Aku’lah Legenda
- 20
- Add a Comment

Aku baru pulang dari menonton I Am Legend yang sedang hangat di’pawagam. Pertama sekali, kepada sesiapa yang belum menonton filem ini, ayuh segera periksa jadual kekosongan hujung minggu kalian & tujulah kemana-mana pawagam atau kedai dvd berhampiran. Buat apa sahaja yang termampu, pastikan kau tonton. Filem ini menerima full recommendation dari Mohd Ismail dot Com.
I Am Legend di’bintangi oleh Will Smith (Robert Neville) yang memang terkenal dengan lakonan yang bersahaja dan berkesan. Filem ini bermula dengan plot yang menunjukkan bandar New York yang telah mati. Semua penduduk di’New York pada tahun 2012 telah mati akibat sejenis virus berbahaya. Tiga tahun sebelum itu, Dr.Kripper mendakwa yang virus yang di’temui beliau adalah virus baik yang telah merawat seramai 10,009 orang pesakit kanser. Dan, virus itu jugalah yang membunuh 90% populasi Bumi pada tahun 2012.

Strip comic by MyExtraLife.com
Satu-satu’nya manusia yang tinggal di’New York ketika itu adalah Robert Neville yang imun terhadap virus berbahaya tersebut & adalah menjadi tugas beliau untuk keluar dengan satu penawar untuk virus tersebut.
90% populasi Bumi mati, penjual DVD mati, isteri hero mati, anak hero mati, anjing kesayangan hero, Sam, juga mati. Aku sudah selalu menonton filem yang hero’nya tidak mati di’akhir cerita supaya penerbit boleh memetik jari untuk sekuel yang biasanya menjadi tahi. Hero dalam I Am Legend, mati! Ha ha.
Adik-adik aku juga berpuashati menonton I Am Legend. Awek sebelah aku yang datang secara solo menonton filem ini juga aku kira puas hati. Aku kurang puas hati dengan awek tersebut kerana scene kejutan dalam filem banyak di’akhiri dengan jeritan aneh yang mengganggu.
“Don,t worry about a thing, cause every little thing gonna be all right.” - Three Little Birds, Bob Marley, I Am Legend Sountrack.

20 Comments
Zik
December 21st, 2007
at 11:43pm
Ya, saya menyokong tontonlah filem ini. Walaupun saya banyak terperanjat kerana impak bunyi yang pelik-pelik tapi memang dahsyat sekali jalan ceritanya. Yang tidak membosankan kerana hanya hero dan pet kesayangan hero sahaja banyak mengambil bahagian dari keseluruhan cerita ini, tanpa manusia-manusia lain (i.e MI).
:P
Saya suka makmal hero itu. Pakai imac dan dalam keadaan yang serba bersih. Rumah pun memang cantik, siap kalis makluk yang dahsyat-dahsyat itu hehe.
Mohd Ismail
December 21st, 2007
at 11:47pm
aye! makmal dia sgt teratur & cara hero mendokumentasi segala tugasan yang beliau buat sgt best.. 6 hard disk kalo tak silap aku untuk simpan data sahaja.. kool!
Khai
December 22nd, 2007
at 12:41pm
nak gi nengok la nanti…. macam best.. and sekali lagi, mael tukar theme!!
kool abis~
pastu nak komen leceh sbb nak jawab soalan math… soalan senang ke susah, who
cares, takde sapa yang nak jawab soalan berangka ketika asyik membaca blog…
hakhaks.. dan dah dua kali aku menulis komen ini berulang kali.. pertama, x
perasan kene jawab soalan.. kedua, dah jawab tapi dia cakap salah.. kuang
asam.. hehehe…
pstt: ala bro, pakai akismet satu je pun dah cukup mantap…
IcedNyior
December 22nd, 2007
at 12:42pm
Movie nie mmg best. Highly recommended. Jeritan aneh? haha
CypherHackz
December 22nd, 2007
at 6:51pm
Aku dah tengok dah cerita ni minggu lalu. Memang best. Puas hati dan berbaloi. Memang korang patut tengok cerita ni. Aku siap ternanti2 bile la dvdrip die nak kuar. Hak3. Korang tengok, betapa best nye cerita ni sampai aku nak download cerita die even aku dah gi tengok kat wayang.
Btw mael, kau ada gelak tak part die tiru dialog masa scene Shrek tu? Lawak dowh…
WaWa
December 22nd, 2007
at 9:13pm
a’ah. memang lawak part tu. haha.
rightbrainer
December 22nd, 2007
at 9:16pm
hero mati? spoiler… huhu
Qaiyum
December 22nd, 2007
at 10:16pm
Ui.. Suker Abes Aku Ngan Citer Nie.. Will Smith Memang Antara Aktor Feveret Aku. Berjaya Membawa Perasaan Seorang Doktor Yang Agak² Nak Gila Sket Sebab 1000 Hari Tidak Bersosial Dengan Manusia Tapi Masih Bersemangat Untuk Memulihkan Situasi. Huhu.. Lawak Pun Ader Gak Tengok Kabinet Dapur Penuh Ngan Makanan Tin.
Tribute To Bab Marley…
omarbahrin
December 22nd, 2007
at 11:01pm
aku pon da tgk…5 stars… mmg mantap..aku dr dlu ske lakonan will smith…ahaha
aku marathon tgk movie ni…2 movie skali..wakakak
titan
December 23rd, 2007
at 6:33pm
Adeh. Aku dah lama tak usha panggung. Teringat time aku kat sabah dulu. tiap2 minggu turun bandar tgk wayang. Esok aku cari la dvd dia kat kedai. Harap2 ada lagi..kalau susah. Mungkin aku terpakse cari kat torrent. That my last resort..
Superb
December 23rd, 2007
at 7:57pm
Serius best cite ni.. Baru je tengok kat Cineleisure.. Banyak main emosi.. Nak lg best.. Tengok Alvin dan the Chipmunks.. hehe..
ajacx
December 23rd, 2007
at 7:58pm
salam…..saya bawu first time masuk blog awak…bgs ar info awak ni…
shadowX_19
December 24th, 2007
at 3:42am
niat mmg nak tgk.. tapi takde kawan lak nak temankan. masing2 busy ngan keje… hhu… tapi takpe a, tunggu je dvd kuar nanti
khai
December 24th, 2007
at 4:15am
esok gak aku nengok!! beli dvd cetak rompak kat kedai mamak depan tu… nak wat camana sebab korang cakap best, mana puas sekali nengok wayang, kene la beli dvd.. nengok bnayk2 kali.. wahaha
azwanhadzree
December 25th, 2007
at 1:07am
aku agak ralat lah kalau menonton filem yang tiada heroin
irdzra
December 25th, 2007
at 10:23am
and this movie is also a remake of Omega Man and The Last Man on Earth :)
adam.
December 25th, 2007
at 7:42pm
nampaknya khai perlu sedar yang kerajaan sedar memerhatikan anda dan anda mungkin didenda rm250,00.00 ;)
Arsenal
December 26th, 2007
at 3:14am
bagi aku, ni muvi terbaik penah aku tengok. xpenah aku tengok hero mati dalam citer tu. dah laa jalan citer pun agak tsusun. memang puas ati laa tengok citer ni. nak nangis last2 tu pun ade jugak. memang 5 bintang utk citer ni!!!
Truckster
December 26th, 2007
at 1:58pm
waaa citer ni lebih kurang….24 Days/weeks later ke?? ada zombie memburu manusia….area aku xde panggung nak x nak terpaksa aku menorrent & layan pawagam kat PC aku jerrr
Arsenal
December 27th, 2007
at 8:18am
ini zombie tahap x makan saman punye.. boleh pulak die trap robert balik lepas anak die kene trap.haha memang zombie yg ambik phd punye ni…