Author Mohd Ismail

Sepanjang Tahun 2009

Baru tadi ada seseorang SMS aku bertanyakan kenapa aku semakin jarang kemaskini blog ini sedangkan aku ligat di’blog yang satu lagi.
Blog yang lagi satu sangat-sangat kurang menuntut aku untuk berfikir tentang idea. Aku dapat skop, tulis & terbitkan. Tidak seperti di’sini, aku kena cipta sendiri & ambil masa.
Alasan.
Jadi, apa yang sudah aku buat sepanjang [...]

Kos Mas Kahwin Meningkat

Apabila Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) umumkan yang mas kahwin untuk gadis-gadis & janda-janda meningkat lebih 300%, aku tersenyum.
Apabila dalam berita yang sama, wartawan memetik kata-kata Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi – “…dan tidak ada lagi istilah wang hantaran kerana ia sudah termasuk dalam perkiraan mas kahwin”. Aku tepuk tangan.
Wang hantaran dalam komuniti orang-orang [...]

Filem Minggu Ini: Inglourious Basterds

Amaran untuk sesiapa yang bercadang untuk menonton Inglourious Basterds, anda sangat-sangat perlu betulkan niat untuk menonton filem ini. Jika anda pergi menonton untuk membunuh masa lapang, filem ini akan menjadi filem paling keji dalam sejarah.
Jika anda pergi untuk menikmati air tangan terbaru Quentin Tarantino & filem yang selayaknya di’panggil filem artistik, Inglourious Basterds adalah [...]

Konsert Beyonce Batal: Ini 5 Pengganti Yang Lebih Awesome

Seluruh media menulis konsert Beyonce yang di’jadualkan berlangsung Ahad ini di’tunda ke satu tarikh baru yang masih belum di’ketahui.
Pada aku, adalah lebih selamat untuk menganggap konsert Beyonce ini telah di’batalkan terus kerana sebab sebenar konsert ini di’tunda masih menjadi tanda tanya.
Bagi polis moral di’Malaysia, ini bagaikan kemenangan buat mereka walaupun wartawan industri hiburan luar negara [...]

Idea: Simpanan Makro Ala Rockstar Dengan Bank Tempatan

Balik kerja tadi, aku dapat statement dari sebuah badan kebajikan yang aku daftar beberapa bulan lalu.
Badan kebajikan ini modus operandi’nya cukup senang, selepas mendaftar dengan kad ATM Maybank aku, mereka akan secara automatik menolak sejumlah wang dari akaun aku sebagaimana di’persetujui — setiap bulan.
Membelek statement tersebut, buat aku terfikir kenapa kita tidak panjangkan sistem begini [...]