Anwar Ibrahim & Impian Menjadi Perdana Menteri
- 41
- Add a Comment

Ya, hari ini aku menulis sedikit tentang politik Malaysia yang begitu seronok untuk di’tonton sepak terajang’nya. Kau sepak aku, sekarang aku bebas, dan aku akan mula perlahan-lahan untuk sepak kau semula. Seperti budak-budak layak’nya.
23 April 2008 yang lalu, penasihat Parti Keadilan Rakyat ini mendakwa yang Pakatan Rakyat akan mengambil alih tampuk pemerintahan negara selewat-lewatnya 16 September 2008, iaitu pada tarikh terbentuk’nya Malaysia pada tahun 1963. Tarikh yang signifikan di’pilih oleh Anwar Ibrahim untuk membentuk Malaysia baru.
Esok’nya, isteri pemimpin ini, Dr Wan Azizah berkata beliau bersedia untuk menjadi perdana menteri jika peralihan kuasa pemerintahan Malaysia beralih tangan ke Pakatan Rakyat. Beliau yang berkata bahawa kerajaan Malaysia sekarang boleh bertukar bila-bila masa bagaimanapun tidak tahu berkaitan urusan suami’nya tentang penarikan ahli perlimen di’Sabah & Sarawak. Menarik bukan?
Hari ini, orang kedua Malaysia, melahirkan kebimbangan tentang dakwaan Anwar Ibrahim berkaitan sekurang-kurang’nya 30 ahli parlimen Barisan Nasional akan meninggalkan parti tersebut untuk menyertai Pakatan Rakyat. BN akan buat sesuatu, tetapi itu bukan untuk pengetahuan rakyat, kata Najib. Yay!
BN perlu akui, rakyat lain juga, bahawa Pakatan Rakyat sekarang ini sangat kuat selepas kemenangan mereka di’negeri-negeri yang maju & kaya. Rakyat yang sebelum ini kisah tidak kisah dengan politik Malaysia juga sudah mula merisik blog-blog politik untuk mengetahui perkembangan alternatif politik Malaysia.
Fenomena ini aku rasa yang sebenarnya membuatkan ada (jika ada) ahli parlimen BN yang mahu melompat parti dan seterusnya berada di’dalam zon selamat. Selain itu, 30 ahli parlimen yang membantu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan ini pasti’nya akan di’julang sebagai hero di’kalangan rakyat yang sememangnya mahu reformasi kerajaan secara total.
Anwar Ibrahim — mahu atau tidak, pasti ada agenda tersendiri apabila beliau menjadi Perdana Menteri kelak. Walaupun dahulu beliau berkata beliau memaafkan Dr Mahathir atas apa yang beliau lakukan, cadangan untuk menubuhkan badan penyiasatan khas untuk menyiasat bekas Perdana Menteri itu aku lihat lebih kepada memulangkan paku buah keras.
Dr Mahathir menyambut cadangan itu dengan hati yang terbuka & mengalu-alukan rancangan Anwar Ibrahim tersebut. Pada hemat aku, seorang pemimpin yang memimpin Malaysia selama 5 penggal & menang pilihanraya dengan majoriti besar tidak sebodoh itu untuk meninggalkan jejak atas apa yang beliau lakukan semasa dalam pemerintahan. Penyelewengan (jika ada) yang di’lakukan pastinya melalui proksi beliau yang sama sekali kesalahan itu tidak akan jatuh ke’atas nama Mahathir Mohammad.
Dr Mahathir juga menegaskan jika Anwar Ibrahim mahu menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat beliau, Dr Mahathir mahukan orang luar sebagai penyiasat & panel — bukan orang tempatan. Nampak’nya Dr Mahathir sudah nampak permainan yang akan beliau hadapi jika Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri.
Permainan dalaman politik Malaysia yang seronok untuk di’lihat. Manifesto pilihanraya tidak ada siapa yang sentuh ‘kan?

41 Comments
syuxx
April 25th, 2008
at 3:54pm
dunia politik mmg payah sikit nak duka.
semua main “dirty trick” & ada propaganda sendiri.
Ini lah yang jadi bila semua orang nak jadi pemimpin tapi dia dah lupa konsep pemimpin sebenar yang berteraskan Islam.
Kalau zaman dulu, ada orang lebih sanggup dia di penjara daripada jadi pemimpin.
sebab apa? sebab menjadi pemimpin itu amat perit. Sebelah kaki kita di syurga, sebelah di neraka. Segalanya depends dengan apa yang kita buat semasa jadi pemimpin.
ahli-ahli politik harus ingat, walaupun korang terlepas hukuman di dunia, hukuman akhirat tetap menanti.
lu pikir lah sendiri !!
Fahmishah
April 25th, 2008
at 4:46pm
biasalah, kancah politik memang begitu.
mahu menang menang dan menang.mana ada yang mahu kalah
Tech Blog
April 25th, 2008
at 5:17pm
Peh..memang azam yang sangat besar..Well, maybe ye, maybe tidak..But at least right now, there is no new Malaysia within 4 years from now on. Tapi aku percaya bila dalam masa 4 tahun lagi, di pilihanraya akan datang, pasti ada sesuatu yang menggila.
Barisan perlu mengambil iktibar dari perkara yang lepas.Dan yang paling pasti, Pak Lah perlu tegas.Ini dia lembik sangat. Tapi aku faham, tugas Perdana Menteri bukan perkara yang mudah.Dan kita selalu blame orang lain bila jadi macamtu. Sedangkan kita nak urus diri kita sendiri pun susah, nak cari duit bagi makan anak bini pun sangkut, inikan pulak jadi Perdana Menteri.
Aku bukan berpihak kepada Pak Lah, cuma tiada siapa yang sempurna. Pesan aku, kita doakan semoga Malaysia terus aman dan damai.Pertelingkahan politik berdasarkan individu sekarang telah menghancurkan tali-tali persaudaraan antara kita.Jangan biarkan negara dan bangsa kita jadi macam tempat lain yang huru-hara.
Wizurai
April 25th, 2008
at 5:33pm
kalau Pakatan Rakyat jadi kerajaan. pasti Malaysia jadi negara pengeksport BABI?
aman
April 25th, 2008
at 5:53pm
politik? no komen. tapi, tahniah wat anwar coz tersenarai dalam the TIMES most influential man. :D
Mohd Ismail
April 25th, 2008
at 6:34pm
Uzai - itulah.. xboleh jugak semua kesalahan taruh atas PM ye tak? sama2 la kita bantu Malaysia kita ni.. kalo dia x elok, bg masa utk dia perbaiki.. nnt dia x larat, dia berhenti la.. =)
Wizurai - hehe.. aku tak kata apa2.. ;p
Mohd Ismail
April 25th, 2008
at 6:35pm
Aman - hehe.. Dr M x tersenarai sbb mmg dr dulu dia di’benci Barat.. =) Anwar Ibrahim ni kureng sikit lantang dia kalo kutuk Barat.. in case xde kot.. haha
muhdzahari
April 25th, 2008
at 8:42pm
dulu..desas desus mengatakan 5 negeri akan ditakluk pembangkang..dah jadi kenyataan..
sekarang..pakatan rakyat memerintah malaysia..
Mohd Ismail
April 25th, 2008
at 8:58pm
muhdzahari - insyaAllah.. tp kalo bertukar kerajaan pun, aku harap molek2 la semua… aku baru mula nak carik makan sendiri ni.. hehe
asx
April 25th, 2008
at 9:07pm
Hmm. politik . fitnah sana . fitnah sini .
btw . templates baru?. beli kah?
emptyspace
April 25th, 2008
at 9:51pm
bukan itu sahaja.. mesin kuda, kelab malam, tempat pelacuran, casino royal bertambah lagi.. semuanya pasti akan menyinar dan bertambah gemerlapan cahayanya tika Pakatan Rakyat mampu menubuhkan kerajaan, contohnya sudah ada dan makin bertambah tiap hari. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Di saat itu nanti, jika rakyat melakukan demonstrasi, mereka akan di layan seperti rakyat Singapura yang melakukan demonstrasi di negara mereka sehingga mereka akan takut selamanya. dan aku hanya mampu menunjukkan satu jari kepada mereka, iaitu jari hantu ku. Hahaha…
Wizurai
April 25th, 2008
at 9:53pm
yeah, kalau tukar pun harap jangan bertambah teruk…
aku juga mau carik makan dengan jalan sendiri…
biar ada dipermudahkan jalan…
kurang birokrasi dan segala mcm peraturan yg tak perlu…
Rjuna
April 25th, 2008
at 11:20pm
Aku pernah tengok satu video ceramah dia, dulu sebelum Pakatan Rakyat menang 5/6 Negeri dia berucap konon tak mau dah jawatan PM nih, tak hadap pon katanya
Tapi kini berubah selepas partinya memegang kuasa, cepat betul manusia berubah ya, cakap tak serupa bikin
Mohd Ismail
April 25th, 2008
at 11:23pm
Rjuna - apa P.Ramlee selalu kata dulu2? sedangkan pantai lagikan berubah.. inikan pula hati orang.. haha ha.. kita dapat PM baru nnt oi.. yay!
Wizurai - yeah Wizurai! sekarang ni kalo nak mintak bantuan sikitttt pun, punya la payah.. step dia tu dia banyak.. =)
Mohd Ismail
April 25th, 2008
at 11:25pm
emptyspace - ini bukan aku reka, tetapi DAP pegang je penang, tempat aku tumbuh dua kelab snooker + 1 pusat karaoke, x sampai sebulan lagi.. sebelum ni bukan xde, tp makin banyak la plak jadinya.. ha ha
asx - hehe.. seperti biasa, beli untuk kepuasan.. =)
emptyspace
April 25th, 2008
at 11:35pm
kat Johor Bahru, DAP pegang Skudai.. mesin kuda sudah mulakan operasi di sana… last aku jumpe mesin kuda pada tahun 1998. 10 tahun beb polis tumpaskan sindiket mesin kuda di sini, kini ia kembali menyinar, siapa pilih? rakyat pilih… bagusssss
razifmustapha
April 26th, 2008
at 12:49am
sembang politik sampai sudah takde penyelasaian… sumer akan menangkan parti masing-masing takkan ada kesudahan. kita? life goes on… jadik kutu lepak handalan pun life goes on.. yay!
pandagumuk
April 26th, 2008
at 1:08am
penim dan penat.
catzer
April 26th, 2008
at 2:18am
kekekek,mari kita lihat siapa yg kena..aku tidak kisah soal politik yg pasti negara ku aman dan ekonominya stabil sudah..Jgn habis duit kerajaan yg kebukan-bukan dan manifesto mesti ditunaikan..mesti..
titan
April 26th, 2008
at 2:58am
macam-macam boleh berlaku sekarang nih. So, hati-hatilah ek.
Wizurai
April 26th, 2008
at 8:33am
BN Sabah kata, mana ada ahli parlimen Sabah mau lompat parti…
Anwar kata, dah tak lama pun nak tukar kerajaan…
sape cakap betul ni oii?
afham
April 26th, 2008
at 11:21am
mne ko dengar wizurai..
megat
April 26th, 2008
at 11:42am
topik menarik mael!
tidak terlalu berbau politik tapi ia dapat menyedarkan berapa politik negara dalam keadaan tidak selamat. sikap manusia jika ada nama dan kuasa akan pijak balik dan melakukan pembalasan yang akhirnya merosakkan dunia politik itu sendiri!
aku harap rakyat lebih bijak untuk mengatur jejak demi agama dan negara kita sendiri!
Mohd Ismail
April 26th, 2008
at 1:01pm
macam Ezam (bekas penasihat Anwar Ibrahim) kata, Anwar ada agenda peribadi yang ramai org tak tahu.. dia siap pesan hati2 kalo Anwar Ibrahim jadi pemimpin..
entah la.. =)
kooreen79
April 26th, 2008
at 2:18pm
Semoga Allah memberi Rahmat kepada pemimpin yang adil dan melindungi Malaysia dari segala bencana dan kehancuran..
pak lang...
April 26th, 2008
at 6:03pm
Melayu dah pecah 3,aku agak satu hari nanti melayu akan padam dari sejarah malaysia..kesian orang tua macam aku..hanya tinggal semangat saja ,akibat politik melayu berpecah..hancur bangsa ku satu hari nanti gara-gara parti yang tiada arah tujuan seperti mana hancurnya sejarah perjuangan islam di zaman kegemilangannya…
Wizurai
April 26th, 2008
at 6:29pm
sejarah boleh padam ke paklang?
banda camni lah yg jd sejarahnya…
zaki blogjer
April 26th, 2008
at 7:42pm
Biasala Mael. Ezam kata mcm tu pun mingkin dia ada agenda peribadi yg tak tercapai. Biasala politik. Ada masanya boleh minum secawan, lain masa sepak terajang plak
Noorizam Shah
April 26th, 2008
at 8:39pm
mael.. mana ko dapat gambar tu? cantek la gambar jari pegang spek mata tu. hehehe
Mohd Ismail
April 26th, 2008
at 11:57pm
Noorizam - aku amik kat Flickr Udey Ismail.. tanpa kebenaran… harap dia x saman aku.. aku da letak kredit.. haha =)
Zaki - dan skang ni Ezam mcm da senyap semacam.. malas da kot =p
am
April 27th, 2008
at 10:20am
aku cukup suka ngan tulisan ko yang satu ni mael… best tak mehenjut mana-man pihak.. takut juga dengan isu2 blogger ni…
melayubuntu
April 27th, 2008
at 10:57am
haha…aku pun teruja nak tahu perkembangan selanjutnya…
banyak gak bnda yg aku ramal dah jadi….haha…
apa2 pun yg berlaku aku harap masa depan malaysia lebih cerah
Aisyah
April 27th, 2008
at 1:20pm
cantik sungguh gambar dia tu eh? haha
he looks healthy by the way
Mohd Ismail
April 27th, 2008
at 2:26pm
Aisyah - gambar Udey Ismail mmg lawa2 =p dan alhamdulillah.. semoga dia terus sihat..
asx
April 27th, 2008
at 9:20pm
owh , kepuasan ya . template dulu di mana ?. mind sharing?. heks.
Mohd Ismail
April 27th, 2008
at 9:50pm
template sebelum ni aku ambil dr GabFire.com =) usya kat sana.. dia banyak theme yang sedap2…
khai
April 28th, 2008
at 4:01am
tak salah DAP nak bukak mesin lumba kuda ke ape… dia buka untuk rakyat dia (cina).. siapa yang bodoh? melayu yang berkunjung tu la..
kucau
April 28th, 2008
at 11:28pm
mari kita tgk sejarah :
“Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Februari 1874 antara Inggeris dan Sultan Perak. Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak - satu kesilapan yang telah dilakukan oleh Raja Abdullah Ibni Sultan Jaafar dan membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangan di atas kapal HMS Pluto.”
Anwar nie mcm raja abdullah lah , Raja abdullah irihati kepada Raja Ismail sebab Raja Ismail yg jadi raja maka bermulah penguasaan British di tanah melayu . Disebabkan nak jadi raja sgt , dlm kes anwar nie nak jadi PM maka Melayu telah hilang kuasa.
Orang kata nak tgk depan kene tgk belakang. Dan mmg betul sejarah akan berulang . Tak takut ke kalau menang sorak kampung tergadai?
cima
May 4th, 2008
at 4:09am
gambar mahal tu..mana dapat? huhu..
Truckster
May 13th, 2008
at 4:06pm
Permainan dalaman politik Malaysia yang seronok untuk di’lihat. Manifesto pilihanraya tidak ada siapa yang sentuh ‘kan?
betulkah itu macam bro?? di mana slogan selamat aman makmur yang kerapkali keluar di media sebelum 8mac yaaa????
udeyismail
May 20th, 2008
at 1:53am
ehhh gamb aku… tp x pe.. nasib ade kedit.. nak pakai gamb ckp jek.. jgn wat mcm nie lagi k :)