Apa alasan anda untuk tidak menulis blog?

Boleh’lah di’katakan malam ini aku terlebih rajin untuk surf internet & membuang masa tidak tentu hala. Pertama sekali, Labanon (17) — anak muda di’belakang FlareBiz, tersenarai di’tangga ke-18 sebagai salah seorang Top 30 orang penulis blog bawah 21 tahun oleh Retire at 21. Kool! Dari situ, aku terlantun ke blog tulisan Thomas Sinfield (17). Tertarik aku dengan satu entri yang menjawab semua alasan orang yang ada minat untuk menulis blog, tetapi punya 1001 alasan - 6 sahaja dalam entri beliau.

Alasan #3 - I Don’t Have Any Expertise. Itu aku. Bila aku tanya balik pada diri aku, aku menulis untuk berkongsi sesuatu yang berguna, TETAPI, apa kepakaran aku? Aku bukan pakar dalam merekabentuk web, aku bukan pakar pemasaran online, aku bukan pakar pembangunan web, aku bukan pakar psikologi, aku bukan pakar pengurusan kewangan, aku bukan pakar sakit tuan, dan, aku juga jauh (baca: tidak mungkin) untuk menjadi pakar dalam bidang pengajian aku — Kejuruteraan Kimia. Damn it!

Sekarang, secara rasmi’nya, kau sedang membaca sebuah blog tulisan seorang yang tidak pakar dalam apa-apa bidang sekalipun — jangan ambil sebarang nasihat dari beliau. Kau sudah di’berikan peringatan.

Popularity: 8% [?]

There Are 45 Responses So Far. »

  1. Haha.. Aku Pula Rasanya Mempunyai Sedikit (Mungkin Banyak) Kepakaran Dalam Bidang Teknologi Maklumat. Tapi Jarang² Sekali Saya Kongsikan Di Blog. Saya Lebih Suka Menulis Perihal Kehidupan.. Kerana Kehidupan Itu Seronok..

    Hayatilah Kehidupan :D=

  2. boleh’lah kita di’kategorikan sebagai pakar kehidupan (life expert?) ha ha ha ha..

  3. mmm..
    yang pastinya kalau maklumat kat atas tue wartawan utusan atau sinar harian atau kosmo tau..
    pasti dieorg cari Lebanon tue mael..hoho..wat interview..
    kalau dme tue wartawan(yg benar2 wartawan)..
    dieorg akan citate kat c2 laporan tue dari mana dieorg dpt sumber nie..
    hoho..dari blog ko la kot mael..

  4. semacam je gambar tu..bila ditenung kembali gambar lampu rupanya :P

  5. ko pakar mengumpan org dgn bahasa2 yg melicikkan.

    aku tahu itu gambar ape :p

  6. aku rasa ko pakar memilih theme la…
    boleh?

  7. tapi kau pakar dalam bidang penulisan..aku suka membaca penulisan ko :)

  8. alhamdulillah. dah ada kepakaran sendiri dan ada bidang yg aku mahir. So, takde masalah dan sedang cuba mengemaskan sklil sendirik..

  9. ko pakar mael…aku tau kau saja merendahkan diri..haha…kalau ikutkan,aku pun takde pape kepakaran..sumer aku rasa beginner je…noob pun ade..tapi,bergantung kita kan…ilmu yg ditimba,sumer sedikit-sedikit…tapi,kepuasan tu ada…takde la kene kelentong nanti…aku nak mencari maklumat untuk kereta plak lepasni..aku ingatkan,dapat sambar dslr dahulu..sekali bapak aku bagi wira sekend plak…alamak…kene amik tau la lepasni…mungkin aku perlu dcarbo yg kau hangatkan tu…

  10. waa,,,
    tahniah pada labanon!!
    *tepuk tepuk*

  11. ko merendah diri sgt la mael..ko ckp ko xpakar dlm ape2 bidang tapi faktanya aku nmpak ko dah berjaya dan bukan aku sorg je nmpak…

  12. wira second tu dapat.. kool! boleh convert engine evoIII, then leh customize.. then leh letak ekzos sebesar lengan gajah… ha ha

    *aku tinggi beb.. 180++cm… ha ha* gurau je ni oi…

  13. iskk.. En.Hafifi ni.. berkata begitu pulak.. jatuh sifat kemaluan sy.. ha ha ha ha.. *gurau je ni oi*

  14. huhu…ko tak pakar en. mael??tipooo….

  15. baeklah, aku akui, aku pakar track ip orang.. dan aku tahu ko dr Osaka, Jepun… ha ha ha.. *org Jepun baca blog aku weh..*

    KiMiE, kem salam sama Doraemon…

  16. ha ha ha ha…klu dah jatuh angkatlah balik mael oi..hehe

  17. huhu…doraemon??haha…singgah blog aku..aku ada lagu doraemon versi bahasa melayu untuk ko..

  18. camne aku nk ke blog ko KiMiE oi? meh la tinggal url sebarang dua.. buat panduan jalan.. haha

  19. ngeh2…aku lupa tinggal…. mohdnoorhakimi.blogspot.com..2 jela..ahak..ajak kawan2 singgah..

  20. mcm mn KiMiE bley lupe tinggal die punya URL..aisey man..lawat blog ak je la mael..ahakz

  21. Hohoho… saya pun tak pasti macam mana Michael Dunlop ni susun rank ini… tapi apa2pun.. nama saya tersenarai… kira satu2nya Melayu di situ :D

    p/s: Thanks to bro Mael!

  22. yah! mael pakar kereta!

  23. Ko sebenarnya pakar mael. Ko pakar membuatkan orang (ada saja) memberi komen pada setiap entri yang ko cipta. Kan? Kan? :)

    p.s : menarik gambar hiasan tu…. terjemahannya bergantung kepada sejauh mana sucinya fikiran orang yang melihatnya…

  24. hampir 2 kali aku terkejut lihat gambar tu.. gambar macam ehem2 sedang terkangkang2.. skali lampu.. hampeh.. sah sape snap gambar tu ada udang disebalik batu.. hahaha

    hurm, mael jgn cakap camtu.. bagi aku, selagi belum bekerja aka cari duit poket sendiri (bukan mak ayah kasi or duit pinjaman), kita takkan tahu apa kepakaran kita.. somedays, u will know my bro…

    tahniah lebanon.. kenapa la otak aku x pernah berminat untuk biznes online macam ko.. hhuhuhu..

  25. salam…
    masalah utama aku nk tls blog ialah..aku pemalas
    aku malas la nak update…
    sile beri tunjuk ajar

  26. salam Ahmad Yusrie :) he he.. kalo ko pemalas sebab ade komitmen lain xpe.. kalo ko pemalas sebab ko x amik serius aktiviti blog ni xpe.. tp kalo ko serius, tapi pemalas, masalah besar tu..

    dlm apa pun sbananya, kalo nak serius, tp pemalas.. he he.. mmg abes la :)

  27. kalo ko 2 kali terkejut, maksudnya otak ko 2 kali kuning dr org normal (baca:mohd ismail) ha ha ha..

    *rezeki ko mungkin kat lain Khai.. mana tau ko nnt ade rezki duet ngan acha.. kan kan?*

  28. Sereiyes mael, aku berada di pihai khai.
    Saling tak tumpah.

  29. ni tips aku..tak tau boleh gune ke tak..kalau tak boleh gune pun,aku guna gak..hahaha…kalau malas tahap cipan,update dengan menulis rumusan dari artikel orang lain…cam aku buat…hehe..tapi,aku rase,lagi banyak kerja..sebab,nak kumpul artikel orang tu bukan senang….mane2 top je…ye tak…hehe..so,rajin2kan la diri tu…aduh…aku plak terase malas sekarang…

  30. aku nie x le serius berblog ni..
    just for fun coz aku tgk org lain buat nmpk cool
    btw..thanks 4 advice tu…

  31. nice idea…thanks
    nnti aku akan mengsinopsiskan blog2 yg ade…ahakss

  32. Betul! sekali aku bukak blog ni terkejut aku tengok gambar tu! Hampeh! Buat suspen jer…( perhatikan betul2, korang akan nampak suatu yg tak sepatutnya kat gambar tu! Huhuhu..)

  33. Tak perlu jadi pakar dalam apa2 bidang pun untuk menulis dlm blog. Apa yang perlu hanya 1, iaitu KEMAHUAN UNTUK MENULIS. Aku pernah tegaskan bahawa kita akan berjaya bukan sebab kita ada kemahiran atau minat. Kita hanya akan berjaya dengan adanya KEMAHUAN UNTUK BERJAYA! Dan pastinya usaha. Aku tak tulis blog berdasarkan apa yang aku minat, tapi berdasarkan apa yang aku mahu…huhuhu

  34. tak ada alasan pun. hoho.

  35. chait!! hati aku lebih mengatakan, siapa yang tangkap gambar tu, 1000 juta kali ganda lagi kuning otak dia dari aku..

    psstt: harap harap, ko la yang snap gambar tu mael.. hahahaa.. jgn maraa… iya la, orang ade connection internet laju ni, paham2 je la.. jengjengjeng…

  36. bro, kalau dah malas nak update blog, problogger pon leh jadi gile nak kasi tunjuk ajar kat ko.. hihihi.. jgn mara…

  37. itu sangat bagus berbanding blog2 yang copy paste artikel kita, then paste kat blog mereka… seraya meletakkan link blog kita dengan sangat kecilnya di bawah entri itu.. kadangkala siap x di linkkan nama kita.. ape kejadahnyee itu semua… harammjadah!

  38. oh ya mael, aku rasa (aku rasa je ni ye), pro blogger pon bukanlah ada kemahiran sangat… kemahiran dia sbb otak dia mmg otak cari duit.. seriously, semua orang mampu buat.. takde satu pun manusia ajaib atas muka bumi ni.. yang membezakan, malas dan rajin.. nasib pon sama la..

    aku rasa mael, kalau blog ko ni di convert semua dalam english, kau akan tahu apa hasilnya.. serious.. sah sah ko akan di wawancara wartawan2 dari hollywood sana… chewah!

  39. smart giler gambar… super cool! ko snap sendiri ke mael gambar tuh?

  40. apesal aku teransang bile melihat gambar tu?

  41. Sebenarnya, ada blogger kat malaysia ni yg kata gah hebat berbisnes dan berblog pun, bukan pakar sangat. Asyik menulis perkara yang sama berulangkali. cuba perhatikan betul-betul. (Tak perlu la aku sebut siapa, org yg biasa di dunia blog ni dia tahu la)

  42. ko refer kat aku ke? tapi aku tak buat bisnes apa2… ha ha.. sah bukan aku..

    *aku tahu sape ko maksudkan Misscall, skang ni mungkin org x perasan lagi.. konon’nya sentiasa keluar dgn idea best.. tp repeated.. ha ha*

  43. imo, ko pakar dalam menyampaikan apa yang ko mahu cerita atau sampaikan. ko patut jadi editor majalah. :)

    protip: itu bukan gambar lampu.

  44. aaa.. aku sedang berfikir, kalau ada majalah terima aku jadi editor, aku akan pastikan majalah itu mengadakan photoshoot model hot setiap hari… ha ha ha ha.. aku bukan setakat approve artikel, aku juga akan ‘approve’ model2 yg ada..

    dan, kerana itu lah, aku bukan editor majalah.. ha ha

  45. xdak idea kot…powernye bdk tu.hihi

Post a Response