70+29 Weblog Paling Popular di Malaysia
“Baini, meh tengok meh.. abang tersenarai sebaris dengan Mahathir & Anwar Ibrahim.. Khir Toyo pun ada ni..”.
Adik yang baru pulang dari sekolah aku ajak baca senarai baru keluaran Syed Syahrul yang menyenarai 99 weblog paling popular di’Malaysia. Senarai ini di’jana berdasarkan data dari Alexa.
“Ek eleh.. no.61 je lagi pun.. bukan’nya top 10..”. Uishh., jangan main-main dengan nombor 61. Ya atau tidak, tersenarai sudah aku antara weblog paling popular di’Malaysia. Sebaris lagi dengan ahli-ahli politik besar Malaysia.
Tetapi, jutawan internet Irfan Khairi kalah pula dengan weblog aku. Makna’nya boleh’lah aku claim weblog yang satu ini mampu jana juta-juta persis Monsun Biz lahanat. Ha ha!
Senarai lengkap ada di’weblog Syed Syahrul. Aku rasa, Malaysia perlu ada sistem ranking seperti Alexa & lebih tertumpu kepada trend penggunaan internet Malaysia. Ketika itu mungkin lebih mudah untuk orang Malaysia melihat Top 100 untuk weblog, forum atau website biasa.
Tahniah buat diri aku sendiri & terima kasih untuk semua yang hadir ke’sini dan seterusnya meningkatkan ranking Alexa aku. Teruskan ke’mari & mungkin tahun depan kita boleh lawan Anwar Ibrahim pula.
Popularity: 10% [?]
Comment by xmindfreakx on 23 June 2008:
apa dia fav keywords orang ramai masuk ke laman ko nie mael…boleh dikongsikan..ahha..adakah minyak?atau adakah mereka -mereka dari monzunbiz?
Comment by Mohd Ismail on 23 June 2008:
tak tentu jugak.. untuk 24 jam lepas, keyword ‘filem sepi’ paling banyak ke’sini.. =) seasonal visitor namanya tu..
Comment by zen on 23 June 2008:
aku rasa nak waras lg stats bg semua blog tuh bnyk pekara lg yg perlu di ambil kira - tp tahniah kpd brader yg buat semua compilation tuh…aku rasa byk masa jg nak buat menda tuh…
tahniah jua kpd ko mael
Comment by zen on 23 June 2008:
huhu…ko mmg pandai curik pelawat seasonal mael…pasni ko try buat post pasal hari bapa/hari kekasih atau pasal cas astro yg entah apa2 dll….pasti meletup blog ko kat carian google.my
Comment by mrkay on 23 June 2008:
wah.. congrats mael.. aku masih tak tersenarai (mana tak nye, aku cuti berblog 6 bulan kot.. haha.. itu pon ada hati nak tersenarai.. takpe, aku fight utk taun dpn plak.. haha..
mael, jom la buat system mcm alexa yg ko ckp tuh.. kite kumpul2 org.. amacam?
Comment by mrkay on 23 June 2008:
baru aku perasan kebykkan yg tersenarai guna blogspot.. hebat!~
Comment by Mohd Ismail on 23 June 2008:
itu la pasal.. mmg berusaha habis mamat ni.. even dia ade gak la tertinggal beberapa blog mcm NoktahHitam & Selebrific (he he..) yg patut ada.. =)
thanks beb!
Comment by Mohd Ismail on 23 June 2008:
kan? iskk.. patut lebih ramai org pakai Wordpress ni..
Comment by syuxx on 23 June 2008:
blog aku pun dapat masuk apa (tp bwh2 lah, haha)
tapi malang nya, aku hanya budak kecik yg takda domain sendiri. haha
Comment by apisz on 23 June 2008:
Mail gu kenapa blog kau femes, mesti sebab perempuan kat header kauila populariti…haha.
Aku tah tu jampi semua jejaka kat sini supaya datang balik.Alahai..
*Gurau jer ni oit.. =P
Comment by apisz on 23 June 2008:
Mail, aku tahu kenapa blog kau femes, mesti sebab perempuan kat header kau jampi semua jejaka kat sini supaya datang balik sini.Hu3
*sori terhantar komen spam atas ni.Laptop aku rosak.Otak dia miong-miong sikit.
*gurau jer ni oit.. =P
Comment by kita on 23 June 2008:
tahniah ismail..bukan senang nak capai status tu kan…..
Comment by zool on 23 June 2008:
Tahun depan ligakampung akan masuk dalam senarai…
Saksikan je lah…
Walaupun sekarang ni ranking 1,198,125 tapi dalam tempoh 6 bulan lagi ia akan berada dalam ranking bawah 1 Juta…
sedialah korang semua….
kalau tak dapat juga aku nangis nanti…
Comment by Mohd Ismail on 23 June 2008:
insyaAllah.. tahun 2007 weblog aku terkeluar carta terus.. =) tahun 2006 nombor 40+.. masa tu xde lagi blog2 politik bagai ni..
Comment by Mohd Ismail on 23 June 2008:
lepas ni aku nk letak pompuan lain lak.. lagi seksi.. ha ha =)
Comment by Uncle G on 23 June 2008:
wah.. web pon ade ranking dia ekk…
Comment by Hairul on 23 June 2008:
Wowwwwwwww…..
Tahniah la Mail, omedetou, omedetou…. ko memang layak.
Nanti aku cuba nak masuk ranking gak ;)
Comment by botak on 23 June 2008:
Semalam aku ade usha jugak aku punya kat alexa,aku tempat ke 24 juta.Sama banyak dengan jumlah penduduk malaysia.~hahaha~Tapi mamat tuh memang berusaha keras la nak mencari kat alexa tuh..Dulu sabahan ada jugak letak top malaysian bloggers,tak tau bile punya.Lama dah kot..
Comment by Mohd Ismail on 23 June 2008:
chaiyok2 Hairul! =) carta tahun depan boleh ramaikan lagi org Melayu.. he he
Comment by Mohd Ismail on 23 June 2008:
Sabahan ada (dan akan buat jugak) tp list dia lebih kepada kekuatan pengaruh blog berdasarkan Technorati.. tgu itu..
Comment by KNizam on 23 June 2008:
ko mmg hebat la mael. hehe :)
Comment by Tech Blog on 23 June 2008:
aku nyer suam-suam kuku.antara nampak x nampak..hahaha..mana selebrific nih..dah xde dah gosip2 best..Mael?
Comment by megat on 23 June 2008:
tahniah mael ko mmg layak setelah mengharungi pelbagai rintangan (chewah).
Comment by nashrex on 23 June 2008:
aku drpd tahun2 dulu, x de langsung. waakkakaa
Comment by Mohd Ismail on 23 June 2008:
ko blogger underground.. ala2 Hujan dulu la.. =)
*sehat ko Nash?*
Comment by Fahmishah on 23 June 2008:
aku tak tersenarai.mana boleh jadi begini.harharhar.
Comment by Noorizam Shah on 23 June 2008:
macam mana mamat ni kira.. hehehe.. aku tak termasuk dalam senarai pulak? hehe.. kena check tu.. oho
Comment by Noorizam Shah on 23 June 2008:
yea yeaaa… ini tidak ADIL haha
Comment by Mohd Ismail on 24 June 2008:
ha ha.. pi komplen kat sana.. suh dia revise balik =) blog ko patut masuk..
Comment by titan on 24 June 2008:
blog aku under 470 pun tak tersenarai..hoho..
Comment by menteil on 24 June 2008:
pergh… tahniah untuk kau mael..
bila la blog aku bleh bersaing ngan kau nie.. hehe..
Comment by CHOT on 24 June 2008:
aku punya blog dpt tempat ke-77 je..jatuh plak tahun ni..last year ranking 60 gak la..anyway tahniah mail..
Comment by khai on 24 June 2008:
keputusan tak telus..
http://www.alexa.com/data/details/traffic_details/justkhai.com
Justkhai.com has a traffic rank of: 363,763
leh ko jelaskan ape nape aku x boleh masuk rank… huhu..
owh, syed shahrul zarizi tu x kenal aku…
Comment by Noorizam Shah on 24 June 2008:
caya la chedet.com… tak sampai 2 bulan.. naik carta kaw-kaw..
mantan PM la katakan.. oohoho
Comment by gie on 25 June 2008:
akibat tak berupdate lebih 2 bulan,jatuh raking ke sejuta lebih…hampeh…takpe…akan menyusul nanti..masih mencari moood…
Comment by zen on 25 June 2008:
chedet ponya blog bole cepat naik sbb pembaca cari dia, dia xpayah carik pembaca pon. bebeza dgn blog kita yg perlu mencari traffics
Comment by khai on 25 June 2008:
nape komen aku x mo kuar ek… ko check spam box x mael
Comment by NoktahHitam on 26 June 2008:
Selebrific pon tade? Meh aku buat statistic system gune Negaraku.net
Comment by Mohd Ismail on 26 June 2008:
sila2 buat.. kalo ko nak script tuk top100 ni, e-mail saja aku.. aku ade, tp ta’pakai =)
Comment by Khai on 27 June 2008:
dukacitanya aku memaklumkan di sini, yg senarai ini tidak sah dilakukan dengan nilai..
itu kerana, justkhai.com tidak berada di situ.. dia lupa nak search alexa mungkin.. bukan aku saja, malah ramai lagi..
Comment by Mohd Ismail on 27 June 2008:
xpe Khai.. aku rasa x lama lagi si Syed ni akan kuar dgn list baru.. =) siap boleh org suggest lagi mana2 blog yg layak tersenarai..
masa tu boleh la ko letak blog2 yg tercicir tu.. =)