Aku, kanggaru & Putrajaya
- 49
- Add a Comment

Alhamdulillah. Keluarga aku telah selamat berpindah ke tempat baru, Kota Kemuning, Shah Alam. Takdir menyusun segala kebetulan, Omar Bahrin juga duduk di’kawasan yang sama. Malang’nya aku tak sempat untuk berjumpa meneguk teh tarik bersama berdua dek kerana masa lapang aku yang singkat.
Subuh tadi, aku bergegas ke KLIA dari rumah untuk bertemu Emy, rakan Friendster yang kebetulan sekampung dengan aku, untuk berjumpa buat pertama kali’nya plus mengambil sedikit buah tangan yang di’bawa dari negara penuh kanggaru itu. Tetapi, bukan kanggaru’lah yang di’bawa pulang. Aku mahu satu, tetapi kastam tak benarkan. Hairan aku.

Perjalanan pulang dari KLIA aku penuh dengan siulan riang kerana aku sudah ada sedikit dana untuk menyambung hidup di’kampus buat beberapa minggu. Rezeki Tuhan tidak pernah putus ‘kan? Jam di’dashboard kereta baru menunjukkan jam 8.45 pagi, dan aku ambil keputusan drastik untuk ke Putrajaya. Alang-alang berjalan kat tempat baru ye tak?

Apa lagi yang aku boleh lakukan jika sudah bersama kamera kecil’ku ini, beratus-ratus gambar aku ambil yang menjadikan aktiviti pagi aku di’situ tidak ubah seperti aktiviti riadah. Aku berpeluh, kekejangan otot, dehidrasi dek kerana banyak berjalan. Gila besar Putrajaya ni. Aku rasa, aku baru jalan kurang 10% dari seluruh kawasan Putrajaya. Nak tahu, bas kat Putrajaya pakai gas asli beb!




Sekarang aku sudah berada di’kampus. Sedang keletihan kerana aku rasa seperti seharian aku berjalan tanpa henti. Trip terakhir adalah menemani Eka ke Parit Buntar mencari barangan keperluan harian. Heh! Mari tidur dan mimpikan yang indah-indah. Entri ini adalah sebuah lagi entri tidak bermaklumat & syok sendiri.

49 Comments
Hafiz Faisal
November 26th, 2007
at 12:04am
mael,
mak ko bagik dana guna duit “saidina” ke? siannye
Mohd Ismail
November 26th, 2007
at 12:23am
Hafiz Faisal,
ha ha..itu duit bkan saidina punya..australian dollar punya ;p dan bukan mak aku yang bagi..
Qaiyum
November 26th, 2007
at 12:29am
Uuoooii.. Turun Sini Tadak Kasi Tauka? Huhuhu..
Hafiz Faisal
November 26th, 2007
at 12:32am
erkk..!!
kantoi la plak..hehe
Mohd Ismail
November 26th, 2007
at 12:54am
sini mana Qai? he he.. kalo Kajang mmg aku tak jejak lg pun.. ko nak belanja aku makan eh?;p
zaki
November 26th, 2007
at 1:01am
Patut la lama ko takde….pindah rumah campur bersukan ngan kamera….
Orang sibuk buka blog ko tiap2 hari cari entri baru…anyway…lawa juga gambar2 yang ko amik tu…
Duit Ausie tu pun macam tak real…tapi maybe camtu la hakikatnya….
omarbahrin
November 26th, 2007
at 3:04am
ya…tidak berkesempatan meneguk teh tarik bersama…wakakaka… nx time aa ek..bukn jauh dah pun…
lenkali kita shootout bersama k..wakakak…lawa gamba seh…jeles aku..
awqi_zar
November 26th, 2007
at 9:06am
salam bro,
syok sendiri?tak la,ok ape post nie..terlayan jap tengok gambo yang ko amik..ak sukakan gambo bunge backgroaund masjid putrajaya tue dengan sebelumnya..heee..
aisey,tak turun kajang ker?bangi?haha..dah dkat dah bro..boleh tengok ko secara live..haha..ok la,adios..wassalam..
bali
November 26th, 2007
at 11:03am
haa turun Kajang jumpa aku yer.
zaki
November 26th, 2007
at 11:10am
Tapi, memang terserlah bakat2 si mohd ismail dot com dalam sesi fotografi
azraai
November 26th, 2007
at 11:19am
kota kemuning dah dekat dah dgn aku tu.
Mohd Ismail
November 26th, 2007
at 11:51am
owh ye? ko duk belah mana Azraai? :)
Mohd Ismail
November 26th, 2007
at 11:52am
okeh.. then aku nak mintak ko belanja satay Kajang sekilo! ha ha
Mohd Ismail
November 26th, 2007
at 11:53am
heheh.. terasa macam selebriti la plak bila ada org nak jumpa secara live.. ha ha ;p *gila perasan*
Mohd Ismail
November 26th, 2007
at 11:55am
shootout sama leh.. bawak lens ko sekali.. itu hari masa kat Putrajaya, banyak scene aku miss sebab keupayaan kamera yang terhad.. ;p
*aku nampak orang berpacaran atas bot tasik Putrajaya.. seronok kalo ade zoom lens.. ha ha*
dr.xero
November 26th, 2007
at 12:22pm
turun kajang/bangi aku mahu join juga!!! haha..
mahu ketemu pak mael dan lenlain juga..!!
mrozaidi
November 26th, 2007
at 12:36pm
Kalau dah datang, kasi tau kat Qai, dia kan datang jumpa, dan bawa jalan² kat mana² ko yang nak pegi.Area kat sebelah sini² je kot..kan Qoi?…Hehe..Tetamu akan dilayan sebaiknya..
beckzaidan
November 26th, 2007
at 2:01pm
aku kena banned ke kat sini?
Mohd Ismail
November 26th, 2007
at 2:17pm
nape Beck? kalo komen ko tak kuar, kat dalam Admin pun xde komen ko.. heh..
hafifi
November 26th, 2007
at 3:14pm
ko nak ke kanggaru 2?kita seludup nak…haha
senyuman
November 26th, 2007
at 4:15pm
mail,
cantek gile shot2 ko..senang gile ko adapt dgn kamer baru ko..semat gile,aku pn xpandai wat sesharp tu..ape lg dah grad nanti part time wedding n profesional photographer la ko..portfolio: blog ko ni..hahahah..
nanti ade demonstrasi lagi ko leh amek, sebagai wartawan tak bertauliah..hahaha
chot
November 26th, 2007
at 5:13pm
ko dah pindah kat kota kemuning ye…dah dekat kat umah mak aku kat pandamaran klang la tu…hehe
Wizurai
November 26th, 2007
at 6:43pm
Putrajaya oh Putrajaya…
dulu masa di UKM, senang la nak turun sana…
draxter
November 26th, 2007
at 7:36pm
Ingat duit mana lah tadi, tak ada penerangan. Duit kita nanti stail camtu ke = RM50.
Mohd Ismail
November 26th, 2007
at 7:45pm
duit RM5 kita dah style plastik gitu kan? tapi aussie ni punya nipis lg rasa aku.. he he
hafifi
November 26th, 2007
at 10:02pm
smart gak wang kertas tu..aku sk ngan color die..
hafifi
November 26th, 2007
at 10:07pm
mail, klu aku nak bli kamera. Kamera mcm mn yg bagus2 ye?aku cetek ilmu bab teknologi nih..bajet dalam rm800 gitu..
WaWa
November 26th, 2007
at 10:24pm
aku suka duit OZ. cun. duit UK aku suka juga. pasal nilai tinggi. haha.
etomyam
November 27th, 2007
at 1:15am
I luv the way you snap your pics….what a pro work here. cheers
Nazirah
November 27th, 2007
at 1:31am
oh gosh… i really miss my australian money. i have none right now. suma dah aku tukarkan dgn duit malaysia time aku sengkek dulu. skung baru nak menyesal…
Mohd Ismail
November 27th, 2007
at 1:41am
ermm.. aku rasa ko try usyar kat Forum Lowyat bahagian Kamera.. :) sebab byk kamera jatuh dalam budget RM800.. tapi kalo betul2 minat, simpan sikit lagi, boleh angkat dSLR.. lebih kool!
Mohd Ismail
November 27th, 2007
at 1:42am
duit UK aku ta’pernah pegang lagi, bawak balik sikit tuk aku nnt.. he he
Mohd Ismail
November 27th, 2007
at 1:43am
aku sgt jauh dr perkataan ‘pro’ itu.. senjata pun ala-kadar je.. he he..
*tapi sumpah aku mmg suka kalo ada org suka gambar aku amik.. ha ha*
Mohd Ismail
November 27th, 2007
at 1:44am
aku tukarkan semua’nya tanpa tinggal sekeping pun.. kerana aku mmg sengkek.. ha ha.. duit boleh carik, seksa tiada duit tak sanggup aku tahan..
zaki
November 27th, 2007
at 1:50am
ha ha…aku bersepah2 duit pound sterlings….besar memang besar…nilai dia la…
tapi dulu….skang nie main US dollar pulak la…
Qaiyum
November 27th, 2007
at 4:16am
Azraai Ko Bukan Dok Ampang Ke? Dekat Pebendenye Ngan Shah Alam. Aku Kan Antar Ko Pulang Time Balek Dari Rumpun Itu Hari. Haha..
Noorizam Shah
November 27th, 2007
at 11:06am
semakin bagus dikau mengambil gambar yer mael..
dah pindah? kira dekat la tu.. boleh kena tongkat ali.. haha
beckzaidan
November 27th, 2007
at 11:12am
aku nak jual sistem aku, sapa nak, sila offer. aku siap kasik training lagi. ahahhaa!!!
Mohd Ismail
November 27th, 2007
at 11:45am
Beck nak angkat 40D oi.. ha haha.. *hutang boleh Beck?*
beckzaidan
November 27th, 2007
at 12:00pm
kalau hutang, camno aku nak buat duit benih angkat sistem baru? ahahha. 40D? taknak le. aku bukan shoot wedding atau product atau studio pun… aku ni, eksperimentalis je…
shutterspeaks
November 27th, 2007
at 2:34pm
duit tuh cukup nak angkat lens baru tuh… angkatlah f2.8 satu baii
hafifi
November 27th, 2007
at 4:27pm
dSLR?ape ke bende tu mael?
am
November 27th, 2007
at 11:57pm
mael… hang cakap putrajaya bas pakai gas asli… hang ada perasan tak tak putrajaya takde workshop… merasa kalau keta hang rosak kena pi sepang, kajang, bangi… tu lah yang terdekat…
awqi_zar
November 28th, 2007
at 2:05pm
hehe..tak ape la mael..anggap jek la diri ko famous..muahaha..
oDiN
November 28th, 2007
at 2:34pm
Eyy ..
salam bro ..
aku keje kt kota kemuning ..
saje nk bagi tau ..
:P
dkt dgn anggerik eria ..
mixterr
November 28th, 2007
at 11:48pm
$420 aus. bak bagi aku!! hahahah
azie
November 29th, 2007
at 10:14am
wow…u nyer gambar cukup clear n very bright…is it bcos of the camera or the person capturing it??
hehe
duez
November 29th, 2007
at 12:47pm
camera jugak memainkan peranan untuk mendapat gambar yang cantik.Tapi yang lebih utama dari itu adalah orang dibelakang camera.
catzer
November 29th, 2007
at 8:03pm
ooo..mael..moh kita minum teh tarik bersama-sama. aku keje kat opis kakak aku sekitar alam megah. Yes, dok di shah alam mmg indah :p