
Aku sudah ‘hantar’ complaint aku terhada Pos Malaysia di’Twitter. Tapi aku still tak puas hati. Rasa berbulu hati bila kenangkan keadaan Pos Malaysia hari ini.
Bila ada dokumen yang aku isi memerlukan setem hasil, hati aku mula gundah gulana kerana 100% pasti aku perlu berurusan dengan pejabat Pos Malaysia.
Namun aku gagahkan jua kerana setem hasil yang sekeping ini’lah antara faktor penentu masa depan aku. Aku drive ke pejabat Pos Malaysia selepas Zuhur tadi.
Bila aku sampai, ada 2 orang sahaja di kaunter umum (yang jual setem, bagi borang Pos Laju, pertanyaan). Aku bersyukur sebab uncle yang seorang itu masuk ambil nombor 1345 sedangkan yang di’layan ketika itu 1314. Kaunter ada 3, buka 1. Hampeh.
Tersengih-sengih’lah aku tanda senang hati kerana menyangkakan yang 2 orang di’hadapan ini sekadar mahu membeli setem — sama seperti aku.
Memang sengih tidak sampai ke’petang. Dua-dua orang itu mahu bayar bil. 2 keping setiap seorang. Makcik (aku rasa sudah dekat 50 tahun) penjaga kaunter itu seperti gadis lulusan sijil baru masuk kerja.
Sekejap bangun dari tempat duduk. Masuk belakang. Tanya orang sebelah. Picit-picit keyboard. Salah. Tanya orang lagi. Bil belum masuk sistem’lah. Tunggakan tak terima’lah. Tanya bil bulan lepas.
Aku berdiri di’belakang hampir 60 minit & perlu bergegas ke Pejabat Tanah & Hasil untuk matikan setem kerana waktu pejabat orang kerajaan sudah mau habis.
Jika aku Perdana Menteri, aku minta Tony Fernandes jadi bos Pos Malaysia. Biar gadis-gadis berskirt merah pendek jaga kaunter. Kalau lambat pun, boleh cuci mata.
Bukan dengar sembang lebat Mat Rempit rambut karat yang baru angkat N70 second. Huh.
Comments
78 Comments so far. Leave a comment below.Mak Cik tu baru keje tu… sebelum ni kerja kilang je.
(kalau makcik tu org baru) aku rasa pos malaysia mmg xde sistem la.. org baru masuk pun suh jaga depan.. bg la prektis cekap2 dulu..
ape kritikal sgt makcik tuh? masa kat mmu melaka dulu, sorg je pakcik (yg aku rasa dlm 50-an gak) jaga pejabat pos tu.. byr bil boleh setel kurang seminit satu bil.. kalo sesak sekali pun pejabat pos kecik tuh, tak penah kene tunggu sampai sejam.. pakcik tuh buat keje cekap dan cepat.. walaupun die perlu terkejar2.. org byr bil, pos laju, parcel, jual setem, oversea parcel.. semua die buat dgn pantas beb..
kena kasi kursus dulu sama mak cik tu. macam dalam game burger.kasi kursus nak suh laju lagik huhu
selalu jgk kena mcm ni bl berurusan di kaunter. bukan main lagi letak 3,4 kaunter tapi buka 1 je..hmm..
dulu masa nak beli setem hasil pun mcm tu jgk..
@mrkay ko tahu Kay, ade sorang mamat belakang aku siap amik no takut2 makcik ni lg lambat dr amik nombor.. (aku rasa mmg ye pun)..
@ika apa punca ye? xde org minat nk duk kaunter ke? atau pakej gaji x lumayan? ha ha.. bazir je buat kaunter banyak2..
eh ko kat ner
kalau kat jln kg attap kl boleh beli setem kat situ and mati kat situ
x payah susah2 pergi 2 office. hehe :)
diorg ni time2 puncak la disuruhnya semua staf rehat…….tinggalkan satu kaunter…aku pun tak tau mcm mana diorg punye management skill…..hampeh….
Boss aku sekarang ni dulu keje Pengarah Pos Melaka..
Dia kata Pos hebat… Berkali ganda lebih bagus dari Jabatan Kerajaan.. dia punya budak2 beratus kali ganda lagi baik dari aku …
Takkan le dia tipu aku kot… :)
bercakap dr pengalaman le kan..kalau yg dah makcik2 tu mmg derang kerja mcm tu…dok tunggu pencen je..tak de tangga apa lagi yg nk dikejar…siyess…pernah jumpa kes mcm tu kat SOCSO
a’ah..kurang pekerja? sy rasa ramai je yang nak kerja dari duk menganggur…
kurang2 kalau bukak 2,3 kaunter yg ade pekerja mcm mak cik tu pun ok lg berbanding dgn 1 kaunter yg sebegitu rupa…
lg 1,biasa kalau yg pekerja kaunter perempuan ni dia agk berat sebelah dgn pelanggan perempuan. kalau dengan lelaki boleh plak sengih2..hoh..
tringat balik masa buat lesen dulu..mmg sgt xpuas hati dgn kak kaunter tu..boleh pulak dia jeling2 kita..jwb mcm xndak je..xde etika melayan pelanggan lgsg…tp kalau dgn pakcik2 tu mesra pelik pulak dorg… (termengumpatkah saya? huhu)
aku pernah pegi pjabat yang buat keje sambil makan..keje lambat siap, makan tak henti2… hurmmm
rasanya kalau makcik tu buka mohdismail , sure banyak ayat2 cinta yg keluar .
*btw , td aku search keyword “bulan” . x sangka ohbulan juga yg keluar di petak pertama .
@asx oh ye? lepas ni target keyword OH pulak.. haha
@hafifi itu lagi sakit hati.. siap makan bagai.. ha ha
@ika hormon tu ika.. xleh salahkan makcik2 tu.. hormon.. hormon.. marahkan hormon gatal mereka.. ha ha ha
@kujie kalo setakat nk tgu pencen.. resign je la.. fikir2 la masa org yg terbuang dek kerana ketidakcekapan mereka.. kumpul2 lagi tak puas hati org..
@zool dia nk saiko ko je tu.. nk suh ko keje kuat & laju.. hah a
@KNizam aku ingat pun leh mati sekali.. tu rela berdiri 60 minit.. tau2 kene ke pejabat tanah bagai.. ha ha
aduh…aku pon seboleh nyer mengelakkan dari pegi pejabat pos..ko nak tahu camna nak jadi bos..tanya KJ…ECM libra ada share besar dalam POS malaysia…
Aku tak rasa kakitangan pejabat pos lambat.sebabnye?Aku sendiri penah keje part time kerani pos dulu dan aku sendiri membesar dengan selalu lepak kat pejabat pos.Sbb mak aku pengurus pjbt pos.
Untuk kes makcik tuh,aku rase mmg memalukan ar.sbb kalo bab2 settle bil la paling senang.aku dlu part-time,keje yg diberi adalah settlekn bil la.sbb paling senang.no2 kod bil tuh sampai sekarang aku ingat lagi.kalo urusan JPJ,ASB,dan PosLaju mmg lambat sikit dan kene pekerja yg tetap buat sume tuh.
Untuk ko puas hati lagi kan.ko antar je email kat customer service diorg.Tulis pejabat pos mana,hari apa ko beli,pukul bape.pastu komplen ar byk2.Lepas tuh,insyaAllah pjbt pos tuh efficient dgn tb2.
aku paling x suke kalau kene beratur kat pejabat pos….. hurm mael, 60 minit, kalau ko tanam jagung, dah keluar buah dah jagung tu (wah melampau aku menipu)..
takpe la mael.. bersusah2 dahulu.. demi masa depan ko yang cemerlang, gemilang dan terbilang..
psst: ape yg masuk kerja pejabat post tu, takde kursus dulu ke ape… sengal gile.. eh, ok tak nickname aku.. mesti ramai yg tergoda nak klik.. hahaha
haha..sabar bro sabar.. aku rasa, POS malaysia suatu hari nanti harus diswastakan sepenuhnya.. bila jadi hak kerajaan, memang lembab skit..
ermmm that is tha senario yg kite bole dpt kt malaysia ni..klu x de senario cmtuh..bukan malaysia la maknanya..bukan pos malaysia ja..bole kate sume pejabat kerajaan..sume cmtu..penat ngan karenah mereka!!huh
kt tempat aku ni lg la teruk.. post office ada 1 kaunter dan pekerjanya pula hanya satu org. nasib baik beliau cpt tangan (bkn panjang tangan) dan mesra pelanggan.
tipsnya di sini mudah sahaja.. beli setem terus angkat 10 keping dan buat koleksi. nanti nak hantar surat, tak perlu lg beratur panjang utk beli setem. guna je koleksi setem yg ada. hahaha..
normal la tu pej pos….tu la jadinya bila semua benda nak di buat dlm 1 tempat..macam cekap ja…cuba kau p waktu mula rebat tunai dibuat…dah macam tapak pesta oun…hahaha
Hahahaha….aku pun benci gak pegi pjbt POS, sebab sistem dan pekerja2 yang kurang motivasi..tapi semenjak dua menjak ni aku suka sgt gi jbt POS K. Trg, sebabnya ada awek comel! Pandai senyum dan pandai gurau pulak tu…huhuhuh
ada ke gadis-gadis nak keje kat pejabat pos nih? Tempat aku, 10 tahun dah orang yang sama aje. Sampai aku dah kenal gila makcik2 kat pejabat tu. Orang baru pun sorang aje. Itupun laki..muda setahun dari aku. Haiya…
sengal. titan, ko x jatuh cinta ke kat makcik2 kat pejabat pos tempat ko tu? haha.
pos malaysia mang pahape..
dulu ade anta souvenirs from brisbane ntok family2 kat msia, berat kotak tu. bile kotak tu smpi umah je, dh ringan. tshirt2 sume dh xder.. i’m sure bnde2 tu hilang kat msia. xder moral btol la diorg ni.
@emy tu dia.. tshirt yg entah sapa2 punya pun nk rembat.. ceh..
@titan pos malaysia mmg kene rombak.. inject org2 muda yg bertenaga..
@wan kan? kalo ade awek comel.. hati pun leh jadi senang kalo lambat2.. ha ha.. mahu Tony Fernandes..
@alogmalai ade aku lalu masa minggu first.. tu dia mcm kenduri artis.. ha ha.. bezanya ini dapat duit
@azizwan nk je beli 10 keping sekali.. tp setem hasil ni seumur hidup aku baru 3 kali guna.. ha ha
@richie nnt kalo ade cadangan nk swasta, msti ade bising.. hak rakyat la apa la.. aku sokong sgt kalo jd swasta
@Gadis Lonely ha ha.. jgn letak question mark tu.. lagi laju org klik.. =)
@dendang mungkin la x semua.. tp dlm kes aku, mmg betul2 jadi.. =)
alangkah bestnya M’sia kalau segala-galanya cepat,especiallynya kalau kene beratur kat tmpat2 mcm ni: kaunter tiket lrt,pejabat pos,cashier @shopping mall,n toilet ..
*kfc takpe,boleh tunggu..hehe
aku pnah pegi pos ofis, kota , negeri sembilan. pakcik ni punya lah nauzubillah lembab. ko bayangkan. setel satu bil dalam 15 minit. orang bukan ramai pun, dalam 20 orang jer. aku kene tunggu dekat sejam, baru turn aku sampai.
btw. satu kudos untuk streamyx.
semalam, internet aku tk boleh masuk. dsl blinking. so, aku call streamyx, baik gila layan aku. then technician reset port aku, dalam 5 minit, trus boleh on9.
adakah sebab aku gunakan title datuk di pangkal nama aku? maka aku dilayan baik?..hurmm
haa, gadis lonely. i like u. haha
owww… sungguh teruja… * waklu..
Biasalah tu, dalam banyak-banyak kaunter, mesti ada yang tutup. itulah sistem pos malaysia..hahaha
layan sistem pos uganda tengok… :)
dah le pekerja dia tak ramah. heh. nyampah gak dgn pos malaysia.
aku pun nak try la. haha.
erm..setem hasil nie yang tampal kat borang ptptn tue kan? time aritue, pos mesia, siap buka booth kat dewan kitorang. haha..duit masyuk jer.. :P
Dude..most times aku deal dengan pekerja POS ni..Asik muka masam je..Ape diorang ni ada masalah period beramai-ramai ke..
masalah gaji… pos malaysia bukan untung mana pun..
nak jadi bos pos mesia? hurm… kelayakan SPM.,lulus bahasa melayu, boleh menulis dan membaca, tidak rabun warna, dan memiliki lesen kenderaan. keh3x…. *gurau je oi…
hurmm…
kalo aku nk beli setem/sampul pos express tu je, aku pintas je line tu.
haha.. lagi cepat. aku rasa mana2 pos ofis mmg gelabah camtu. mcm kt utm gak~ kaunter ada 4, yg bukak 1 je.
kenapa bukak 1 kaunter sahaja..itu pertanyaan aku?
tak semua orang puas hati dengan sesuatu perkara. serupa jugak la dalam hal ni. ada yang puas hati dengan pos malaysia punya servis, ada yang tak puas hati. bagi aku, tengok tempat jugak la. kalau pejabat pos kat seremban, so far takde masalah tiap kali aku nak berurusan kat situ.
Pejabat pos mail buat 1001 macam benda, mmg lambat. Tapi kalau tersangat lambat itu ada yang tak kena la. Aku ader member kerja ppos ni. Mmg dia mengaku sistem kuno, pastu banyak face, ASB la, JPJ la Insurance dan 1001 satu msm sistem. Semuanya kena tukar setiap kali ader transaction baru. Hampeh betul. kadang2 kesian jugak org pos ni
mail ni lari topik sekejap..
memandangkan blog kamu ramai pembaca especially muslim, sila sebarkan supaya FLAG blog adibah . artikel ada disini utk penerangan
http://bududanbelacan.blogspot.com/2008/12/ini-kurang-ajar.html
atau disini
http://perisik-rakyat.com/2008/12/perhatian-untuk-semua-bloggers.html
(artikel tu ada di tengah page, sdikit scroll ke bawah)
terima kasih
Biasa ler Mael – depa smua pakai sistem tunggu n lihat
@mohdismail –> tiap2 ari aku kena. Eh kalau ko nak keje POs ko boleh beritau boss aku tu.. tapi jgn minta tolong aku.. Dia ngan aku satu entiti yang berasingan.. Boleh berlaku perbalahan..
mati setem gi LHDN pun boleh MAel..tapi LHDN pun biasa lama jugak kena menunggu..maklumlah orang malaysia ni kaya raya, banyak cukai yang nak kena bayar..
huhuhuhu
sabo jew la……
budak baru katekan….
Ni semua disebabkan integriti seseorang. Xsemua post office macam tu.Cume nasib ko dapat post office cam gitu.Tapi xpe mael.Sabar je.
bukan kat pejabat pos je.. kat tempat lain pun same.. stesen bas.. bank.. same je spisis nye,,,
@nikillas maybank2u beb.. xde queue2.. ha ha
@uzair sabar kerana aku perlukan sesuatu.. kalo sesaja nk kirim surat, esok saja aku dtg.. ha ha
@kooreen LHDN lagi la aku tatahu kat mana ni.. ha ha
@zool ko kene pos office ke? ha ha.. ko rajin2 la keje.. leh jadi bos pos malaysia, then leh amik aku keje..
@mindfreak aku lagi la tertanya2.. xcukup org ke skang? gajikan aku.. rela je aku demi sesuap Chicken McDeluxe.. ha ha
@azrn terfikir gak nak pintas2.. tp depan kita org tua.. xmacho lak nnt.. ha ha
@hanep gaji eh hanep? pos malaysia kene carik cara yg pelbagai utk income.. advertisement dlm post office pun ok apa..
haaa.. advertise dekat setem atau pun sampul surat pun ok gak kan?
nak jd bos pos malaysia? cancelkan sj angan2 ko tu mael, kurang untun. jd lah boh fedex atau dhl, mmg bagus. sbb company serupa fedex dan dhl tu mahu bos yg kritis, kreatif, boleh analisis, tahu kehendak dan keperluan pelanggan.
aku tidaklah selalu sgt berurusan dengan pejabat pos di mesia ni, tp bg aku, ok la. not bad..
mael, kalau ko takdak angan2 nak jadi bos pos malaysia, aku harap ko jangan lah ambik tahu lagi pasal nak jadi pos malaysia. bagi aku, ko lebih baik fikir macam mana nak buat satu company macam pos malaysia dan bersaing dengan pos malaysia. itu lebih baik.
agak susah untuk masuk kerja dalam kerajaan, ada pelbagai birokrasi, klu dah dapat pun kita takdapat tentukan keselesaan kita berkerja. amacam? kita buat ‘Posto Malaysia’?.
aku memang setiap 3-4 hari sekali kenagi pejabat pos.. tapi kalau boleh aku akan elakkan pergi pos yang kaunter bil adalah sama untuk beli setem.. (nasib baik pejabat pos muar asingkan setem / parcel dgn bil)… :)
Takkan org tua tu baru keje Pos Malaysia. Pos Malaysia bukan mcm gomen ke, tak ambik org yg dh berumur?
Most likely Mak Cik tu ganti org je kot
Akak pun byk kali terkena macam ko mael. Nak beli setem sekeping kena tunggu dekat sejam. Apasal lah sekarang ni Pos Malaysia lebih mengutamakan hal-hal bayar bil lebih daripada hal surat menyurat dan pembelian setem. Nama Pejabat Pos tu Kak Long rasa baik aja tukar pada Pejabat Bil.
Salam…
Aku penah kena dengan POS gak. Kes aku, posmen tak hantar surat aku tapi dia selit celah tangga tempat orang lalu lalang. Skali aku jumpa trus amik pic, buh dalam blog and send email dari web dorang. Ada respond, siap ketua pos daerah call nak make sure aduan aku. Masa ni bila posmen nampak aku, meka mesti selak banyak kali, tanda mereka nak cari surat aku dan serahkan byhand.
@mohdismail –> aku keje jabatan Kerajaan.. Boss aku x – pengarah Pos Melaka..
Kalau aku jadi boss senang je.. Semua pakai mesin,… Beli setem pakai mesin.. Bayo bil pakai mesin..
Tak yah nak gajikan pekerja ramai2..
sama mcm bank. kaunter ada 8, yg buka cuma 3.
kaunter jpj machang pun sama.
kaunter majlis perbandaran selayang pun begitu.
LHDN pun.
arrgghh…buang masa betul!!
apala mail, kau kena ingat, org pos malaysia bukan kuli batak kau. Komen memang senang. Suatu hari nanti aku tak yakin prestasi kerja kau bagus sangat. Memang adat dunia, orang yang suka komen orang kerja dia tak bagus sangat pun. HIDUP POS MALAYSIA
@dino alahai Dino.. menegur pun salah ke sekarang ni? lain kes kalau aku sorang je yg komplen, mende ni da jadi sebati dlm jiwa org kita..
mmg la org pos malaysia bukan kuli batak aku, tp mereka bekerja dengan kerajaan yg berkhidmat utk rakyat.. gaji mereka dibayar dgn duit cukai rakyat.. sila bercakap dgn ilmu lain kali ye? :)
siapa itu mohd ismail ???? lawyer, magistrate, doktor, ahlil musik……APA ?? PENGANGGUR……………. PATUT LA ADA BANYAK MASA NAK MENGUTUK. Memangla pejabat pos jadi tumpuan orang kampung bayar bil, sebabnya sudah berpuluh tahun diorang memang biasa bayar bil di pejabat pos. Kalau en ismail boleh educate diorang tu semua bayar bil kat maybank2u atau platform yang lain, silakanlah. Kalau nak beli stem 20 sen, tak payah pun beratur, terus ke kaunter. Setakatni, aku tak pernah pun suruh orang tu patah balik ke beratur semula ke. Kaunter kena tutup sebahagian, itu memang ikut masa bekerja. Jadi bos mesti kena control input dan output, itu basic management la. Kalau setakat stem hasil tu pi beli la kat Pejabat Hasil kalau dah trauma sangat ke pejabat pos. Memang gaji dibayar pakai cukai rakyat………tidak bermakna kena entertain orang sampai tahap kuli batak. Apapun hang punya pasal la nak mengutuk ke nak apa ke. kERJA JALAN MACAM BIASA. berjuta surat sampai ke tangan rakyat jelata. Satu lagi la aku suggest kepada hang, rentikanlah ruang pasal POS ni. Gunakan saluran yang betul…….Wassalam
@dino 1) aku tak trauma nk pi pejabat pos, in fact petang td aku kena beratur lagi sebab nk renew lesen adik aku..
2)ini bukan kutukan tetapi teguran.. kalau apa yang aku cakap salah, sila maafkan..
3) aku tak minta sesiapa jd kuli batak, tp bekerja dgn berhemah & tanggungjawab.. masa org sgt berharga..
4) aku x salahkan org kampung sbb bayar bil kat pejabat pos, aku cuma tegur sistem pos yang kurang efisien.. read it again..
5) kalau kaunter tutup dan biarlah line baratur hampir 100 org (seperti petang tadi), aku rasa bos tu kene belajar management balik..
aku minta maaf kalau ko org pejabat pos, tetapi teguran begini patut kau bawa kepada pihak management.. bukan menegakkan benang yang basah.. *jgn kata semua pejabat pos efisien..*
mmg ..me pun tak suka ngan service. dah 2 kali hilang barang kirim ngan diorg. ada resit pun tak membantu.mls ahh!!!
antara masalah utama di Malaysia, macam tu lah
orang nak bagi duit pun susah
sama macam berniaga di internet, pelanggan dah klik tapi lambat nak muncul kat skrin (limitation bandwith)
eh pehal si DINO tu nak naik hangin kat blog orang ni, ikut suka mail la dia nak tulis mende pun, free writing what.. kalo ko orang POS ko patut amik apa yang ditulis sebagai something positive and try to make improvement. aku pun secara peribadi SETUJU ngan en ismail bila sampai bab services by POST Malaysia.. most of the time SUCKS!
aku sokong dino….kita semua cari makan….org mcm pos tu keja ikhlas walau gaji tak besar mana…tapi…kalu tak dak pej pos pon orang masih minta akn kewujudannya…masa mcm ni la kita boleh tahu sejauh mana kesabaran kita…kalu korang dekat bank tahu plak korang nak disiplin..bukan senang kalu satu2 agensi tu dah swasta…dah handle duit income sindri nak penuhi tuntutan semua pihak…setakat setem walau 20 sen pon tak sampai surat tu…banyak lagi agensi2 yang lain yang lebih kurang ja…so..’ lu pikirlah sindri’…..assalamua’laikum
LHDN pon ko tak tahu ke mael….orang apa ko ni….ko kena banyak blajar lagi…kena belajar “grab”…cepat,,,haiyaaa…
aku tgh grm ni….brng dr cheras nk ke sepang ambk masa 8hr nk smpai(ni pn blm smpai lg)…smlm 2 kl aku tpn careline pos…pastu td aku tpn lg sbb brg xsmpai2…bdk pmpuan tu blh ckp tersalah htr tmpt ‘pengumpulan’ brg..pttnye kene htr kt bangi tp banting htr kt dengkil pastu dengkil htr blk kt banting….xtau bl blh htr kt bangi mngkn mgu dpn br blh dpt brng tu……..cb korg total hrnye?????aku byr mhl2 utk pos laju yg kononnye dijamin smpai esok tp hampeh!!!!!!!!!!!!
Setem Hasil juga boleh di beli di kaunter LHDN atau di mana-mana pejabat pesuruh jaya sumpah. Serius tak perlu beratur atau membuat apa-apa urusan dengan Pejabat Pos.
apa pun aku hantar brg yg aku jual kt mudah.com guna poslaju..murah gak courier lain..so lyn post off la..smbil2 berurusan asb hehe..kaunter asb kt mybank dh makin ramai org..
apa pun aku iklan skit..sapa berhajat,nkwat pinjaman peribadi-i MBSB, utk pkerja kerajaan dn bdn brkanun, insyaAllah urusan mudah..email aku cundeal@yahoo.com
..t.ksih
maksud aku..poslaju murah drp courier lain..tq
dulu aku pun benci ngn pos malaysia…tp\ cmane tiba2x aku plak keje ngn pos malaysia…bila aku keje n rasa sendiri pengalaman keje layan customer..baru aku tau knape krani2x dia garang2x….sb stress…lyn customer la keje paling stress kat dunia…tp aku tetap bersabar sb aku keje carik mkn…kalau ikutkan aku xnk keje mcmni..menyampah aku lyn customer…mcm2x peel…kutuk org memang mudah..tp adakah kta hebat bila keje kat kaunter?korang kena rasa sendiri baru korang tau…apa cabaran keje mcm krani pos….aku pasti korang pun akan sama jugak mcm ape yg korang kutuk….100% budak baru masuk..ckp boleh handle…tp bila keje smua lbih kurang…pakcik yg korang duk kutuk lembab tu cuba bygkan ayah korang yg keje crik mkn…suka x bila org kutuk ayah kita?dlm dunia x smua org perfect….kitorang bukan nk sangat keje pos…tp kitorang tetap truskan kje kitorang melayan korang yg bermacam peel ni…walaupun kdg2x kna maki hamun…ada xorg suka kna marah?tp kitorang masih keje…itulah kelebihan pekerja pos…dpt melatih diri menjadi seorang penyabar…hanya Tuhan yg tau perit jerihnya kerja kami…sb tu Tuhan bg rezeki pd kami…dpt rasa naik gaji berkat kesabaran kami…ALHAMDULILLAH
pos malaysia bekerja untuk masyarakat…bukan untuk persendirian…jd memang adat korang kena tgu lama untuk berurusan ditempat awam…krani bergantung kepada keadaan komputer..kalau lain dia slow…slowla kejenya…mungkin korang akan ckp knape x upgrade?korang sediri ckp pos x untung…jd ada bajet ke?sb tu la…kita ckp memang mudah…tp nk melakukan tu memang payah…korang yg xda pengalaman kerja mcm kami…ibarat kita tgk makanan yg org lain masak…kita tgk je dh kutuk x sedap..mcm2x…tp cuba korang sendiri yg masak dan bg org rasa…pos malaysia wujud sebelum korang lahir lg…masih aa org sanggup jd posmen..keje tgah panas…walaupun gaji kcik…pnah korang pk…posmen dan pekerja pos malaysia yg lain adalah kebanggaan pos malaysia…kerana dpt mengharungi pelbagai rintangan untuk syarikat…walaupun dicemuh..dikutuk…dihina…ada org ckp nk meletakkan mesin untuk buat urusan kalau dia jd bos…tp korang x fikir..pos malaysia diwujudkan demi memberi bnyk peluang pekerjaan kepada org melayu…salah satu syarikat yg paling bnyk memberi peluang pekerjaan kpd org melayu adalah pos malaysia….membela anak bangsa melayu drpd mennganggur….suatu masa korang akan sedar…kehilangan pos malaysia…menjadi kerugian besar pd korang…mugkin korang ckp jdkan kutukan korang sbg sesuatu yg membina?tp sampaibila kutukan ini akan berhenti?ada masa kalau korang buat baik pun org akan kutuk…jd sedarlah..manusia ni x sempurna…blajarla untuk memahami org lain…jgn nk puaskan nafsu dan hati kita semata2x…..