Bagaimana Lelaki Mahu di’Kritik?

Okay. Jangan besar’kan mata kau begitu apabila Mohd Ismail dot Net membuat entri khas untuk Hari Kekasih. Ini bukan bermaksud merayakan hari yang sangat-sangat di’tegah oleh Islam ini, tetapi secara kebetulan, aku mempunyai bahan penulisan yang ada kaitan dengan hubungan lelaki-wanita. Jadi, aku persembahkan, entri khas sempena Hari Kekasih 2008, ‘Bagaimana Lelaki Mahu di’Kritik?’

Beberapa hari lepas, masa aku sedang enak bergaulan dengan bantal di’depan televisyen, telefon bimbit aku berbunyi & satu SMS ringkas dari seorang kenalan lama, seorang perempuan masuk. Di’tanya aku sedang buat apa jam 12 tengah malam, aku katakan aku sedang bermain bowling & bermula sessi berbalas SMS yang merentet ke isu beliau dengan boyfriend‘nya. Aku memang agak dah. Tina (bukan nama sebenar), mempunyai masalah kerana beliau terlepas cakap. Tina kurang senang sebenarnya dengan cara boyfriend‘nya memandu kereta. Satu hari, dek kerana sikap gelojoh boyfriend’nya ini ketika memandu kereta, Tina bersuara,”awak ni, bawak kereta macam orang takde sabar…” & mereka tidak bercakap sehingga malam Tina SMS aku. Okay, Tina bercakap, tetapi boyfriend‘nya bereaksi seolah-olah menyimpan sesuatu.

“Tina, boyfriend kau terasa hati”.Tina menyangkah. Dia kenal sangat boyfriend sendiri. Dia tidak akan sensitif tidak tentu pasal. Lelaki, sebanyak mana pun hormon kelelakian mereka, selagi mereka bergelar lelaki, ego itu akan ada. Jika mereka sensitif, mereka akan seboleh-boleh’nya menyimpan rasa supaya mereka kelihatan tidak sensitif. Mana kool lelaki sensitif ye tak? Dalam kes Tina, Tina telah terlepas cakap dengan mengkritik sikap buruk boyfriend‘nya secara direct.

Bagaimana mahu mengkritik secara tidak direct begitu? Instead menggunakan ayat “awak ni, bawak kereta macam orang takde sabar…”, ada baik’nya Tina mengambil masa yang sesuai untuk mengungkapkan ayat ini, “awak, tahu tak apa yang akan buat saya makin sayang kat awak?”, dan lelaki akan memberi respon untuk apa sahaja yang akan membuatkan perempuan semakin sayang kepada mereka. Sambil tersenyum, katakan pada mereka yang kau tidak sukakan cara dia memandu & berikan satu dua cadangan kau untuk bagaimana dia dia boleh mengubah sikap buruk itu.

Lelaki memang tidak boleh di’kritik. Ego yang di’anugerahkan Tuhan memang akan mencanak naik. Tetapi, jika mengkritik secara halus & menggunakan kuasa perempuan yang kau ada sepenuhnya, kritikan akan menjadi satu semangat buat lelaki. Mari kita ambil satu contoh lagi buat teladan, bau badan lelaki.

Ada lelaki, 0.001% mungkin yang masih tidak mahu menggunakan deodorant atau pewangi badan dek kerana merasakan bau badan sudah cukup macho. Baru lepas mandi takpe’lah bang, kalau dah lepas sejam dua berjalan, peluh tu siapa boleh tahan? Jika teman lelaki kau mempunyai masalah ini, jangan sesekali kau lontarkan ayat mengkritik secara direct seperti Tina lakukan. Itu nama’nya mencari susah. Beli’kan dia set mandian yang ada dalam’nya deodorant atau pewangi badan selain sabun mandi & span mandian. Kata’kan pada dia, jika dia menggunakan semua yang ada di’dalam set itu, pasti’nya sifat kelelakian yang ada pada dia akan lebih menyerlah & jangan lupa, katakan juga itu akan membuatkan kau semakin sayang kepada dia. Di’jamin 100% berkesan oleh Makmal Cinta Mohd Ismail dot Net!

Jika teman lelaki kau tidak berubah selepas menggunakan teknik di’atas, kau dalam bahaya. Dia tidak mahu berusaha sesuatu untuk mengekalkan rasa sayang & cinta kau kepada dia. Apa tanda’nya? Siap’kan tisu & DVD filem romantis sebanyak mungkin untuk menghadapi sebarang kebarangkalian tidak terduga. Okay Tina?

59 Comments

1st gak kot… cam hafreze.. haha..

** hurmm.. mungkin insan yang bernama tina sudah memang lazimnya cantik + selalu ada masalah dgn bf .. sama lah seperti seorang rakan aku di campus ni.. hehe..

bila aku pikirkan, apesal la pakwe si tina (mmber mael) tu nak touching sangat… kita kene ingat, merajuk or what, itu perangai wanita.. geli sungguh kalau ada lelaki yang merajuk2 ni… kalau mmg pakwe dia bukan jenis begitu, masalah gak kalau perangai x boleh ditegur..

aku rasa teguran tina tu takde kasar mana pun (tak tahu la kot nada dia cam orang naik gila).. hehehe… lagipon teguran yg betul.. so kene la terima..

eh, ade ke lelaki yang x suke pakai deodorant tu? setahu aku satu je, kaum asli dalam hutan…

kalau ada anugerah raja rajin menukar theme wp, x syak lagi, ko la rajanya mael oiii…. hehehe.. theme ni lebih cun.. tulisan brick2 kat atas tu betul2 menawan hati…

psstt: mael, aku nak ko komen entri kat blog aku pasal advertlets.. aku nak dengar sendiri apa kata ko… boleh?

ntah. nak merajuk pula. org ckp yg betul dowh. kalo pon terasa dgn cara Tina tu tegur, ckp la direct.

khai, ade la lelaki x pakai deodorant. kawan aku tu. ade lah. hihi. sib baik bukan pakwe. :P

pada aku lelaki boleh je dikritik..cuma jgn ego sgt la..tpi kebanyakkan semuanya ego..haha :P tapi aku cukup geram dgn org yg sedia maklum akan bau badannya tetapi buat2 cam tak bau ape2 je..

Apa yg tuan rumah kata tu dah betul..ada cara dan tata tertibnya kalau nak tegur orang. tak kira laki ke prmpuan, kita kena sentiasa pandai menjaga hati dan perasaan orang!

yeah. lelaki, kadang2 merajuk lagi teruk! yg jahatnya, dia saja buat merajuk nak bagi kita gedik2 pujuk dia. hampeh betul. bila kita plak dah merajuk baru la terhegeh2 nak pujuk balik. hahahah.

and oh, ada je laki yang x pakai deo. bapak saya. hahahaha. tp dia keje ofis, x berbau pun. heh. tp laki yg berbau is a complete turn off. nak buat kawan pun sy tak mahu. heh. xp

orang kata, orang la kata, itu la rencah bila bercinta..

*ha ha.. dengar tu kaum lelaki, pengakuan dr seorang perempuan.. sila carik deodorant ye.. ha ha*

isk.. bukan selalu bdan sendiri berbau mmg x sedar ke? hehe.. lain la kalo org da tegur ye x? :)

pakwe dia xmo cakap direct sbb ego..kot.. ha ha.. nnt kang org kata dia sensitif plak.. *da memang org kata pun*

baik2, nnt aku try susun ayat sebaik mungkin utk entri Advertlets ko tu.. hehe ;p

*payah gak ni nak bagi komen*

apa lelaki zaman skang ni sensitif sgt ke sampai tak boleh kena sound direct?

ada orang, mmg xleh kene sound direct.. maklum la darah Melayu, still nak berhalus2an.. ha ha ;p

aku pun pelik kadang2 laki xleh kena sound direct.macam aku, aku pun kadang2 tgk tempat bila masa aku boleh di sound direct.

aku dah start pakai..hahaha..itupun kadang2 boleh terlupa..

tina. lenkali bek2 cakap dengan bf tu. Lelaki memang cam gitu. Suka dihargai. Tapi paling benci dikritik direct…

Tapi laki pun satu. Kenela faham2 la kan? Tak semua kita je betul..nak sound direct. Jangan depan dia. Aku pun benci kene sound direct. Kalau mak abah aku, takpela..

Haaa.. jangan kata aku bajet macho ye.. aku dah tanya “si dia”. Dia lebih suka bau peluh aku. Hahahaha.. jangan jeles..

Nampaknya MohdIsmail dah melawat blog aku secara diam2 tanpa meninggalkan jejak.

Ngehehe.. nampaknya kita punya pendirian berbeza dalam sesuatu isu, kan?

Aku pulak yang kelakarnya, tak pernah kenal deodorant sampai lah aku berjumpa aweqs aku…dia yang suruh pakai…

bayangkan berapa tahun aku berada dalam keadaan “complete turn off!!!”….aweqs (convert jadi bini) yang bagi tau pasal masalah aku….malu siutt…

sekarang ni…tak pernah langsung aku tak pakai…
Dalam kereta pun ada spare…

I love your concept or expression or phrase: Makmal Cinta Mohd Ismail dot com…..cool seeyutttt,,,,

Wah, dari dot com ke dot net. Bagus.
Ala pakwe tina, ok gak awek kau yang sound. Dibuatnye kakak BSN yg sound, tak ke malu. Dah la kakak BSN skrg ni lawa tak hingat.
Papepun artikel ini, makmal cinta certified!!!

BSN kat sini ko maksudkan Bank Simpanan Nasional ke Zeman? :)

nasib baik la isteri ko kool.. mahu menegur demi kebaikan.. ha ha..

*dan nasib baik juga aku tak bukak dashboard kete ko dulu, kalo x mesti jumpa deodorant spare ko..ha ha*

Ye pakcik. BSN bank tuh. Bukan Bursa Saham Nigeria. Nigeria bukan selera aku. Kau mungkin.

saya memakai deo selang sehari.
adakah itu menjadikan saya half turn-off..?

uhm ini kisah benar. Ali dan Timah (bukan nama sebenar) telah dating satu hari, and having a great time. by the end of the day, something happened. Ali terkentut dalam kereta. sunyi sekejap. pastu Timah gelak terbahak2. sejak dari hari tu, Ali asyik buat lawak kentut je kat Timah. bayangkan, jika Timah tidak gelak pada hari itu T_T

moralnye, biasanya perempuan yang harus membuat lelaki itu berkata-kata (good or bad), cause they tend to keep everything inside..

sebenarnya, kita tak perlukan deodorant.. ape yang penting, dapatkan sebijik pencukur.. so cukur bulu ketiak tu.. jangan sampai panjang dan boleh buat tocang.. bila berpeluh, mampus bakteria berkumpul kuarkan bau.. haha..

mereka yang tiada bulu ketiak, akan tiada bau ketiak tu.. itu ketiak aku, tak tahu la ketiak korang.. huuuuu…. :P

tunggu masa yang sesuai.. bila besday or hari khawin dia ke, kasi hadiah tanpa tulis nama dari wawa.. wawa pon tahu ape yg patut wawa berikan pada dia.. hahahaa…

betul.. kita susah nak tahu bau badan sendiri.. almaklumla, hidung ngan bau dah sebati.. kahkah..

biasalah, lelaki ni ego tinggi.. bila kene sound drect camtu, malu tu mesti ada… so malu sendiri le..

betul.. kadangkala kiasan itu perlu bila menegur.. peace!

macho’kah begitu?

peliknya pakai deodorant ada time selang2 hari.. x leh ke korang pakai setiap kali lepas mandi.. untuk kebersihan diri sendiri juge..

uiks.. x senonoh nye timah! huehehe..

perr biar la bebenor sikit tak nak pakai deodorant.. sangat penting tu.. lelaki kene jaga ‘bau’ mereke

berani ke nak bagi hadiah cam tu? syia takut laki tu rase cam.. diperli?

betui tu.. hati dan perasaan kene jaga lagi2 la kan.. if bercakap dengan pasangan kekasih :)

habis tu kan apa cara terbaik nak cakap selain dari cakap direct? bukan ke cakap direct adalah yang terbaik?

erm.. cam tak macho tapi kalau si dia tak kisah rasenye tak salahkn?

deodorant bukan penyelesaian utama, tu watak pembantu jek. yang penting, jaga solat awal waktu, dengan wudhuk yang sempurna. Kesan sampingannya, urutan titik akupuntur ditempat-tempat penting itu (anggota wudhuk) sedikit sebanyak akan dapat mengawal kadar bau yang terhasil oleh badan. InsyaAllah.

*Time zaman nabi junjungan kita Muhammad dan sahabat, mereka sentiasa berada dalam keadaan berwudhuk. Mereka tak layan deo pon.

hehe.
ego ngn lelaki mmg xleh dipisahkan.

cane pule kalo laki yg kritik.. err.. bukan kritik spatotnye.. lebih ke arah kutuk secara direk kat gelfren..?

contoh 1:
“Ni apahal pakai selua macam org indon ni.. takde selua laen ke nak pakai..?!”

contoh 2:
“Kasut tu takde yg lagi kuning ke nk pakai..?!”

contoh 3:
“Kan dah kate kalau pegi kelas jangan pakai kontek lens.. degil ke..?!” (disusuli dengan seDas penampar)

aa cane pule wahai cek east..? hehe.

erk, baekkk… kini saya pakai deo setiap pagi apabila pergi keje. dengan harapan dapat menawan awek2 cina se-ofis

nak lagi beerkesan, saya ikut nasihat bro muznaz di bawah ini… wudhu’ yang penting ^^

Sama ada bau peluh kau builtin deo ataupun xbau langsung. Tapi maseh ade org lain di sekeliling kan. Aku rase mungkin kau hensem gile.

kalo pompuan ikut cara ko ni mael…mesti berkesan punye…nak menegur mmg le kena pada caranya…jgn main hentam jek…

haaa.. yang ni Cik Famia kene tulis, camne seorang wanita mahu di’kritik.. buat la sessi luahan perasaan.. ye? ;p he he.. kami lelaki, nak juga tahu..

betul3! Firdee, kem salam aku kat Heliza.. ha ha

insyaAllah…pas ni kalo ketemu ngan dia lagi saya sampaikan…sori sbb hari tu pas media abis…pasni kalo ada lagi pasti ko saya gitau dulu…huhuhu… :D

pompuan pon sama gak syia…bukan ke bau badan perempuan lagi kuat daripada lelaki…

bagi kita bau badan kita la yg paling wangi…hahaha ;p

ye ye…tapi kalo dah kapel 6 bulan pastu awek kita ckp “bang, saya rasa buat masa ni kita kawan biasa je la…” camne plak??…nak kena terasa x ;p

bukan setiap masa leh kita sound direct…sbb tu kita perlu “berfikir sebelum berbuat sesuatu”…

Wah. Skang dah jadi pakar cinta ya mael eheh.

Setuju sgt dgn apa yang ko sampaikan dlm entri ini. Sentiasa give & take dan sentiasa menjaga hati masing-masing. Klu semua itu berlaku, indah lah jadinya. Klu tidak, anda renungkan kembali!

Korang kena la faham, kaum hawa dijadikan dari tulang rusuk kiri lelaki yang bengkok. Apa maksudnya!? Nanti entri di blog aku wakaka.

oo.. so ketiak khai boleh buat tocang la, satu ketika dahulu

BUkan tak leh. Kenela cari timing yg ok..takkan tak faham kot..

hehe,,ya ya,,bau pompuan kuat gak,,,nyampah nyah,,wakaka~

mail…terjun ke bidang baru la…dr cinta la plak..ade ape2 mslh dgn kekasih,xperlu risau lg. ismail ada.bersama makmal cintanya.eheh…btul tu mail,laki msti cair laa dgn ppuan nih.

kata sayang, kata cinta, tp senang terasa dan tersinggung? dedua salah sebenarnya. tina patut menyusun ayat yg lebih sopan. dan bf dier plak tak sepatutnya senang terasa.

i sll mementingkan honesty dlm relationship. kalo ada apa2 yg silap dan boleh diperbaiki, kita akan borak ngan baik dan rational. itula relationship yg mature.

sib baik la semua lelaki yg i kenal (kawan atau bf) takde masalah bau badan :P

Aduh aku rasa macam terkene je apa yg aisyah cakap nie.. aku bukan gedik cume sekadar hendak bermnja dngan sidia.. haha

Aku kurang sukakan deodorant.. aku lebih ske bau semulajadi.. badan ku tak berbau sngat pun.. so tak perlu la deodorant nie.. pe yang aku rasa kalau pakai deodorant nie. rasa macam kite ni tgah cover something dan aku rasa tak selesa.. aduh bau lelaki bukan busuk sngat pun.. hahah

Aku setuju dengan iced.. yang paling penting dalam hubungan ialah honesty.. sume punca pergaduhan atau apa sahaja yang berlaku dalam relation nie punca utama nya ialh honesty. kongsi lah apa sahaja dengan pasangan.kalau ade selisih paham, sebaik nye berbincang. ahaks , pandai plak aku soal cinta nie.. hahha

hmmm…kene gak paham kalo2 pmpn tuh suke tros trg..nk bwat cane..pekakkan la telinga kamoo..bgos pe pmpn camtuh..jujur jek..suke2..lgpon kamu sndri kate pnc pergaduhan adlh honesty.. >_< “slalunye yg baik datang sebelom yg terbaik” wink! ^^

hampir terlepas aku isu ni…aku ke perak 5 hari,tu yg tak nampak batang idung…aku suka pompuan yg suka berterus terang dari merahsiakan sesuatu…sebab aku lebih sakit bila mengetahui benda yg tersembunyi.. :( ..”berterus terang kan lebih baik kazama” ayat dipetik dari siri kartun shin chan…