Aku,coklat & Beijing

Cuti datang lagi!Kalau aku kata aku tak sukakan cuti,mesti korang budget aku poyo yang amat.Tapi,serius,cuti bukan sesuatu yang menggembirakan hari aku.Bangun pagi mata terkebil-kebil tak tahu nak buat apa bukan nikmat hidup yang sempurna.Aku lebih suka & teruja bila bangun dengan seribu satu kerja menimbun dan berjam-jam kuliah yang perlu aku pergi.At least,aku ada sesuatu yang aku boleh buat untuk sepanjang hari.Cuti macam ni,rutin aku sudah tak normal.Aku tak suka sesuatu yang lari dari rutin normal aku.

Malam tadi,dekat jam 12,aku mahu keluar.Saja-saja.Mencuba untuk menjadi kutu malam.Seronok.Adik Baini pesan coklat bar.”Mana nak ada kedai bukak sayang oi..”.”seven e ade..he he..”.”baiklah…”.Sudahnya,sejam aku melepak diluar,langsung tak ingat coklat bar tu.Halahai.Balik je.”along,mane coklat?”.”eheh..seven e da tutup la..”.Terus dia naik atas tidur.Esok sekolah.Marah la tu.Lantakkan.Hari ini aku siap-siap beli 2 bar coklat yang dia nak.Nut Break & Black Forest.Tunggu dia balik sekolah je.Ada mulut orang yang nak kene sumbat dengan coklat kejap lagi.

Bangun tidur pagi tadi,dengan tak gosok gigi,dengan rambut serabai semacam,aku bukak tv.Discovery Channel buat coverage tentang warga tua di China yang bersemangat untuk menjadi sukarelawan Olimpik Beijing 2008.Sekarang ni,warga-warga tua itu gigih belajar English sebagai persiapan menyambut jutaan umat manusia dari seluruh dunia nanti.Mereka secara sukarela organise macam-macam aktiviti untuk memperkenalkan Beijing ke mata dunia.Kiranya,selepas warga tua kat sana bersara,mereka masih aktif bekerja.Bukan kerana wang.Bukan kerana nama.Tapi semata-mata kerana semangat.Aku kagum weh.Kita.Masa Komanwel 1998 dulu,warga tua kita buat apa?Yang aku tahu,ada beberapa kerat warga tak berapa tua buat onar bantah penganjuran sukan Komanwel masa tu.Hapa da.

Popularity: 5% [?]

There Are 6 Responses So Far. »

  1. slamat bercuti en mail

  2. aku tak suka cuti…
    ha ha..

  3. memang benar apa yang ko tengok dalam discovery channel tu, diorang warga tua ada satu semangat untuk tolong orang, kalau kita fikir itu satu yang bagus sbb menampakkan diorang cintakan negara, cintakan bangsa.. rasa seronok untuk bagitahu orang tentang negara mereka.

    dah berumur pun boleh bagi manfaat lagi.. orang2 tua kita yang kat rumah orang tua2 tu entah la buat apa.. aku pun takpenah tengok diorang wat apa.. sbb aku tak penah ziarah.

  4. diaorg dah tak larat sebenarnya anas..
    entah..
    tak larat atau xde semangat..
    he he

  5. mael..jom lepak ngan aku..cuti kan? Soalan dr sms ko..aku pilih fahrin(sebenarnya aku terpaksa tanya kawan aku tadi sape fahrin?) Yg sorang lagi tu mcm sotong sikit..hehehe

  6. belia tak memberi semangat agaknya..