Advertlets: Kini Dengan AdMax Network

Lama sudah ‘kan aku sudah tidak cerita tentang Advertlets? Dan, dua hari ini aku perasan yang iklan dari Advertlets datangnya dari domain www.admaxasia.com. Satu perkembangan yang baik aku kira untuk mereka yang masih setia dengan Advertlets.

Format baru kerjasama dua agensi pengiklanan ini sangat menggembirakan aku — walaupun ini pertama kali aku dengar nama company AdMax Network.

Kadar CPM untuk iklan baru ini juga agak tinggi berbanding sebelum ini. Aku tidak tahu samada aku boleh reveal atau tidak kadar CPM aku, tetapi setakat hari ini secara purata aku menerima RM0.65-RM0.70.

Naik hampir 100% dari kadar biasa. Sesuatu perkembangan yang sangat positif dari Advertlets. Aku berharap mereka akan terus menawarkan inventori iklan yang lebih menarik selepas ini.

Apa yang Advertlets perlu pertingkatkan sekarang adalah sistem pembayaran mereka yang ketika ini mengambil masa 30 hingga 45 hari dari akhir bulan di’mana kau buat cash out.

28 Comments

Ko ada dapat payment dari advertlets ke bro??

Owh , Admax Network ? . Pertama kali aku dengar . Satu info baru .=)

tapi ok kah advertlets!?

tak pernah dpt payment darinya berbanding nuffnang huhu.

Aik gabung dgn syarikat lain, haha ada problem kewangan kot, tapi bagus juga kadar bayaran dah meningkat, lepas ni dia tukar nama tak?

AdvertMax ke

iklan advertlets sudah tak semenarik dulu. tiada variasi dari pengiklan. 2 minggu hanya terima iklan tentang blogger contest. sekarang br terima iklan dr admax network.

ps: pd awal aku terima iklan dr admax ni, aku lihat persembahannya pada slot iklan advertlest ni sgt celaru. mati2 aku ingat ada conflict pada script di blog aku

@zool ade la beberapa kali.. =) tgh tgu lg beberapa payment.. harap leh cepat.. he he

@megat advertlets ngan nuffnang ni aku nampak kene pick salah satu the stick to it.. diaorg lebih mesra kepada sesiapa yang loyal.. teori aku la ni.. =)

@Rjuna nuffnang dengan DoubleClick.. so advertlets dengan admax.. kira ok la tu,, sebagai penambahan inventori iklan =)

@aeropama yep.. awal2 tu mmg ade sikit celaru.. maklum la first time..

aku suggest diaorg buat satu size standard bari 300 x 250.. senang nk modified theme.. =)

Aku dah malas dah dengan advertising company yang ada dekat Malaysia ni. Advertlets berhutang dengan aku. Nuffnang pun sama ada berhutang dengan aku. So, kesimpulan, no local ads on my websites.

hmmm.. advertlets? hmmmm…
byk sgt persoalan ttg kredibiliti dia..

aku dah lama buang dua-dua iklan dari dua-dua kompeni ni dari blog aku. bermasaalah laaa…. :(

banyak blogger complain tak puas ati ngan adverlets. aku pun pernah try guna adverlets. dan, aku choose nuffnang is better.

aku masih run advertlets kat beberapa blog aku. Nuffnang pun sama. Nak tengok depa bayar ke tak..

persoalan - dah ada ker yang kaya dhn local ads networks nih?

sesiapa yg ada jawapan tlg ler jawab aku nak tau jg….

Advertlets dot com ?
sudah bosan mendengarnya

bro, wa lama dah try contact ko. persetankan.com ada problem la. takleh nak upload gambar. skrg ni semua pakai host omar utk gambar. boleh tolong tgkkan?

beck

nak tunggu derang kaya dulu laaa…

dapat banyak nanti pos kat aku, duit raya. terima kasih. HAHA

last aku dapat payment bulan 2 dulu. :D

aku dah disable adverlets… hehe :)

bagus kepada yang dah buang advertlets ni, yang belum buang bila lagi?

kah kah kah

aku macam rohaizad. tapi belum bertindak lagi. advertlets dah kena buang.

nuffnang pun macam something wrong je skrg. iklan ada takde. payment pun lambat. status bertukar ganti. ish ish.

aku da xletak advertlets.. aku tunggu cash out da lama.. xdpt dpt…

sejak ramai orang komplen, aku dah lama buang. Mungkin aku boleh letak semula advertlets selepas ini.

Baru lepas dapat cek dari Nuffnang

aku x penah lagi dapat cheq dari adverlets..sapa dah dapat cheq?cerita sket pengalaman…

Byk jugak tu! Tp aku tak gemar la main CPM ni. Tak tetap. Baik lah orang sewa terus kawasan iklan kt situ selame sebulan, koman2 dah tau income masuk.

@rindok pengalaman dapat cek? aku ada.. dapat cek, pegi bank.. isi form bank-in cek.. 2,3 hari da ade duit dlm bank.. he he =) itu je la pengalaman’nya..

@NoktahHitam kalaula boleh jual sendiri & luas market online ads kat mesia ni.. boleh berhenti kerja kita..

akumasih sangsi dgn adv..hm..mungkin sebab pendapatan yg konstan dgn NN kot

Leave a Comment