Aku, perjalanan penuh sejarah & sesuatu

rumpun-ppl-sml.jpg

Suatu petang di’tengah-tengah kesibukan metropolitan Kuala Lumpur, aku berdiri di’hadapan puluhan manusia yang selama ini aku kenal hanya melalui papan kekunci & tetikus. “Assalamualaikum & selamat petang, nama saya Mohd Ismail…” dan di’sambut ringkas oleh Josh Lim,”yeah, Mohd Ismail dari Mohd Ismail dot Com!”. Tepukan dan sinar lensa kamera dari segenap sudut mula bertebaran di Pelita Nasi Kandar, Jalam Ampang tempat berlangsung’nya acara bersejarah, Rumpun 2007.

Beberapa jam sebelum itu…

Di Yahoo Messenger!, Beck menegur aku,”dude, ko tak gerak lagi ke?” dan aku bilangkan bas aku akan bergerak jam 11.30 pagi. Omar juga bertanyakan perkara yang sama & kedua’nya seperti tidak percaya dengan tindakan nekad aku membeli tiket jam 11.30 pagi waktu Malaysia untuk ke Rumpun 2007 yang akan berlangsung jam 5.00 petang. Malam tadi, aku masih ada satu mesyuarat kumpulan yang perlu aku hadiri. Mencari tiket jam 9.00 pagi, semua’nya sudah penuh. Maka, mahu tak mahu, aku perlu bertolak jam 11.30 pagi.

Bas aku datang tepat pada waktu’nya, aku lega hati. Tetapi, tidak berpanjangan kerana baru setengah jam perjalanan, lebih kurang jam 12.00 tengahari, bas berhenti rehat selama 30 minit di Kawasan Rehat Bukit Gantang. Damn! Aku sudah lari 30 minit dari perancangan asal. Aku masih kool & mengconsider bahawa 30 minit ini akan di’cover dengan kepantasan aku menapak sekitar KL nanti. Dan, bas pun meluncur laju.

2.30 petang. Sekali lagi, bas berhenti 30 minit di Kawasan Rehat Tapah. Aku sudah mula gelisah. Ini secara tidak langsung menjadikan masa aku selama 60 minit terbuang di kawasan rehat. Dalam masa-masa begini, bukan rehat yang aku cari. Pemandu bas ini cuak mungkin dengan lambakan kes bas terbalik & terbabas, maka dia perlukan rehat yang lebih walaupun perjalanan siang hari & ke Kuala Lumpur je pun. 60 minit beb. Aku dah urut dada.

Selepas berhenti di’Tapah, bas lebih laju dari sebelum ini. Ini sudah bagus, getus hati aku yang dari tadi gelisah. Bodoh rasanya mengambil bas jam 11.30 pagi. Bas tiba beberapa ratus meter dari Restoran Jejantas Sungai Buloh jam 3.16 petang. Aku masih ingat kerana masa itu’lah, bas tidak semena-mena berhenti kerana suhu enjin naik di’atas paras normal. Tali kipas bas putus! Takpe. Aku masih kool walaupun makcik-makcik sebelah aku, dan adik-adik sekolah di’belakang aku sudah sibuk memanggil anak, sepupu, kawan, ayah, ibu, tok, nek semua. Aku masih ada 1 jam 30 minit.

30 minit berlalu. Aku tidak nampak bayang bas ganti ataupun mekanik dari syarikat bas ekspress tersebut tiba. Aku sudah mula SMS Bat, Omar & Qai untuk mereka stand-by di’sana. Bat perlu menggantikan aku untuk opening Rumpun 2007 jika aku tidak tiba pada masa’nya. Omar sudah sampai waktu itu & bertanyakan aku apa harus dia lakukan. Aku SMS, aku call, aku balas SMS, aku terima call, aku termiss call orang lain, makcik sebelah tengok aku sudah lain macam.

Tidak berapa lama selepas itu, mekanik datang menggantikan tali kipas. 5 minit. Kipas berganti tali & bas pun mula bergerak. Aku terima panggilan dari nombor tidak aku kenali, aku bukan rockstar seperti NizamNuri, maka aku angkat. “Hello, your bus break down eh?”. Aku mengiyakan dan bertanyakan siapa ni kerana aku jarang menerima panggilan dari Chinese luar selain Josh Lim. “I’m Simon from Advertlets, Josh Lim tell me to ask you if you want us to pick you up, Zaki said that your bus is break down somewhere in Sungai Buloh”. Bas aku sedang bergerak dengan molek dan tanpa ragu-ragu aku kata’kan,”It’s ok, I think this bus can make it before 5″.

Senyum aku tidak lama, bas tersebut masuk ke Restoran Jejantas Sungai Buloh untuk kesekian kali’nya. Overheat! Enjin bas sudah terlampau panas. Aku pandang luar, aku pandang pemandu bas, aku pandang makcik sebelah aku, aku pandang skrin telefon bimbit. Aku perlu meminta pertolongan Simon kali ini. Aku harap dia masih bisa untuk ke’sini. “Hello Simon, my bus is down again, sorry, but can you come here and pick me up?”. Sementara menunggu Simon, aku ke’tandas membersihkan muka & kemudian’nya ke surau untuk bersolat. Aku tahu aku punya banyak masa kerana Simon berada berhampiran KLCC ketika aku call tadi. Aku tahu KLCC bukan berada dalam Sungai Buloh.

Simon & Wilson tiba dan aku di’bawa terus ke Pelita Nasi Kandar. Sepanjang perjalanan, aku SMS Bat bertanyakan soal majlis, Aku minta di’mulakan sahaja kerana kesuntukan masa. Aku tak tahu apa aku fikirkan waktu itu, aku sudah lambat. Aku sudah lambat. Simon park kereta di’seberang jalan, dan kami menaiki jejantas ke’seberang sana. Sampai di’Pelita, aku luncurkan ke’tingkat atas dan aku lihat sudah ramai yang ada. Dan, mereka sedang menanti untuk makan. Aku letakkan beg galas aku di’hujung sana dan aku berdiri menarik nafas lega bercampur baur dengan sifat malu yang menebal kerana lambat.

Di’tengah-tengah kesibukan metropolitan Kuala Lumpur, aku berdiri di’hadapan puluhan manusia yang selama ini aku kenal hanya melalui papan kekunci & tetikus. “Assalamualaikum & selamat petang, nama saya Mohd Ismail…” dan di’sambut ringkas oleh Josh Lim,”yeah, Mohd Ismail dari Mohd Ismail dot Com!”. Tepukan dan sinar lensa kamera dari segenap sudut mula bertebaran di Pelita Nasi Kandar, Jalam Ampang tempat berlangsung’nya acara bersejarah, Rumpun 2007.

bersambung….

*foto di’atas di’ambil dari weblog rasmi Advertlets, foto aku? Nantikan bahagian kedua entri ini, aku perlu tidur. Esok saja…

75 Comments

yup…nasi kandar satu bleh?

big boss selalunya masuk lambat sikit… hehehe…

nak tgk gambar lain lagi…

hoho. sungguh seronok! tahun depan mesti buat lagi!

makk aiii ramainyer!!! adeh.. sorry la xdpt join..

mael, dimanakah kau dalam gambar itu. bat mendominasi barisan hadapan ekeke..

wawa, diamanakah dikau, ku tunggu2 tak kunjung tiba miahahaha…

rugi plak x pg…xpe2..lepas ni buat lagi yee..wei mail..happymediapeople xder t-shirt ke?

wah…macam best dan meriah je….next time kena buat kat selatan….he he
aku tak nampak mael la dalam tu….mesti dia sorok…

Ye, tahniah, sori tak dapat meriahkan suasanau di situ

budak laki byk muka jambu sial… ahahhaha

Haha Wajahmu bukan rahsia lagi Mael, pandai ko promote website hehe

begitu rupernyer citer die…aku ingat u all sume dr kawasan2 KL…tk sngka en mohdismail nie dari penang erk?..tk gitu?

akhirnya dpt jugak aku ketemu gambar mohdismail di blog lain.. eh azraai pun mcm ade je kat c2..

alahai arip..x turun ke?mael tu sanggup turun dari jauh..hehe

alahai..rmai ler plak nk jd ko mael…
nk tgk mael…xnk yg mael yg rmai2 tu…
mael..cpat ler bgun,ari dh tghari ni..
heheheee

mane gambor aku..? sedih ar camnie… :(

kalo aku takde kelas semalam, pasti aku dah ade kat situ.. sedey plak rasa tak dpt join….

wo0t! VVIP gell ko mael~

macam saje je nak test ko, time2 ade hal penting la bus suka buat hal..dah banyak kali aku kene tau!
kalau aku mesti dah tarik2 rambut tekanan perasaan!

anihoooo, aku sangat jeles dengan anda2 semua yang pergi Rumpun’07!!
:(

im sick and still is, tiket juga tiada

apa ni, kata ada acara lari bawak telur dlm sudu, takde pun…

Heh. Biasela.. Acara Pioneer Ni Besela Kacau Bilau Sket. Relek Mael. Taun Depan Rancang Lagi. Aku Pun Sampai Tesesat² Cari KLCC. Hahahah..

hye mail…sory ler aku balik awl semlm..kekekek aper2 hal semlm mmg meriah lah…thanks..ader mse lawat blog aku plak..beri aku tunjuk ajar..

mael nih kena la buat grand entrance :P hehe! ciannye bus rosak

Wah gamat suasana nampak tu.
Tahun depan harapnye dapat lah joi.

Aisey..ada awek cun la..rugi betul tak dapat join..akakaka…

salam.

everybody thought my fren named fahmi is fahmishah. i wonder how famous are u ;) neway, selamat berkenalan!

.salam..meriah aku tgk event tu.insyallah klu tak der apa hal aku turun next RUMPUN08…anyways congrat to semua..

salam.

my first time knowing there is another malay blogger group instead of GeJu. nice to see all of you [though not knowing all :) ]

HPM ada ruang forum tak? payah nak berkenalan secara langsung jika terpaksa melawat semua bloggers yang terlibat. well, everybody can blog ;)

silalah ke blog saya. just a humble one. but i hope we can exchange ideas.

tq advertlets n rumpun2007! pasni boleh jemput lagi :)

Argh!! Aku dengki x leh gii!!! Aaaaaa…

semuanya berjalan dengan kool. ;)

ha ha.. big boss adalah Josh Lim.. malu aku dgn dia bila aku datang lambat.. he he

sila beli tiket balik ye wawa.. tahun depan ko harus ada.. ;p

wei pemalas. mail bleh datang dari penang pkl 11 pagi. ko dari jb pun tak leh ker.

xpe.. nnt kalo ade lg, ko kene datang.. he he

t-shirt happypeople media? he he.. ade kot nanti.. kalo kami dah tak busy dan ada masa nak arrange mende ni.. akan ada.. tunggu la..

*mungkin.. mungkin

kalo ko ade situ Beck, mmg dak2 ni takkan boleh lawan ke’jambu’an ko… ha ha

*lawak je ni oi

mm…aku terlmabat lagi membuat imbasan rumpun 07…ini kerna maxis broadband yg down satu malaysia sejak mlm td…hahah..skrg da oke..

ya mail..aku gembira rumpun 07 berjaya..walaupun beberapa perkara cuba menghalang..dan aku harap lainkali lebih ramai lagi blogger malay memainkan peranan untuk sama2 menjayakan (dr segi tenaga dan sokongan) … dan jgn segan kerana anda melayu..berbangga …tunjukkan blogger malaya itu mantap..

yaa… mantapkan diri anda dengan jayanya…

adesh… gambo saya takder laaa. mana gambo saya???? menyorok kat mana???

salam… selamat malam buat semua, aku balik2 tuh terus buat post simple!! RUmpun 07 mmg great!!

sorry mohd sebab ko dgn aweks sorang tuh panggil aku kat tangga masa turun… time limitless sebab malam tuh aku ader kenduri…

igt nak balik senyap2 ader plak orang perasan.. ades!!

ape pun all the best untuk semua yang hadir masa RUMPUN’ 07

arr..ggghhh..saya xdapat datang..kenapa????berapa orang kehadiran…adakah terjejas tanpa kehadiran saya..huhu(ayat macam bintang filem)

ha ha.. aku xde kamera pada hari tersebut.. maka aku tak sempat nak amik gambar sape2

baek. tahun depan sila plan awal sket, bole aku plan bile nak balik. hoho.

erm.. aku.. di sini. hehe. tgk la tahun depan, sapa tau, aku akn muncul. :p

rumpun 2008 nanti aku turun la.. hehe

aduh,kerana terlalu gembira semlm aku tertido lena tanpa post yg menarik. Mael thn dpn rumpun 2008 jgn abaikan aku.Kita mahu bikin rumpun 2008 lebih panas dr thn ini (walaupun musim hujan)..hehehe

seronok sbb dpt kenal ramai blogger even tak dpt berborak dgn semua org. Sedikit gabra bile hanya aku, omar dan norizam yg terawal muncul.Kau mael lain kali jgnlah bikin jantung aku jatuh…(tempahlah tiket awal2)

bob aku carik gak ko..tp xjumpe la

kalau bawak projector pasnih lagi mantap.. baru leh jadik steve jobs.. papepun syabas inspektor sahab. aku nak tunjuk kehebatan ‘freya’ aku.. hoho

bawak jgn tak bawak..kalau nak bleh buat dari pagi sampai mlm..biar semua bergegar badan ketagih tenet seharian tak dpt..hahaha..aku mahu lihat jika rumpun seharian tanpa dibenarkan mempunyai connection internet.

Bagus bagus, lain kali buat lagi.. kesian ko mael bus rosak.. takpe takpe.. kami semua berbangga kejayaan ko menjayakan rumpun ini..

salam,,,bro ada masa datangla ke blog aku..,huuhuhuh….

dalam gambar di atas, 2 je yg aku kenal.. bat ngan joshlim .. kakakaa

yg lain buat2 cam kenal je ar…. leh?

sorry mael x dapat hadir padahal nama aku ade dalam senarai teratas ko…

aku ada hal pada hari tersebut.. jumpa paklah bagi mewakili Limkokwing University di Pesta bunga dan taman (floria) di Putrajaya…

Rumpun 2008 ko mesti anjurkan lagi.. aku akan hadir!! insyaAllah…

Huhu.. Mael Bz Ker? Mana Sambungan Entri? Hihi.. Kami Mahu Entri.. Kami Mahu Entri..

err.. anda ahli GeJu? yay! saya juga. hehe. sejak tahun 2002. tp x penahnya dtg mana2 aktvt atau gath. ahli2 lama ade kot yg still kenal sy. haha. (bajet femes)

tapi HPM tu bukan group mcm GeJu. tu mcm group kwn-kwn saja. hoho.

Nyesal x pergi..Hampess…Xde2…tahun depan wat lagi ar…..Ish…

ahaha, siap ada disclaimer lagi. ahahaha. aku tak jambu la, jambu tu mcm omar. jambu betik. ahaha, ko pun skali la mael. ahhaha

gambar kat flickr chot dah byk dah. gik tgk.

p/s:- ada ke org ckp pasal chot dia ckp “MAMAT KAMERA MAHAL HARI TU” ahahaha… korang takde sesi kenal kenal ke?

Nasib baik laaa kau dapat datang boleh laa MHariz tumpag glamour bergambar dengan kau . Tapi tak up date lagi dalam blog MHariz , nanti lah bila aku free nanti…

Alamak, aku sudah kacau banner advertlets..Hahaha..

Oooo.. ini rupanya mail yg dicari.. Nice 2 c u.. BRAVO!

mmm …aku letih..miahahaha

HPM Adalah Team Orang Yang Gembira :D=

Diasaskan Oleh MohdIsmail Selaku Peneraju Utama. Dan Ada Beberapa Projek Dibawah Kendalian . Seperti & InfoMalaya.com .

Mari Kita Bergembira.

dh cm r ne stu mael..yg t’snyum sengeh tu erkkk.. cm jmbu air lerrr
lalalaaaaa..jgn mare

fuh, gaya penulisan kali nih, macam lain dari yang lain lah… aura yang bersinar-sinar, oh…. anyway, congrates you guys yang dapat merumpun itu hari….

aku terperasan satu pic kat blog org lain..mamat yang pegang laptop tu..

aku pernah ingat kat dia..masa tu aku lepak kat kaunter cc kat masai…sambil membuka blog seorang sahabat…ada sorang laki..nak bayar, then menegur aku tentang blog yang aku bukak tu…tapi aku tidak sempat melayan sangat sebab aku tengah tukar duit..then dia berlalu dengan sebuah satria yang….

adakah itu kau yang aku jumpa .???

yea rupa mael sudah dikenali ramai… memang akan menjadi lebih femes laaa untuk masa depan yang lebih cerah…

hehehe..mael sudah semakin glamer..kau beruntung mael publisiti ini percuma.

ahaha, mael rockstar. jom mail. kita hisap rokok, kat belakang jamban sekolah…

jadah jambu batu. aku tembikai laici ko tau. lawa dan manisssssssss…

kalau aku gik, aku rasa, awek awek di sana akan histeria… ahahhaha!

ha ha ha.. aku rockstar yang bersih dari rokok.. ha ha..*jangan merokok Beck..

ahahaha.. aku termiss jambu betik tu.. patut la omar rileks je claim ko jambu batu…

*omar cakap, bukan aku, aku sokong ko Beck… ha ha

ahaha. asap kepul kepul la rock wei, stylo. pegang cara mcm brad pitt/keanu reeves pegang rokok. perghhhhhhhhh… mantap.

fuuuuuuuuuuuuuu… (asap kepul kepul bentuk dinosaur…)

oh yeahhhhhhhhhhhhh

hohohohoho.. peristiwa bus ini terus terpahat dalam diari blog ku.. :D

Kesian mael banyak dugaan melanda. Tapi bagus jugak, bersih sket dosa2 lama tuh.. ;D

dia kata “A`kum, Nama saya Mohd Ismail ….”
hati aku berkata “Ooh, dia nih la mael, EH?”

Bagus Rumpun07 nih, Kalau nak wat Rumpun08 dan perlukan pertolongan aku, just mail me. Leh gak tolong2 aper yg patut. ;)

Rumpun07 Da Bomb!

uiyo.
bapak ramaiii.
bile rumpun rumpai ke II.

ahahah..rumpun 08 aa…:P..tahun depan aa..