Dalam tempoh 48 jam ini, nama Norman Hakim tiba-tiba menjadi lebih champion berbanding Khairy Jamaluddin & Barack Obama.
Jutaan rakyat Malaysia menekan keyboard dengan nama Norman Hakim. Jika Norman Hakim adalah produk kesihatan lelaki yang peling di’kehendaki, pasti kaya sudah siapa yang menjualnya.
Dari menjadi stereotipikal yang meletakkan kesalahan 100% ke’atas Norman Hakim, apa kata sebagai penulis blog kita ambil sedikit pengajaran dari apa yang di’lakukan oleh beliau & aplikasikan ke’atas blog yang kita miliki.
Satu Tidak Pernah Mencukupi
Jika sekarang anda hanya mempunyai satu blog (sahaja), sampai masa untuk anda bangunkan blog lain kerana kita boleh mencuba sesuatu yang baru. Gaya penulisan & permainan blog kita tidak akan statik & nampak sehala. Ilmu menulis blog kita juga akan bertambah selain meningkatkan kredibiliti kita sebagai penulis blog yang versatil.
Sayang Blog Tinggal-tinggalkan
Ramai kenalan rapat Abby Abadi tahu yang Norman Hakim tidak pulang ke’rumah sekerap dahulu. Tidak’lah boleh kita katakan yang Norman sengaja berbuat begitu. Jika kita mahu meningkatkan mutu blog kita, pastinya kita perlu makan ilmu dari blog-blog lain selain menumpukan perhatian kepada blog tulisan kita yang lain. Itu tanda kita sayangkan & mahukan yang terbaik untuk blog kita.
Menulis Blog di Tempat Yang Betul
Yang ini Norman Hakim silap lakukan. Berada di’pejabat mungkin senang untuk keluar dengan alasan buat Norman, tetapi mudah juga untuk kantoi. Jika anda ingin menulis blog, elakkan Blogspot atau Blogdrive atau mana-mana penyedia blog percuma lain selain yang berteraskan Wordpress. Anggap sahaja Wordpress adalah suite mewah hotel 5 bintang dan yang lain adalah Ah Kow Motel, dan dalam kes Norman Hakim — pejabat sendiri.
Terima kasih Norman Hakim. Komuniti blog Malaysia terhutang budi dengan anda.
*Sarcasm Ended*
Comments
60 Comments so far. Leave a comment below.nampaknya bekas inspektor polis ini juga buat hal..haeh!
Wah.. very nice post..
Norman Hakim = Penulisan Blog
;)
[off-topic] PeCo, iklan ko off 24 jam sebab image hoster down.. aku tambah sehari dalam pakej ko.. =)
*still manusia biasa yg xleh nk tahan nafsu dgn akal waras*
aku kurang faham. dalam erti kata lain tak dapat tangkap. Ehm..kene baca 2-3 kali nih..
siot jer!
warrghh.. wahahaha
hahhhaa, mail ko mmg sarcastic..ekekeke..
hari ini meletup due2 blog beb!!
wah.. sarkastik jugak ko yer.. menyentuh isu ini tanpa menaikkan kemarahan bdk2 muda.. sbb diorang mesti susah nak paham.. haha
wah hahahaha…SEO ni beb…hehe
kalo ade peruntukan lebih nanti aku pn nk berpindah dari ah kow motel ke hotel 5 bintang la jugak..
THUMB UP! MohdIsmail memang tak pernah kering idea untuk menulis entri berkaitan isu semasa dengan gaya yang sangat unik! :)
Pandai la ko Mail mengeksploitasikan keyword Norman Hakim
cehh kat google kau di tangga ke 9 selepas murai, syokkahwin, mangga online dan beberapa web yg xdikenalpasti….cehhh skali lg untuk kau
bravo mael!~ haha.. cemerlang sungguh ko.. otak ko mmg tip top.. ni yg aku rasa nak curik otak ko ni.. haha..
tp point2 ko mmg boleh diguna pakai.. tetiba aku rasa seperti dipuji.. haha.. terutama part “sayangkan blog tinggal-tinggalkan”.. haha..
yeah, cepat cari madu untuk blog anda.
lebih byk blog, lebih bagus, lebih niche.
haha
aku suka yg last part tu.. about wordpress n blogspot.. hahaha.. nice sarcasm.. Pedas..!!!
Tambahan:
Kalau kita rasa blog kita yang dah bertahun kita bela mempunyai follower yang sangat ramai..apa kata kalau kita cuba dengan blog yang baru utk test market kita. Kan..?Mana tau blog yang berikutnya yang baru suam2 kuku tu..boleh jadi popular sama mcm blog kita yang pertama..
Entri Terkini Di Blog: Lelaki Nak kahwin Dengan Anime?
sedapnye hakim dapat rase ayam muda……nyam2
sian kat abby
Tuh bukan Marsha AF ke? baik ko tulis siapa itu Memey? aku tak kenal pon pelakon tu
aku tambah 1 lagi
Ketenangan itu penting
-waktu yang ideal untuk menulis dan meng-update blog ialah seawal jam 3 pagi wakaka sarkastiknya
@rjuna kat OHBULAN!, ade banyak gambar Memey Suhaiza.. he he
@nikillas alang2 menulis secara sarcasm, bg betul2 kat muka.. baru best.. ha ha
@mrkay aku faham ko tglkan blog utk mencari lebih ilmu =)
Mael , entri yang seronok! . boleh pula jadi ini macam .
*bravo !
sungguh tidak kusangka norman hakim dan memey suhaiza menjadi begitu popular dijari jemari keyboard….
hangat juga artis-artis Malaysia ni ea.. top keywording gak..
tiap kali entri ko tulis, semua dapat SERP tinggi2.., traffic sempoi
kesian kat abby, dalam pantang lagi tuh..mane tau kan nnti dia tinggal blog lame untuk “optimize” kan lagi blog baru dia.. :-)
rumah saya selalu je kena tinggal heheh
Tu la.. Bini Lawa2 Nak Lagi Lawa… Anak 3 4 Dah.. Nak Adil Bukan Senang…
wah..satu persamaan baru.Norman Hakim = Blog.serius xprasan.thumbs up!
haha…bleh lak ko kaitkan antara Norman ngan Blog…cantik.. :)
haha… memang otak mael..
penulisan yang menarik..
huhuhu . cara yang mantap dan berkesan ..
Memey tu muda lagi kan?Dah habis ke lelaki yang belum berbini sampai die nak cari suami orang gak?Haish.
kalau Norman hakim kau analogikan sebagai blog?memey pulak jadi ape ye mael?Haha
mail, aku kurg setuju dengan artikel ini. kerana aku rasa hang telah sprt memperbodohkan dan memainkan isu rumah tangga org dalam sudut yg bg aku tak leh diterima. harap ko pikirkan. aku harap ko pikir dr sudut yg betul, bukan brp ramai yg setuju dgn cara sarkastik ini. aku rasa sprt menghina norman wlpn mgkn dia yg salah, tp cara sarkastik ini terasa spt kurg ajar. norman hakim buat tak betul, kita jgn buat tak batul juga, wlpn dlm cara berblog scr sarkastik
@krctkhet itu la sarkastik.. kurang ajar & tajam.. tiada sopan dalam sarkastik..
ini pun ada 2,3 point aku tarik dr draft asal, kalo x, mesti ko da maki hamun aku..
dan lagi satu, aku punya kadar toleransi yang rendah dgn org yg bermain kayu tiga walaupun Islam benarkan poligami.. kalau nk beristeri dua, buat dgn gaya betul…
haha bes gile sarkastik ko! bes bes!
Ader Orang Cakap Waktu Time Skolah² Dulu, Muke Aku Cam Norman Hakim. Betul Ke ??
ahha…penggunaan keyword yang cool…sekali tembak banyak yang kena..dari norman hingga ke pengguna blogspot..
yup..memg itu sarkastik.. dan memg ko tak suka org main kayu tiga.aku pun. tp d problem is not the kayu tiga atau kes norman.. tp cara kamu gunakan sesuatu isu tu. aku tidak akan memaki hamun, aku hanya mahu menegur, kamu dan aku bukanlah baik sangat kan? sekrg kes norman masih belum selesai, dan kita tak tahu sejauh mana silapnya norman atau emosinya abby. lagipun mereka ini adalah manusia yg ada harga diri, mereka jual harga diri mereka tidak menghalalkan kita mengkritik sebegitu rupa. itu maksud aku. tp kalo ko nk firm dgn ko nyer prinsip ini, suka hati. aku tetap rasa sgt menghina, wlpn yg kena org lain, tp aku agak tersinggung dengan cara isu ini diulas..maaf. terima kasih kerana ambil hirau pandangan aku sblm ini… juz ingatkan je, mengkin ko kata ko bleh terima org kritik ko di blog mereka pd hari ini, tp mungkin nanti ada isunya yg agak sensitif bg ko, org lain kritik ko pd hari yg lain, boleh menyinggung perasaan ko. pikirkan ni je, cukup.maaf sekali lg
waahhh….trying to attract more traffics yerr… hehehe… bijak…bijakk…. nak tiruuuuu… ahaha
haha aku suka yg ini “Anggap sahaja Wordpress adalah suite mewah hotel 5 bintang dan yang lain adalah Ah Kow Motel”
ko mmg sungguh detail. haha
no komen..mael ada pandangan dia sendiri, dan krctkhet (susah tul nk bc) punya pandangan pun ok jugak, tp apa yg penting yg baik jdkan pengajaran yg buruk jdkan sempadan dan sekarang ni jgn gi sempadan siam kat golok sana, bahaya walaupun kat sana banyak Ah kow motel yg selamat dr pencegah..hehehe..
inilah artikel paling kreatif yg pernah aku baca..ko memang seorang penulis yang mempunyai identiti tersendiri….syabas mael
o0oo…usm jugak ke? sila beri tunjuk ajar~ … gaya penulisan yang bagus…kagum!
huhuhu …. aku bersetuju dengan ko “kita” , ko memang kreatif .. pandai ko guna keyword semasa …. :)
Aku masih sangsi lagi kes ni sama ada sengaja atau diperangkap ho ho tapi apa pun gasak diaorang ahhh aku still suka kat sarjan misai tuh
ekeke..sian aku kt inspektor gerak khas nih..
dh ada bini pi tibai bini dah la..
xcukup sorang plak.
guna sensaoil ke ape..huhu
Wah, inilah yang dinamakan berfikir di luar kotak! :)
1 cabang pemikiran yang bagus.. huhu..
hmm, norman hakim kena buat blog ni, citer pasal mael plak, kui kui
norman hakim buang tebiat.
ismail, cepat update lain.
norman hakim kene tag ngan mael ke ni?
jawab cik mat nor hakim
krctkhet,smuanya kerana .. google = yahoo = blog = adverlets = dollar = traffic = duit = material = menulis = akal = niat = perasaan = nafsu = ikhlas = dia tidak kisah
menyedihkan bukan =_=
@tahumenahu artikel tulisan aku yg ini tak menyumbang banyak dlm trafik aku.. artikel copy paste di OHBULAN! lebih lumayan buat aku…
hehe..aku layan gaya penulisan ni!!
Norman Hakim tu ada kuota lagi 3, bila Abby ‘flush’ he get lust. Lelaki ni nafsu tak macam perompuan. Dalam satu hari 30 kali teransang, pompuan tak camtu. Sbb tu lelaki boleh kawin 4. Tapi kena adil. Dalam bab Norman ni, dia gelojoh. Pujuk la bini kau tu pelan2. Ni tak, pompuan mana yang tak marah. Bangang punya Norman!!
ps:teringat kata2 Dato Aziz Satar kat Kuswadinata dalam Seniman Bujang lapuk ahak..)
haha rmai btl otai im yg guna keyword norman hakim utk tarik trafik..hehe
jikalau begitu hanya -niat- .. tak ader apa-apa cuma membalas komen kritcet .. owh satu lagi blog mmbwa pulangan lagi hebat yer,selamat maju jaya
wah….wah….wah…..
Sambil menyelam minum air nampak……
aku x setuju ngan point ketiga bro.hehe . Blogger kira ok da sekarang.
Biar di mana hosting kita guna, yang penting kreativiti dan ilmu berblog. Contoh blog blogger cam dilarang-melarang.blogspot.com . Kira tahap yang tinggi da tu.
so so nice..
haha`..