Beego & Intan: Mencari Positif
- 23
- Add a Comment
Satu Malaya rasa’nya sudah tahu yang rumahtangga pelakon ‘bermasalah’ Beego & Intan sedang hangat di’debatkan di mahkamah. Beego tuding Intan, Intan, bapa Intan tuding Beego. Ego masih mencanak-canak walau di’kandang mahkamah.
Statement yang biasa kita dengar adalah, ini’lah dunia perkahwinan artis, bercinta bagai nak rak, kahwin mesti tak lama. Untuk pengetahuan semua, kadar penceraian pasangan Islam adalah yang tertinggi di’Malaysia.
Dengan 15,000 pasangan bercerai sepanjang tahun 2005 (41 pasangan bercerai sehari!), tidak hairan’lah dalam komuniti artis yang tidak sebesar mana, penceraian akan tetap berlaku. Ini masalah semua orang, bukan artis sahaja.
Apa yang boleh kita belajar sebenarnya dari kes Beego-Intan? Aku tertarik dengan statement Intan kepada media baru-baru ini berkenaan sifat negatif Beego terhadap pengurusan kewangan.
Saya membuat pinjaman atas nama saya kerana suami tidak boleh membuat pinjaman dan disebabkan itu, saya perlu membayar kepada bank termasuk faedah selama tujuh tahun sebanyak RM74,000
Satu, Beego tidak boleh membuat pinjaman bank. Bermaksud Beego telah di’blacklist oleh agensi kewangan di’Malaysia ketika usia masih muda (dan belum berkahwin). Di’dalam kes sebegini, aku terpaksa menyalahkan Intan kerana beliau sudah sedia maklum yang Beego bukan seorang yang bijak dalam menguruskan kewangan sendiri. Apatah lagi untuk menguruskan kewangan apabila berkeluarga kelak.
Aku sarankan mereka yang sedang asyik masyuk di’lamun cinta untuk membaca artikel bertajuk “5 Personal Finance Discussions To Have Before Getting Hitched” tulisan Brett & Kate McKay.
Jangan jadi Beego & Intan, cerai dapat, hutang bertimbun pun dapat. Hidup akan lebih seronok tanpa hutang! Percayalah.

23 Comments
Razif
July 13th, 2008
at 11:14pm
Ini semua keja syaitan.syaitan tak suka umat Nabi Muhammad kawen.syaitan akan seronok bila berjaya memusnahkan setiap perkahwinan.
Extremist Thinker
July 13th, 2008
at 11:22pm
mengikut ilmu patik yang panjang kurang sejengkal, bagi mencari pasangan hidup… elok lah bertonggakkan agama dahulu. sbb agama boleh dibawa sampai mati. pilih pasangan yang sekufu. agama + sekufu insyaallah membawa barokah. huhu. (style tulisan kena betul sikit, ini bloh muhdismail. jangan main2). tapikan, patik semacam orang kaya eddy aka noktahhitam. mendambakan seorang doktor. walau patik nie ilmu kurang. macam mana ya?
Mohd Ismail
July 13th, 2008
at 11:23pm
syaitan memang suka ngan Beego-Intan ni sejak diaorg couple lagi.. ha ha.. apatah lg lepas cerai.. dapat bonus setan2 tu semua..
Mohd Ismail
July 13th, 2008
at 11:31pm
@thinker .. ayat2 awal ko aku faham & langsung setuju.. tapi, mula dengan ‘tapikan bla bla..’ aku x faham da..
si Eddy tu nakkan doktor..ko org kaya.. iskk.. he he
mrkay
July 14th, 2008
at 12:03am
aku kdg2 rimas bile org ckp kawen cerai dah jadi mainan artis.. org ckp mcm tuh sbb artis ni public figure.. dierang tak sedar yg org biasa pon ada yg jdkan kawen cerai ni sbg mainan.. malah ade yg lagi teruk dari artis.. *tetibe nak backup artis plak * :p
beego ni mcm giler tau.. dah tau hutang keliling pinggang mau kawin grand2.. majlis buat kat 3 tmpt.. tmpt beego, tmpt intan dgn kat Hotel Palace Golden Horses… yg ketiga tuh je ko dah bleh bygkan brape kos die.. pastu dpt sama2 ngan bini 10 ari je.. tak ke gile nama nye tuh? harapkan muka je ensem *digilai para perempuan dan gay* (haha) tp hampeh!
P/s : lama ko ilang.. aku jd ilang arah sbb takdpt baca tulisan ko.. hahaha.. ko letak dadah kat blog ko gak ke mcm chika? :p
Extremist Thinker
July 14th, 2008
at 12:33am
tgk rancangan ac mizal tak? patik tgk beego macam gelabah semacam je kena tanye soalan. ape pendapat tuan ku? hehe. patik tak kaya. eddy tue kaya patik taw. dah termaktub. huhu. patik kaya dengan senyuman je. k.
@pindah seber ke bro. rilex2. petua dia mudah je. baring. letak tangan atas dahi. biar bidadari tlg kerjakan serve itu. huhu.
Razif
July 14th, 2008
at 1:03am
mrkay..jng sebut letak dadah la.tak sopan bunyinya.letak ganja baru sopan.hehe
zen
July 14th, 2008
at 1:21am
tuh ler dunia artis - ingat kawen syok2 kot….kalau kawen pastu cerai baik toksah kawen….aku suka gambar anak Amy Search dlm paper ari nih -dia melompat masa amik pict masa dia p umrah…hahaha……
mrkay
July 14th, 2008
at 1:52am
hahaha.. razif, ko neh downgradekan plak.. apsal tak ckp daun ketum tros :p
Mohd Ismail
July 14th, 2008
at 2:02am
@mr.kay itulah, kawen bagai nak grand, tp hutang sana sini.. kalo aku la, better xyah kenduri kendara bagai kalo poket tercekik dimasa depan.. bahaya.. *aishh.. blog ni madi in amsterdam.. weed capital of the world..* ha ha
@thinker kalau la ade bidadari nk wat semua tu.. aku rileks da.. siap suh dia urut2..
*beego x pernah mintak intan urut?* < — cuba kembali kepada perbincangan asal.. ha ha
Mohd Ismail
July 14th, 2008
at 2:03am
@zen itu gambar aku ade post ke selebrific.. tapi imagehoster pegi padam.. bunguk.. tp itu lah, dia ingat Makkah tu Disneyland gamaknya..
sallikin@nikillas
July 14th, 2008
at 7:26am
dah lama menunggu entry baru dari hang mael.. esh3..
kes penceraian artis ni makin menjadi² kan.. sekarang yagn terbaru kes pasal nora danish.. dulu dalam melodi bukan main la kaver.. xde ape².. tup² tgk.. hah..!! lu pikir la sendri..
emptyspace
July 14th, 2008
at 9:22am
dia ni dulu sejak kat sekolah orang panggil bego.. sbb bego tu mmg kepala gile la! kawan2 sumer belajar pandai skang keje bagus2.. die sorang je terkandas then tros jadi artis.. sbb ape jadi artis? sbb itu je yg mampu die buat.. kesian bego, member nak kawen, die pun nak kawen.. pastu suh isteri buat hutang supaye majlis ko grand2.. kesian si isteri menangis2 semase hari perkahwinan.. tp apa bole buat.. anggap saje takde jodoh..
ala bego sape tak kenal lu mase sblm jadi artis, asal sekolah pun yg tak popular, bile popula sket mule la wat taik.. lu wat malu org johor la..
|1r34|-|1r3
July 14th, 2008
at 9:46am
oits..aku ada gambar nabila kat mekah tuh…camana nak antar kat ko ?
syam
July 14th, 2008
at 11:42am
aku penah kene ceramah ngn kawan aku pasal cerai berai. kata dia punca sebab cerai berai ni sebab kau sendiri yang cipta asas perkahwinan yang rapuh. benda yang rapuh asalnya dari benda yang haram dan kurang berkat.
kalau masa couple dah peluk sana, cium sini, pegang sinun, raba sinin… tu kan haram namanya. haram membawa kepada kerapuhan.
kemudian kau kahwin. tak sampai sebulan kau masuk mahkamah mintak cerai. tunding sana sini salahkan orang. Jadah apa? kau sendiri yang tak betul. betulkan diri kau tu dulu… chow!
Mohd Ismail
July 14th, 2008
at 12:44pm
@sallikin nora danish tu pun satu hal.. jantan’nya perangai cam siot je.. org tu tgh mengandung, sedap2 je nk bagi cerai..
lafaz talak bulan Februari… sekarang Nora Danish mengandung 3 bulan.. wtf!?
@emptyspace kawan sekolah ko ke ni? aku tgk muka dia pun mmg kusut gila.. ha ha..
Mohd Ismail
July 14th, 2008
at 12:45pm
@life4hire aku ada gambar tu.. malas nak reupload je.. he he =) thanks anyway!
maen
July 14th, 2008
at 3:54pm
kita tak tahu keadaan sebenarnya, hanya beego, isteri dan ahli keluarga yang berhak bersuara dalam hal ini. Pendapat aku, biarlah mereka menyelesaikannya. Nampak SUCI aje beego bila di depan tv, belakang siap yang tahu.
Aku lebih kesian dekat Nora Danish yang berkahwin dengan anak Tan Sri Ngah Taib. Sebab Apa? Bukan dia cantik, tapi cuba bayangkan dia sekarang tengah mengandung 3 bulan bila diceraikan. Belum habis edah lagi. HARAM bro..tak tahu pulak kalau dia dah lafazkan cerai sebelum dapat tahu Nora Danish mengandung.PEACE
Extremist Thinker
July 14th, 2008
at 9:35pm
konkusinya: jadikan iktibar dan kembali kepada yang hak.
topic closed (pandai2 je nk closed kat blog org)
Mohd Ismail
July 14th, 2008
at 10:12pm
@thinker da macam forum la plak.. ha ha..masing2 boleh la da buat konklusi sendiri.. *kita layan topik gay plak!*
|1r34|-|1r3
July 15th, 2008
at 8:03am
wokes…tarak hal..ingatkan ko xjumpa2 lg
videono
July 16th, 2008
at 11:15pm
sekarang. macam2 berlaku. nak kata salah, dua2 pun salah.
Dunia Hipokrit
August 8th, 2008
at 5:47pm
Biasalah zaman sekarang ni artis jarang lekat dah jadi permainan kahwin cerai ni…