Megan Fox memang wanita paling seksi & hot dalam dunia. Tetapi Michael Bay telah menjahanamkan fungsi asal Mikaela sekaligus imej Megan Fox dalam filem terbaru Transformers.
Malam tadi aku menonton tayangan lewat malam Transformers: Revenge of the Fallen dan aku akui ada sedikit perasaan kurang senang dengan filem terbaru ini.
Terutamanya tentang watak yang di’bawa Megan Fox. Dalam filem pertama, Mikaela adalah seorang gadis yang turut sama menyumbang tenaga bertempur dengan puak Decepticons.
Namun malam tadi, Mikaela tidak ubah seorang gadis yang mengada-ngada mahu mengikut kemana sahaja Sam pergi. (Dan, dahagakan ungkapan ‘I love you‘. Come on.)
Banyak kali dalam scene mereka berlari dari kesan letupan aku bayangkan Mikaela tidak wujud. Lebih senang mungkin untuk Sam berlari & lebih cepat sampai ke ‘mayat’ Optimus Prime.
Dari segi jalan cerita, buah tangan terbaru Michael Bay ini terlalu banyak lubang & persoalan. Fight scene terakhir antara Prime & The Fallen berakhir kurang 30 saat.
Mungkin Michael Bay kejar masa mahu siapkan filem ini tetapi Michael, aku boleh tunggu setahun lagi kalau kau perfect‘kan scene terakhir itu.
3/5 bintang dari aku & tolong jangan ulang lagi apa-apa scene yang menunjukkan robot ada selera dengan Megan Fox. Tak kelakar.
Comments
24 Comments so far. Leave a comment below.robot ada selera ngan Megan Fox? Haha. Pelik2.
Aku tak tengok lagi. Tunggu masa jer. Ataupun, just torrent. Haha.
ramai orang cakap macamtu.. tapi aku takleh nk komen banyak-banyak sebab belum tengok lagi. *aissh geram nye* tempted sangat ni weish nak tengok Transformers 2 ni, tapi sini takda panggung laa pulak. alahai~
aku tak dpt tgk lagi transformers ni.. tiket sold out utk seminggu sejak hari 1st tayangan.. :( tp dari komen2 yg aku dgr termasuk komen ko, tak rasa rugi pon tak dpt tgk tranformers ni awal2 kan? :D
Kat internet dah banyak gambar megan fox naked…
@aman filem ni masih berbaloi tuk ditonton kat wayang :) cuma x meet expectation..
@shambie meh turun kuantan :) ha ha.. sila la tgk, dan boleh komen banyak2 lepas tu
@mrkay yep.. tp mlm td panggung still fullhouse :) belakang aku dua baris satu family cina..
robot tu mcm “mini me” Austion Power.. how pathetic..
itu la pasal.. Masa nengok cerita tu aku dah bisik ngan kawan aku…
“apejadah megan fox duk menyibuk nak ikut sam tu lari.. buat sam susah je nak sampai. lari dah la tergegeh2.. oh perempuan!”..
hehehe..
Transformers lagi best.. yg second ni, hurmm.. boleh boleh saja…
p/s: megan fox dulu pun berjuang tolong bawah lori ntuk tarik bumblebee je kan.. uhuhu..
p/s lagi: Mael, megan fox seksi je tapi x lawa.. skang lawa skit sbb dah buat plastic surgery… wajah asal dia, lawa lagi lisa surihani…
dan terbaru, kecoh orang kata dia tiru Angelina Jolie.. mmg betul pun.. tatu, pakaian, rambut, bibir etc.. dan terbaru nak membintangi Tomb Rider menggantikan Angelina Jolie sakan.. haish!
at least ade la keje Megan Fox yang signifikan :) kali ni langsung..
http://photos.tmz.com/galleries/megan_fox_high_school_pics#41330 – aku rasa Megan Fox memang cun dr high school lg..
Megan Fox vs. Angelina Jolie, still Megan Fox..
nama watak Megan ialah Mikaela.
TROTF agak kurang humour2 nya.
aku rasa banyak babak lawan terpaksa dikurangkan. 2jam 30 minit mungkin agak lama.
aku lebih sukakan aksi dalam filem Terminator Salvation yang rasanya lebih kemas dari TROTF. banyak sangat robot buatkan aku jadi pening
Terminator Salvation buat aku tertido :) sama dengan Star Trek.. transformers kali ni mmg panjang ceritanya.. tp kurang berisi.. yang ke-3 michael bay kene hati2 pick script writer..
at last. review yang alternatif.
Mail mmg selalu lain dr lain..
tp still hot… he he…
sokong kata² kau mael.isabel lucas/alice berjaya mencuri tumpuan aku.
Mase robot tu buat adegan, ade budak kt sebelah tanye ayah die, kenape robot tu buat mcm tu? Aku perasan ayahnya kurang senang.
Menjahanamkan mentaliti budak2.
Bintang 2.5/5 cerite bodoh, tp CGI lawa.
sebenarnya part robot tu pn aku tak suka,tapi aku taknak la cerita kat blog aku…
takot orang yang tak tengok cerita ni lg gelar aku spoiler,hehe
cantik sangat dia nie???
biasa aja
seksi aja lebey
3 bintang aja mael….
lagi 2 bintang ko smpan mn???
mana ko hilang daa.. blog lame hilang..seb bek muncul kembali.
blog ni merajuk.. ha ha :) xde la.. bereksperimentasi dgn Tumblr jap.. tp xbest..
yeah ismail dah kembali,ingt ko dah tak buat dah..
nasib baik ak blum padam ko puyer blog..
welcome bro..
owh thanks :) biasalah darah muda mcm2 nak cuba.. tp still Wordpress the best la.. he he
haha. mungkin aku layan torrent.
alah tau nak komen ja tapi malaysia blum tentu dapat buat film mcm 2.daripada kta nak komen filem org lbih baik kta tgok film negara kta yg asyik2 cinta ja
apa2 hal pun aku suka lakonan Sam sejak dari Indiana Jones lagi. Expresi muka die power…
kebanyakan cerita melayu mmg x best. Kecuali yg membabitkan afdlin cam Buli dan Sepi. Setanding blockbuster.
apa2 hal watak sam memang bagus….