Aku kembali dengan penjelasan, yeah!


Hi! Nama saya Mohd Ismail, dan saya telah kembali bersama blog saya yang hilang untuk 48 jam. Kepada yang rindu’kan aku dan blog ini, dan sering menyebut nama aku sehingga aku hampir tercekik malam tadi ketika makan, sekarang aku sudah kembali seperti biasa. Aku sendiri rindu blog aku, 48 jam sebelum ini masuk dengan laman parked domain yang tidak kool. Berapa dah empunya parked domain tu dapat entah. Keyword bukan calang-calang dia taruk. Damn!

Mohd Ismail, apa sudah jadi?

Senang cerita, aku terlupa yang domain+hosting aku habis bulan ni. Langsung aku lupa. Dan, untuk menambahkan lagi rencah lupa aku, e-mail yang aku gunakan masa mendaftar hosting ni dulu, sudah tidak aku gunakan sekarang. Maka’nya, reminder tentang hosting aku tidak aku terima. Petang Jumaat lalu, ketika aku sedang enak menikmati burger tinggi kolestrol McDonalds, bos hosting company tersebut hubungi aku mengatakan hosting aku sudah tamat tempoh. Itu kejadian pertama aku hampir tercekik kerana hosting telah tamat. Yang kedua malam tadi, ketika menikmati Ruski, sudah’lah pedas, tersedak pula.

Pulang sahaja dari menonton Alien vs Predator 2, aku terus transfer sejumlah wang untuk memperbaharui domain+hosting aku. Beberapa jam selepas itu, aku menerima pengesahan yang semuanya telah di’perbaharui & perlu menunggu beberapa jam untuk resolve DNS. Beberapa jam itu membawa hampir ke 48 jam. Dan, sekarang aku kembali.


AVP2, seronok? Macam tahi je filem. Aku sudah usulkan untuk menonton Kala Malam Bulan Mengambang, tetapi rakan-rakan’ku tetap mahu menonton AVP2 untuk menjaga status tidak menonton filem Melayu di’panggung, Hambik kau! Jalan cerita yang entah apa-apa di’tambah dengan scene heroin mati dengan tragis. Scene di’kolam renang, heroin memakai bra & panties berlainan warna, wtf! Director filem AVP2 tak sekolah mungkin. Kesimpulan’nya, jangan tonton AVP2 melainkan kau sudah tiada pilihan lain dan kau sukakan watak alien & predator yang hodoh belaka. Air liur pun meleleh habis.

Terima kasih kepada semua yang memberitahu menerusi e-mail, YM! & SMS. Ada juga yang call aku.  Terima kasih banyak-banyak aku ucapkan dan mulai sekarang, semua boleh terus menikmati lazat’nya sebuah blog bukan stereotipikal. Oh ye, luahkan kata-kata rindu’mu di’ruangan komentar ya? Ha ha.

Popularity: 12% [?]

There Are 62 Responses So Far. »

  1. owh, kurang traffic ke blog aku selama 48 jam yg lepas…

    lama jugak ye nak resolve bila domain dah expired… makan masa 48 jam… solution, baik jangan biarkan domain expired terlebih dulu… mana tahan nak kena tunggu sampai 48 jam…

    aku kira ko patut jugak ambik iktibar dari kes Advertlets tempoh hari…

  2. oh kurang eh? he he.. xpe.. insyaAllah lepas ni xde down2 da..

    *mari2, siapa mahu trafik..*

  3. Ramai saspek ko ada hubungan rapat dengan Josh Lim, adakah kau kakitangan Advertlets? Hahaha

  4. ha ha ha.. Rjuna kalo ke’sini, ade je la dia.. aku bukan kakitangan mana2 syarikat.. Josh Lim tu aku rasa mmg rapat dgn publisher.. rajin2 la korang berhubung dgn dia :)

  5. Betul2 aku setuju. AvP cam syial! Walaupun aku dibelanja orang, lagi baik kalau die kasi duit tuk topup. Xde mende yang aku suke dlm cite tuh. Kalaulah xdisebabkan org lain sume dh tgk national treasure, aku je gagah sorg2 yg belum, sure aku xrase nyesal cmni. Diorg lain la, kaki wayang. aku tidak.

    akhir kate, baik download je wei.

  6. Wah..Sama²lah kira beri sokongan cerita tempatan..

  7. Hai..Mael..Ko Pakai Syarikat mana..domain & hosting ko tu..

  8. welcome back!

  9. ko naseb baik la x kuar duit.. aku lebur la jugak.. dgn popcorn’nya.. dengan makan2nya.. cis betul la alien ni!

    *ha ha.. hidup ehemm*torrent*ehemm!

  10. ermm.. sepatutnya begitu.. tp kawan2 aku la, nak sgt tgk alien vs predator.. ha ha

    *dorang kata, kala malam bulan mengambang best..*

  11. yeah! u jangan tiru tau apa yang i buat ni.. ha ha sian blog u..

  12. hosting rahsia.. bukan exabytes la pastinya ;p he he

  13. Mael.. I miss U… (echo)

  14. i miss you too.. too.. tooo.. too..

    *lama x nampak ko kat sini, sibuk dengan gadis2 ye?*

  15. ako dah ade awek baru lah mael…
    gadis nie susah sikit nak handel…
    al-maklumatlah… bukan bidang ako…

  16. ha ha.. siapa expert bidang Kaji Hayat & Keseimbangan Psikologi Wanita, hubungi Rasso.. ha ha

  17. akhirnya…kembali juga ko mael…2 hari ko choti eh…huhuhu :D…welkam bek brade…

  18. Kau ikut jejak langkah Advertlets ke?

  19. terima kasih atas promosi itu…
    ekekeke….

  20. saya x tgk lagi tp sape yg dah tgk mesti ckp x best…

  21. Hak3. Tu la kau. Orang dah kata suh update info kat cpanel. Degil! Ketegaq! Tak nak dengar cakap orang! Hamek!

    Btw kan aku dah cakap cite tu tak best. Hamek! Lagi sekali… Kui3. :P

  22. Aaa..Tu La..Aku Pun Nak Ajak Qaiyum pi tgk Cite tu..

  23. HAHA..tu la ko mail,xdgr ckp ak.ak da ckp xsedap ko nk nengok jugak, baik la ko tgk ‘Kala Malam Sudah Mengambang’,lagi bagus dari cte ni.Lawak oo.Soh baca review kat blog ak dlu pon xmo,kan da nyesal.:)ak ni kaki wayang.caya la kat ak.

    p/s: mahal kan tiket kat GSC sunway carnival mall.damn! xmo gi dah pahni.mega cineplex lg CEDAP dan MURAH! :)

  24. Tula.. Ko Ngan Josh Lim Ni Same Jek Aku Raser.. Haha.. Ingatlah Wahai Tuan Empunya Hosting Yang Lain Agar Pastikan Hosting Anda Tidak Melebihi Tempoh Expired Kerana Barang Expired Sentiasa Dibuang. Ewah!

    Aku Pun Tidak Dapat Untuk Optimistik Dengan AVP2 Kerna Sentiasa Keliru Mana Satu Alien Mana Satu Predator Biler Diorang Bertarung..

  25. ini betul2 terjadi ke? aku ingatkan ko perli josh lim jekkk…

  26. lambat jugak aku nk faham ape ko tulis kt gambar tu. I am back rupanye haha.

  27. betul tuh. nampak cam adek beradek main cakar2. dah la muke same, bunyik pun same. sepbek yg sorg tuh xmeleleh.

  28. dah macam sedara advertlets la ko mael.. hehehe

  29. ala standard ar, domain renew sethun sekali.. mane nak ingat nye.. dah bnyak bende lain g. ahaks. AVP?? memng tak best sape tgok mmng ah, cite holywood paling tak best .best lagi cite bolywood..

  30. huh, seb baik tak tengok lagi.. baru sahaja berkira2 mahu menonton AVP2.huhu~

  31. hai mael! lama sungguh aku tak mengomen di sini…
    saja menyepi jadi ’silent reader’ ;)

    itula, aku bukak mohdismail.net tiba2 dah luput la pulak~
    huhu aku pon tak renew lagi hosting+domain~

  32. welcome back bro..i panic hari tu tau! lain kali jgn buat lagi mcm tu….

  33. ala.. waa.. syia baru plan nak tengok.. ish..ish same la erk.. syia pun kalau ajak tengok cite melayu dekat wayang mesti pikir byk2 kali dulu.. x tahu la kenape dalam diri still ada diskriminasi terhadap filem melayu..

  34. Hari tu aku tanya Josh Lim. Hari ini aku tanya kau pula…

    Apa yang akan dilakukan oleh Mael, bagi mengubat hati audien-audien yang kuchiwa?

    Aajjajajajaj

  35. pastinya demam domain expired telah menular dalam komuniti blogger
    oh tidak!

  36. aku ingat ko dah nak berhenti menulis mael..hehe

  37. Tu Ah.. Kecewa Nie.. Huuu..

  38. Mana Mungkin…

  39. ehehe setuju gile dengan komentar berkenaan AVP2. Malangnye aku kene tengok movie tu, bukan sebab takde movie lain– tapi mengenangkan buah hati yang gemarkan senapang, missile dan segala macam jenis gadget kaboom kaboom kebabo (yang baginya adalah mempertahankan diri, bukan membunuh)

    Bayangkanlah aku yang berbaju kurung tu, duduk menonton same. gile~ gile~

  40. apa yang terjadi, aku dah laluinya dulu mael.. ohoho..

    sentiasa update status hosting / domain.. :D

  41. ha ha ha.. len kali ajak dia tgk filem romantik ye aqmaal? ha ha..

    *lelaki, mmg egonya mahu tgk senapang sama missile, tp mereka lebih seronok menonton filem penuh cheerleader.. percayalah..*

  42. ye Noorizam.. akan aku ingat selalu ;p

    *padahal expired setahun lagi, konfem lupa punya nnt.. ha ha*

  43. menulis skang ni dah jadi seperti makan dlm hidup aku.. rutin yang perlu aku buat ;p he he..

    *mana boleh berhenti, hilang la populariti aku.. ha ha ha*

    gurau je ni oi..

  44. he he.. kene buang pelan2 tu Syia.. siapa lagi nak support filem kita kalau bukan rakyat Malaysia sendiri.. dah la filem kita ni standard tak kemana.. ha a ha ha..

    *membantu dalam mengutuk..*

  45. aku pun stuju bila ko sebut pasal alien vs predator tu,. tah apa2 dgn babak last nyer gi bom..habis semua..hampeh…then nampak mcm ada lagi sambungan…huhuhuu
    saper lagi mau tgk sambung avp????

  46. Mmmm terkejut gak bila takleh bukak blog ko itu hari…sampai kena telefon…utk dpt kepastian….ingatkan advertlet buat hal kat blog ko lagi…

    by the way, memang tak best sgt ke? yang aku tahu citer tu sadis sgt!!! nanti la aku tgkk…

  47. eh…ko tak tau ke…Mael ada saham dlm advertlets…

    ops…did i say too much?

  48. oh mael, adakah ini satu cara ko memperli advertlets… hieihie…

  49. mael..aku sukekan gimik yg kau buat secara tak sengaja tu..thn depan buat lagi yer. :p

  50. wakaka,,ni rupanya encik mohd ismail yg glamour tu,,
    salam bro~
    lepak sini ek!

  51. hahaha bro, kalo bro tak renew selama 2 bulan rasanya visitor still tak lari kot :P

  52. huhu… mmg da trend kot…blog2 atau website2 popular akan mengalamai masalah domain expired kot…wakakak…ari tu advertlets…pastu ismail.com…

    kita kena ikut gak ke?miahahah…xpyh kot..xpopular pon…wakakaka

  53. hahah …laki mane tamo tgk filem yg penuh ngn cheerleader…g*y hape…miahahah…

    “Save the cheerleader, save the world” peter petreli.

  54. aku igtkan ade org mengembek…wakakaka…

  55. erk…kantoi aa mail camneh…wakakaka

  56. Ini jawapan mail utk entri yg aku tulis :-

    Sumber : http://vangardx.net/blog/jangan-masuk-ke-blog-mohd-ismail-dot-com/

    1. Ngeh3.Parked domain tidak berapa menyelerakan buat aku.
    2. Ha ha. Tidur banyak punya pasal kot, e-mail pun lupa check. Ha ha
    3. Linkback? Aku takde niat, tp dah dapat satu kat sini. Thanks! ;p

  57. Mael sib baik ko bukan host sykt iklan wakaka. Klu tak jadi cam advertlets.

    Well, harapan semoga ko terus dapat menulis seperti sebelumnya!

  58. sikit lagi aku delete fav blog ni dekat technorati aku.
    ekekek. welkembek~

  59. mael famous ek? ramai je mael. tapi nape mael ini yang blh famous?

  60. Ko ni rajin betul tuka theme. poning eden.

    AVP2 tak best. buang duit je aku tgk.

  61. ha ha.. glamor ke aku weh?ha ha ha.. *malu org kampung aku dgr*

  62. betul2.. semua, jangan tgk avp2, duit tu kumpul ramai2 belikan aku Macbook Air satu.. ha ha

    *kerajinan aku tuka theme tanda dedikasi aku kepada bidang menulis blog.. ha ha*