9 Perkara Seorang JUTAWAN Tidak Akan Lakukan

Perkataan JUTAWAN dalam warna hijau begitu memang sangat molek untuk pandangan aku. Seperti sinonimnya jutawan & wang. Selepas menulis entri semalam, aku berkira-kira untuk menulis tips bagaimana untuk menjimatkan wang supaya seorang perempuan itu tidak mengimpikan boyfriend bawah 30 tahun dengan gaji bulanan RM10,000.

Jika kau mahukan satu keadaan kewangan yang baik dengan hidup yang selesa, aku recommend untuk kau supaya;

  1. Jangan Langgan Astro. Siaran televisyen percuma yang sedia ada aku rasa sudah cukup menghiburkan walaupun ada antara drama yang crap. Tetapi, Astro juga crap kerana asyik menggunakan taktik ulang siar, jangan bayar untuk sesuatu yang akan kau tonton berulang kali dalam sebulan.
  2. Jangan Beli Kereta Mewah. Semua orang ada impian untuk memiliki kereta mewah sebagai status sosial yang tinggi. Minda kita telah di’cuci oleh tuntutan masyarakat. Lagipun, kenapa kita mahu membeli satu aset yang mempunyai susut nilai paling cepat di’dunia? Damn!
  3. Jangan Guna Kad Kredit. Penggunaan kad kredit sangat berisiko, jika kau buat pembayaran lewat sehari (1 hari), bank akan gunakan apa saja alasan untuk menaikkan kadar bayaran. Lagi, semua privileges yang kau terima bukan’nya PERCUMA walaupun banyak bank mengatakan begitu, percaya’lah. Jauhi kad kredit.
  4. Jangan Makan Luar. .. dengan kerap. Bukan tidak boleh langsung, apa salahnya makan luar yang sedap sekali sekala ‘kan? Tetapi, melakukan’nya dengan kerap hanya akan membuatkan poket rabak & jika kau mahu tahu, kebanyakan makanan di’luar sana bukan’nya berkhasiat — lebih-lebih lagi fast food. Eh jap, semalam aku beli Nescafe Ais - RM1.80, apa gila?
  5. Jangan Bergaul dengan Mereka Yang Suka Berbelanja Besar. Kita manusia beb, sudah lumrah jika kawan-kawan ada membeli sesuatu, tidak banyak mesti sedikit terdorong untuk membeli. Walhal, barang tersebut adalah tidak perlu untuk kita. Fikir dahulu sebelum buang duit.
  6. Jangan Beli Pakaian Berjenama. Atau tunggu bila tibanya jualan murah dengan tanda 50% ke’atas. Beli pakaian kerana keselesaan, bukan’nya jenama. Ada orang, lagi besar jenama terpampang di’pakaian, lagi mereka megah. Mereka tidak sedar yang mereka telah menjadi papan iklan bergerak. Kasihan.
  7. Jangan Beli Baru, Baiki. Jika ada kerosakan kecil pada barang milik kita, ada molek’nya kita cuba untuk baiki terlebih dahulu sebelum buang & membeli yang baru. Ini yang sebenarnya di’maksudkan dengan fikir dulu sebelum buang (barang & duit).
  8. Buat penjagaan diri di’rumah. Jaga kuku tangan & kaki di’rumah, sejak bila mak ayah kita latih kita yang penjagaan kuku sendiri adalah tanggungjawab orang lain? Dan, lebih sedih, kita perlu bayar untuk itu. Banyak produk penjagaan diri DIY banyak di’jual dengan harga yang jauh lebih murah jika di’bandingkan dengan membuat di pusat kecantikan. Try usya Guardian, The Body Shop atau Watson.
  9. Sentiasa Ingat Tentang Matlamat Kewangan. Jika kau mahu jadi jutawan (atau sekurang-kurangnya hidup dalam keadaan kewangan yang selesa), sentiasa perhatikan aliran wang keluar masuk & ingatkan diri tentang perancangan dan matlamat yang di’buat. InsyaAllah, tidak akan ada duit yang keluar dengan sia-sia.

59 Comments

aku setuju semua mael…aku pun bercadang camtu….

1. astro..? aku bukan kaki tgk astro…kalau nak tgk pun,youtube kan ade…hahaha….
2. Kete mewah..? aku baru je dapat si kerdil…nak ,modified sket2,dah laa..? jimat minyak pun ye…hehe
3. Kad Kredit..? hurm..kat debit mungkin ya.. :p
4. Makan luar..? aku lebih suka makan bujang je..walaupun seketul telor dengan kicap…haha…
5. Berbelanja besar..? hurm..setakat ni takde laa..sumer sedang2 je…
6. Pakaian berjenama..? aku tak kisah…nak berjenama,bundle je aku balon…hahaha…harga ok,kekadang,jenama pun tak kisah…
7. Baiki..? setuju…kalau boleh dibaiki,baiki je..walaupun luaran dengan plaster atau getah…hehe…
8. penjagaan dirumah..? aku ala kadar je…ingat nak buat bisness kat umah..
9. Matlamat..? paling penting…kene ade target kewangan.. :D

debit kad ni kene jaga betul2.. selalu dah skang ni dgr debit kad hilang secara tidak sedar.. walaupun dlm tu x banyak duit selalunya, duit tetap duit ye x? =)

*tahniah atas kereta kecil molek ko.. =) modified biar smart, bukan berat..*

Bagus gak ape ko cakap nih mael.Tapikan ye ke Nescafe Ais RM1.80?Mahal gilakk..Kacau air kat umah je la.

Ko caye tak kalau aku kata ,jika ada mereka yang terasa dengan entri ko ini berkata dalam hati,”hekelehh…suka hati orang la..duit aku bukan kau..”

Ape ape hal..memang masyarakat kita dibudayakan dengan sesuatu yang boleh aku katakan sebagai “cam haremm!”

aku terasa..

eh mail sukati saya la, duit saya..bukan duit saudara..

haha..gaya bahasa ditukar agar lebih sopan :p

Ha ha ha..
setuju mail.. walaupun ramai pandang slack je kat aku..
kutuk2 belakang aku pasal pakai seluar murah tapi apadehal kan.. janji aku tak minta duit diorang nak beli seluar tu…
Aku setuju dengan beberapa tips ko nie…

aku paling rase berbulu, kalau mamat/minah yang suka sangat tukar hanphone, sampai setahun 12 biji kali tukar, pulak tu yang mahal2 je. nak tambah lagi berbulu kalau budak sekolah and budak universiti yang kalo beli hp mahal2 bukan fully utilized pun, setakat nak bergaya sana sini je, pastu kena curik, pasti nangis.. ngadu kt bapak beli baru. eh? apsal aku nak emo plak ni?

yeap.. neskepe 1.80.. gila mahal.. itu beli sebab teringin la punya pasal, haus sbb byk angkat barang.. sumpah aku x beli da =) ha ha

*mesti ade punya.. cuma ini antara aku utk tanam sesuatu yang lain dr apa yg masyarakat kita didik..*

Ni teknik saorang pengeluar buku jutawan dari jupiter. ahhh tak anjoy jadi jutawan macam ni mail. kita kaya tapi kehidupan mesti ada. dan tak ada lagi aku jumpa jutawan bertindak macam langkah tu. sedangkan jutawan melayu no satu pun paling kurang pakai perdana. kamon la berjimat bagus, ikat diri tak bagus.

janji kita x bogel ye tak? =) aku berminat nak tahu mana tips yang ko x setuju since ko kata beberapa saje yg ko setuju.. ha ha ha

kau kenal Warren Buffet? dia top 5 org terkaya kat dunia, still pakai kereta pertama dia.. still duk kat rumah lama dia.. =) dan dia enjoy..

bukan ikat diri, tp jutawan bermaksud ada harta bernilai 1 juta bukan hutang bernilai 1 juta =)

harta ko mael dah berapa terkumpul…?mael…nescafe ais ok lagi…kalau ko singgah R&R machap (luar) kau rase nescafe panas rm1.80…dah la kecik cawan tu…bagero betul cekau darah….

ade la 0.0001 juta.. ha ha =) tips ni, yg x jutawan pun boleh apply.. jimat!

ok lagi la kiranya aku dapat neskepe ais 1.80.. ha ha

haaha tips2 buat org jadi mcm kedekut. :p

Warren Buffet? dan tak semua orang dapat jadi macam tu mail. bila dibuat kontrovesi sebegini beliau akan mengeluarkan buka,majalah dan rancangan riality tv dengan menggunakan populariti tadi “pakai kereta” pertama. tapi kalau aku pun akan pakai kereta pertama kalau quality bagus. maksud diatas tadi tu terlalu terikat perut dan seperti tak enjoy hidup. tapi terima kasi mail aku memang suka info yang macam ni berbanding isu “aku ajak awek aku keluar makan hari ni” mail next post aku harap kita boleh bertekak lagi {heheh}- selamat

benar. berbelanjalah engan baik. Aku akui kalau belanja awek, kita tak ingat duit cepat mengalir..

dah kaya jgn lupe bersedekah..huhu

he he.. aku dulu suka gak la wat entri sgt peribadi.. skang nak tulis camtu, rasa mcm selfish plak.. =p walaupun nama blog ni terang2 nama aku ;p

insyaAllah.. ada isu boleh kita tekakkan.. jgn ko godam blog ni dah.. sian aku

sebab ‘konon’ terlalu sayang.. lautan api lagikan di’renangi, apakan pula wang ringgit.. haha

Hi,

Kalaupun Mail dah tulis 9 perkara yang jutawan tak buat, tak ramai yang dapat amalkannya. Aku pasti, dan Mail pun setuju…hehe =)

Akan tetap ada perempuan yang mengimpikan boyfriend bawah 30 tahun dengan gaji bulanan RM10,000.

Khas buat perempuan yang terlibat dengan kes di atas, kalau kemaruk nak kahwin dengan laki sebegitu, lebih dari itu pun kau boleh. Aku pasti, kau akan dapat laki yang berpendapatan 1,554,714,282 Dollars sebulan.

Apa syaratnya? Nah, kau kahwinlah dengan orang Zimbabwe…

Betul tak Mail?

dulu, aku cukup benci ngan ayah aku sebab dia kedekut.. mintak seringgit pun dia akan tanya balik nak buat apa.. =) tp skang aku tahu, bukan senang beb nak dapat seringgit pun kalo x bekerja =)

aku rasa aku da sikit2 ikut jejak ayah aku.. ha ha

Oh, thanks untuk 9 tips di atas. Olahan kau cukup santai, dan cukup berkesan Mail.

Nanti aku umur 25 tahun dan dah jadi jutawan, tentu akan ada yang tanya rahsia aku dan minta nasihat aku. Pasti. Dan cuba kau teka apa nasihat aku?

“Amalkan 9 Perkara Yang Seorang JUTAWAN Tidak Akan Lakukan.”

Dia orang pasti tanya lagi,

“Apa 9 perkara tu?”

Ni dia jawapan aku,

“Eh, kau tak baca kat mohdismail.net ke?”

Mahu dialog ni jadi realiti? Oh, doakanlah aku jadi jutawan yer. Aku dah nekad, dan saat itu pasti jadi kenyataan.

I will take that as a compliment.. =) he he.. aku doakan ko jadi jutawan supaya ko boleh promote mohdismail.net dan sekaligus menaikkan populariti aku.. ha ha

*nnt ko da jadi jutawan, mesti ko banyak kerja kosong kan? boleh la pass2 kat aku.. hehe*

betul! kahwin la dengan org Zimbabwe, ataupun bawak boyfriend duk sana.. konfem jutawan.. haha =)

*aku tulis dgn harapan ade org baca, copy paste masuk mana2 forum.. sebar2kan sampai mana pun xpe.. =)*

I will take that as a compliment too… =)

Insya Allah. Aku akan bersimbiosis dengan kau Mail…hehe

ko cakap pasal jutawan… aku baru di hubungi seorang kawan yang menjumpai nama, gambar aku dan sebuah site yang menjual cara nak jadi jutawan… siap tulis aku dah jadi jutawan dalam tu melalui cara yang dia tunjukkan… malangnya sewaktu aku melawat laman tu… yang gunakan blogspot sebagai salespage dia dah kena report… sedih aku tengok orang gunakan nama dan gambar orang lain yang tak dikenali untuk jual produk2 scam…

Bagus entry ni. Memang betul, kdg2 kita beli brg sebab konon2 nak samakan dgn level kita la, apa la…n bla2.. Even sbnrnya ok je klu biasa2 je.

Lagipun, tak payah pening2 fikir pasal hutang2 yg bertimbun2. Kdg2 org yg ada pangkat dan kaya (atau perasan kaya, hehe), nak life yg lebih stylo…

Stylo yg tak cool, org kaya makin bertambah duit…tp ini selalu terbalik. Makin kaya makin bertambah hutang…Ansuran mudah utk utk melengkapkan keperluan rumah (skim tambah hutang), kad kredit yg memudahkan (kad plastik yg membuatkan penggunanya tertipu)… Oh, pelik rasanya…

Perkara 1 = aku buat sejak thun 2002. Kalau aku tak buat pasti banyak kurang simpanan aku…

perkara 2 = aku tak buat, kerana takder $$ yang banyak untuk bayar monthly n maintainance.

perkara 3 = dulu buat..last year aku buat full settlement dan aku tak nak lagi..

perkara 4 = Tiap2 pagi aku makan kat luar kecuali Ahad

perkara 5 = Ada berkawan tap tak selalu…coz deme minat main golf tapi aku selalu layan boling.

perkara 6 = Aku beli masa sale…macam ko kata mail

perkara 7 = Aku beli baru dulu kemudian yang lama aku baiki

perkara 8 = Awal bulan tak berapa ingat.ujung2 bulan baru ingat. Tpi sekarang aku ingat selalu…sbb isteri aku dah tak kerja..heheh

membeli pc baru..lepas tu tak upgrade dah smpai tua..boleh masuk kategori nih ka mael.? aku nk jadi jutawan..hee~

alhamdulillah.. banyak nampaknya tips ni dah siap sedia ko amalkan =) he he.. lagi2 mcm ko yg da berkahwin.. mmg bagus!

orang bermatian2 berusaha nak sama level dengan org lain adelah sgt karut.. hidup dalam penafian namanya tu =)

apa salahnya kan kalo hidup dalam level sendiri, kalau jadi jutawan pun, duk dalam kelas tersendiri..

kalau upgrade pc sebagai pelaburan cth:perlukan RAM lebih tinggi utk layan Photoshop CS3, jika kau seorang designer.. maka dalam masa tertentu, pelaburan itu akan kembali semula & berbaloi..

tp kalo upgrade pc utk kegunaan peribadi cth:main game GTA4 (kuar semalam oi!), aku xleh komen lebih la.. yg pasti xkan ade return.. mungkin dlm bentuk kepuasan bermain kot.. still, the money’s gone =)

Kadang-kadang orang yang kita kenali sebagai jutawan ini lansung tidak menunjukkan yg mereka ini adalah jutawan..percaya atau tidak di tempat saya disini (JB) seorang apek yg memiliki kilang papan hanya menggunakan selipar jepun dan baju T-shirt putih sahaja disamping kereta buruknya yg entah berapa tahun usianya.

saya rasa tajuk yang lebih sesuai ialah, 9 perkara bakal seorang jutawan tidak akan lakukan.

sebab bila dah jadi jutawan, kebanyakkan nye nak hidup fancy, ye tak?

aku pengguna photoshop cs3, aku jugak main game, aku jgak guna software design, aku rasa x rugi..waa~..

*sedapkan ati sendiri~ hee~

mungkin betul tajuk patut ditukar… huhu…

jutawan ramai je yg langgan Gastro… w/pun takde masa nak tengok pun…

Ya.. Sokong. Cara Paling Mudah Untuk Menjadi Jutawan Adalah Dengan Berjimat-Cermat.. :D=

Astro - Aku langgan juga. Semata² kegilaan untuk menonton perlawanan bola sepak. Jika ingin menonton di kedai mamak, Bukankah kita juga perlu mengeluarkan wang untuk membeli makan minum?

Kenderaan - Sebenarnya aku lebih suka menjadi seorang rider. Motosikal sangat kool. Tapi sekarang aku sudah mempunyai kereta rasmi berupa seekor kancil yang comel. Lagipun minyak itu naik. Minyak tidak turun harganya.

Kad Kredit - Adalah lubuk bankrup.

Jangan Makan Luar - Ya.. Jika anda berusaha untuk menguasai ilmu memasak (samada lelaki mahupun wanita), maka dengan ilmu yang hanya seciput tetapi berharga itu anda akan mampu maintain tebalkan wallet anda.

Pergaulan - Jauhi mereka yang boros & yang suka membeli pakaian berjenama. :D=

Bagus tips kau ni Mail..Tapi rasa tak syok pulak kalau dah jutawan nak kena ikat perut macamni..tapi kalau dalam perjalanan nak ke jutawan..maybe ok.

Aku langan astro gak..bukan aper..siaran tv tempatan xde kuar spanish league ngan epl.dan discovery channel sekali..Aku xmampu teruskan hidup tanpa channel itu.

salam…wah,tips yg bagus..:D

makan luar la problem aku..hari2 makan kat luar..maklumlah xde bini nak masak + xde dapur kat umah ni..

damn! aku baru pasang balik astro kat rumah haku. haha.

dalam semua2 tu pucuk pangkalnye ni paling penting:

Sentiasa Ingat Tentang Matlamat Kewangan!

ha pastu semua2 tu akan automatik… er.. depend pandgn org lain gane… hehehe.. caya bro

ni byk terjadi kat kawan2 aku di skolah.
hehe. dah hilang nangis. haha

p/s: guna henfon murah lagi kool kan mael. takpun secondhand. haha

aku pun rasa tak perlu lah langgan sangat astro.
internet kan dah ada.
better guna duet bayar bulan2 astro untuk upgrade speed internet. hehe

Okaylah aku pun beri pandangan sebab mail nak tgk mana aku setuju n tak setuju
1. Jangan Langgan Astro. - ->aku tak langgan ASTRO tapi abang aku langgan.. he he he… tapi susah takde ASTRO nak tgk bola n anime..
2. Jangan Guna Kad Kredit. –> aku ada 3 kad kredit tapi tak penah guna walau sesen pun.. sampai ada awek opis aku kata baik bagi dia.. tau le dia gunakan.. apehal nak bagi plak kan.. kalau bini aku pun aku tak bagi pakai.. n aku pakai kredit kad bukan nak bergaya cuma kalau2 ada keperluan.. maklumlah keje kerajaan kadang2 kena outstation mana ada cash nak bayo duit hotel..
3. Jangan Makan Luar. –> aku memang jarang makan luar kecuali kalau ada keperluan cam keje atau tetiba member aku dari luar Melaka balik kampung.. tu pun diorang belanja aku.. he he he.. kedekut tak??
4. Jangan Bergaul dengan Mereka Yang Suka Berbelanja Besar –> Ini aku setuju.. biaq pilah ko nak berlagak pun.. nak pinjam duit ngan aku?? bolayan..
5. Jangan Beli Pakaian Berjenama.–> betul tu.. pedulilah apa orang nak kata… kalau kita takde duit takkan diorang nak bagi duit kat kita kan… jangan ikut resmi ‘biar papa asal bergaya’.. kalau dah papa perut pun tak berisi.. lagi teruk..
6. Jangan Beli Baru, Baiki. –> ini susah sikit sebab aku tidak mempunyai kehebatan dalam memperbaiki barang.. tangan ada pengkau sikit.. tapi kalau rosak biasanya aku biorkan je.. cam printer kat umah./. dah 2 tahun tak buat apa2.
7. Buat penjagaan diri di’rumah. –> nie lelaki metroseksual je boleh jawab.. budak kampung cam aku tak reti nak jawab
8.Sentiasa Ingat Tentang Matlamat Kewangan. –>mesti ingat woo.. apa yang perlu untuk masa hadapan.. lebih2 orang bujang cam aku.. mesti ada simpan untuk kawen… tu pun kalau berjodoh la…

okaylah mail banyak aku tulis dah cam blog aku plak… huhuhuhu

Mael,

kalau kau nak listkan ‘jangan’ sudah semestinya ada lebih dari 9, aku rasa 9 juta pun tak habis. bagi aku, yang penting :

1. Jangan berbelanja lebih daripada pendapatan
2. Jangan berhutang kecuali untuk benda-benda yang perlu seperti rumah, kereta dan pelajaran.

kalaulah tv1,tv2,tv3,tv9,tv7 dan tv1 lain yg percuma tu ada bola..tidakku langgan asteruk tu lagi..huhuhu..discovery pun best..yang pa;ing aku benci di astro ialah AFFFFFFFFFFFFFFFF..

Aku ada lebih dari separuh ciri2 diatas. Maksudnya aku bakal jutawan la, hehehe

…salam…
,
aku setuju most of the content….
… sebenarnya yang mail cuba tekankan ni, pada aku lebih sesuai kalu kita guna untuk “road to millionaire’…
utk tajuk ni, pon bole pakai..

… tapi kalu dah dapat target, why not we pampered ourself? itu kira sebagai satu hadiah / habuan pada diri kita sendiri…

SEKALI SEKALA… mungkin once in a year, mungkin 3 tahun sekali,.. bergantung atas kesesuaian,..

…tapi samapai sekarang aku still ingat opis mate aku dulu pernah ckp, “gua kalu pakai barang tak branded, rasa kurenggg.”

p/s - masalahnya gaji dia time tu rm1000 jekkk..
seakadar pendapat peribadi.. masing2 ada halatuju / pendirian memasing..

Sebenarnya tak salah nak beli barang mahal-mahal , dah kerja pun bagus , gaji banyak , x salah menikmati hasil titik peluh sendiri , bukannya mereka ambil duit orang pun . Aduhai , perkara ini x patut timbul , biasalah , cuba bayangkan anda sendiri yang berada dalam keadaan jutawan itu , xkan xnak guna duit yang kita ada? . nak hidup sederhana saja? , sedangkan duit yang melimpah - melimpah nak disimpan dalam peti besi sampai mati . Buat apa kerja sampai larut malam , buat kerja penat , tapi tak nak menggunakan kemewahan yang ada untuk membalas segala penat lelah tuh . Setimpal lah dengan apa yang dilakukan . Membalas apa yang dilakukan .

Persepsinya , yang di atas tuh cuma untuk golongan yang sederhana , dan yang sederhana tapi berlagak kaya , bukan nya jutawan .

aikk..byk betul jangan ni tapi kebanyakkan yg jangan ini yg digemari oleh mereka yg bukan bergelar jutawan…

hdplah dlm keadan sederhana> wang yg byk jgn smpai jd pemboros n bakhil.membazir adalh sft syaitan..

bila dh jd ushwn brjya blh bntu msyrkt u membngnkn umt kita.

aku stuju dengan somedaddycool

… tapi kalu dah dapat target, why not we pampered ourself? itu kira sebagai satu hadiah / habuan pada diri kita sendiri…

heheh..list yg ko bg ni mael mmg list saving pnye org nie.. =P

Tapi..aku pun banyak dengar yg sesetengah org yg dah xtau nk watpe ngn duit..kaya sangat dah..blanje la..xksh..just jgn membazir ngn bende2 merepek cokop//

aku rasa artikel ko tulis ni untuk mereka yang berpendapatan bawah RM1000 sebulan.. sungguh kesian…

tapi pasal astro tu, boleh je langgan tapi jangan la amik pakej Movie kejadah tu.. mmg bodo.. channel free mmg best beb, tapi bila masanya ada bola Live.. itukan lebih baik dari setiap masa bola, kau akan ke mamak.. hahaha..

damn.. komen aku x masuk.. sila usya spam box anda.. tq

boleh jugak apply pada org gaji ribu2 tp nak kehidupan yang sederhana serta akaun simpanan yang mantap =)

Memang tak bagus pun asyik tengok astro. Hanya menguntungkan syarikatnya. Makin banyak orang yang sign up jadi semakin kaya lah dia he he he…

nak buat macammana , tiada tandingan , dia saja yang menyediakan perkhidmatan tv berbayar , kalau tiada , tak dapatlah tgk siaran lain . Biasalah , memang dia akan untung , tapi kita juga untung sebab ada yang buat kompeni ini .

nah, paling penting jauhi rokok. rokok tidak akan membawa anda menjadi jutawan tetapi menjadikan anda kaya dengan nikotin dan 1001 penyakit.

Leave a Comment