Mohd Ismail
Sunday, November 30th, 2008
at 7:41pm
Entri sebelum ini aku menyatakan yang blog bukan lombong emas. Itu sebenarnya baru separuh dari mesej entri tersebut.
Katakan dunia blog ini adalah Dubai. Apabila aku katakan blog bukan lombong emas, sama seperti orang kata Dubai hanya padang pasir semata-mata. Lihat Dubai hari ini, dan aku akan beritahu cara yang pasti menjadi untuk menukar blog yang kau ada kepada lombong emas (malah berlian jika kena gaya).
Menukarkan blog yang ada kepada ‘mesin duit’ dengan cara halal & beretika bukan satu perkara senang. Apa yang aku tulis bukan janji, tetapi panduan yang pasti tertunai jika usaha di’gaul samarata.
Bina Blog Yang Gila-Super-Hyper Popular
Dalam kata lain, bina blog dengan trafik yang tinggi. Trafik yang tinggi di’sini bermaksud lebih 1,000 pelawat setiap hari. Kemudian kau akan perlahan-lahan nampak pengaruh blog yang kau ada tersebar. Blog dengan trafik tinggi begini mudah untuk menjual iklan kerana kau ada audience yang ramai.
Lebih-lebih lagi jika blog kau mempunyai topik berkaitan produk tertentu (e.g kereta, komputer, gadget, wayang, bayi, fotografi). Continue reading »
Friday, November 28th, 2008
at 4:18am
Aku sebenarnya agak terkejut dengan impak entri aku yang lepas kerana entri sama terhadap Monsun Biz tidak sebegitu. Positif’nya, entri ini telah sampai ke lebih ramai orang dari yang aku jangka. Aku harap mesej aku jelas.
Bila aku baca balik komen dan maklumbalas dari mereka yang berada di’pihak sana, hujah mereka berteraskan duit & kemewahan. Tidak semua orang akan kagum dengan kemewahan. Bila di’angkat hujah berkenaan sistem itu sendiri, yang di’balas hanya hujah yang mengangkat diri sendiri.
Seperti aku kata, orang di’belakang sana sebenarnya tidak tahu apa-apa tentang blog. Mereka ingin turut serta kerana mereka tahu ada potensi untuk rakyat Malaysia di’perbodohkan dengan janji-janji manis & kemewahan di’atas angin.
Menulis blog untuk duit bukan senang TETAPI menggunakan nama blog untuk duit, memang senang. Aku takut akhir kisah ini nanti, orang ramai akan pandang serong kepada dunia blog yang konon’nya menjanjikan kemewahan melimpah ruah.
Aku sarankan sesiapa yang berada di’pihak sana untuk membaca artikel dari The Inquisitr, 10 Myths of Blog Marketers Debunked. Fahamkan point 1, 4 & 5.
Selepas itu, aku yakin kau akan ada sedikit pemahaman tentang dunia blog sebenar. Kau boleh mula membaca artikel dari Darren Rowse (ProBlogger), 7 Essential Things You Should Be Doing When Your Blog Is Still Young. Tumpukan pada semua point, ingat point ‘Create amazingly useful content’.
Aku bukan manusia suka berdengki, aku hanya ingin membantu. Letakkan janji-janji manis mereka & ego dalam diri ke’tepi. Sistem yang kita hidup sekarang sememangnya membuatkan manusia hilang pertimbangan kerana wang.
Fahami betul-betul apa itu blog & perkara yang berlegar di’sekelilingnya. Dan satu lagi, blog bukan lombong emas.
Jika ada masa lebih, boleh baca interview pertama aku bersama majalah kreatif online, Sireh & Cengkeh.
Sunday, November 23rd, 2008
at 5:26pm
Suku sakat Monsun Biz kembali lagi dengan berselindung di’sebalik nama blog.
Risau aku melihatkan orang Melayu yang mahu senang cepat tanpa peduli dengan apa cara sekalipun. Sebagaimana aku lakukan ke’atas Monsun Biz (yang entah kemana hari ini), hari ini Blogstarz akan menerima perkara yang sama.
Blogstarz adalah satu sistem penulisan blog di’Malaysia yang mendakwa menerima lebih 500,000 hits setiap hari dari seluruh dunia & akan di’lancarkan hujung tahun ini. Dengan bayaran serendah RM99, mereka yang berminat untuk menulis blog akan menerima ‘pelbagai keistimewaan’ sehingga mereka yang buta IT pun mampu menjana duit di’internet.
Ini adalah antara perkara yang perlu kau tahu tentang Blogstarz sebelum kau menyertai mereka kerana pujukan janji manis (aku tahu’lah kau Melayu tipikal sukakan duit mudah).
Blogstarz adalah Multi-Level Marketing (MLM)
Jika kau sudah menyertai mereka dengan bayaran RM99, seseorang yang sudah sedia di’dalam sistem mereka akan menerima komisyen RM15. Kau pun mesti mahu juga RM15 untuk balik modal, maka kau akan recruit lagi orang lain & secara automatik tergolong dalam mereka yang sangat annoying.
Komisyen tertinggi kau boleh terima adalah RM225 untuk satu pendafaran Pakej Director bernilai RM1,485. Bukankah MLM juga begitu konsepnya? Continue reading »
Thursday, November 20th, 2008
at 5:29pm
Aku bukan kaki permainan online. Cuma kadang-kadang apabila bosan melepasi kepala, aku gagahkan diri mencari permainan untuk di’main.
Nah. Aku berjumpa dengan satu permainan persis Tetris yang aku mainkan ketika sekolah rendah dulu. Tapi kali ini dengan format & peraturan permainan yang berbeza. Aku kembali ketagih dengan ‘Tetris’.
99 Bricks — Permainan ini mudah sahaja, kau akan di’beri 99 bata dengan bentuk standard Tetris dan matlamat kau adalah membina setinggi mungkin menara yang boleh. Bukan untuk mengutip mata dengan melengkapkan lantai Tetris seperti dulu.
Cabaran’nya di’sini, bata yang di’beri itu cenderung untuk jatuh jika susunan tidak simetri atau seimbang.
Kau patut cuba. Aku tidak pernah kisah akan berapa tinggi yang aku boleh capai kerana melihat batu-bata ini bersikap realistik sudah buat aku seronok & game online ini lebih sukar dari apa yang kau bayangkan.
Note: Aku rimas dengan jambang yang semakin panjang, tetapi sudah nekad tidak akan potong selagi tidak dapat keputusan temuduga yang lepas. Berdoa.
Saturday, November 15th, 2008
at 11:22pm
Pagi tadi Khai bertanyakan soalan aneh untuk hari Sabtu,”Apakah yang membuatkan aku nampak seseorang itu ketinggalan zaman?”. Jawapan aku ada di’entri terbaru Khai.
Ada beberapa point yang di’highlight berkaitan dengan internet yang sememangnya medium penting dunia hari ini. Di’sesetengah negara, lebih ramai melayari internet dari menonton televisyen & membaca akhbar.
Tetepi, tidak semua pengguna internet tahu apa yang terkini & terbaru di’dunia internet hari ini dan entri aku kali ini bertujuan untuk memberi tips bagaimana untuk menjadi mereka yang mengikut peredaran zaman di’internet (sekurang-kurangnya).
1. Gunakan browser selain Internet Explorer. Sebagai pelayar internet utama anda. Jangan bagi alasan tidak kool seperti saya seorang web designer & sering menggunakan IE untuk check compatibility. Gunakan Firefox, Chrome, Opera atau Flock. Guna saja, kau akan tahu kenapa.
2. Gunakan GMail. Juga sebagai e-mail utama. Yahoo! Mail atau Hotmail selain mempunyai kadar loading yang lambat, ia juga tidak begitu efektif menangkis spam berbanding GMail. Interface yang cantik tidak menjamin keselesaan menulis & membalas e-mail. Continue reading »