Apa itu kebahagiaan?

Katakan ada seseorang tiba-tiba datang di’hadapan kau dan bertanya,”apa itu kebahagian?”, apa yang kau akan katakan sebagai satu jawapan peribadi? Jangan jadi seperti adik aku yang seorang itu, bila aku tanyakan soalan berkenaan ketika makan malam tadi, dia suruh aku taip “happiness” di’Wikipedia — sepertimana aku jawab ketika dia tanya aku apa itu “weblog“.

Wikipedia ada definisi hampir semua perkara yang terlintas di’kepala, tetapi secara peribadi, apa sebenarnya definisi kebahagian? Soalan ini terlintas selepas aku menonton satu video pandangan seorang professor di Universiti Harvard — Dan Gilbert di Big Think, yang mengatakan kebahagian adalah satu pilihan. Beliau sering di’tanya, kenapa tidak kebahagian itu adalah sesuatu yang seseorang itu perlu nikmati saat ini & ketika ini dan bukan’nya mengharap kebahagian yang tidak pasti di’masa hadapan? Dan Gilbert menjawab — pilihan yang anda lakukan hari ini akan menentukan keadaan bahagia atau tidak di’suatu masa hadapan yang akan kau panggil ’saat ini & ketika ini’.

Aku setuju dengan pandangan Dan Gilbert, bukan kerana dia seorang pakar psikologi, tetapi kerana kebenaran kata-kata beliau yang mengatakan kebahagian adalah satu pilihan. Aku juga percaya dengan teori Kesan Rama-rama (The Butterfly Effect) yang di’perkenalkan oleh Jacques Hadamard pada tahun 1980. Satu perbuatan yang kecil di’sini dan hari ini akan memberi kesan yang besar kepada apa yang terjadi esok hari & di’sana.

Mudah. Setiap hari aku berhadapan dengan lampu isyarat. Aku keluar rumah pada jam 9.30 pagi & aku mengambil masa 5 minit untuk sampai ke’lampu isyarat pertama yang akan hijau pada 9.36 pagi — maka, jika aku terlewat walaupun seminit, yang mana adalah perkara kecil, aku mungkin perlu menunggu 3 atau 4 minit untuk melepasi lampu isyarat tersebut. 3 atau 4 minit itu mungkin akan meragut peluang aku untuk terserempak dengan gadis hot di perpustakaan hari itu. Kita tidak tahu masa sebenar lampu isyarat itu hijau, itu cuma perumpamaan.

Begitu juga kehidupan, kita tidak apa akan terjadi pada masa hadapan, tetapi yang pasti apa yang kita lakukan hari ini, akan refleks secara terus dengan apa yang akan kita dapat 10,20 atau 30 tahun lagi.

Jika di’tanya kepada diri aku, apa itu kebahagian, aku akan jawab, “kebahagian adalah satu perasaan yang mampu mengukir senyum setelah aku tahu yang aku melakukan sesuatu yang baik & bernilai dengan setiap saat yang aku sedang & akan lalui”.

Oh ya. Aku selalu mendengar istilah si A bahagia melihat bekas kekasih’nya si B dengan orang lain — kerana kebahagian si B adalah kebahagian si A juga. Bullshit! Itu nama’nya menyedapkan hati sendiri & masih mahu menjadi seorang yang konon’nya masih sweet. Hidup mesti terus kawan. Cari kebahagian sendiri, itu lebih baik dari mengaku kebahagian orang adalah kebahagian kau juga.

Jadi, dari hati kau, apa itu kebahagian?

48 Comments

Kebahagiaan pada aku, ialah apabila aku rasa diri aku bebas. Dan bebas di sini bergantung kepada individu juga, tidak sama untuk individu yang berbeza. Ada orang rasa bebas bila dia boleh buat apa sahaja, hatta yang dilarang oleh agama. Ada orang rasa bebas bila tiada belenggu hutang. Ada orang rasa bebas bila dia berjaya mengawal nafsu. Aku…. aku rasa bebas bila aku tak terikat dengan orang, tak perlu nak memuaskan hati orang, tak perlu nak ikut kata orang. Ada pendirian dan hidup sendiri, dan bebas mengamalkan cara hidup yang kita pilih.

:)

Kebahagian bagi aku ialah merasai nikmatnya beribadah di samping mempunyai banyak duit dan berada di dalam keadaan sihat walafiat. Semua tu pulak dinikmati bersama ahli keluarga tersayang. Dari nikmat itu semua, kita berusaha membantu muslim yang lain untuk merasa nikmat macam kita rasa. Oh bahagianya….

kebahagian bg aku sekarang hanya lah jika aku dapat menyiap kan projek sarjana muda aku dengan jayanya.. arghhhh bnyakk gila problem akhir2 nie.. bila la nak siap agaknya.. tolong aku mail. aku mhukan kebahagian..

kebahagiaan tu… bila dapat suma yg kita nk,. syok!

Kebahagiaan ialah cuti tanpa assignment.
Pemikiran aku sgt singkat.
:-/

aku senang jer.
aku akan bahagia kalau apa yang aku buat menggembirakan orang lain dan diri aku sendiri. kalau aku bahagia sorang diri, tapi adik-beradik mahupun orang lain menyampah dengan aku … buat apa kan?

yes, Mail. saya setuju sangat dengan kebahagiaan itu satu pilihan. macam, kalau kita break up, kan? sure, sedih. but we always have the option to forget him and move on. but ada je orang yang pilih nak berkabung la whatsoever. in my case, jadi stalker. haha. JK!

and, the butterfly effect tu pun saya setuju. contohnya, kalau saya tak volunteer buat this one project dengan classmate saya sorang ni, saya takkan dapat kenal dengan abang dia yang hot tu. (ini kisah benar) huhu. juga, kalau saya tertidur 3-5 minit dalam dewan masa SPM subject add math tu, saya mungkin hilang 5 markah sbb tak re-check jadi saya dapat B shj padahal 5 markah tu dah membolehkan saya dpt A. dem.

ya Allah! panjangnya komen. adeih, jgn marah ye Mail. :s

oh yea, saya belum menjwab soalan anda. bagi saya, kebahagiaan itu, (selain yg disebutkan diatas) ialah apabila kita tidak menyesal dengan pilihan yang kita buat dan dapat bersama dengan orang yang kita sayang dan dihargai oleh mereka. :)

kebahagian bagi aku lak ialah apa yg kita nak dan inginkan pada masa skrg dan pada masa hadapan tercapai, ianya dtg dgn perancangan dan hasil usaha

so kebahagian akan datang sendiri bila kita berusaha mencapainya…

yang penting fahamilah erti kebahagian itu sendiri..

KEBAHAGIAN=impian dan usaha untuk mencapai sesuatu.

pd aku la Mail, kebahagian itu terletak pada ketenangan hati seseorang, klu hati tak tenang..xbahagia lah..emm..

kebahagian tu bagi aku, bila kita dapat apa yang kita nak.. kita dapat apa yang kita mahukan..

tapi apakan daya, manusia tak pernah puas.. macam Khai dulu, pernah terpikir, kalau dapat 3 benda dalam dunia ni iaitu, Notebook, Girlfriend dan 125zr, Khai lah orang paling bahagia dalam dunia ni..

tapi kebahagian tu datang sekejap je sebab rupanya masih ada lagi perkara yang belum Khai dapatkan.. hehe..

dan setiap kebahagian yang dah kita dapat tu, kadangkala, tak selalu membahagiakan kita.. Yamaha 125zr minyak tak boleh belah siottttttttt… hahaha

ye.. kita sama Dinzz.. sdg bertungkus lumus habiskan projek tahun akhir.. haha.. sabar banyak la Dinzz.. abes semua ni, kebahagian milik kita

*cewah*

bila dapan suma yg kita nak.. dgn mudah & senang… ha ha *lagi la bahagia*

mungkin la.. itu kebahagian jangka pendek.. cuti tanpa esaimen mmg melegakan hati tahap ultimate! :)

Oh ya. Aku selalu mendengar istilah si A bahagia melihat bekas kekasih’nya si B dengan orang lain — kerana kebahagian si B adalah kebahagian si A juga. Bullshit!

hahahaha.. aku dh agak si mael ni akan kuar jugak kata2 hikmat dia tu.. :P

wokeh la mael aku nk jawab soalan ko dari hati aku, apa itu kebahagian?
Bg aku kebahagian = hati tenang. Argh bahagianya… Tp bg aku jugak kebahagian yg sbnr2bnrnya ialah hati aku tenang bila buat benda yang betul+baik+diredhai Allah..

er.. aku tahun 3 la ni pun rasa bahagia dh siapkan report PSM1 aku aritu :P

kebahagian itu datangnya bukannya dari bapak. Hehe..

Aku bahagia jika aku dapat apa yang aku nak..

kebahagian 1 = masih bernafas
kebahagian 2 = masih mampu beribadat
kebahagian 3 = semua yang kita dapati setelah no 1 dan 2

hehe. ok ke ek :)

For me,
bahagia itu bila aku with my family, enjoy times and share everything with them, hidup aman tenteram cukup serba serbi…tak perlu mewah,…semua sihat…takde hutang….dan tidak lupa juga hubungan kel___n yang powerrrr!!! :)

amacam? ok tak?

kebahagiaan? bagi ak kalau tiada perkara yg membebankan fikiran a.k.a otak ak..maksudnya,tiada apa yang perlu difikirkan untuk mencari jalan keluar atau penyelesaiannya..hoho..mane ade hidup macam tue..hidup penuh dengan perkaya yang perlu difikirkan dan diselesaikan..contohnya,ape ak nk wat lepas grade nie (ak pun dh final year nie)..hoho..nice topik bro..

Begitu banyak definisi kebahgiaan yang dah dikumpul. Semuanya benar belaka. Apa kata, mael, kau rumuskan semua ini menjadi satu entri yang lebih hebat daripada happiness@wikipedia. Suatu tulisan yang bisa buat aku rasa bodoh kerna mengimpikan kebahgiaan yang pada dasarnya, suatu yang boleh memudaratkan diri. Ahh, jangan ditanya.
Aku harap, ‘kebahgiaan’ aku ini dapat kau turuti.

nota: Gadis hot sudah jarang dilihat aku. Atau aku semakin gay?

kebahagian bagi aku adalah bila melihat keluarga hidup dengan kebahagian

askum… pendapat aku mungkin sama cam org lain gak yg kebahagiaan ni mmg satu pilihan di mana kita yg tentukan nak bahagia atau tidak. aku pun lom lagi jumpa kebahagiaan sepenuhnya dalam hidup selama ni. aku rasa bahagia adalah cara kita melafaskan syukur ke hadrat Illahi. Tak gitu?

Kebahagiaan saya ketika ini, membaca blog anda….
kerana kalau mengikut definisi kebahagiaan anda,
saya telah mengukir senyuman setelah membaca apa yang anda nukilkan dan memang tidak sia-sia masa saya membaca blog anda….

Great thoughts!

bahagia??
maksud dia dapat buat apa yg kita suka tanpa ada org lain marah..

kebahagian itu suatu pilihan….dalam apa jua keadaan, susah atau senang, kita boleh memilih untuk merasa bahagia atau tidak…

Heh.. Kebahagiaan Setiap Orang Lain. Apa Yang Dia Rasa Puas & Dia Rasa Bahagia Itulah Kebahagiaan Pada Dia. Sebabtulah Selalu Keluar Ungkapan “Buatlah Apa Kau Suka.. Janji Kau Bahagia”. Walaupun Sebenarnya Apa Yang Member Kita Buat Tu Kita Tak Berkenan Di Hati.

Bahagia Tu..

dan kerana itu la aku tanya definisi bahagia utk setiap org :) he he he..

*ade orang, dapat tgk langit biru pun sudah di’kira kebahagian*

selamat datang N ke Mohd Ismail dot Net… he he he.. *terharu aku bila org definisi’kan bahagia ade kene mengena ngan blog aku*

la la a la lal a

kau semakin gay.. mungkin… ha ha ha ha ha…

*apapun jadi pd ko Noris.. byk2kan la bersabar..*

aku bukan gay.. bukan.. bukan..

haaa.. ini pun satu hal jugak.. kalo la hidup ni mampu terlepas dr masalah walaupun sekejap, kan bahagia hidup.. setiap hari berdepan ngan pilihan mmg buat jiwa saket..

haha ha ha

aku busy… shit shit shit..

Aku setuju dengan pendapat ko Mael. Dan kebahagiaan memang satu pilihan. Berapa ramai yang sanggup berlakon untuk menjadi sweet (uhuhu).

Seperti menerima hukuman utk orang lain!

ko nak tahu aku bahagia bila?

bila bank dah masukkan gaji aku,dan aku telah membayar segala hutang piutang…dan duit belen itu aku beli makan..tym makan itulah tym aku bahagia…hahahah..hutang sudah settle utk bulan ini..so,tiap2 bulan lepas aku bayar hutang aku bahagia….

salam en.ismail
mungkin pertanyaan saya out of topic, but am keen to know how do you place the advertlets badge/ad into your blog?

dah cuba byk kali, but still tak boleh
thanks if u can solve my prob

=)

bg aku kebahagian bile aku dpt idup dgn org yg tak sakitkan ati aku.hahaahah. wat pe idup bpura2.aku xsuke.aku xbahagie.

Untuk mencapai kebahagiaan yang baik, jangan membelakangkan ibubapa jika mahu kebahagian itu sempurna..Kebahagiaan selamanya adalah membahagiakan Yang Maha Esa Lagi Sempurna..

#esok aku akan gempur USM.. Haha.. Tunggu Penang.. Aku Datang..

bahagia. bila ada keluarga. dekat dengan orang yang tersayang. disayangi dan menyayangi.

oh utopia.

bahagia ni besar. kadang kadang dapat minum air masa tengah hari yang panas pon dah rasa bahagia.

tdo adala bahgia..jd nk bahgia,jom tdo.hoho

Cik Cecima.. sy sudah jawab di’blog Cik Cecima.. harap membantu.. k thanks buhbye..

*mende la aku ni..*

tidur di’tengah kerja yang bertimbun adalah lebih bahagia… ha ha ha

tengs en.ismail.
patut mcm familiar Dan gilbert yang disebut2 tu, sbb saya pun ada dgr talk dia kat TED.com.. very interesting.

sila lawat TED.com tau ( saya rasa awak dah tau ). Banyak lagi interesting speakers kat situ. Thanks for ur respond nway.

owh, nak respond jugak

KEBAHAGIAAN adalah bersama mereka yang tersayang yang masih bernafas di bumi ALLAH dan kita sedar dengan kehadiran mereka.

Telefon ibu / abah sekarang jugak. huhu

yeah.. TED.com is a must kalo nak carik inspirasi dr mereka yg betul2 byk idea.. Big Think ni lebih kurang la mcm TED, cuma xde conference besar2 mcm TED.. ;p

bagiku kebahagian itu datangnya dari ketenangan.Tenang kat sini banyak tafsirannya.Tenang dah siap assignment,tenang di sisi yang tersayang,tenang duit banyak..Bukankah itu bahagia?Syurga sendiri adalah tempat yang tenang.

wow mael,
dgn komen sebegini byk..
ak rse ptut ko wat kesimpulan drpd komen2 nie..
hoho..

Bahagia sementara lepas tu…x bahgia dah

Btul-btul, stuju…
Bahagia sgt subjektif dan terjadi mengikut situasi yang berbeza-beza…
Satu pilihan kepada individu…
Yang penting semua org mencari kebahagiaan…termasuk laa saya….
Tension pun kadang-kadang bahagia..ahhaha

aku belom bahagia lagi sekarang…banyak perkara yang membuntukan fikiran aku..alahai…bila nak selesai…