Akhir’nya Google Adsense versi Malaysia, Nufflets

Bila Nuffnang & Advertlets keluar somewhere dalam tahun 2007 ini, aku nampak yang masa depan penulisan bebas di’internet akan terbela dari segi kewangan. Penulis-penulis blog boleh mula membina sedikit timbunan wang dari dua media pengiklanan terawal yang berpangkalan di’Malaysia ini. Tidak lama kemudian, muncul GrabMyAds yang di’canangkan sebagai pembaharuan dalam sistem pengiklanan internet Malaysia. GrabMyAds tidak menarik minat aku langsung kerana pada aku, tiada makna’nya jika konsep beri ruang iklan terlebih dahulu baru ada pengiklan yang berminat. Konsep pengiklanan secara network yang di’lakukan oleh Nuffnang & Advertlets adalah lebih baik (sekurang-kurangnya).

Ketiga-tiga agensi pengiklanan ini menggunakan imej sebagai medium dengan berbagai format. Dan, fenomena ini menyebabkan banyak blog di’Malaysia mula menjadi papan kenyataan tidak rasmi dengan bersepahnya format iklan. Itu hak masing-masing bukan? Ada teori mengatakan, lebih banyak format iklan dalam blog, lebih banyak duit yang di’terima. Pada aku, lebih banyak format iklan dalam blog, lebih senang orang akan cop penulis blog sebagai menulis-untuk-duit.

Kini, muncul satu lagi media pengiklanan untuk penulis blog Asia & Malaysia khusus’nya, Nufflets. Pertama sekali, sudah tiada nama lain’kah yang boleh di’pilih sebagai identiti syarikat? Term ‘Nufflets’ sangat menampakkan yang kemunculan Nufflets seolah-olah parody kepada Nuffnang & Advertlets. Itu masalah kecil mungkin, bagi mereka. Apa yang Nufflets bawak adalah satu kelainan untuk media pengiklanan di’Malaysia. Dengan menggunakan format iklan teks sebagai medium, Nufflets tidak syak lagi adalah versi Asia (atau Malaysia) untuk Google Adsense. Dan, satu tepukan aku buat Nufflets. Ini yang sebenarnya aku nanti-nantikan.

Google Adsense adalah satu medium yang menggunakan content untuk mengenalpasti iklan yang mana sesuai untuk di’paparkan kepada pembaca dan sistem ini’lah juga yang akan di’gunakan oleh Nufflets. Aku harap, aku akan nampak lebih banyak iklan teks berbahasa Melayu dalam Nufflets supaya tulisan aku sepanjang tahun 2007 boleh mengandungi iklan teks yang relevan. Aku juga bercadang untuk mengiklan menggunakan Nufflets jika ada peluang. Penulisan blog untuk tahun 2008 pasti lebih meriah. Yeah!

Kawan-kawan yang bijak bestari dalam bidang menulis plugin untuk Wordpress, sila keluar dengan plugin untuk letak Nufflets dalam entri secara automatik. Kau akan terima backlinks yang menggila, percayalah!

Fakta menarik - Daftar sekarang dengan Nufflets & terima USD15 serta-merta!

37 Comments

Guna je plugin Adsense untuk Wordpress tu. Sama je aku rasa sebab plugin tu just letak script kite kat website jugak.

Hi MohdIsmail!

Terima kasih untuk menulis review dan pendapat anda terhadap Nufflets.

Wasalam,
Nabil

Rasanya memang meletup la Nufflets nie. Kurang juga papan iklan kat blog aku eheh.

Cyper - boleh eh? he he… kalo ade plugin yg tinggal masukkan id lg senang.. ha ha.. aku kan pemalas..

Nabil - hoorey! jadi, USD15 jadi milik aku ye skang? sama-sama Nabil…

Megat - he he.. doa2kan la semua2 media pengiklanan makin ngancam :)

Yang ni gua rasa macam nak sainap.

Header post ni ada ala-ala archive gua zaman dulu2..
http://kumprinx.blogspot.com/2005/03/awek-minggu-ini.html

hehe..

aku lansung tidak teruja dengan semua ini. Sebabnya aku serakang tidak memblog untuk duit haha .. err apa kena mengena perempuan di atas dengan Nufflets?

kmx - ya sila sainap! ha ha.. mana la tahu rezeki lebih kat sini nnt…

mazuhan - perempuan+duit=syurga dunia! ha ha ha haaa *metafor tu metafor..*

Vangardx - ko kene letak backlink satu kat blog ko ke Nufflets, then kene inform diaorg.. nnt di’kreditkan lg USD10 :)

aku juga mahu usd15, mahu renew hosting..ahaks…

Ini satu revolusi untuk dunia virtual dan cyber di Malaysia. Ini satu oportunis yang sepatutnya digarap oleh muda mudi. Aku harap aku masih tak terlambat. Ntah berapa lagi advertiser servis seperti ini akan muncul di Malaysia tahun 2008? Biar semuanya berkualiti, reliable dan gah!

pasal plugin, guna plugin AdSense-Deluxe dah memadai untuk insert apa² iklan tulisan mahupun jenis papan… huhuhu…

Ooo.. dpt $15 lepas signup eh? :D menarik tuh..

oh..aku baru letak linkback..mari kita lihat ap hasilnya :D

huhu aku nk wat advertnang laa..hahahah…baru mantap… :P

Owh.. Best jugak dapat USD15… Aku aritu usha je tgk nufflets ni tapi tak sign up lagi.. skang baru nak sign up.. idup nufflets..

oho.. Nabil : aku dah inform hang.. la nih masih tunggu balance $10 tu.. lai lai

saya dah dapat USD15… :D

jap aku ketinggalan.
diorg mmg bergabung or nama tu saja nk hype?

huhu perempuan + duit + iklan = karektor gadis melayu……BTW nufflets sound not bad??? harap2 jgak iklan berbahasa Melayu bakal menjadik lebih gemilang dan terbilang…..soklan aku same gak ngan tk2 diorg mmg bergabung or nama tu saja nk hype?????

ada 4 sekarang.mana satu yang da best?

hmm.. aku agak sangsi bile die kate 50% profit share. agak murah hati mcm tu.

aku macam nak buat plak plugin, tp malas la plak. hahaha.

Wizurai - boleh eh Adsense Deluxe? he he.. nnt databse iklan da banyak, boleh try..

Jun - he he.. sebetulnya sampai arini, aku belum dpat lg USD15 tu.. ;p

TK2 - itu syarikat lain… tp ade rumors kata, founder Nufflets ni bekas stuff Advertlets :)

Fahmishah - errr.. yg bawak masuk duit paling banyak.. kot.. he he

NoktahHitam - he he.. kalo ko nak popular cepat, baik jd org pertama tuk buat plugin..

Em, apsal ada yg dpt $5 dan yg blom dpt pun ada lagi.. Biar benar nufflet niw, bleh caya ke..

Aku tak penah denga pun psl GrabMyAds, haha, nmpk sngat tak glemer

uih??…xdpt lagi ke usd15 mail?…dah buat backlink???…bila dah buat baru nufflets akan kreditkan lagi usd10…

Mael,

Mana hang ni….jarang nampak siut…

Ismail : aisey, noktahhitam mane la ade advertisement space. aku menulis sekadar utk gelak di hari tue aku nanti. Actually ko bole pakai Adsense nye plugin je, same je. Nanti2 aku usha kan.

Ok rakan ku MohdIsmail yg suke contextual ads, nah hadiah harijadi ko, WordPress Plugin utk Nufflet.

http://www.noktahhitam.com/nufflet-ads-plugin-for-wordpress.html

Nice. thanks for the info
Ni nak carik hosting sendiri dulu…. T_T

wah…memang akan meletup punya coz ramai lagi orang kita yng kurang dalam penulisan berbahasa inggerish contohnya saya yang merangkak-rangkak

Ehm..harap2 la nufflets ni dapat bertahan dan dapat ramai advertiser.

Salam bro,

ada dapat tak emel saya?

NoktahHitam - terima kaseh untuk plugin tu.. :) he he.. akan berguna utk aku satu ari nnt..

OtakKanan - he he.. hosting skang murah2 dah bro… sila2 :)

Kita - yep yep.. sama’lah macam aku

Labanon - salam kembali.. ade, e-mail yg tny pasal email sebelum tu..email yang sebelum tu sy xde dapat :) re-send perhaps?

yea! aku pun dah dapat usd 15, ismail, buat xchange link x?

Huhu reply dulu my email tkt nanti tak dapat pulak klu send melalui “hubungi” :)