Apple,Inc : Pencetus Kegilaan Revolusi

Baru-baru ini,bertempat di MacWorld 2007, Steve Jobs, orang kuat Apple,Inc telah memperkenalkan barisan produk revolusi terbaru hasil karya kreatif kepala-kepala jurutera di sana.Terbaru,dan paling mendapat perhatian masyarakat geek seluruh dunia ialah iPhone.Tepat dengan taglinenya,”Apple reinvents the phone“,iPhone tampil dalam keadaan umat manusia ketandusan idea baru untuk sebuah telefon bimbit.Segalanya terbaru.Membuatkan aku yang hampir buta telefon bimbit ini teruja mahu memiliki sebiji iPhone melebihi keinginan mahukan DSLR.Adui…

Dengan kapasiti 8GB,tidak hairanlah iPhone adalah klon kepada iPod sepertimana Walkman diimplankan kedalam barisan produk Sony Ericsson.Tetapi,percubaan Sony secara teknikalnya telah dipintas dengan kehadiran iPhone.Boleh dikatakan hampir keseluruhan bahagian hadapan iPhone dipenuhi dengan skrin sesentuh 3.5 inci bersama resolusi 160ppi,yang tertinggi setakat ini.Dengan ketebalan 11.6mm, iPhone mampu memuatkan kamera 2Megapiksel,sesuatu yang wajib rasa aku untuk sesebuah telefon bimbit sekarang ini.iPhone juga memuatkan pemain video yang dibantu oleh sistem operasi OS X.Pertama kali untuk sebuah telefon bimbit berupaya menyokong OS X.Untuk koneksi yang lebih jitu,iPhone menyokong capaian data EDGE & WiFi.Dan,julung-julung kalinya juga,sebuah telefon bimbit boleh memaparkan muka penuh sebuah laman web dengan format HTML.Safari bertindak sebagai aplikasi pelayar internet.

Haih.Kalau aku senaraikan lebih banyak,memang Nokia serta syarikat-syarikat telefon lain juga harus melakukan sesuatu supaya telefon keluaran mereka tidak ketinggalan zaman.Kehadiran iPhone boleh dilihat sebagai sama kesannya semasa kehadiran iPod sedikit masa dahulu.Sehingga kini,tiada satu produk pemain media mampu mengatasi kredibiliti & imej yang dicipta Apple ke atas iPodnya.Timing yang dilakukan Apple sangat kena pada masanya.Tiada satu pun produk,dalam pengetahuan aku,adalah benda baru,semuanya adalah hasil revolusi atau pembaikan fungsi sesuatu yang sedia ada.Tetapi,Apple berjaya membuatkan jurutera-juruteranya berfikir jauh dari norma manusia dan hasilnya,produk yang tiada tandingan.

Juga,Apple Computer,Inc kini di kenali dengan nama baru,Apple,Inc.Kool kan?

Dan,apa kes hari ini aku tulis pasal gadget?Haih

rujukan
Live from Macworld 2007: Steve Jobs keynote
First iPhone pics!

15 Comments

wah dah jadi jurucakap Apple ko ye…mcmana aku xbole cari makan kat blog info aku la..hehehe
anyway this is good review from u mail…cuma aku ni kalau bole nak gadjet yg lebih hebat dr ini..mungkin utk second edition iphone kot..yg aku tahu iphone ni akan release di malaysia tahun 2008 dgn harga diantara Rm2500 ke Rm3000

Mohd Ismail Baharudin

January 12th, 2007
at 11:22am

jangan risau la chot…hari ni ade iPhone yang canggih ni..nescaya esok ada lagi canggih…kepala manusia ni gila2..hahah..tunggu je ye..

Lama tak bertandang kat sinih. Lepas, ismail.com ada prob. Apapun i phone neh, dari pic dia mmg rawk lah!

Mohd Ismail Baharudin

January 12th, 2007
at 2:16pm

azhar..lepas ni selalu2 datang :) banyak mende baru nak timbul ni…

haha.. agak2nya berapa harga iphone kat malaysia ni ek.

Mohd Ismail Baharudin

January 12th, 2007
at 3:01pm

ermm..usd599 katanya kat us..macam chot kata,area 2500-3000…:)

Saya sanggup berhabisan wang jika iphone itu direkabentuk seperti sebiji epal hijau. Bulat, hijau, dan ranum.

Mohd Ismail Baharudin

January 12th, 2007
at 6:02pm

dan juga sedap di makan…kan chubby kan?:p

Rasanya depa tak boleh nak letak tinggi2 sangat harga.
Talipon ni tadak 3G pon. Mana buleh fight. They said they want at least 1% of mobile market share, kalau depan bubuh harga gitu kat mesia memang susah la. Logicnya, Mahai sikit ja daripada iPod mini. 4GB iPod mini brapa? 8GB pon gitu lah.

i-fon.
makhluk ni idaman opismet aku.
sanggup tu die nak kumpol rm3k lebih semata2 utk sbijik enfon mcm ni.

p/s: sbenanye… idaman aku juge. tp.. aku takkan beli lah. baek beli lens dslr banyak2. haha.

opss..ape kene dengan spam ini?

macamane boleh terlepas ni..haih..setakat hari ni,3 hari selepas aku activate Akismet,156 spam dah kena block..ape la pekdahnya spam ni…

Starlix….

Starlix….

Phentermine….

No prescription phentermine. Phentermine….

Forced sex stories….

Gay forced sex videos. Forced sex. Forced sex in stockings….