Semalam TechCrunch membuat liputan tentang satu perkhidmatan web (web service) yang membolehkan kau menyemak samada username yang kau pakai masih available di 68 laman web yang memerlukan username. Agak kool tapi aku tidak pernah dengar kebanyakan laman web yang tersenarai.
Apa sejarah username aku?
Username pertama yang aku gunakan di’internet adalah eastmail14. Terang & nyata aku cipta username ini ketika berusia 14 tahun. Satu-satunya laman web yang aku gunakan username ini adalah Yahoo! Mail. 9 tahun dahulu tidak ada kegilaan internet seperti hari ini. Nickname aku di #mirc juga sentiasa berubah-ubah.
Malang’nya username tersebut hanya bertahan 6 tahun sebelum aku tiba-tiba kehilangan akses ke Yahoo! Mail ketika berusia 20 tahun. Aku tidak tahu mengapa dan sebagai menyambung ‘tradisi’, aku cipta username eastmail20. Dan, username ini juga aku daftarkan hanya untuk Yahoo! Mail.
Aku menggunakan nama eastmail dengan kerap di’awal penulisan blog aku. Di Blogdrive & Blogspot terutamanya. Ketika itu menukarkan ‘is’ dengan ‘east’ aku rasakan kool sehinggalah aku membeli domain MohdIsmail.com pada tahun 2006. Aku mula menggunakan username mohdismail secara berleluasa.
Antara profile aku yang menggunakan username mohdismail;
Friendster – http://www.friendster.com/mohdismail
Twitter – http://twitter.com/mohdismail (Follow Me!)
Digg – http://digg.com/users/mohdismail
Flickr – http://www.flickr.com/photos/mohdismail
Aku tidak mempunyai banyak profile di ‘laman web 2.0′ terutamanya rangkaian sosial. Kebanyakkan rakan lama & sekarang menggunakan Friendster. Tiada sebab untuk aku berpindah ke Facebook atau MySpace (MySpace? Eww..)
Jadi, apa sejarah username anda? Tinggalkan di’ruangan komen dan mungkin boleh aku lakukan kajian tentang pemilihan username di’kalangan rakyat Malaysia.
Comments
47 Comments so far. Leave a comment below.Ini sejarah username aku plak Mail (ko jgn gelakkan aku):
1. pasirlaut (untuk email hotmail)
2. airpasang (untuk email yahoo)
3. ombakmalaysia (untuk youtube ngan amazon)
4. mr_ombak (untuk YM ngan myspace)
5. bloggerman (nama omputih aku untuk business online)
6. weirdoux (email aku yang paling aktif – nama omputih jugak )
7. rohaizad (nama Melayu – balik ke pangkal jalan… :) )
Yang pastinya, kisah nama usename aku bermula pada tahun 1999. Atas tu semua mengikut turutan.
Lawak siot… semuanya banyak berkaitan dengan laut. Aku suka laut, mungkin itu juga antara sebab aku dilahirkan berbintang Pisces (ikan). wahahahaha~
@rohaizad tu dia punya banyak username.. he he =) bloggerman tu nampak kool.. *mmg ko org laut la..minat pi pantai?*
aku galakkan utk semua pakai nama sendiri sebagai username.. nampak kool! (at least utk aku..)
dari awal aku berinternet sampai kini aku tetap setia dengan nama menteil…
hehe…
sejarah?
apabila suatu hari aku melepak di rumah memberku, tiba2 memberku sound mak dia “mak.. nak singgit.. isi minyak moto”
maknya bentak dan seraya berkata “ah!!! menteil sungguh budak nie…”
wah!!! sangat cool bagi aku masa tu.. hehe
aku byk guna life4hire atau |1f34|-|1r3 jer skang ni…sbb aku nak wat identiti baru…kalau korang tahu identiti lama aku…hehe…abes la aku kat dunia ni..
Ha ..ha. Waktu kecik dulu suma poyo je pilih username. Dan besar baru le insaf sket…
akoo punya sejarah gak nickname dizaman letup2 inet era 97/98. hehhe. tp yg lawak (MySpace? Eww..). hahah. akoo pun punya masalah yg sama. xske myspace.
@menteil woah.. mak ko inspirasi kepada username ko eh.. =) kool!
@life4hire tu mmg boleh hire ke? kalo perempuan berkenan gak aku.. ha ha
@Jimmy kecik2 dulu nak nampak international.. skang ni pun ramai je.. ubah nama jd ejaan Inggeris mcm aku buat dulu..
@sweet thinker myspace mmg la bukan aku.. =) walaupun gadis2nya lebih kinky, itu yg buat myspace tempat yg jelik..
Aku punya sejarah ada dua nick name jer, sbb nama aku sama ngan ko mael.. aku pon meng’inggeris’kan nama aku:
masa zaman sekolah menengah dulu first2 guna issmile@usa.net sampai la usa.net jd berbayar.
pastu x tau nak pakai per, sampai terserempak ngan sorang gadis cun yg selalu buat aku debar.. jdla nick skang smaelz83.. tentulah 83 tu menunjukkan tahun aku lahir. Nak tau lebih lanjut pasal smaelz83 ni, bole baca kat blog aku.. haha..
@smaelz ko lg kool, letak smile ganti smail.. ha ha.. s***z tu mesti wakilkan nama gadis bertuah tu kan? da dapat no phone? he he
mesti la dpt no phone.. dia tu old skulmate aku pon.. hehe.. muka dia ada kat blog entry..
sejarah nickname aku sgt byk sampai aku pon dah tak igt.. haha.. antara yang aku igt..
1. Grant
2. Grant^Ant
3. Giant
4. surfboy99
5. mkmy
6. pok-cik
7. mrkaey
8. mrkay
9. kay em why / kmy
haha.. tuh yg aku igt la.. yg aku tak igt ntah brape byk lagi.. ni semua sejak zaman mirc 1998.. sedar tak sedar dah 10 taun kan? haha.. 10 taun bergelumang dgn dunia internet..
huih sejarah…subjek paling best..
byk sjarah ngarut jer..haha
banyak yang aku dah lupa pasal sejarah nickname aku. tapi antara yg aku ingat t-rex (mirc), laksamana (sejarah laksamana bentan, kota tinggi), dan akhir sekali semua berasaskan nama MEGAT.
MEGAT ada sejarah tersendiri apabila sultan johor yg agak sukar ingat nama betul aku memanggil aku dengan gelaran tersebut. ketika itu aku beberapa kali ikut bapa angkat aku (bapanya guru kepada ayanhanda sultan) menghadap di istana.
Yang menarik, panggilan tersebut juga adalah gelaran 6 sekawan ketika bersama berguru, aku MEGAT. rakan lain digelar TUAH, JEBAT, KASTURI dll.
aku guna ‘affuan’ jek. femes jugak. er.. femes ke? hahaha.
mase kecik2 dlu…minat wrestling..
so tak ingat la sgt ape username aku dlu..tp mesti ade kait mengait gak ar ngan wresler2 tuh…
dah besar skit,aku suke terbalikkan nama aku..dari blakang ke depan..
dan skrg..aku gune nama aku…mezzudden untuk yg rasmi dan thenthang/dendang untuk yg tak rasmi
doomsday_kane (e-mail yahoo dr dulu smpai skg)
pires007 (e-mail yahoo gak tp skjp je pakai)
bd_henry (jiwang.org)
bd_fabregas (byk sgt la)
username official aku skg samada doomsday_kane @ bd_fabregas
e-mail doomsday_kane tu dh bertahan sejak aku form 2 lg..
oh.. komen megat mengingatkan aku lagi beberapa nick yg aku penah pakai.. antaranye LE-Q, Lekiu dan hang-lekiu.. haha.. bunyik dan maksud sama tp ejaan beza..
aku mmg guna crime_genius86 mmg dari dulu.. hampir semua usernama aku pakai tu..
“ah!!! menteil sungguh budak nie” <– tp, si menteil ni mmg cool siot..
heh..cakap pasal username ni, aku ada banyak yang pelik
kambingbertanduk – yahoo mail
katakmeloncat – dcemail.com
kayutiga – yang ni aku lupa pakai kat mana
kalo chatting, aku suke guna pakai nickname ‘rotigoreng’
sekarang aku dah waras sikit…
hahaha
erk! Tak ingat sangat lah..
Sejak dari from4 saffa agak obsess dengan perkataan narcissus
YM Lama ; saffa_luv_narcissus
others: narcissuslover
tapi sekarang
saffa
saffawati
simplysaffa
;)
Tak pandailah nak berusername ni….
di awal pembabitan aku dalam internet ni, aku byk gunakan nickname “kays0308″ .. aku sendiri tak tahu kenapa aku gunakan nama itu..
tapi kini, janya 3 yg sering aku gunakan… “khai”, “justkhai” dan pastinya ” scukz” …
pssstt: aku paling x suke nickname seperti periuk, seliparjepun atau apa2 nama yang entah apa apa… hahaha
kalau aku, tak penah pun pakai nickname byk2.
yang aku guna just nama yg org selalu panggil aku:
syuxx
untuk tutup identiti pula http://hxppy.com/
nickname baru. oh, sungguh kool bukan ada nickname sendiri.
Haha
teringat zaman dulu2 .
computer_hacker = waktu aku di irc , circles99 .
Zaman aku suka akan remote-remote , ping-of-death dan kacau-kacau orang di network sekolah .
then asx or asxfryer , sampai sekarang . =) .
dulu masa aku darjah 6 (tahun 1999) aku menggunakan nama CK singkatan kepada Chef_Kin.. Kenapa..?? sebab ramai org kata muka aku sebijik macam muka chef wan.. haha.. then banyak dah bertukar.. Sekali aku jadi hardcore fan Harry Potter.. Maka aku banyak guna nama macam Muggle.. V3R1T45ERUM.. Horcrux.. Pastu rasa insaf sikit mula guna nama sendiri.. Perkataan nikillas ni sendiri ada sejarah.. Sejarah dari aku darjah 3 di mana aku main songsang nama ngan nama kawan aku.. haha.. nama dia Ilzab Damha Itnib Hahsia Itis.. Aku pulak Mihsah Nikillas Damha.. Huahahaha.. Panjang pulak komen aku ni..
mazin luriahk dhom..
nikillas, cool x nama aku bila diterbalikkan? hahahha.. macam2 la ko ni bro..
sejarah username aku (seingat aku lah) :
1) ghost_rider0711(yahoo mail) – aku minat komik ghost rider,mase tahun 98,99 mcm tu.
2) snake eater- aku minat giler game Metal Gear Solid sampai sekarang.
3) able_nightroad2000(Y.M)- able nightroad = satu watak komik jepun trinity blood(secare tak sengaje lepas dah pening cari username)
sekarang pakai M-I-N (first feedback yg aku dapat pakai nick ni “ingat ko pompuan”, dalam hati: what the…?) then,aku senyum je la.hahahaha
asal yg myspace tu ade eww plak?
XP
myspace adalah utk org yg menghancurkan Web Standards dan Structured Data.
@M-I-N serius.. aku pun ingatkan perempuan.. ha ha.. MIN tu stand for what? Mohd Ismail Nazaruddin? he he… *wild guess*
@ika sbb myspace adalah gay.. ha ha *no offend*
@khai mcm ade perkataan lurah bila nama ko diterbalikkan.. ha ha
username yang paling aku banyak pakai :-
zzarizi (singkatan nama penuh aku)
lain-lain
zool (nama depan..)
zolar ( peminat gianfranco Zola sedikit masa dulu)
itu yang utama je..
mael mael.. dari kecik sampai ke besar gajah, pemikiran ko still ada sedikit kuning…
hahahahaha… :P
liamsi …. hurmmmm… hehehhee.. liamsi? kool ngak?
Aku punya nick name juga banyak..dan kebanyakannya adalah menggunakan nama asal cth
dayat_jb
dayat83
hidayats
Kemudian aku ada beberapa username yang semakin pelik
zack_kie24
KaptenSBK
Dan aku pernah ada username paling panjang
noorhidayatsalman
sekarang ni, aku lebih suka menggunakan PakciQue dalam mana2 akaun..
saya tak banyak username, hanya ada satu je..hehehe iaitu melatiputih. Klasik dan jiwang walaupun saya tak jiwang.
aku agak banyak jugak hingga dah lupa. ada an_amari, siput sedut, gula melaka dan mcm2 lagi..last2 semua lupa dan yg tinggal hanya kooreen79 terus merempuh dunia online seorang diri..hehehe
mazin luriahk dhom.. khai.. mungkin kalau boleh gunakan nama ini jika kau ke Jerman.. Hahaha..
macam2 nama utk username blh pakai..awanberarak pun ok..cik mail blh guna iskaumail.com
mula-mula guna fahmi_zikmu untuk Yahoo!, tapi kena hack ID.
zikmu yang membawa maksud Muzik dan ini gara-gara menonton filem Yamakasi.
Then, pakai fahmishah. lebih simple
Aku Zaman Kanak² Gune Name Necromancer. Akibat Terpengaruh Dengan Game Diablo. Chatting Dalam mIRC Pun Slalu Gune Nick Ni. Tapi Sebab Panjang Sangat Kemudiannya Aku Pendekkan Jadi Necro Je. Cam Nampak Kool Sket.
Tapi Skang Aku Pun Nak Memartabatkan Nama Sendiri Macam Mail. Hehe.. Dah Jadi Trend Kan Guna Name Sendiri SKang Ni?
Mael La Ni Trendsetter Die Ye Tak? :D=
nak jugak name ismail tu……min itu nick aku yang org panggil.syaiful amin a.k.a amin @ min.
@min manalah tahu.. nama pun wild guess.. tp panggilan min mmg cam perempuan la.. aku ade kawan nama Noramin, kalo panggil min, mmg melenting la dia.. ha ha
@qai xde trend apanya.. lain la kalo org follow fesyen rambut aku.. ha ha..
@melati aku suka kalo org guna nama2 klasik ni.. melati.. kemboja.. putih.. kembangwangi.. nampak kool (kalo pompuan la..)
*bayangkan aku pakai nick kembangwangi… eww*
terlalu banyak username. ini antara yang terbaru. yang lama? biarlah berlalu.. :(
kalo aku lak-
spatt
spattt
spatt11
spartan
x lari jauh mane… :)
Saya suka sagat blog ni, tapi penat nak masuk. Kenapa saudara tak sediakan RSS Feed Burner supaya mudah subscribe terus ke email. Butang subscribe di bar atas tu tak function lah.
username…uhh
seingat aku lahh..first username aku adalah ravmonz..
aku terjumpe name ni mase main main dlm computer ..then terjumpe file RaVmonE.exe ( virus nihh)..aku cube apply dlm yahoo tpi x dapat ..ravmonz je lah..
Kini..aku bertukar kpd encikizzat yg lebih realistik dan lebih kpd alam realiti..heheh..
masa belajar dulu-dula suka nama yang pelik.
pernah guna nickname
’strennz’ – akibat minat dengan nama watak dalam novel (tajuk tak ingat)
tapi sekarang,
guna nickname
‘Mustaffa’
“mustaffayasin’