Apa Steve Jobs Ajar Aku Tentang Hidup Dalam 15 Minit
- 36
- Add a Comment
Aku terjumpa video ucapan Steve Jobs ini di’YouTube beberapa minggu lalu tetapi tidak punya masa untuk mendengar dengan teliti sehingga semalam pagi.
Ini satu ucapan yang aku akan simpan sampai bila-bila kerana ucapan ini memang sesuai untuk mereka yang baru mahu mulakan hidup selepas bergraduasi.
Jalan hidup Steve Jobs bukan stereotipikal. Beliau masuk ke Reed College & keluar selepas 6 bulan kerana merasakan tiada nilai untuk beliau terus belajar perkara yang tidak menarik hati beliau.
Akibat’nya, Steve Jobs merempat selama 18 bulan sebelum betul-betul keluar dari kolej tersebut. Tanpa tempat tidur yang selesa atau aturan makanan yang baik, Steve Jobs tetap survive dengan menjual botol Coke untuk 5 sen & makan makanan dari kuil setiap hujung minggu. Jauh dalam hati, beliau percaya apa yang di’lakukan adalah jalan terbaik.
You have to trust in something - your gut, destiny, life, karma, whatever. This approach has never let me down, and it has made all the difference in my life.
Steve Jobs memulakan Apple dengan seorang rakan ketika berusia 20 tahun. Dan, ketika berumur 30 tahun, Steve Jobs di’pecat dari syarikat yang beliau mulakan sendiri. Itu politik korporat. Walaupun kau yang mengasaskan syarikat tersebut, kau boleh di’buang jika tidak sebulu dengan mereka yang lebih besar. Tetapi, Steve Jobs tidak putus asa kerana beliau lakukan apa yang beliau suka. Tidak kerana wang semata-mata.
Sometimes life hits you in the head with a brick. Don’t lose faith. I’m convinced that the only thing that kept me going was that I loved what I did. You’ve got to find what you love. And that is as true for your work as it is for your lovers.
Dan, satu bahagian yang aku akan pegang sampai bila-bila adalah untuk hidup dalam acuan sendiri, bukan kerana mahu mengikut orang atau terperangkap dalam tuntutan sosial yang karut.
Your time is limited, so don’t waste it living someone else’s life. Don’t be trapped by dogma - which is living with the results of other people’s thinking.
Jika kau belum menonton ucapan Steve Jobs ini, aku sarankan — lebih-lebih lagi mereka yang masih muda remaja untuk kau luangkan 15 minit untuk mendengar pengalaman orang yang benar-benar berjaya mengikut acuan sendiri. “Stay Hungry. Stay Foolish.â€Â?

36 Comments
Affuan
June 27th, 2008
at 7:29pm
Aku dah dengar sebelum kau cakap lagi. Kepada sesaper yang belum dengar ucapan mamat nih, sila klik dan dengar baik2. Video itu lebih menjadikan korang itu manusia. Bukan setakat manusia biasa, tapi manusia yang berjaya. Huhu.
Mohd Ismail
June 27th, 2008
at 7:32pm
gimme five Affuan.. aku terlewat sikit naik bot.. ha ha.. video ni kuar tahun 2005 dulu tu =)
zool
June 27th, 2008
at 8:23pm
Wah aku belum tengok lagi..
Tapi betul apa yang dia kata..
Buat sesuatu bukan sebab terikut tapi atas minat sendiri..
Aku dan ko boleh…
azrn
June 27th, 2008
at 8:27pm
hurmm.. aku penah terjeling kat rak buku ayah aku dan ternampak buku biography steve jobs ni. masa tu takde perasaan nk baca.
lama-lama…
bila aku terGoogle pasal founder apple. aku teringt pasal buku ayah aku tu lalu cepat2 baca. and yess… dia mmg bagos! ;) dia pon beli Pixar (Disney) tu kan? :D ayah aku ckp,disebabkan kedegilan, dia boleh berjaya :D
Mohd Ismail
June 27th, 2008
at 8:42pm
Apple beli Pixar masa Steve Jobs berada di’luar Apple.. masa tu Steve Jobs tubuhkan NeXT & Pixar..
lepas tgk dua2 sukses & berpotensi.. Apple beli & tarik balik Steve Jobs masuk =)
kool kan? konsep percaya pada diri..
firdee
June 27th, 2008
at 8:44pm
dia ni bukan degil sebarangan…ni la degil bertempat…degil atau keras kepala yang mana dia akan buat apa yang dia rasa betul dan dia suka…
firdee
June 27th, 2008
at 8:48pm
mail…saya x pernah tgk video nih…tapi baca quote yg ko post ni pon dah membuatkan saya berfikir dan ingin menjadi seperti dia…
azraai
June 27th, 2008
at 9:01pm
pembetulan sket.
steve jobs beli pixar dari george lucas(director star wars) lepas dia kena pecat dari apple guna duit saham-saham apple yang dijual.
lepas dia masuk balik apple, dia jual pixar kepada disney pada tahun 2002 dan jadi “single largest shareholder” dalam Disney.
kesian waris-waris disney tuh. dapat kurang satu percent jer saham syarikat tu.
azraai
June 27th, 2008
at 9:02pm
weh online! ada hal ni nak bincang lagi.
syuxx
June 27th, 2008
at 9:06pm
actually, apa perkara yg dia in loved sgt2 tu?
ya, aku tahu dia pengasas apple.
Fahmishah
June 27th, 2008
at 9:18pm
Just be yourself firdee.
Fahmishah
June 27th, 2008
at 9:20pm
Kenapa perkataan Apple dipilih? Dia suka’kan buah epal?Mungkin
Komen:Sebenarnya kalau diikutkan, memang kita dah banyak kali dgr kata-kata sebegini, cuma kadang-kadang bila kita rasa kita perlukan semangat baru terasa di hati semua kata-kata itu.
NoktahHitam
June 27th, 2008
at 9:28pm
Sebijik ucapan die mase kt Stanford tahun 2003.
Aku suke PIXAR lg dari Apple. Apple hanyalah cool factor. Mahal je lebih.
Mohd Ismail
June 27th, 2008
at 10:18pm
aku nk sentuh gak perihal gadget Apple ni nnt =) faktor kool & hype utk semua org memilikinya.. he he
Mohd Ismail
June 27th, 2008
at 10:20pm
dia sukakan komputer & dia buat OS utk komputer =) dengan mata dia yang mempunyai seni simplicity & typography yg hebat, maka apa sahaja yg dia sentuh mesti jd hype.. =)
KNizam
June 27th, 2008
at 11:01pm
aku memang dari dulu respect ngan mamat steve neh. cara dia revolutionise apple memang cool giler. aku dulu benci apple. tapi sekarang suka plak. sapa tak suka apple kan. hehe
bila la aku tak gi apple tech conf yg selalu steve bagi speech power tuh kan. hehe :)
catzer
June 28th, 2008
at 2:39am
mael kita sama2 lewat naik bot..kekeke..but mmg inspired kata2 dia tu
khai
June 28th, 2008
at 10:05am
untuk kita ikut cara dia ntuk berjaya, mustahil.. cukuplah menjadi inspirasi kepada kite.. huhuhu…. susah2 pon dengan daya usaha tanpa henti, insyaAllah berjaya dan kaya….
bob
June 28th, 2008
at 10:54am
seribu dalam satu kejadian :d
mazudi
June 28th, 2008
at 11:05am
In term of quality dan originality, aku respect Apple.
Bila compare Steve Job dengan Bill Gate, korang perasan tak dorang dua orang ni macam positif ngan negatif.
pakdi
June 28th, 2008
at 11:54am
tempoh hari, gua ada menonton film biography microsoft (gates) dan apple (steve jobs) di Astro.
Dlm file itu, ada diceritakan kenapa steve Jobs dipecat. Pendekatannya menyebabkan Apple berpecah kepada dua. Team Apple. Team Macintosh. Tidak baik utk masa depan syarikat.
Filem itu sangat menarik.
pakdi
June 28th, 2008
at 11:57am
lupa lagi satu, cuba korang cari di youtube, iklan PC vs Mac. Watak PC yang skema itu sebenarnya sindiran kepada Microsoft.
Oh ya, Bill Gates bersara mulai 1 Julai ini.
Dia sms minggu lepas. Dia kata, jangan tunjuk cool dengan menukar kepada barang-barang komputer Mac. hahaha
azraai
June 28th, 2008
at 12:08pm
Pirate Of The Silicon Valley
saffa
June 28th, 2008
at 4:04pm
I’m looking forward to view the video! ucapan dia yg di’quote’ tu pun dah menarik hati!!
Ahmad Amir
June 28th, 2008
at 7:15pm
Thanks mael…aku dah tengok..memang menarik..nampak gaya aku pun tertinggal bot jugak..hehe
gie
June 28th, 2008
at 8:16pm
aku pun dah mula nak bertukar ke apple..jom sambar iphone 3g ..singapore dah ade..malaysia belom lagi…yok yok..
titan
June 28th, 2008
at 11:24pm
satu ilmu baru untuk aku..
Labanon
June 29th, 2008
at 2:36am
I like it :)
Noorizam Shah
June 29th, 2008
at 10:50pm
dia pun ada juga sms aku.. dia kata jangan percaya emel berantai jika ko menang cabutan bertuah! hahaha
zaki blogjer
June 29th, 2008
at 11:12pm
Kebetulan plan aku baru tngk movie nie
Mohd Ismail
June 29th, 2008
at 11:14pm
aku pernah nk torrent filem ni, tp xpernah nk abes.. he he =) hujung2 x tgk sampai arini..
Mohd Ismail
June 29th, 2008
at 11:15pm
tgu la Apple buat product launch kat Malaysia.. atau ko sendiri pi kerja kat Apple sana =) untung2 leh dapat barang apple free =)
Mohd Ismail
June 29th, 2008
at 11:16pm
jalan hidup Bill Gates ngan Steve Jobs lebih kurang sama.. dua2 tahu susah & x abes sekolah =)
dan, dua2 kepala inovatif.. cuma Gates makin tua makin x kreatif.. x mcm Steve Jobs, makin tua makin menjadi idea dia..
xmindfreakx
June 30th, 2008
at 12:17pm
mael..kau sudah tgk film pirate of silicon valley?citer pasal bill gates dan steve job…siyes cool wa cakap lu…macm mana steve jobs dan gates start career diorang…from nothing to somethings
asx
July 1st, 2008
at 1:27am
Aku sudah tengok . tapi memang dah lama . Dia sangat bernasib baik . Pandai ambil peluang . Hebat sungguh kau Steve Jobs . Satu Dunia guna produk kau .
Ikhwan Nazri
July 4th, 2008
at 2:09am
kat mmu cyberjaya, fakulti kreatif multimedia, filem Pirates of Silicon Valley ni jadi salah satu mende yang akan ditayangkan dalam subjek “Computer Graphics”didalam kuliah. ahaha.
dan trimas mail untuk post ini :D