Anda Mahu Menjadi Penulis Blog Untuk USD50 Sebulan?

TechCrunch hari ini mengeluarkan satu memo edaran dalaman rangkaian blog yang berpusat di Toronto, Kanada iaitu b5Media.

Memo ini menerangkan tentang cara pembayaran baru mereka ke’atas penulis blog di’bawah naungan mereka.

Sebelum ini aku tidak mengetahui bagaimana rangkaian blog yang besar ini membayar penulis mereka yang berjumlah lebih 200 orang itu. Aku imajinkan sekurang-kurangnya mereka akan terima USD500-1000 sebulan.

Sistem lama memberikan mereka USD100-200 sebulan beserta bonus yang lain. Sistem pembayaran baru lebih rendah dari itu. Berikut adalah pecahan bagaimana sistem baru yang di’gunapakai sekarang.

1. Tier 1: 30,000+ pageviews/month - $4CPM

2. Tier 2: 10,000 – 29,999 pageviews/month - $100 flat rate ($5-$10 CPM)

3. Tier 3: 5,000 – 9,999 pageviews/month - $50 ($5-$10 CPM)

4. Tier 4: 0 – 4,999 pageviews/month - $25 ($5 -$50 CPM)

Blog aku yang sedang kau baca ini berada di Tier 1 tetapi dengan Advertlets, tidaklah aku dapat kadar sebegitu. Indah’nya dunia jika Advertlets mahu membayar aku dengan kadar begitu. (Hi Josh!)

Sistem ini aku lihat menguntungkan kepada penulis blog pada Tier 4 kerana dengan trafik begitu, USD25 adalah terlalu besar. Sistem ini cuma akan merugikan mereka dengan trafik yang besar, mereka akan mempunyai lebih potensi jika bergerak sendiri.

Bersembang dengan Amanz sebentar tadi, beliau sedang mencari penulis blog sambilan. Aku juga sebenarnya, tetapi orang Malaysia kebanyakannya tidak mahu mengambil tugas dengan bayaran kecil. Streamyx yang selesa pun sudah RM110 sebulan.

Sekelompok manusia telah tune minda rakyat Malaysia yang menulis blog & internet boleh menjadikan mereka jutawan. Sangat tidak berguna orang sebegini.

Jika ada yang berminat mahu menjadi penulis blog dengan bayaran USD50 sebulan, hubungi aku. Aku tidak tahu bagaimana Amanz akan bayar penulis blog sambilan beliau, tetapi kau boleh cuba nasib.

23 Comments

Aku orang 1st comment…ke?Haha mael ade YM! x?Nak tnye lagi detail pasal entri kau ni

Haha . boleh saja kau kan . Hmm , banyak juga tuh , letak nama aku ? . Ha Ha Ha .

mael insentif lain ader ker bila dah jd penulis blog unt ko nih - cam Digg, StumbleUpon frontpage dpt bayaran lebih ker

Tapi kalo ikutkan keuntungan diorang, bayaran memang setimpal. Sebab tambah pekerja, kurangkan kos. huhuu..
kat Malaysia ni orang x sedar lagi kepentingan advertise kat blog, so kurang advertiser. susah nak jalan bisnes..

blog apa yang kau nak buat Mael?

@rham ym aku ade kat page Hubungi =) add aku nnt kita sembang..

@asx ko da tegar dgn sumber pendapatan lain.. apa la sgt usd50 ni ;p

@zen insyaAllah ada.. tp aku bukan b5media.. =)

@hanep sbb tu kot la advertlets ngan nuffnang pi kerjasama ngan ad network yg lain =) at least akan ade income tuk kita.. *ni semua salah politik!*

@azwan apa2 topik yg penulis boleh bawak.. =) lebih senang kalo idea dtg dr penulis sendiri kan? aku bg platform ngan bimbingan saja (cewah!)

Pendapatan laen? . hmm . hehe . =)

woo, tinggi gak pageviews ko sebulan..kalau dh tier 1, jauh lg nk keja kau, aku di tier 2, tapi mcm setengah lagi laa nk jejak tier 1..hehe..interesting entry, cube ko jelaskan lebih detail beb..

aku ingat nak bayar mengikut artikel kot. Satu artikel - rm3 -rm7. Amacam? okay ker ar?

wahaha… seminggu aku x masuk blog ini.. dah tukar langsir baru la.. wiwit2.. cun.. cun..

Wah.. Menarik citer ni..
Penulis blog pun boleh cari makan sekarang ek…
Caiyoklah…

“Streamyx yang selesa pun sudah RM110 sebulan”

Itu aku x setuju .. Streamyx tidak pernah selesa .. DC jerk memanjang ..

Gewd lark di atas pencarian anda

Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran …..kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia…. semoga persaudaraan kita kekal dan sentiasa dalam redha Allah…..

Ketupat diletak di atas para
Rendang diletak di bawah titi
Andai ada tersilap bahasa
Maaf dipinta menyusun jari

Adat jauh kata mengata
Adat dekat puji memuji
Andai ada tersilap kata
Maaf dipinta sepuluh jari

Sungai disusur sepanjang sehari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

wassalam

@odin aku tatau kalo kl, tp kat penang sini, streamyx dgn rm110 tersangat selesa & sgt2 jarang DC.. =) kurang pengguna mungkin

@zool da sampai masa org malaysia boleh buat duit sebenar dgn blog.. =) bukan angan2 jutawan segera persis ****** ***.. ha ha

KL selalu DC , seriously , compare dengan rumah aku di penang , terlalu banyak bezanya .

*DAP bayar lebih . =)

bukan engko yang contact aku by YM kan mael?

wah…rm150 sebulan, cam best!! tapi busy sangat la…hu

nasihat aku sekiranya nak buat duit dr blog - jgn hanya baca blog yg ada tagline nih “How To Make Money Online”. Tp lebihkan usaha sendiri baru nampak hasilnya….

P/S - Mael knapa ko reject YM aku
- Blog mn ko nak penulis tuh - blog entri lawak tuh ker

good concept tapi modal kena ada beb… tapi why not….investment beb…

salam…

bro..bleh bagi detail ke?…contact kat emel yer…tq

salam…

bro…boleh bg detail ke?…contact di emel yer…tq

Leave a Comment