Berapakah gaji seorang LELAKI yang sepatutnya?
- 70
- Add a Comment

Ada satu perbincangan di Forum Lowyat berkaitan berapakah pendapatan atau gaji seorang lelaki yang sepatutnya di’situasi dunia sekarang. Perbincangan ini di’mulakan oleh seorang perempuan yang meletakkan harapan terhadap kekasih hati’nya untuk memperoleh RM10,000 sebulan sebelum berumur 30 tahun sebagai syarat untuk sebuah kehidupan yang selesa di’masa hadapan.
Sebelum aku baca komen-komen seterusnya dari pembaca di’sana, aku terkesima sekejap kerana seorang lelaki, belum berkahwin sudah di’tetapkan oleh kekasihnya (baca: kekasihnya) untuk memperoleh RM10,000 sebulan. Harapan yang tinggi & bagus tetapi pada aku ia’nya sesuatu yang tidak realistik & sampah.
Jika aku dapat kekasih begini, aku rasa lebih baik aku tinggalkan dari memenuhi keperluan yang tidak masuk akal. RM10,000 sebulan adalah terlalu tinggi untuk seorang yang makan gaji & baru beberapa tahun bekerja. Gaji seorang jurutera baru secara purata adalah RM2,500 dan katakan mula bekerja ketika berumur 24 tahun. Jika setahun kenaikan gaji sebanyak 10% sekali pun, ketika berumur 30 tahun, gaji sebulan kau adalah RM4,429. (Betulkan aku jika aku silap). Jumlah ini sudah cukup banyak jika kau bijak mengatur perbelanjaan untuk sekeluarga.
Apa perlu BMW 3 Series jika kau boleh selesa dalam sebuah Proton Waja atau Perdana? Kenapa perlu makan mewah di’luar setiap hari jika masak di’rumah adalah lebih murah & menyihatkan? Kenapa mahu duduk di’bandar mewah jika kau boleh duduk di’kawasan yang lebih rendah kos sara hidup’nya. Bukan aku menidakkan cita-cita mereka yang mahu kaya, hidup mewah & di’pandang tinggi oleh society, tetapi hidup biar realistik.
Sebenarnya, seorang perempuan perlu melihat dari segi berapa banyak seorang lelaki boleh simpan dalam sebulan berbanding berapa mereka perolehi dalam sebulan. Jikapun lelaki itu memperoleh RM10,000 sebulan, tetapi habis di’belanjakan untuk perbelanjaan yang bukan-bukan (contohnya gadget baru yang tidak perlu, modifikasi kereta yang bukan-bukan, makan mewah setiap hari & rokok yang melampau), ia tetap tidak membawa apa-apa kebaikan ‘kan? Plus, jika seorang lelaki itu kaki kad kredit, selamat datang ke’dunia bercakap tentang duit tidak cukup setiap hari.
Itu belum lagi perbelanjaan seorang lelaki ke’atas kekasihnya. Seperti kes yang di’bincangkan di’sana, pada hemat aku kekasih hati lelaki ini adalah seorang yang high-maintenance mengalahkan kereta Satria aku. Dia ada tulis tentang perbelanjaan rawatan kuku di’salon yang masuk dalam senarai perbelanjaan utama. WTF?!
Meletakkan harapan sebegitu tinggi ke’atas lelaki hanya akan membuatkan seorang lelaki itu merasa tertekan lebih-lebih lagi jika dia sayangkan kekasihnya lebih dari segala. Dan, aku rasa, jika kau sayangkan boyfriend kau, aku tidak nampak duit sebagai perkara PALING penting dalam sesuatu perhubungan. Yang paling penting adalah bagaimana kau berdua menguruskan kewangan dalam sesuatu perhubungan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang telah berkahwin.
Kau, lelaki, ada kekasih hati kau tetapkan matlamat kewangan kau sebelum berumur 30 tahun?
Kau, perempuan, ada harapan yang tinggi begitu terhadap lelaki?

70 Comments
syuxx
April 30th, 2008
at 5:55pm
break je lah kalau dapat kekasih macam tu.
haha.
kecuali lah dia gila2 cun. hehe
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 6:00pm
jika dan hanya jika dia adalah Rachel Bilson, aku akan usahakan.. ha ha ha
d2z
April 30th, 2008
at 6:04pm
aku lelaki, kekasih aku tidak menetapkan matlamat kewangan aku sebelum aku berumur 30tahun..tetapi aku sendiri yang meletakan berapa gaji aku nnt..aku mahu wang..hee~
Ahmad Amir
April 30th, 2008
at 6:39pm
ya..memang betul tertekan..
marah sket kata jangan membazir dia kata kita cakap lepas..kita marah sebab sayang..hehehe..
well..jika tiada keserasian dan persefahaman dalam menguruskan hal kewangan..baik putus..hidup lelaki akan lebih mudah dan tenang namun ada sedikit kesunyian kt situ..hehehe..
apa pun..rezeki kita tuhan yang tentukan..kepada perempuan..lelaki dilahirkan tak sama sifatnya..kalo laki gaji yang berpuluh ribu tuh..alamat dia akan menduakan mengtiga atau mengempatkan andalah kaum wanita yang bijaksana…hehehe..
mijie
April 30th, 2008
at 7:02pm
lepaskan saje perempuan mata duitan itu….ramai lagi di luar sana yang lebih cantik dan perlukan kasih sayang,
apa yang penting tetapkan matlamat macam mael cakap,berapa banyak yang boleh di simpan sebulan,gaji makin tinggi makin tidak cukup,aku pernah mengalaminya…masa starting gaji 1200 cukup2 makan,then dapat gaji 1600 lepas tu pun ckup makan gak, lagi naik gaji 2000 pun ckup makan,dan yang last skali 4k++ pun cukup2 makan
so apa erti gaji tinggi kalau selalu cukup2 makan jer
Tech Blog
April 30th, 2008
at 7:02pm
Melampau tul permintaan gadis tuh..
syamsulariff.com
April 30th, 2008
at 7:07pm
aku cakap kat dia..kau 5ribu aku 5ribu..kita tong tong sama2..susah sama2 sakit sama2..makan sama2..dalam mengecapi hidup yg bahagia..jika terdesak..aku ku suruh dia sama2 apply idea2 bisnes yg aku tau :)
afham
April 30th, 2008
at 7:31pm
harap2 dapat gadis kampung jer ar..
Fahmishah
April 30th, 2008
at 7:39pm
persetankan saja wieh…
perempuan begitu bikin rosak kepala
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 8:04pm
aku ade polisi gini, gf atau isteri x boleh tahu berapa amaun tepat gaji aku.. haha.. yang penting semuanya selesai bayar & dia cukup makan cukup pakai.. =)
kalo dia tahu, mcm2 dia mintak..
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 8:04pm
Ahmad Amir merujuk kepada segelintir lelaki sahaja tu.. kita semua xkan buat gitu kan kalo kaya nnt? =)
*ye kot..* ha ha
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 8:06pm
ada 1k+, pakai kancil.. ade 4k+ tuka pakai Toyota Camry.. so sama je sebenarnya.. itu la yg biasa org kita buat =)
belajar2lah berjimat & menyimpan, byk faedahnya.. hehe
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 8:07pm
gadis kampung skang ni pun, ada yang high maintenance gak.. =) pilih yg sederhana.. cantik luar dalam..
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 8:08pm
perempuan bikin botak kepala kalo gini Fahmi oi..
hafreze
April 30th, 2008
at 8:43pm
aku dh experience dgn gadis2 high maintainance nie..mahu yg gah jer..dr pengalaman aku..gadis2 yg dtg dr keluarga susah mmg demanding..psl dieorg tau yg dieorg tkkan dpt pape dr family dieorg..so..dieorg target laa lelaki2 yg loaded, duit berkepuk nie..2 org bekas kekasih aku dtg dr keluarga yg low income family..beribu jugakle dieorg pau dr aku..hahaha..padan muke aku..
tapi.sekarang..aku sudah ade kekasih yg dtg dr keluarga sederhana..die tidak demanding..malah sggp berkongsi..kerana faham situasi kite mcmmane..pengajarannya..kite ban gurls kampung..carik gurls yg sederhana jer..
btw..bukankah islam menggalakkan keserdahaan..hahaha
muhdzahari
April 30th, 2008
at 8:46pm
err..aku sedang mengejar2 impian cam tu gak..atas semangat yg lecturer aku bg. ex student projek sarjana muda die yg fresh graduate, leh keje ngan international company ngan belasan ribu USD sebulan! USD tu, try convert MYR bape..
tu dah jd impian aku, mael.
bluecrystaldude
April 30th, 2008
at 9:05pm
tak nak jadik jurutera lah kalau camni. huhu
hairul
April 30th, 2008
at 9:07pm
Perempuan. Kau selalu meletakkan duit di tempat teratas. Ingatlah, cinta kami orang lelaki jangan kau nilai dengan wang ringgit semata-mata.
Kami bila dah sayang, jangan kau ragu-ragu lagi. Dalam list belanja kami, kau ada kat atas sekali. Kami faham jiwa kau yang sebati dengan kegilaan shopping.
Kami lebihkan segala-galanya untuk kau. Apa yang mampu, kami bagi. Apa yang sukar, kami usahakan juga.
Kami cuba sedaya upaya memahami kau, dan kami amat hargai andainya kau juga mengerti diri kami, kaum lelaki.
— Mail, apa kata kau? Kaum Adam yang gagah perkasa kat luar sana, takkan nak menyepi je?
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 9:15pm
yep.. itulah yang sepatutnya kita carik.. keperluan hidup yang sederhana.. harapan yang tidak membebankan =) dan paling penting, senang nak dibawak berunding pasal kewangan.. ;p
KNizam
April 30th, 2008
at 9:15pm
yg pompuan nak 10k sebulan. yang laki nak pompuan 20k sebulan. haha. rosak dunia. haha :)
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 9:17pm
kalo gaji dalam USD & duk dalam Mesia, ok lagi.. tp kalo duk US sana, mmg kene consider kos sara hidup gak =)
unless kalo dia mmg penjimat gila orgnya.. he he
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 9:18pm
ya.. saranan utk kaum perempuan, kurang2kan la expectation yang tgi kalo hal2 berkaitan duit ni terhdap lelaki.. bukan kami xmo usahakan, cuma kdg2 realiti bukan seindah mimpi ye tak?
*adeh, ayat aku da nak sama mcm hairul plak..*
khai
April 30th, 2008
at 9:30pm
anda seorang lelaki yang malang jika ada gf atau isteri sebegitu.. mahukan duit rm10000 sebulan untuk kemewahan… bukan untuk hari tua…
tapi x mustahil rm10000 sbulan before umor 30 tahun.. malam ni pon dah leh dapat… gi la rompak bank.. bawak gf yang meterialistik tu tadi.. hahaha
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 9:36pm
brilliant! ha ha ha.. biar si gf materialistik tu tahu apa perasaan nak dapat rm10,000 senang2.. =)
niza x mcm tu kan khai? untung ko..
*lagi satu, apa kes blog ko Khai? bandwidth exceed lg, bukan aritu da upgrade ke?*
khai
April 30th, 2008
at 9:47pm
syia (sang sponsor) agak busy dan baru arini dia upgrade.. tapi ape maknanya coz esok dah may kan.. takpe la.. esok ok la tu..
errr.. honestly, nieza dulu adalah seorang yang mata duitan.. sangat materialistik.. kalau aku tak gunakan taktik kotor (rahsia :P), belum tentu dia jadi milik aku harini.. tapi aku ada cara aku sendiri untuk ubah seorang wanita begitu menjadi wanita normal… hehehe.. seperti nieza yang sekarang.. amin..
Zimbo
April 30th, 2008
at 10:41pm
Mail, adakah wang segala-galanya!? Ada jutawan yg tunggan-langang rumah tangganya,simpan pompuan lagi. Ada bintang filam kita,cantik ada dn wang pun ada,pun cerai berai gak. Dimana sebengarnya kebahagian? Kenapa org yg sederhana atau yg miskin, anak 10 tapi mereka bahagia!!?
Ko kena cari fomula tu mail.
Klu dpat bagtu sya.Bleh sya belajau lak.
niegy_luv
April 30th, 2008
at 11:05pm
*entri yg bEsh lar bro… =)
bsederhana adlah lbih baik…
ape barang kaLo gaji smpai RM10k tiap2 bln..
tpi sumenyer dtg dri bnda yg hampeh…
i mean,bkn dri pndptan yg halal lar…
xkemana rsenyer …
biarlar gaji RM1k n plus..plus…
kalo duit tu berkat..insyaallah…
ur lyfe will goin’ better!!??
tpi jgn jelar pikir nk keje mkn gaji jer..
tmbahkan income anda..xpon buat investment pe yg ptut..
bkn ape..utk mse dpan..
chewah~~katenyer..walaupon..
Tech Blog
April 30th, 2008
at 11:13pm
aku nak g spain la macamnih..cari anak yatim je kat sana.Sah2 lawa..keluar duit sikit jer invest..anak kompem cantik2.
melayubuntu
April 30th, 2008
at 11:43pm
haah..WTF!
dunia dah disampahi ngn pmpuan camni..
WTF! Arghhhh…
Aisyah
April 30th, 2008
at 11:45pm
kalau dia kahwin dengan laki tu sbb duit dia, kalau dia tiba2 miskin sikit, cerai la?
yeah, I agree with you Mail. I dengar my dad pernah cerita, macam mana gaji dia dulu. sekarang? Alhamdulillah. ;)
tapi kalau diberi pilihan, saya pun nak kahwin dengan orang bergaji macam ayah saya. teeheee xD
Mohd Ismail
April 30th, 2008
at 11:56pm
mesti ayat ko sgt power kan Khai? boleh la turunkan ilmu kat sapa2 yg terkena dgn gadis materialistik ni.. ha ha
Mohd Ismail
May 1st, 2008
at 12:01am
Zimbo, ade tgk cerita Pursuit of Happiness? filem tu mengajar aku yang kebahagian ni bukan sesuatu yang boleh di’miliki, ia hanya sesuatu yang berlaku seiring dengan kehidupan kita..
ada org bahagia saat dan masa ini, esok dia akan kembali kepada sesuatu yang buat dia tidak bahagia..
kebahagian bukan seperti kereta.. kereta kau beli, itu milik kau.. kebahagian kau perolehi, sekejap lagi pun boleh hilang..
teruskan mengejar kebahagian.. insyaAllah ada masa, kita akan merasa bahagia =)
hafifi
May 1st, 2008
at 12:01am
hehe:) tak patut2, tak ingin aku dpt awek camtu..kena barah otak aku nnti nk cari duit..
hidup sederhanalah yang terbaik..tetapi klu dah ade duit, ade harta, jgn lupe orang lain..
Mohd Ismail
May 1st, 2008
at 12:02am
ya niegy_luv, jangan fikir kerja makan gaji je.. tp bila kita ckap gini, ade orang kerajaan pergi makan rasuah plak.. ceh!
=)
Mohd Ismail
May 1st, 2008
at 12:03am
aisyah, carik datuk2 ke, tan sri mana2 ke.. konfem da gaji mcm ayah u.. mesti la ayah u ramai contact kan? ha ha
Mohd Ismail
May 1st, 2008
at 12:03am
jangan lupa keluar zakat.. aku dgr mende mcm tiap kali sembang pasal duit ngan mak aku.. ha ha =)
Ahmad Amir
May 1st, 2008
at 12:22am
bukan camtu aisyah (edit by admin ;p), kalau tiba-tiba dia jatuh miskin. Kenelah sesama fikir jalan penyelesaian dia. Jika isteri tidak sanggup lagi dan tuntut cerai kerana suami sudah tidak dapat menjalankan tanggungjawab sepatutnya, maka tiada jodohlah nampaknya. Tapi kalo dia kaya blek?nak rujuk blek ke?satu persoalan yang mungkin susah nak jawab..
Perkahwinan itu adalah sesuatu yang suci dan murni di sisi islam. Asal kita percaya dan menuruti perintah dan tanggungjawab kita kepada agama. Tuhan memang akan murahkan rezeki kita. Kalo ada anak, tuhan pun dah janji akan beri rezeki pada anak tersebut. Usaha doa dan tawakal adalah merupakan elemen penting dalam soal kehidupan kita seharian. Usahkan rm10ribu sebulan, rm12b pun tuhan boleh dapat nanti. Namun usahkan satu isteri, dua tiga dan empat isteri pun tuhan akan jodohkan kita nanti. Insyaallah
Aisyah
May 1st, 2008
at 12:52am
taknak. mereka buncit. serious. asal kaya je perut buncit.
maaf jika menyinggung. tapi memang fact. (dari apa yang saya nampak la)
ayah saya pun. hahah!
Aisyah
May 1st, 2008
at 12:57am
oh. apa yg saya dapat dari cerita tu ialah,
money can buy hapiness.
ok, not really. but wealth does keep you away from financial anxiety. heheh.
d2z
May 1st, 2008
at 1:12am
haha..ini aku sgt stuju~
Mohd Ismail
May 1st, 2008
at 2:02am
[off-topic] kennysia.com ada edisi mobile,mohdismail.net pun ada lite version tuk pengguna hp 3g..just type the normal url,dan anda akan d’bawa ke mohdismail.net lite version..
*penat siot menaip guna hp.. ha ha*
ahib0205
May 1st, 2008
at 3:37am
hahahaa.. dan2 memang aku pun setuju.. tp kompom dia akan merajuk sbb tak kongsi sama2. hahahaa…
ahib0205
May 1st, 2008
at 3:39am
er.. luar leh la nampak cantik beb. dalam gane lak mael?
gie
May 1st, 2008
at 7:42am
10k…?giloz..aku terkedek2 nak mencari kerja,dah ade berita camni…hurm..hope,aku tak dapat pompuan camtu…aku staright je…terima aku seadanya,atau babai..hahaha…
firdee
May 1st, 2008
at 7:55am
sbb tu la…makin besar periuk nasi tu makin banyakle keraknya…makin bergaji besar makin mengeluh duit x cukup… :D
hanep
May 1st, 2008
at 8:23am
loh.. nape xsuka buncit?
nasib bek mael tak..ada peluang. kan mael? … kan?kan?
hanep
May 1st, 2008
at 8:31am
request 10k ni kalo cakap mulut boleh consider lagi, tapi kalu siap mintak borang hitam putih, mmg sah sampah. kalau aku ada gaji 10k, akan ku terbang ke korea, blambak lagi awek cun gilos2.
Wizurai
May 1st, 2008
at 10:00am
wanita yg minta gaji seperti itu, apa yg dia akan bagi balik sebagai timbal balas? hehe…
oh ya, kalau gaji tinggi, tak perlulah melabur dlm liabiliti… beli kereta mewah sudah tentu minyak, maintenance, road tax & insurance tinggi… beli saja kereta yg seadanya… duit lebih dr kos² memiliki kereta mewah boleh digunakan untuk melancong bersama buah hati di merata tempat… itu lagi bahagia… ahh…
cikahmad
May 1st, 2008
at 11:23am
ingatlah bahawa ada sesuatu yang boleh dibeli dengan wang ringgit & ada sesuatu yang tidak mampu dimiliki walaupun segunung harta jadi tukaran..peace!
Bent
May 1st, 2008
at 12:04pm
Memang betul mail..sepatutnya perempuan itu lebih mengutamakan berapa banyak kekasih dia boleh simpan dalam sebulan berbanding berapa banyak yang kekasihnya mampu dapatkan dalam sebulan. Jika dia dapatpun lelaki sebegini saya rasa hubungannya juga tidak kemana kerana mindset perempuan ni belum betul lagi hahahaha.
sham
May 1st, 2008
at 6:22pm
senak perut dapat yang demand mcm tu.. cari yang bersederhana dah la. Cukup makan, cukup pakai..dia tak bising & supportive. hati pun tenang.
Mohd Ismail
May 1st, 2008
at 6:39pm
betul.. kereta adalah aset yang mempunyai susut nilai paling cepat kat dunia.. so, simpan duit utk pergi melancong bak kata wizurai.. lg best mandi pantai! =)
Mohd Ismail
May 1st, 2008
at 6:40pm
mindset yang mahukan duit utk jangkamasa pendek, bukan jangkamasa panjang.. =) kang jadi mcm aisyah cakap, bila lepas kahwin miskin, mintak cerai.. ha ha
titan
May 1st, 2008
at 9:14pm
Tinggalkan aje kerana bagi mereka. duit lebih penting. Bagi mereka, duit boleh beli kebahagiaan. AKu tidak nafikan perkara itu kerana sudah terlalu banyak contoh.
MK
May 1st, 2008
at 10:04pm
10 ribu? 0.o
tinggalkan awek tu. pergi merisik calon kat kelantan.
am
May 2nd, 2008
at 7:15am
maybe pompuan tu feeling dia hi class kot… tu pasal dia ingat 10k tu baru nak selesa… 5k untuk pendapatan isi rumah dan tampung sebuah keluarga dan simpanan patut mencukupi…
kooreen79
May 3rd, 2008
at 4:21pm
Rasullallah S.A.W bersabda “Dikahwini perempuan (dijadikan isteri) itu kerana empat perkara, kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikkannya dan kerana agamanya. Maka utamakanlah perempuan yang mempunyai agama dan beruntunglah hidup kamu…â€Â?
Sekian - Jelas..
kakeru
May 3rd, 2008
at 8:20pm
Kenapa pilih perempuan sebab agama?
Menurut Ustazah Bahiyah, kalau seseorg itu mempunyai agama yg baik, Insya-Allah 3 aspek yg lain akan turut lengkap bersama - macam satu pakej. Iaitu meliputi harta, keturunan dan kecantikan.
Sebab apa?
- Harta: Jika menuruti agama, Allah juga tidak melarang kita memiliki harta selagi mana tidak bertentangan dgn syara’
- Keturunan: Menuruti agama, Allah memang menitikberatkan hal2 yg berkaitan dgn keturunan, menjaga salasilah keluarga dan memelihara keturunan agar bercambah menjadi susur galur keturunan yg baik2
- Kecantikan: Allah itu cantik dan sukakan kecantikan (mcm lagu cantik :p)
Thus, tiada masalah utk menitikberatkan dan mengutamakan aspek agama dahulu melebihi yg lain dalam mencari pasangan.
Anyway, perlu diingat bahawa hadith tersebut bukanlah ditujukan kpd kaum Adam yg ingin mencari pasangan sahaja. Guide ini juga ditujukan kpd kaum Hawa yg ingin mencari pasangan hidup mereka :)
Wallahua’lam
zool
May 5th, 2008
at 10:28am
RM 10 K?? Pergh tu kalau aku jadik cam Gobala Krishnan baru dapat income banyak tu…
Pendapat aku la kan.. Bolayan le gamaknya…
Nampak sangat kematerialistikan budak tu…
Huhuhuhu..
Bila aku nak dapat income 10 K??? huhuhuhu
aween
May 5th, 2008
at 10:42am
emmm keji jer perangai pompuanmcm tu..tinggalkan jer..perabis beras..
zool
May 5th, 2008
at 1:29pm
Mail.. apsal satu komen budak jabatan aku dideletekan???
Ker ko ingat spam sebab sama IP??? Kesian diorang nak luahkan sesuatu ko delete plak…
Mohd Ismail
May 5th, 2008
at 1:41pm
ngeh3.. td aku mark as spam laju2.. dgn kawan ko punya komen ter’spam sekali.. aku da recover balik dr akismet.. =) he he..
*aween ni laki ke pompuan?*
zool
May 5th, 2008
at 2:39pm
aween tu pompuan.. satu opis ngan uzair…
er ada ke aween nama lelaki???
Mohd Ismail
May 5th, 2008
at 2:43pm
hehe.. pompuan rupanya.. sampaikan salam selamat datang ke blog aku buat dia =) suruh dia bookmark terus.. haha
noris
May 5th, 2008
at 3:30pm
pantang pompuan, laju je kau ek.
zool
May 5th, 2008
at 3:40pm
Ops mail… Itu bini orang lah..
aween
May 5th, 2008
at 3:50pm
iyer..sy pompuan…heheh tp ader gak lelaki name aween..
amoi
May 6th, 2008
at 10:15am
camna kalo gaji laki lg rendah dari gaji perempuan?salah ke kalo perempuan tu suruh laki tu usaha dptkan gaji yg sama atau lg tinggi dari gaji dia…kira tu syarat utk kawen?dok kl ni suma menda mahal…umah sewa, tol etc…nak dok tpt lain takleh sbb kat sini je peluang pekerjaan yg ada…camna ek?
LALING
May 13th, 2008
at 2:03pm
Bagi laling kewangan lelaki itu nombor dua dan paling penting ialah Kebijaksanaan Otak dia dan rupa paras dia, body dia camna..? Kurus kering Reject! Suara poyo merepek bosan? Reject!
lelaki sekejap2 suka cakap mencarut eg.puk**** lu lah” Reject!!
Ini kerana lelaki yg Bijak Otak dia membantu wanita jadi cemerlang, terurus, tambah jelita dan paling penting Akal 9 lelaki tu digunakan dengan semaksimum mungkin dalam membentuk guide kehidupan supaya tidak sesat.
Otak lelaki macam laptop gak tak penting ia buruk macam Acer tapi RAM dan processornya the best in market.
zara
May 13th, 2008
at 2:37pm
heh..tah r gaji kecil ke gaji besar ke blm mjamin kbhagiaan. dulu xbfriend aku gaji kecik dr aku tp adat org bcinta “give and Take” kn..yg heran tu dia xda hutang apa2pn tp duit xpnah cukup, xpnah plk aku mminta2.aku ni utang kete htang tumah msh g leh kmpul duit tk kawin sbb nk tlg dia..last2 dia tgglkn aku gk coz jtuh cinta kt ppuan seksi..alasan dia xmmpu nk jadi seorg lelaki beriman spt yg aku nak..apa sbnarnya yg lelaki fikir??sape nk jawab?