Entri sebelum ini aku menyatakan yang blog bukan lombong emas. Itu sebenarnya baru separuh dari mesej entri tersebut.
Katakan dunia blog ini adalah Dubai. Apabila aku katakan blog bukan lombong emas, sama seperti orang kata Dubai hanya padang pasir semata-mata.
Lihat Dubai hari ini, dan aku akan beritahu cara yang pasti menjadi untuk menukar blog yang kau ada kepada lombong emas (malah berlian jika kena gaya).
Menukarkan blog yang ada kepada ‘mesin duit’ dengan cara halal & beretika bukan satu perkara senang. Apa yang aku tulis bukan janji, tetapi panduan yang pasti tertunai jika usaha di’gaul samarata.
Bina Blog Yang Gila-Super-Hyper Popular
Dalam kata lain, bina blog dengan trafik yang tinggi. Trafik yang tinggi di’sini bermaksud lebih 1,000 pelawat setiap hari. Kemudian kau akan perlahan-lahan nampak pengaruh blog yang kau ada tersebar. Blog dengan trafik tinggi begini mudah untuk menjual iklan kerana kau ada audience yang ramai.
Lebih-lebih lagi jika blog kau mempunyai topik berkaitan produk tertentu (e.g kereta, komputer, gadget, wayang, bayi, fotografi).
Advertlets & Nuffnang
Dua agensi pengiklanan ini sudah terkenal sebagai medium buat duit paling mudah. Jika kau baru sahaja dalam dunia blog, dua medium ini sangat berguna untuk belajar selok belok pengiklanan di’blog.
Kenny Sia terima cek hampir RM12,000+ dengan Nuffnang. Jika Kenny Sia dengan majoriti pembaca Cina boleh, kenapa tidak blog berbahasa Melayu ‘kan?

Sebenarnya, ada satu lagu cara/medium pengiklanan yang tidak di’ketahui ramai ketika ini & aku sedang berusaha untuk menarik mereka kepada blog berbahasa Melayu. Jika berjaya, aku akan beritahu pada semua.
Cipta Produk & Jual (E-book, Panduan Video etc)
Jika kau punya kemahiran tertentu seperti kraftangan, membuat landskap kreatif, ubah suai motosikal atau membina blog dengan cara mudah sekali pun, terjemahkan dalam blog & tulis sebuah e-book dengan maklumat terperinci. Akan ada yang ingin membeli.
NiagaKit satu contoh produk yang kreatif. Walaupun hari ini NiagaKit berdiri di’atas Wordpress, aku di’khabarkan NiagaKit V2.0 akan berdiri atas kaki sendiri. Ini’lah kreativiti.
Aku pernah menjadi manusia yang agak skeptikal berkaitan pengeluaran e-book. Tetapi hari ini, aku menyokong e-book yang betul-betul berguna kepada orang ramai. Bukan e-book yang menjanjikan kekayaan dalam masa singkat. Penulis e-book sebegitu patut di’beri makan julap 4 liter.
Blog Training & Consulting
Aku tidak tahu sebenarnya bagaimana mahu terjemahkan topik di’atas. Namun yang pasti, sessi konsultasi & latihan berkaitan blog masih baru di’Malaysia dan tidak ramai yang melakukan’nya (setahu aku).
Untuk ini, kau perlu kenal blog luar & dalam — lebih baik jika mampu untuk belajar 70% ilmu berkaitan Wordpress. Ramai sebenarnya di’luar sana yang mahu memulakan blog tetapi tiada panduan & dorongan. Jika mereka melabur untuk belajar, pasti mereka akan bermula.
Aku dalam perancangan untuk memulakan satu tidak lama lagi, ada sesiapa mahu jadi orang pertama?
Kesimpulan
Apa yang aku tulis di’atas hanyalah sebahagian dari cara yang boleh di’implikasikan & relevan dengan keadaan dunia blog di’Malaysia hari ini. Esok lusa apabila internet & blog semakin berkembang, aku percaya peluang itu akan lebih banyak.
Tetapi, jika kau tak bermula sekarang, bila lagi?
Popularity: 3% [?]
Nice counter post :)
thanks! =) bila nk transfer ke domain sendiri? visitor dah tinggi dah tu..
perghhh lumayan dan masyuk tuh ! hehe :)
thanks for the tips mail…
tanak citer pendapatan ko di internet ke mael?
hehe.. nak tau gak..
hahah lawak la ulap 4 litter ko tuh. hehe
@KNizam mmg patut pun kene julap.. ha ha.. *aku nk tulis rejam.. kejam sgt..*
@menteil heh.. smpai masa nnt aku cerita.. skang ni follow je dulu apa patut..
hoho..baguih2.. menambah semangat aku untuk lebih niche lagi dengan domain baru..hehehe… nak gak rm12k tu..
bagus untuk pengguna yang mahu menjadikan site mereka lombong emas..jgn jadik lombong terbiar udah ler..wat bela buaya pastu hehe..
hahaha…baru aku tau sapa itu kenny sia…gila banyak 12k…aku bukak gak link dia tadi…skali bukak..nah amik ang iklan honda!!!mana x 12k….ang pn apa kurang…aku ada terbaca kat 1 blog tulis pasai mail vs blogstarz…lagi kencang!!!hahaha
@aloqmalai kenny sia ni da mcm premium publisher utk Nuffnang =) blog dia je ade iklan besar gitu.. ah ha
@richie ya richie.. rajin2 lagi tulis blog.. insyaAllah
publisher premium? patutlah income tinggi aje..
Aku setuju tentang blog popular tu. Yang penting fokus, kalau blog rojak aku fikir perlukan nasib sikit utk berjaya. Paultan dan Raymond contoh terbaik bagi aku. Nak belajar keta gi kat Paul dan nk bljar progrmming g kat Raymond. (Ini samala konsep dgn niche marketing)
Mael, aku pun nak mengajar orang handle atau buat website gak. Bayaran ikut jam. Agak2 ko RM8 sejam mahal sgt tak? (Aku rasa orang mengajar tuisen personal pun dah RM20 sejam kan? Tapi tu la, sijil IT tarak…)
sebelum ni amanz.net dah buat ebook tentang installasi wordpress dan pengoperasian. mungkin newbie mesti baca ebook tu dulu untuk tau lebih lanjut tentang wordpress dan pengoperasiannya.
ilmu blogging ni berlambak boleh dapat kat internet tapi jangan sampai terjebak dengan ilmu sesat sudah la ya. mengajar buat spam blog dengan letak iklan affiliate berlambak, sapa berani nak masuk..
1000 pelawat setiap hari? huhu. dpt 100 per day pun dh cukup lah. :p
blog kenny sia tu nampak mcm interesting pulak. sbb ada dolphin! hak3
wah . ada tips . ebook ada macam-macam jenis .
*ebook joomla aku x siap2 lagi nih . adeyh.
Jadikan blog sebagai lombong emas?
it is possible, tapi kena work hard.
it’s all about SEO and appearance.
plus, providing people with a good content.
lepas tu, duit akan mengalir sendiri.
yang penting, betulkan niat dulu.
jangan nak semua mudah.
sebelum tanya, buat research.
bukan?
bile la aku boleh dapat banyak macam tu…huhuhuhu…
medium pengiklanan yang tidak diketahui ramai.. xsabar nak tahu..
Wah Kenny Sia RM12k wo, aku nak bayar streamyx sebulan pon tak lepas, kena usaha lagi ni
kena rajin tulis dalam English, barulah glokal, Malaysia kan majmuk
Aku berminat dengan rahsia pengiklanan yang sedang ko kaji tu ho ho
@pereka bila semuanya ok, aku akan beritahu.. sesuatu yg boleh korang join insyaAllah..
@Rjuna Kenny Sia tu premium publisher.. ko kene buat nuffnang sayang ko abes2an.. eh he
@asx cepat2 siapkan.. nnt boleh jual =) byk market tu joomla..
tQ..mohdismail..post yang sangat menarik..
baru boleh buat post kat blog ko nie..
ari tue aku nak buat post kat tajuk blogstarz tue..
tapi aku tunggu dan lihat saja..sebab topik tue..killer sangat..
aku yang baru nie x brani nak komen2..huhuhu
satu lagi cara - buka blog gossip. Mmg hit akan naik mencanak-canak.
kita kan suka jaga tepi kain org :P
wakaka..btul 2 icenyo…
Blog gossip? Mmg masyuk la.. tgk jer oh bulan.. bulan lepas aku tgk visitor masa aku masuk adala dlm 20+.. skang nih.. masuk2 jer.. visitor 100+.. laju jer…
Kira ko nak wat syarikat iklan sendiri ke atau jadi orang tgh jer mael?
nak jugak merasa blog aku dapat hit yang tinggi.
nak tengok pasal hiburan usha hafreze.com. memang niche sangat tue.haha
hey ismail…mengapa kutuk blogstarz….kamu ni mmg laa…
wahahahaa…. bro wassap beb… lama x denga berita..aku kena tgglkan msg kt sini kot baru ble contact ko….
isk.. 12k si kenny sia tu dapat.. dari nuffnang je pulak.. dalam 1 cek.. nasib badan ye tak..
ko mesti 13 k plak kan mael… asal ko low profile sangat.. hehehehe..
aku x penah dapat ngan nuffnang. mungkin x bersungguh2 (atau kurang keyakinan). sila yakin kan aku. :)
Bagi aku blog yang ade trafic tinggi boleh menarik perhatian pengiklan…
ade setengah blogger bukan nak duit je semata-mata
pcmalaya.com ko apa citer ? happypeoplemedia.com ?
1. Bagus entry nih sebab terbukti dan ni cerita real segalanya boleh tapi limited lah bergantung bijakkah anda dalam ilmu matematik statistik subfolder analyst >>LOL
2. Bagi klu sikitlah yer..Berapa ramai blogger bijak yg menggunakan ilmu statistik dan kemahiran menganalisa yang sourcenya free seperti google trend. .?
3. Dari sana jer dah boleh mencipta apa yg mail habaq mai Bina Blog Yang Gila-Super-Hyper Popular terus jadi lombong mas dengan lebih pantas.
4. Offering sesuatu benda yg orang takleh tolak = duit..LOL
5, Pasal niagakit tu kan ada plugin namanya WP e-Commerce free jer install kat blog kalau nak meniaga sambil berblogging.
6. Wordpress memang CMS paling best yg pernah laling tahu..Bak kata mydin orang Balik Pulau macam-macam ada..macam2 gaya.
7. laling suka Mail.
Membuka lombong emas lagi susah daripada mencipta sebuah blog.
Kesimpulannya blog anda akan berharga jika anda sanggup bersusah payah membinanya.
@Bagak yep.. kene ada usaha kalau nk tgk hasilnya
@laling laling antara org yang pandai guna Google Trend dan tahu apa yg org Malaysia cari.. dr situ laling guna kreativiti utk jana duit.. kan? he he
*mail suka 3gp melayu.. ha ha.. mati la aku!*
@khai kalo ade dapat 13k, tiap sorang kat sini aku belanja canai sekeping.. ha ha..
@OB hai omar.. lama juga x dgr cerita kamu.. *eceh*
@amanz isk.. xde la kot sampai buka syarikat iklan sendiri.. jd peantara je mungkin.. gather blog2 yg high quality.. serah kat agensi iklan.. he he
@syuxx business that put money first.. fail.. =)
@IcedNyior try la u bukak saty.. mana tahu blog gossip kelolaan kaum wanita akan lebih terserlah ke’gossip’an nya.. he he
Aku hanya blog untuk suka - suka dan belom ada keinginan lagi nak menjadikan blog sebagai salah satu sumber pendapatan .
Hopefully akan ramai lagi blogger malaysia yang ada content yang besh - besh untuk aku hiburkan hati dikala banyak projek dan kerja terpaksa disiapkan .
Nice guide Mail !
boleh bg panduan ke, aku langsung tak tahu pasal bnda blog nie tp teringin nak cuba. ye la kan, dunia da maju zaman da berubah.
yeah, kene pandai pakai google trend, google analytic. baru tau apa kehendak pembaca.
hentikan cerita peribadi anda, cerita psl gf anda, kalau anda btul2 serius nk jana 1000+ trafik sehari. tidak ada org peduli psl hidup anda, melainkan anda & rakan-rakan.
1. Hafreze anda salah seorang blogger yang bijak..
yang mana anda memandang peluang and statistik result as opportunity..at last you convert to money..
2. Mail yang buat I suka blog dia nih pasal dia menulis dalam bahasa melayu yang mudah faham padat padu berisi dan santai. Hanya segelintir aje ada skill macam ni like blog Tun Dr.Mahathir. Dalam kes nih Mail menulis ala-ala begitu and terbukti ramai oarang suka hasil kerja dia.
3. Affuan pulak laling suka tulisan bebelan dia tetapi penyakit dia nih tiadanya konsistensi..I tak ingat bila last rindukan tulisan dia..
aku nak jgk la jd ank murid ko.sbb aku nak tau gak bab2 blogging ni.aku tgh study bab wprdpress ni,wlupun ade yg aku xphm tp blh la.
Salam,
Blog telah banyak membantu meningkatkan prestasi perniagaan saya. Walaupun saya membuat perniagaan “offline” tetapi blog banyak meningkatkan tahap profesionalisme perniagaan saya. Sesiapa yang belum mempunyai blog anda di galakkan untuk mempunyai satu blog. Cukup senang.
Triple A
http://www.binausahawan.com
agak penat untuk mencari pengunjung ke blog
memang menarik tulisan bro!
saya tak jemu membacanya…