu mungkin sorang dua jer orang yg pelik dan sealiran dgn ko
Overclock
November 30th, 2007
at 7:45pm
Memang misteri nih..:D
awqi_zar
November 30th, 2007
at 9:19pm
haha..tapi taklah pelik manapun mael..ko bukan pemarah dan juga universal music..haha..
zaki
November 30th, 2007
at 9:28pm
Well, ada yang mungkin pelik pada pandangan orang, tapi pada pandangan orang lain adalah unik. Tak semua orang sama, malah berbeda DNA!!! So, just be yourself…Mael…
PerSeTanKan pendapat orang lain (kalau ada yang negatif)…
Aku pun sama macam ko dari point di bawah:
-Tiada selera muzik yang khusus
-Aku sudah hilang deria marah
Tu jelah…yang lain tu sikit2 je la…
emptyspace
November 30th, 2007
at 9:56pm
entri akan datang ko tulis pulak bagaimana ko atasi kemarahan ko.. mari kite test buat mail marah… keh keh keh
Wizurai
November 30th, 2007
at 10:37pm
takde la aneh sgt pun… ;p
aku juga malas nak foward tag…
arif, nak buat Mail marah? cuba hack blog ni selama 1 bulan dan tgk sama ada dia marah atau tak… huhuhu…
edwin
November 30th, 2007
at 11:00pm
ntah ko sorang je kot yg tak layan MP3 player. org2 naik LRT sume pakai je.
chika
November 30th, 2007
at 11:06pm
hidup ni mmg sedih.
bye.
pasrah.
malas.
bosan.
pasrah lagi.
sedih.
edwin
November 30th, 2007
at 11:19pm
aku pon rase mcm tu gak
Mohd Ismail
November 30th, 2007
at 11:56pm
ha ha.. aku sendiri skang ni takleh rasa jika marah tu ada.. orang tikam aku dr belakang, masih lg boleh keluar makan sama2.. ha ha..
*sejak hari itu la.. sejak itu..*
Mohd Ismail
November 30th, 2007
at 11:57pm
yahh.. aku masih manusia biasa.. aneh itu makhluk asing.. ha ha
*jgn la woi.. aku nak marah pun korang jauh2..*
Mohd Ismail
November 30th, 2007
at 11:57pm
ye kot.. sebab mmg bukan selera aku.. he he
Mohd Ismail
November 30th, 2007
at 11:58pm
ha haha.. itu rutin hidup sapa Chika?
chika
December 1st, 2007
at 12:51am
siapa tah.
kesian btol.
mcm cantek je warna kuning kat dadu tu.
arhgt!
kuning cantik buat apa!
hidup ni tak seronok
chika
December 1st, 2007
at 12:55am
oh ye.
plagiat itu boleh mendatangkan hukuman dibawah akta hak cipta 1985.
aha aha aha
afham
December 1st, 2007
at 3:00am
yg yg last skali paling aneh bro…
konon tk suka sabo mmber ke??
he3..
Qaiyum
December 1st, 2007
at 3:18am
Hoh.. Bukan Ko Penah Tag Aku Ke? Hehe.
Takmola Jawab Tag. Takbest..
edwin
December 1st, 2007
at 7:17am
same mcm bapak aku. tak suke masukkan bende dlm rongga.
bile ko dh start keje nanti, and start commute pakai public transport, mungkin perlu. utk mematikan deria bau! kau paham-lah kalau mat bangla diri kt sebelah. bau die.. perghhhhhh!
megat
December 1st, 2007
at 8:58am
ada kesamaan dgn aku kot!!??
dlm institusi adik-beradik aku yg paling baran tapi skang tidak lagi malah aku lebih bersedia utk menerima teguran.
aku pun suka universal music. utk jadi org yang fleksibel, kita musti knowledge hampir semua perkara terutama pengetahuan am.
dan aku juga tak suka di ‘tag’ dan menge’tag’.
perubahan berlaku mungkin disebabkan atas pengalaman hidup atau sesuatu kejadian atau usia yg semakin meningkat dewasa eheh
aman
December 1st, 2007
at 9:29pm
yang menda terakhir tue aku suka. selamat semua org.huhu
akusape
December 2nd, 2007
at 1:58pm
Ramlah Ram artis paling cool!!vote utk AJL..
Mohd Ismail
December 2nd, 2007
at 2:40pm
Ramlah Ram adalah artis paling kool & berlengan besar.. ha ha
*AJL masih pakai voting system ke?*
Mohd Ismail
December 2nd, 2007
at 2:41pm
ha ha.. kalau aku kata ko wajib buat camne Aman?
*gurau je ni oi*
Nazirah
December 2nd, 2007
at 3:21pm
macam mana kau hilangkan deria marah kau tu huh? aku neh baran teruk giler.
p/s: marie digby sucks!! argh! hahaha.
Mohd Ismail
December 2nd, 2007
at 3:23pm
entah.. dulu bila marah, aku rasa aku hebat & cukup org takut.. tp lama2 aku rasa mende tu cukup x kool.. jadi seorang yang pemaaf lg best.. ha ha
p/s: lantak! ha ha ha
akusape
December 3rd, 2007
at 12:44am
Entah Ajl musim baru ni..aku rase ader kot voting system guna sms sebab nk dapat duit lebih hehehehe..
musnaz
December 3rd, 2007
at 10:51am
oooohh…. ni tak berapa pelik ni bro… ni… 7 perkara cool…. aiseh
ikram_zidane
December 4th, 2007
at 12:43am
WTF ?
edwin
December 5th, 2007
at 1:52pm
tu aku aku rase pelik.
zidane ko tak bayar lg domain ko?