Apa cita-cita kamu?

Cikgu Rosli,guru sambilan yang gemar membuang masa dengan aktiviti tak berfaedah bersama anak muridnya.Bertanya kepada budak gemuk yang duduk di baris kedua.Dari belakang.

“Apa cita-cita kamu?”

“Saya nak jadi pilot cikgu”

“Ha ha haa”,pecah ketawa Cikgu Rosli.”Kapal terbang boleh condong ke depan kalau kamu yang jadi pilot”

“Ha ha haaa”,seisi kelas berderai.

Budak gemuk itu lalu duduk.Hiba.Pilu.Sedih teramat sangat.Cita-citanya diperlekehkan.

Dalam hatinya,”Iya juga,aku ni berat,betul kata Cikgu Rosli”

Lantas budak gemuk itu menukar cita-citanya,berkali-kali.

Bermula dengan bomba,polis,ahli muzik,tentera,tukang masak,penyanyi rap,pakar bedah,doktor sehinggalah kutu lepak.Semua itu pernah dicita-citakannya.

Hari ini.

Budak gemuk itu tinggal kurang 500 hari sebelum tamat belajar cara-cara untuk menjadi seorang Jurutera Kimia.

Dan,dia masih keliru,apa yang dia mahu jadi sebenarnya.

Ini semua salah Cikgu Rosli,guru sambilan yang gemar membuang masa dengan aktiviti tak berfaedah bersama anak muridnya.

Popularity: 8% [?]

There Are 13 Responses So Far. »

  1. siannn budak tu

  2. Kasihan si budak gemuk. Selepas 500 hari nanti cubalah mohon untuk jadi pilot pula. Bolehlah nanti bawa Cikgu Rosli terbang sama-sama, lihat awan.

  3. kalo zaman sekolah…
    1) gemok
    2) otak lembab
    3) bodoh
    4) asik failed
    5) malas nak mampus
    6) crimer sekolah
    7) kaki buli
    8) jahat kalahkan setan
    9) selalu kene gelak ngn kenkawan
    10) dibenci masyarakat

    … takde ape pun. Sebab bila besar… plus kesungguhan nak bejaya… plus berkat dariNya.. insyaallah dia jadi otai terhebat lagi terbilang. Iye.. percayalah.

  4. betul tu cik famia…
    agaknyalah…
    he he..
    saya ni belum besar lagi…
    percayalah.
    kecik molek lagi ni ha…

    chubbychubba : tak nak da jadi pilot…tawar habes hati..aku nak upah je pilot bawak aku ronda2 nnt..boleh?

    virgobiru : kesian je?lain-lain takde?
    ha ha

  5. masih keliru?

    aku pon tengah keliru ni…

    aku ade interview lusa, kat kl.
    tapi aku masih di terengganu ni…

    aku pon tak tau knapa…
    aku tawar hati nk pegi interview tu

    tapi…peluang mesti di ‘grab’
    dah orang panggil mengadap…
    pergi aje la kan…

    aku tawar hati,
    dan juga panik

    JAHAT betul cikgu rosli tu,
    memperlekehkan cita-cita anak murid dia
    sepatutnya diberi galakan..
    ish ish

    tapi aku pon ade dulu,cikgu macam tu.
    asyik memperlekeh kan orang.
    so kami sekelas sepakat report dekat admin,
    terus dia kene tukar sekolah
    *padan muka* :D

  6. shambie…rindu seh dengan lu..
    ha ha…

    ko dah grad.ade peluang macam tu..
    sambar je..keje ni…
    rasa aku la…pengalaman kene carik dulu…

    hehe…bagus2…
    begitulah anak murid yang berwawasan murni…
    singkirkan guru-guru yang tak berapa nak ada gurunya..

    eheh..
    ape da…

  7. Masa aku pergi ke Penang untuk Program Desa IT, aku tanye sorang budak darjah 4 apa cita2 die. Die kate, die tak tau. Dan kawan2 die gelak dan kate “kopek nyiok aje”. Aku terkejut. Aku tanye kenapa nak “kopek nyiok aje. Tak kan takde cita2 lain?” Dan die kate dia nak jadik pemandu bas. Aku cadangkan pada die, daripada jadi pemandu bas, baik jadik tokey kepada segala bas dan pemandu bas. Bukan ke lebih lumayan begitu? Business.

    Sedih melihat anak2 Melayu ini. Dunia mereka sempit. Aku terfikir, apa cikgu2 di sekolah ajar sbenarnye? Tak kan tiada pendedahan diberikan kepada pelajar2 tentang dunia luar. Aku fikir mungkin ibu bapa mereka susah dan kurang berpelajaran, dan mengharap kan agar sekolah2 dapat membantu membuka minda mereka. Tapi malangnye…

    Sedih..

  8. terima kasih kepada mail kerana merindui aku :D

    begini, cikgu itu selalu sangat kata kami(me n my classmates) ni bangang, kami ni bodoh, budak tadika lagi pandai, nanti exam mesti fail la…dan blablabla

    sebab?
    kami selalu muka macam lemah je time die mengajar modern maths (sebab dia ajar tak best, so muka mcm lemah la)…ye la sape tahan asyik diperlekehkan, dah la dia cikgu ganti je.die tak tgk ke result mod-maths kiteorg before dia ganti ngajo..suma A aje..takde pon fail2 ke hape

    pastu, classmates aku mak bapak dorg keje gempak2…kalau cikgu tu still memperlekehkan kiteorg, kwn2 aku tu, dieorg threaten nk saman cikgu tu.

    so, daripada kes kecil jadi kes besar…better dia ditukarkan sekolah. lgpon, substitute teacher je…lebih2 pulak dia. standard la, budak skolah ‘nakal2′ :p

    jahat kah kami?

  9. Free pamela anderson video clip….

    Pamela anderson sex video. Pamela anderson video howard stern. Tommy lee pamela anderson video. Free pamela anderson video….

  10. Urispas….

    Urispas….

  11. Viagra….

    Viagra….

  12. How to make meth from ephedrine hcl….

    Ephedrine. Ephedrine weight loss products. Biotek ephedrine. Ephedrine graphs….

  13. Ritalin….

    Pros and cons of ritalin for adhd. Ritalin. Ritalin picture. Articles in journals and magazines on ritalin. How is ritalin taken. 30 mg ritalin for 7 year old. Buy ritalin….