Belanja Bijak Untuk Makanan Anda

Adakah anda tahu yang nasi beriyani kini dengan senang lenang’nya boleh di’dapati dengan harga RM2.50 sepinggan — kenaikan RM0.70 berbanding minggu lepas? Tahukah juga anda bahawa RM2.50 itu adalah semata-mata untuk sepinggan nasi tanpa lauk. Cis. Harga makanan semakin mahal & satu undian di Harakah Daily menunjukkan 87.5% memilih kerajaan yang memerintah sebagai pihak yang harus di’persalahkan. Tiada komen untuk itu.

Tetapi, apa kata kita ubah sikit (sikit) tabiat perbelanjaan makanan untuk diri kita supaya beban kenaikan harga makanan akan berkurangan ke’atas diri kita & keluarga kita. Orang Amerika selalu petik ayat ni — tapi aku twist sikit khas untuk entri kali ini, jangan di’tanya apa yang negara boleh lakukan untuk anda, tanya apa yang boleh anda lakukan untuk diri anda sendiri.

Semoga apa yang aku senaraikan ini boleh membantu, jika tidak banyak, sedikit dalam hal perbelanjaan untuk makanan seisi rumah. Bukan berkira dengan makanan, tetapi ini lebih kepada pengurusan kewangan berhemah.

  1. Buat Senarai Perbelanjaan. Tidak semua orang rajin menulis satu-satu apa barang keperluan untuk di’beli, tetapi dengan adanya senarai tetap, kau tidak akan merapu mengambil semua bahan makanan yang menjadi idaman. Boleh membazir jadi’nya.
  2. Jangan Berbelanja Ketika Lapar. Elakkan menjadi seperti tabiat manusia ketika bulan puasa, pergi ke pasar Ramadhan membeli kerana nafsu lapar bukan apa yang perlu di’makan.
  3. Tetapkan Had Perbelanjaan. Katakan kau tetapkan yang kau akan hanya spend RM50, pastikan kau berbelanja tidak lebih dari itu. Jika kau tidak mempunyai had, boleh jadi kau akan berbelanja secara berlebihan.
  4. Beli Secara Pukal. Beli barang kegunaan harian secara banyak sekali gus. Elakkan si isteri menjerit meminta kau ke kedai membeli garam halus yang tinggal secubit. Pergi ke’kedai dengan motorsikal pakai petrol ‘kan?
  5. Kurangkan Gula, Minum Air Kosong. Mengikut pembacaan aku, kandungan gula yang tinggi dalam badan akan membantutkan proses pembakaran lemak & karbohidrat kerana badan akan cenderung menggunakan ‘tenaga segera’ yang ada dalam gula. Kurangkan gula, badan sihat, poket pun selamat.
  6. Jangan Berbelanja dengan Kanak-kanak. Ini kesilapan yang selalu mak aku buat ketika aku kecil. Mengikut cerita, aku dahulu suka meminta yang bukan-bukan ketika mak aku berbelanja di’kedai. Tidak di’beli, menangis (macam budak kecil). Di’belikan, boleh lari budget belanja hari itu. Maklum’lah, ketika itu mak aku hanya bekerja sebagai operator kilang.
  7. Elakkan Membeli Makanan Ringan. Bukan sahaja tidak berkhasiat, tetapi makanan ringan juga boleh menjadi racun dalam badan dengan lemak trans & kandungan gula tersembunyi. Simpan duit untuk makanan yang sebetul-betul makanan.
  8. Jangan Makan di’Restoran. Sekali sekala boleh’lah. Nanti bankrupt pulak pengusaha restoran. Tiada yang lebih enak dan berkhasiat dari makan masakan dari dapur rumah sendiri, kan? Lagipun, nasi beriyani kosong sekarang berharga RM2.50. Boleh pitam kalau bawa satu family makan nasi beriyani.

Ada tips lain untuk berjimat dalam perbelanjaan makanan?

46 Comments

Herm .. berguna gak apa ko tulis .. tapi malangnya .. aku x rasa aku dapat ikut . huhu

// dulu mase skolah rendah mesti saving duit 20 sen sbb nk beli chokie - chokie walaupon aku sanggup x makan nasik masa sekolah sesi pagi ..
:P

aku sekarang sehari sekali je makan nasi.minum air kosong mmg aku amalkan dari dulu.HarHarHar

thnzx 4 da comment.

p/s: bawa bekal! :P

Mail, bakat kau sebagai pakar kewangan makin terserlah la. Kau tulis tips kewangan macam kau tulis cerita porno. =) hehe…

Begitu rakus aku mengikutinya, dan menghadam tulisan kau dengan penuh kenikmatan. Arigatou.

Oh, tips #5 tu memang amalan aku. Tapi, tuan restoren tu dah buat aku naik angin la. Dulu air kosong tu seperti namanya juga, 0 sen. Tapi sekarang dah naik 30 sen. Oh, ini dah melampau namanya.

Opss…maaf ye Mail. Aku melepaskan geram di sini dan kau terpaksa baca kegeraman aku ini.
Siapa la yang sudi berkongsi kegeraman ini bersama aku?

aku baca entri pasal ko rasa ko makin bulat tu.. ;p air kosong adalah minuman paling sedap.. haha

bawa bekal pun satu cara.. sama mcm makan masakan rumah ye x? =)

ha ha.. ape kes ko takleh cuba ikut? =) ke ko mmg kaki makanan ringan? ;p

cara pengurussan wang yg brnas skali..
xspecially no 1 tuh..
until now..aku still buat!!?
sEbab..xkan sng2 bler xde duit nk mntak kat parents ryte..
diorg pon sumtymes xde duit!!?
well..bler dh listed cre uruskan wang,prblanjaan lbih t’atur.. =)
tpi aku mcm “odin” gak..xleh tnggl beli choki-choki..

RM 2.50 hanya untuk sepinggan nasi tanpa lauk? ini memang shit.Aku memang betul anti ngan kedai mamak macamni. Main suka-suki je nak naik tujuh posen.Takkan nasi harga 2.50.Giler ke aper.

owh, dah masuk tips kewangan ni…
bagus²…

aku ada satu tabiat beli oreo.. aha ha.. xleh tahan la sedap dia =)

itu la pasal.. ade kedai kat sini boleh dapat satu set nasik ayam dengan 2.50.. =)

malas2 sgt pun just masak nasi then beli lauk. itu mcm sy kat U. hehehe

amalkan puasa siang

aku biasa dgr puasa malam je.. maklum la ramai xmo makan malam =) lambat digest katanya..

Haha , Lagi satu , kalau makan di McD , ramai-ramai , beli air satu saja ! , Lepas tuh share ramai - ramai!

bergilir-bergilir ambik air . macam hari tuh tgk bola di McD , Lagi jimat dari tgk di kedai mamak , Satu coke RM2.50 , tapi kopi,teh, dan lain rm1.40 , Boleh x refill?. tentu tak kan? haha. Tapi coke boleh! , nak minum orange , grape , strawberry pun boleh . hahaha .

betul la bro… Aku semalam beli beras pun dah tak jumpa harga bawah RM20..
Tu yang aku pun buat post pasal beras tu..
http://ligakampung.com/blog/2008/05/07/beras-oh-beras/
Sori aku promote.. Jangan spam plak..

nak cuba amalkan posa sunat isnin khamis, selain nak kejar redho Allah, dapat jugak berjimat dari beli lunch.

kebanyakan nak jalankan yg wajib pon merangkak, yang sunat tuh xkesampaian aku rasa……..hehe…

minum air kosong tu, saya memang selalu. heheh. yeah, go Aisyah! hahaha

jgn makan kedai mamak,kerna ia tersgt mahal.tp ramai jgk yg pegi.huhu..seb baik kltn xdak kedai mamak cam penang,klu x msti ak gi..erm salahkn kerajaan lo.barang yg naik xkan turun,pnt la.dulu mase mahathir,brg yg naik ade jgk yg turun

skyjuice anyone? haha.
gila murah beriyani kosong 2.50.
dkat sini beriyani kosong dah rm4.00
blom lagi campur2 topping nya.
haha

hurm satu lg,relevan kah,bile jadi baru nk beringat.cam minyak dulu,naik je harga,soh kongsi kreta la mcm2 tp cam x di ikuti jer..mkanan pon tentu sama..aaaa penjual colek pauh dtag kat umah ak skrg ni,ak nak beli,mmg suke ak colek nih haha

Weh Mail buku motivasi apa kau baca sekarang ni? kee buku panduan menguruskan wang. Kau dah abih exam ke dok layan buku buku nii…. kau kena ingat jugak kalau kau tak berbelanja tu macam mana mamak nasi kandar mau cari makan, tokey beras , tokey sayur, nelayan bla…bla… bla…….

amalan berpuasa amat digalakkan.. 2 hari sekali jek :P hahaha

separuh dari gaji aku dibelanjakan utk makan beb! kalau dah kerja di KL, hanya 3 atau 4 kali seminggu je aku sentuh nasi..yg lain fast food…

Wah.. macam tips ada… :)
–> anak pgusaha kedai makan.
p/s: jgn lar boikot kedai makan saya yg tidak mcharge air kosong jevuali kpd planggan yg cerewet. kedai lain x per. Muahaha..

Ala.. susah2 jer. sblm g mcd tu.. singgah mana2 kedai. beli sebotol air(1 lit). abis cter. pastu wat muka serious! confirm dye x brani tegur.. haha..

Sekali komen aku sebelum ni tak masuk lah plak..
Tapi memang masalah betul bila harga naik…
Sekarang ni harga Beras yang menjadi isu semasa..
Mesti pening orang-orang kat atas…

aku baru pulang.. jam 1.27 pagi.. fuh! letih na’mampos.. haha.. mari balas komen..

cara asx ni mmg kool.. satu meja duk ramai2, cawan Coke’nya satu.. ha ha

kata Tok Guru aku, ada hati mesti jadi =)

semenjak kita abes blaja ni daus, sekali pun aku x pi mamak da.. itu hari je beli neskepe ais rm1.80.. haha

humang ai.. ko duk mana ni syuxx nasi saje rm4.00? ha ha.. tokyo ke apa tu..

bukan x berbelanja, cuma berjimat =) diaorg semua tahu main ekonomi, demand rendah, diaorg akan supply rendah jugak.. margin untung kene jaga =) he he

separuh Chot? katalah gaji ko 4000, 2000 ko buat makan? uh la laa.. bestnye jadi perut ko.. he he

jom kawan2 pi kedai makan Saffa, dia ade bg air kosong free.. *ade refill x?* haha

Hehe..senang je. Makan lepas 3 hari tak jumpa nasi. Insya-Allah. Save budget untuk 3 tahun akan datang.

skrg nie aku dah hilang selera nak mkn nasi…. :(

aku mesti makan nasi setiap hari…xboleh tidak..bak kata gf aku..”orang kampung” mesti kena makan nasi.

bab jgn makan kat restoran tu aku payah sikit la mael..duduk rumah sorang2,bila masak lebih dari belanja di kedai tokei restoran.

Hidup tetap perlu di teruskan even apa benda pun yg naik..ini masalah global, jadi perut aku juga spt biasa memiliki masalah globalnya sendiri jika aku tak makan nasi sehari.

skyjuice? kenapa mcm terasa je eh? ahakz ahakz. hahaha

tips yang bagus. banyak yang aku buat kecuali makan di kedai, sebab tiada dapur. :) kau boleh jadi penasihat kewangan

lepas tuh tunggu je la ape plak yang naik…

hurm…mael..tip tuk kuruskan badan ade..haha….aku dapati,selepas aku tamat blajar,badan aku naik sehingga 3 kali ganda aku masuk u ni…adoi…

mael,
aku dan rakan rakan disini sudah mengumumkan tahun 2008 merupakan tahun membina perut bagi kami disini.Semua perut jejaka disini insyaAllah bulat semua nya.hahaha

Leave a Comment