Alternatif Pendapatan Blog Dengan Admax Network

Aku pernah bercadang untuk menulis e-book khas tentang ini jika tidak mendapat sebarang tawaran kerja. Oleh kerana ketiadaan masa, aku ceritakan sahaja di’sini untuk pengetahuan semua.

Aku akan tuliskan secara ringkas tentang apa yang aku tahu berdasarkan pengalaman 50 hari bersama Admax Network. Sebarang soalan boleh kemukakan di ruangan komentar.

Apa Itu Admax Network? Ia merupakan sebuah agensi pengiklanan untuk publisher Asia Tenggara yang mirip kepada Advertlets & Nuffnang tetapi lebih eksklusif. Ia beroperasi di hampir semua negara kelompok Asia Tenggara & mempunyai cawangan di Kuala Lumpur.

Apa Kelebihan Admax Network? Mereka mempunyai inventori pengiklan berkualiti yang sanggup membayar kadar yang tinggi untuk pengiklanan. Mereka turut menyediakan laporan earnings & statistik yang ringkas di’dashboard. Mereka juga memberikan sistem sokongan yang pantas & berkesan.

Apakah Syarat-Syarat Permohonan? Tiada syarat di’kenakan setahu aku namun adalah lebih baik jika blog/laman web anda menerima sekurang-kurang’nya 10,000 pelawat unik sebulan. Berbaloi untuk pengiklan & juga poket anda.

Cara Untuk Memohon? E-mailkan permohonan secara bertulis kepada publisher@admaxnetwork.com. Sertakan bukti statistik bulanan sebagai bahan sokongan.

Adakah Mereka Terima Blog Berbahasa Melayu? Semestinya. Yang penting adalah trafik & audience yang berkualiti.

Apakah Potensi Pendapatan Dengan Admax Network? Purata RM3.00 untuk setiap 1,000 pageviews & purata RM1.00 untuk setiap klik. Itu kadar semasa yang aku terima.

Setelah membaca sehingga baris ini, mungkin ada yang kata Admax Network sesuai untuk blog bertrafik tinggi sahaja. Di’sinilah kunci’nya — bina blog yang berkualiti & tarik trafik sebanyak mungkin.

Seorang lagi penulis blog yang bersama aku dalam Admax Network adalah saudara Hafreze yang juga mengendalikan blog berbahasa Melayu.

Ini cara aku membantu penulis blog berbahasa Melayu. Aku tidak minta sebarang bayaran atau komisyen jika anda berjaya di’terima sebagai publisher di Admax Network.

Cukuplah dengan kepuasan melihat kelahiran blog-blog yang berkualiti untuk bacaan rakyat Malaysia. Good luck!

Comments

47 Comments so far. Leave a comment below.
  1. Adry,

    Hrrmmm thanks for the info…

  2. “Ini cara aku membantu penulis blog berbahasa Melayu. Aku tidak minta sebarang bayaran atau komisyen jika anda berjaya di’terima sebagai publisher di Admax Network”

    macam faham je..heh..jangan ambik duit dari orang lain…kan..hehe

  3. baru aku tahu. terima kasih mael. agaknya aku alayak ke!? hehe

  4. hafreze dulu pernah suh apply.. tapi kenapa ntah malas.. mael, antara advertles, nuffnang n admax ni, which one yg ko rasa bayar paling tinggi dan terunggul..

    kalau ko cakap nuffnang, for what nak cuba admax kan..

  5. sayer,

    bagaimana pula dgn adverlets sbelum ni mael guna yer?

  6. @khai admax.. =) ko cuba la admax ni.. ko pun da ade blog network.. trafik mesti tegap punya ..

    @megat belum cuba belum tahu.. he he

    @muhdfarhan faham2 sahajalah.. ayat utk pihak tertentu tu.. harap mereka faham =)

  7. blog berkualiti. baca = bukan blog sampah oke. itu harapan aku agar blog sampah tidak lagi memenuhi ruang maya internet malaysia khususnya. :p

  8. zool,

    Blog2 aku belum mencapai 1K lagi .. Jadi buat masa ni aku layan yang biasa2 je..

  9. aman,

    huhu…averagde aku baru 500 skrang nie…kena usaha keras lagi ar camnie kalo nak income stedi…huhu

  10. faz,

    Blog aku pernah mencecah sekali dua 10,000/bulan.

    Tapi kebanyakkannye dalam 6-7,000 le.. Boleh apply juga ke?

  11. 10 sebulan..Longshot tuh..
    Mael..Ada ad yang seswai untuk 1k unique visitor per month tak?
    Any recommendation?

  12. Mae! Tak cantik theme ko ni! Tukar lain! Hahaha (senang hati je cakap orang)

    Aku terigin la gak nak pakai Admax. Untuk 10k sebulan.. cukup kot. Aku bukan gile statistik

  13. First point, Aku setuju dengan NH!!!!!

    Admax ni mmg baguih, tapi depa nak blog berkualiti jerk. blog aku teruih tak laku gamaknye

  14. thanks bro Mail share info..
    pening nak arrange masa nih!
    mne utk adsense, mne utk nuffnang, eBay lg…
    dtg plak admax nih…xpe, try je la..
    rezeki jgn ditolak beb…

  15. tq mail. setakat ni aku masih tengok performance admax. by the way kawan-kawan,nasib baik Mail rekemen kat aku pasal admax, kalau tak memang aku tak tau ape2.

    to mail : kau bising erk sekarang. jarang nampak online. hehe

  16. bising lak. bz. spelling error.

  17. bagus jugak ada requirement untuk blog nih.advertiser juga perlu dijaga..diorang yang bagi duit kat company.

  18. aku akan cuba
    aku suka dengan iklan2 yang cool dan cun melecun
    hehe kalo tak harus aku tinggalkan saja pengiklan neh. hehe :)

  19. Salam…

    Terima kasih banyak saudara Ismail.
    Sebelum ini saya hanya tahu tentang nuffnang, dan saya sedang dalam usaha untuk dapatkan traffic untuk be qualified untuk pengiklanan. Dengan apa yang dikongsi oleh saudara kali ini, dapat memberi alternatif dan motivation untuk saya lebih bekerja keras untuk berjaya.
    terima kasih sekali lagi.

  20. Bunyi macam aku tak layak je mael..humm

  21. pemain bola macam aku layak ke? hehehe..apohal pun slmt mencuba kpd semua, kepada mael semoga lagilah murah rezeki di atas pendedahan ini. Makin byk kita bersedekah, makin melimpah rezeki kita.

  22. nampak suseh jerk nk apply, mcner nk sign-up tue~

  23. Fuhh…masyuk ke guna yg ni?
    jangan tipu dah ler…huhu

  24. “adalah lebih baik jika blog/laman web anda menerima sekurang-kurang’nya 10,000 pelawat unik sebulan.”

    Baca ayat ni berulang kali dan pi check awstat korang, asalkan ada traffic yg tinggi korang mampu buat duit dengan lebih cepat dan di byr. Kalau traffic ciput nak dpt cashout tunggulah sethn, itupun kalau reach.

  25. yer ler. tp cmner nk sign-up tue cik abg catzer oi

  26. sam,

    Aku dah try apply, tapi tiada respone pun.. mungkin masih tak cukup layak agaknya kot.. tak tahu lagi macam mana cara nak maksimumkan pendapatan guna blog ni.. kalau setakat nuffnang memang tak cukup makan…He2

  27. Bagi aku….fokuskan dulu tuk dapatkan trafik yg tinggi tuk dapat cash out dnegan cepat n riban-riban. Hoho….pastu bukan kita yang carik…dwet yng crik kita….tol x??

  28. sam,

    Betul tu.. aku setuju seratus dua puluh ratus.. Aku pun dulu buat Blog just suka2.. sekarang dah boleh mendatangkan hasil..

  29. ehm..aku tak pasti aku dah join ke lum. nanti aku try sent..

    bende ni leh gabung dengan nuffnang ke tak?

  30. joe,

    kalau dapat ni kompom aku buang nuffnang.. huhu.. kalau gabung nuffnang still gliterati lg x?

  31. i bru jer dpt surat pdf dr admax, katenyer klu nk join isi borg dn send melalui manual (pos) tp mcm xbest pula bila dier sbt xbleh men’dua’kan mereka dgn ads yg lain like adsense, nuffnang dn advertlets.. huhu..

  32. maklumat terkini yang menarik

  33. admin Izyan, really.. hurmm.. takpe jugak le kalau depa leh bayar lagi tinggi dari pengiklanan yg lain tu..

    cuma, ape kes nak post manual ni.. aku dah send pakai email je……

  34. alamak….dalam dilema nie…nuffnang atau Admax….tolong aku bro!!!

  35. blogspot dia terrima tak?? kalo terima nk try apply jgk la

  36. FYI, tiada konflik pakai admax dan nuffnang dalam blog. nuffnang still kat gliterati pada publisher yang juga paparkan admax.

    buktinya, aku dh sebulan lebih pakai admax, masih teguh nuffnang gliterrati membership.

    aku rasa. gliterrati ni nak elakkan publisher pergi ke advertlets. yeah, advertlets suckx!

  37. aku punya blog tak hebat mana, baru je belajar buat blog tapi nak cuba jugak la admax ni mana tahu rezeki…

  38. EiNS,

    Thanks bro Mael coz bgtau…

    nak cuba gak arr…traffic jomphp ok kot…

  39. Nur,

    Agak-agak blog yg baru dan promot produk leh ke apply yer…mcm blog akak nih…

  40. apply jerk lah kak oit..mana tau ada rezeki kan

  41. zamz,

    thanks for the info…tapi 10k sebulan ek..byk tu huhu

  42. saya telah diapproach oleh admaxnetwork.
    dua kali dah dia hantar email.
    mula macam malas nak layan sbb tensyen dgn NN dan Advtlets.
    Ni dia hantar email lagi sekali, cakap nak buat appointment.
    Bila dia cakap nak set appointment, ha ni macam best lak, macam dia serious.
    try google, jumpa mohdismail.
    Yg dah try tu, saya nak tanya, rate bayaran RM3.oo per 1,000 views ke?
    RM1.00 per click. Itu boleh tahan tu.
    Pembayaran dia camana? Tertangguh2 ke atau okay? Itu yg penting, kalau setakat angka utk di tengok dan menyemakkan web kita, baik tak payah. Ye tak?

  43. adush!traffid di blog aku dh ok.
    masalahnya xkan nk buang nuffnang kot?
    rugi la plak..tp mcm best la admax nih..adush..blur2

  44. Aku x dek trafficc daa..blog bru je buat..mmg sah2 kene tendang ngn admax.. huhu…

  45. dah try apply..xtau la terima ke tidak..harapnya terima le

  46. Ijam,

    Ence mohd Ismail… Setelah saya membaca post ini, saya terus apply dan alhamdulillah Saya dah diterima oleh ADMAX…. tapi bolehkah saya letak dalam page yang ada adsense? dan apabila saya paste code yang diberikan oleh ence Admax, bilakah banner advertiser akan muncul? menurut pengalaman ence ismail. Sekian :)

  47. thanks for that gud info….
    kene cuber nanti……=]

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?