Aku adalah Glitterati & GoKita adalah gila
- 67
- Add a Comment

Update (8.54 p.m) - Aku sudah kembali menjadi ahli biasa (bukan eksklusif) & submission aku untuk entri ini di innit, telah di’padam. Ha ha. Oh lagi satu, iklan Nuffnang di’sini pun sudah tiada, walaupun global ads.
Selepas 3 hari menggunakan Rotatee sebagai penyilihganti iklan yang ada di’blog aku, aku di’isytiharkan sebagai salah seorang ahli eksklusif Glitterati *winks* Nuffnang. Aku sangat seronok tetapi tidak teruja. Lihat di’atas, RM31.05 itu adalah earning aku sepanjang aku bersama Nuffnang, jauh kecil berkali lipat ganda berbanding apa yang aku dapat di Advertlets. Jika kerana kenyataan ini, status Glitterati aku akan di’lucutkan, sila’kan. Tapi, aku mahu Nuffnang bank-in RM31.05 itu ke’dalam bank aku serta-merta kerana aku adalah ahli Glitterati. Ha ha. Oh ya, kenapa company pengiklanan di’Malaysia, termasuklah Advertlets & GoKita, tidak menggunakan payment method secara bank-in yang pasti’nya lebih cepat. ‘Kan?
Tersebut pula tentang GoKita, rentan hati aku apabila melihat statistik yang mereka keluarkan untuk aku. 27 hari dengan 132,880 page impressions, RM0.17! Bukan’lah aku mahu membandingkan GoKita dengan Google Adsense, tetapi dengan jumlah page impression sebegitu banyak, aku boleh menjana 134,198% lebih pendapatan dalam sehari berbanding apa aku dapat sepanjang bersama GoKita. Ini gila.
Kawan-kawan sekalian, bagaimana prestasi GoKita ataupun Nuffnang ataupun Advertlets setakat ini? Memuaskan hati atau memerlukan sedikit sentuhan magis supaya poket kita & mereka akan lebih tebal?

67 Comments
Saharman
February 27th, 2008
at 1:44pm
Apa dah jadi dengan Advertlets kesayangan kau tuu Mail…
Mohd Ismail
February 27th, 2008
at 1:46pm
advertlets still ok ngan aku.. baru beberapa hari lepas aku withdraw dr advertlets.. hehe.. tu aku try tanya korang, ok ke lagi? :)
gokita mmg xleh blah.. ha ha
Hafifi
February 27th, 2008
at 1:50pm
sudah tentu perlukan sentuhan magis daripada ko mail, bagi tebal poket rakyat-rakyat kita ni..hehe..sifarkan miskin tegar!
Muhammad Khairul
February 27th, 2008
at 2:04pm
oh, aku ingatkan GoKita CPC?
btw mael, sudah berapa lama anda sudah bersama nuffnang?
adek manis
February 27th, 2008
at 2:15pm
kalau blog ‘grk’ aku bole letak iklan2 sebgini sudah tentu masyuk aku skrg ni…hehe
Muhammad Khairul
February 27th, 2008
at 2:20pm
bila nak .com kan grk tu chot… ternanti-nanti ni
wanwma
February 27th, 2008
at 2:34pm
Walaupun aku letak iklan2 tu dalam blog aku tp malas betul aku nak melayan benda2 tu…kadang2 tak paham mana satu yg ok! takde ke orang buat kajian pasal benda ni?
flisterz
February 27th, 2008
at 3:08pm
pengalaman aku bersama gokita pun camtu. aku igt aku sorg je. impression. ratus2 je la. kosong x berubah2. ko punye ribu2 pun kosong jugak. iskh
syamsulariff.com
February 27th, 2008
at 4:02pm
aku nyer advertlets sekali request pastu dah tak letak dah..sebab dia ok ngan main je kot :P
nuffnang best kalau dapat campaign dia..kalau global nyer ads tak seberapa la..aku baru dapat 3kali kempen dari nn..ok la kot..jgn tamak org kata
Noorizam Shah
February 27th, 2008
at 4:25pm
aku masih lagi dalam proses berexperimentasi dengan rotatee.. akan ku berikan ulasannya nanti.. tunggu! ohoho
Mohd Ismail
February 27th, 2008
at 4:30pm
GoKita mmg CPC.. tp kalo impression byk gitu, click through rate mesti tgi gak.. :) kalau la adsense leh dpat byk gitu.. ha ha
Mohd Ismail
February 27th, 2008
at 4:31pm
ngeh3.. labur la RM28 kat Wizurai, beli domain sebijik.. mana tahu rezeki tuk jadi blogger fulltime , kan?
Mohd Ismail
February 27th, 2008
at 4:32pm
bukan xde kajian.. cuma masa tuk kajian tu tak cukup panjang lg.. paling2 tua pun company advertising kat mesia ni, setahun.. :)
afham
February 27th, 2008
at 4:33pm
haha..aku tak pakai pe2 pn.. :D
afham
February 27th, 2008
at 4:34pm
sape draw dah dapat..aku baru je draw pagi semalam..
Mohd Ismail
February 27th, 2008
at 4:34pm
lepas tu kan Dapi, skang GoKita mahu target publisher besar2.. skang ni pun kita dah boleh mati ngan GoKita.. lepas ni x wujud kot space tuk kita.. ha ha.. layan Adsense lg best!
melayubuntu
February 27th, 2008
at 5:00pm
script gliterati nuffnang nampaknye ada kelemahan…haha
dia detect script iklan dlm page sama…kalau main rotate dia xdetect..haha
klakar!
Mohd Ismail
February 27th, 2008
at 5:16pm
jadi, solusinya kene ade sape2 kasi up ini entri kat innit.. manalah tahu.. :)
*ko ahli Geli-tak-reti x MelayuBuntu?*
Fahmishah
February 27th, 2008
at 5:48pm
berapa agaknya untuk sampai kat pintu rumah?
WaWa
February 27th, 2008
at 7:29pm
–off topic–
apa entrecard tu??
mrozaidi
February 27th, 2008
at 7:36pm
Daripada Ketiga Tiga Jenis Ni..Yang Mana Paling Bagus..Rasanya Adsense Kan? Yang Satu Teruk Sangat Yang Satu Lagi Cam Na Lak?
firdee
February 27th, 2008
at 8:41pm
gokita mmg hampeh!!! sedangkan ko yg page impression banyak pon dapat camtu je…xyah cite ko pon leh agak apa yg saya dpt ngan gokita…sbb tu dah dekat sebulan saya turunkan kod gokita…
melayubuntu
February 27th, 2008
at 9:26pm
aku ahli geli-geli jer…wakakak…
sbb aku mengerti saat aku menjadi geli - weh ape aku ngarut neyh..
Wizurai
February 27th, 2008
at 9:27pm
pada aku pulak, semua yg di atas tak berapa masyuk, kecuali Adsense… aku tunggu $100 yg pertama dari Adsense, lagi berapa belas ringgit ntah nak cecah $100…
jadi, yg masuk sekarang ni dari jualan domain RM28 tu… so, blogger sekalian, mari pakat beli domain… kempen 1 domain 1 blogger… muahaha…
titan
February 27th, 2008
at 10:22pm
Advertlest tak penah draw. Lambat gila nk sampai minimum. Nuffnang dah draw..tengok bila la sampai cek nya..
Gokita? Tak cecah singgit pun..Better layan adsense. Ko tanak letak kat sini adsense mael?
titan
February 27th, 2008
at 10:32pm
Rotatee memang best. Aku dah pakai dan memang berkesan. Hehe :D
nUUr
February 27th, 2008
at 10:46pm
mail..rangking kan senarai pengiklan dari ter-best ke ter-tidak-best..nk tau nih..gokita cam xkool jek dgr nya
nUUr
February 27th, 2008
at 10:48pm
xpeke pakai rotatee tu..xkecik ati ke nnt advert dgn nuffn tu?
hoho..nk wat gak
Rjuna
February 28th, 2008
at 1:38am
Aku guna Nuffnang pon sebab cash-out dia rm50 dah leh keluar, cepat sikit, earning dia selalu update lepas abis satu-satu kempen.
GoKita tuh nampak sangat tak stabil, kejap Nufflets la Gokita la, pulaukan kawan-kawan.
Samad
February 28th, 2008
at 1:41am
advertlets sucks !!!
Mohd Ismail
February 28th, 2008
at 1:58am
alahai Samad.. kot ye pun x berkenan kat Advertlets, jgn la letak url beruk.com, mcm berkait rapat plak ngan ko.. haha :)
*apa yg x sucks atas muka bumi ni?*
tanya Khai Scukz.. ha ha
Khai
February 28th, 2008
at 5:19am
advertlets perlu bayar kat aku rm800 before of after bulan marc h ni.. jangan kasi alasan lagi.. email sume dah dijawab..respon le ape lagi???!!
mmg advertlets satu je yg aku harapkan dari dulu.. x de hati kat yang lain selain hanya mencuba.. tapi bila advertlets dah buat camni, terkilan jugak rasa hati ni…
rm800 tu….
Khai
February 28th, 2008
at 5:27am
advertlets perlu bayar kat aku rm800 before of after bulan march ni.. jangan kasi alasan lagi.. email sume dah dijawab..respon le ape lagi???!! Fraud click kejadah.. x pernah2 aku terlintas pon.. kalau ada pon, takkan rm800 tu sume fraud click kot.. sapa yg rajin sangat dengki aku tu?
mmg advertlets satu je yg aku harapkan dari dulu.. x de hati kat yang lain selain hanya mencuba.. tapi bila advertlets dah buat camni, terkilan jugak rasa hati ni…
rm800 tu…. come on la!!
psst: padam komen kat atas tu ye mael :P
Khai
February 28th, 2008
at 5:29am
mane la tahu kot kot beruk.com tu mmg web dia.. or comin soon.. domain yg sesuai untuk personal picture gallery dia.. nice domain.. hahaha
Khai
February 28th, 2008
at 5:30am
macam banyak sangat je kompeni2 iklan kat intetnet di malaysia ni.. :P
Khai
February 28th, 2008
at 5:32am
kot kot la leh membantu. saje google.. then kuar kat no 1..
http://entrecard.com/
lol…
Wizurai
February 28th, 2008
at 10:14am
owh, senang bagi alasan fraud click… kalo mcm tu tak payah wat ikut click, guna impression… hah, lagi banyak dapat…
Truckster
February 28th, 2008
at 12:23pm
hahah sememangnya memerlukan sentuhan magis…
Khai
February 28th, 2008
at 2:50pm
ape yg aku terkilan, kot kot ye pon fraud click, kenapa diorang x inform? kenapa bila aku dah email & publish masalah ni kat blog, baru nak terhegeh2 kasi alasan ini dan itu.. hantar ini dan itu suruh aku jawab.. macam2 persoalan yang dia kasi? kenapa bukan dari dulu??
kalau fraud click buktikan. Aku ingat lagi payment aku naik tinggi masa advertlets ade campaign media prima. Aku promo iklan tu kat akak aku dan akak aku promo satu network KLCC.. sbb akak aku kerja KLCC.. so bapa ramai yg masuk and click ntuk ngk online kat tv3 masa tu..
Ape kejadah alasan fraud click.. kalau gitu senang2 je la x nak bayar duit orang, cakap fraud click.. macam bodoh alasan!!
Megat
February 28th, 2008
at 4:30pm
Jadi ada solusi yang lebih menarik!? Nuff jadi pilihan kerana minimum draw. Gokita mmg tak boleh dengar! Adverts terlalu lambat sbb tu geli-geli kat nuff ekeke.
Adsense aku masih tak faham uhuhu.
Muhammad Khairul
February 28th, 2008
at 5:21pm
lol khai..
um wawa, entrecard ni macam, peluang kita iklankan blog kita kat blog orang lain. cuba tengok entrecard dalam blog mael ni, itu orang lain yang punye la tu..
pastu entrecard ni ade point2 die la, pe ke jadah lagi la
Muhammad Khairul
February 28th, 2008
at 5:25pm
sabar khai.. huhu. bese la customer service lmbab camni. selagi khai tak heboh kat blog, selagi tu dorang tanak respon.
um, rm800 dalam 4 bulan ye. not bad advertlets ni
syia
February 28th, 2008
at 6:11pm
awk.. kenape ye dgn gokita? bukan cam baru lagi ke? mungkin sistem monitornye tak bagus lagi tak?
syia
February 28th, 2008
at 6:12pm
eh yang entrecard ni.. syia kenal ownernye.. friendly
titan
February 28th, 2008
at 11:16pm
Hehe. Alasan tu memang tak dapat masuk otak kiri dan kanan aku..
Pasal fraud klik. Diorang kene habaq awal2. Diorang memang macam tu. Nak wat camana kan?
Qaiyum
February 28th, 2008
at 11:42pm
La.. Mael Dah Tak Brian’s Threaded Comment Ke? Uu..
Apelagi.. Jomla Blogger Berpiket. Kite Berdemonstrasi Cara Blogger. Mogok Dengan Tidak Meletakkan Iklan² Kat blog. Hehehe.. Kita Jadilah blogger Dengan Sepenuh Keikhlasan Hati Dan Tidak Mengharapkan Imbuhan.. Ok Ke Gitu?
Mohd Ismail
February 28th, 2008
at 11:48pm
Qai - apa kata kita cuba xyah thread comment ni.. ha ha.. saje nak menyusahkan diri balas komen secara pukal.. ;p
Titan - kdg2 fraud click ni satu alasan je, diaorg mesti ada method yang sgt laju ye tak utk detect? :)
Syia - uiyo Syia kenal owner Entrecard, mintak sy kredit 5-6 ratus leh? sy nak advertise kat JohnChow.com ;p
Mohd Ismail
February 28th, 2008
at 11:50pm
Khairul - Khai da buktikan, RM800 tuk 4 bulan.. sesuatu yang bernilai dari Advertlets, tapi itu’lah, ada masalah lambat payment sikit.. he he
Khai - kool Khai.. aku tahu aku masih tensen RM800 ko belum terbayar.. he he.. apa kata ko emel secara personal Josh Lim tu.. mana la tahu kan? ;p
Wizurai
February 28th, 2008
at 11:53pm
owh, tukar cara komen baru ye? takmo thread comment dah? ok gak, takde org nak balas setiap mesej 1 per 1… pukalkan saja…
Mohd Ismail
February 29th, 2008
at 12:46am
Wizurai - sebenarnya, Brian Threaded Comment tak berapa molek dalam K2 Theme.. hehe .. *kembali kepada asal kdg2 serunuk*
Khai
February 29th, 2008
at 4:16am
eee, tolong la mael.. pakai balik brian thereaded comment tu.. entah kenapa plak aku rasa menyampah nak komen kat blog ko dgn cara macam ni.. hakhaks..!!!
psstt: komen joshlim? takpe, dia akan baca blog ko mael :P
neutronics
February 29th, 2008
at 12:11pm
khai… dulu aku pernah nampak kat forum scukz… ayat2 dia bunyi macam ni (lebih kurang la kot) : sila klik iklan untuk menampung kos server..
maybe pasal tu la kot… ko dah langgar TOS dia kot..
emptyspace
February 29th, 2008
at 4:06pm
hehehe.. aku no komen untuk gokita.com, nanti cakap aku ni menjatuhkan orang Melayu pulak! tgk aje entri pasal nufflets kat blog aku.. diam diri adalah lebih baik..
emet
February 29th, 2008
at 6:53pm
No komen untuk gokita, masih barukan? kita bagi masalah kat dorang….
Tapi bengang gak tengok earning dari gokita ni, mcm ismail cakap impresion beribu2 tapi dapat bape sen jer…
Kumprinx
February 29th, 2008
at 8:47pm
Gokita tu.. talak untung woo..
gie
February 29th, 2008
at 10:51pm
komen aku plak..aku skang fulltime advertlets kot…sebab….aku tak geli pun kat nufnang…duit aku sepanjang blog aku pasang iklan dia,cume dapat rm15 je…gokita plak..haha..kate register dalam usd1o..hamprh,1 sen pun tak dapat..haha…
abdfatah
February 29th, 2008
at 11:57pm
syuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh……………! go away about all the sucks advertiserzzzzzzzzzzzzzz………… kalo nak buat jugak iklan dalam mana-mana blog. bayar dahulu baru boleh onkan iklan2 mereka…
ini apohal… bubuh iklan free lepas tu taknak bayau…? buang karan aje beb! tunggu cashout tak dapat dapat daaaaaaaaaaaaaaaa…. memang melanggar TOS agaknya…………
gorila ke? geli mat ke? gonuff ke golert ke…? touch and go ke? biarkanlah mereka dengan iklan2 mereka itu… hohohohoooooooo…
yiraiya
March 1st, 2008
at 7:32pm
Gokita adalah gila? Why Gokita then? better GoGila… nyeh nyeh nyeh
zaki blogjer
March 2nd, 2008
at 12:04pm
Ramainye org merungut pasal Malaysian nyer kompeni iklan. Bunyi nmpk mcm diorang ni mmg suck je?
azwanhadzree
March 3rd, 2008
at 9:48pm
aku hanya kekal dengan gokita/nufflets selama seminggu sahaja. ia mengganggu earnings dari adsense. advertlets, sudah lama aku buang, aku rasa aku tak sesuai dengan nya, nuffnang .. so far ok .. waiting for the check, dia janji 30 hari :)
syam
March 4th, 2008
at 10:10am
Aku punya pendapatan Nuffnang aku rasa macam tak berbaloi je.. ade ke seminggu cuma dapat 0.25sen je.. sedangkan traffic yg masuk tu lebih dari 2,000 visitor seminggu untuk salah satu blog aku… rasa nak buang je nuffnang utk selamanya.. nak tunggu masuk RM5O punya la seksa.. org minta sedekah pun tak perlu tunggu seminggu nak dapat RM50!!!
azwanhadzree
March 4th, 2008
at 12:54pm
Syam, kalau macam tu, lebih baik buang aje. buat semak blog aje kalau kita biarkan blog dengan iklan-iklan ni tapi duitnya tak masyuk
rem
March 4th, 2008
at 3:42pm
salam
sjak dua menjak aku pn masalah sama dgn advertlets.dituduh click fraud,so payment di hold.takde mase aku nak click ad seniri pun.org bodoh je click ad seniri.so aku balas2 emel dgn pihak derang.las2 takde respon lpas aku jawab soklan2 derang tu.bengang pun ada,derang mcm tanak layan jek aku emel pastu..yg aku kecewanye,derang cuma detect click dari satu ip.bodohnye takleh detect ip kita yg login account advertlets tak sama dgn ip yg click tu.alahaiii.pastu tanye bukti,manela ade,statcounter nye pun log 500 jek,shari dah abes.patut derang la ada bukti.sengal la
lagi satu,aku stuju ,napela nak antar check? nape tak bank in je..hmmm delay payment saje adelah satu tektik bijak dlm bisnes..huhu.
Khai
March 4th, 2008
at 4:34pm
to neutronics,
”
khai… dulu aku pernah nampak kat forum scukz… ayat2 dia bunyi macam ni (lebih kurang la kot) : sila klik iklan untuk menampung kos server..
maybe pasal tu la kot… ko dah langgar TOS dia kot..
”
FYI, yg disuruh klik tu adalah iklan dari CGYhost.. our sponsor.. and masa tu Advertlets pon belum wujud lagi… hehe..
mixterr
March 6th, 2008
at 2:05pm
hehehe. aku mcm xcaya je dr awal lagi.. aku bukan xsupport iklan malaysia ni.. tp agak lambatla.. heheh baik amik adbrite ngn adsense lebih berbaloi..
Jie
March 7th, 2008
at 9:56pm
dulu saya ikut kawan2..org letak saya pun nak letak…tapi kendian tgok tak berapa sen yg ada….
sejak itu sy belajar utk fokus pada yang satu
skrg ni sy hanya menggunakan Nuffnang walaupun Advertlets ada hantar email suruh saya aktifkan balik …
Mohd Ismail
March 7th, 2008
at 11:10pm
Jie - he he.. aku pun fokus satu je skang.. aku rasa mmg kene gitu la.. Advertlets ngan Nuffnang mmg ade alah dgn masing2.. xleh letak sekali, nnt diaorg jd lain macam.. ha ha
Mixterr - kasi diaorg pelan2 kayuh, mesti boleh nnt.. he he