Beraya untuk promosi blog
- 33
- Add a Comment

Tahun ini ada sedikit kelainan dalam sambutan Aidilfitri aku. Selain tahun pertama menyambut Aidilfitri sebagai seorang penulis blog yang err.. serius, tahun ini juga aku dengan berbesar hati membuat kunjungan hormat ke rumah rakan-rakan yang telah lama aku tidak ketemu. Tidak rindu, tetapi lebih kepada bertanya khabar.
Bila kau beraya bersama-sama orang yang tahu kau adalah penulis blog yang err.. serius, ini memudahkan kerja kau untuk memperkenalkan diri sebagai penulis blog kepada orang lain. Dalam kes aku, dua (2) orang rakan lama yang turut serta dalam rombongan Aidilfitri tersebut merupakan pembaca Mohd Ismail dot Com. Tak tahu la di’mana tahap kesetiaan mereka, tetapi mereka mempunyai pengetahuan yang agak banyak bila bercakap tentang apa yang aku tulis’kan.
Nah! Sekali mereka buka mulut tentang blog aku, tidak ramai yang memberi reaksi positif. Tak mengapa. Kali kedua, kali ketiga, dan seterusnya, sudah ada yang bertanya URL blog aku. Kool! Sekarang aku tahu, sekurang-kurangnya akan ada 4 atau 5 orang pembaca baru Mohd Ismail dot Com selepas habisnya Aidilfitri. Tidak ramai, tetapi ia satu angka yang signifikan bila pembaca itu terdiri dari sahabat handai. Bukan semua sahabat nak membaca apa yang kita repek’kan. Ye tak?
Terima kasih kepada Naim & Khairul yang menjadi promoter & pembaca tegar (?) untuk Mohd Ismail dot Com.
Esok, aku akan ke Pulau Pinang. Berkursus untuk 3 hari. Bersamaan 72 jam yang akan terbuang dengan ceramah & aktiviti yang tidak relevan dengan situasi aku sekarang. Aku masih banyak kerja. Exam tinggal beberapa hari. 72 jam adalah jumlah masa yang agak banyak untuk di’buang dengan berlibur & mendengar ceramah penuh hipnosis. Aku akan tidur, aku pasti.

33 Comments
emptyspace
October 19th, 2007
at 4:28am
rakan-rakan aku yg kerap bace blog aku adalah terdiri dalam golongan silent reader
megat
October 19th, 2007
at 7:56am
sama la aku pun. silent reader termasuk org umah aku wakaka. pergh hipnosis tue :p
Fahmishah
October 19th, 2007
at 8:26am
termasuk juga aku..mereka masuk dan keluar
CypherHackz
October 19th, 2007
at 8:39am
member2 aku ramai yang dah tau. lagi satu, kau leh letak kat friendster kau. biaq semua orang tau.
Bat
October 19th, 2007
at 6:25pm
Ahaha..kes aku sama gak macam Arep, silent reader..Hehe..
Wizurai
October 19th, 2007
at 6:45pm
buat kad sekali… bagi diorang….
salah satu cara promote blog bila berjumpa dgn org…
omarbahrin
October 19th, 2007
at 8:32pm
hahha…aku pon silent reader…(silent aa sgt…miahhahah..) raya tahun ni…ade kawan aku yg byk tnye psl blog…sbb die tau aku ade blog…ahahah…kongsi ilmu aa nih…
WaWa
October 20th, 2007
at 12:45am
aku pelik la dgn ko en mael. ko budak final year kan? belom start keje lagi kan? abis kursus2 ni ape ye? lagaknya mcm ko dah keje plak, kene slalu g outstation dan blablabla.
abdfatah
October 20th, 2007
at 7:42am
selamat mempromosikan blog dengan jayanya. selamat beraya sakan buat mael yang semakin serius dengan blognya itu…
abdfatah
October 20th, 2007
at 7:50am
yeaa begitu ramai silent reader. beranikan diri anda untuk membuat komen seumpama anda bercakap di corong radio…miahahahaaa
marshall qai
October 20th, 2007
at 10:20pm
salamzzz..
buat mail…tenkiu beraya dengan kitaorang…seronok bangat ada kamu…
yang penting dalam blog ko ni ada sesuatu yang akan wat orang selalu datang..ko kan pandai dalam bab picz..try adapt pic untuk jadikan satu citer ke ape ke..
weh..gambar kat henpon ko bila nak siarkan…nanti rerajin tolong attach kat marshallqai@gmail.com
wassalam
nuar gonzalez
charger_joe
October 20th, 2007
at 11:30pm
hehehe..baguih member2
Qaiyum
October 21st, 2007
at 2:29am
Wah!? Namo Kiter Ado Iras² Samo Lak. Qai Jugak Ke? Takpola Walaupun Tak Unik Dah. Skurang²ni Nama Ni Glamer La Gak Kan? Huhu.. Tak Rayo Umah Aku Pon Mael. Ces..
khai
October 21st, 2007
at 8:42am
blog aku pon banyak di baca silent rider.. ngeh2… termasuk la lecturer aku sendiri..
cara senang, advertise je ar dalam paper… mau sejuta dua orang yg masuk blog ko sehari.. gempak tu. hhhahah
hafreze
October 21st, 2007
at 4:27pm
yeah.termasuk juga aku..ex-gf aku merupakan silent reader aku.intai2 dari jauh laa die nmpaknya..padahal dlm kampus jerk..ehehe..mcm mane aku tau?..kadang2 biler berbual2..die ade mention ape yg aku tulis..terutama bab duit..haha..
pergh..khai ade lg..tk jengah siot ko..
vangardx
October 21st, 2007
at 4:33pm
olla olla..jgn lupa tulis alamat blog kat sampul duit raya..kenapa? sebab kalau kita beri kat budak2 pasti emaknya atau ayahnya yg ambik tolong pegangkan..then mungkin dia tertanya2..lagi satu buatnya sampul tu recycle guna utk bagi org kawin..tak ke salah satu cara promosi percuma tanpa perlu sebarang bayaran?
abdfatah
October 22nd, 2007
at 9:11am
oooo… ada gf rupanya. bila nak kahwin haaa…. suruhlah dia komen jugak… wiahahaa
abdfatah
October 22nd, 2007
at 9:13am
yeaa… dah tentunya kita tuliskan kat sampil duit raya untuk melebihkan promosi tanpa batasan…
hmm… menarik nampaknya. kalo gitu sampul duit raya dan kad kahwin boleh dijadikan satu cara promosi yang percuma tanpa batasan…
abdfatah
October 22nd, 2007
at 9:16am
kalo sejuta? boleh dan tentunya boleh menjenguk berjuta2 banyaknya…
beckzaidan
October 22nd, 2007
at 9:27am
ahahhaa, rindu gile kat blog ni… tak habis lagi ke raya wei… aku dah prepare tunggu deepavali plak ni. ahahhaa….
musnaz
October 22nd, 2007
at 4:22pm
mael memang raya sakan nih! syabas!
Shamir
October 22nd, 2007
at 8:24pm
All the best on your blog.. nice thing you have there.. :)
Fahmishah
October 22nd, 2007
at 10:09pm
advertise kat frontpage google ar..berbilion dalam masa beberapa minit..hahah terus up pageview
AfzaiAfandi
October 22nd, 2007
at 11:59pm
Salam perkenalan mael..
Tahun ini kali pertama aku beraya sebagai blogger. So, amik peluang canang2kan alamat blog kat sedara mara dan kawan2 :)
aku pun nak glamour cam ngko jugak mael.. :)
sara
October 23rd, 2007
at 7:27am
selamat hari raya ismail…:)
blog bagus.. pembaca ramai…pembaca tak akan jemu datang melawat semula..
mixterr
October 23rd, 2007
at 9:47am
yeah bagus promosi promosi. tp lebih baik buat name card tulis URL blog. name card cap ayam pon jadila kan…!!
naims
October 23rd, 2007
at 1:10pm
barang yang baik tentu saja ada peminatnya.. begitu juga blog yang bagus, mesti ada pembacanya… tak gitu mael??? selamat ari raya…
-ari tu aku ternampak kau dalam tv, masa bas usm eksiden tu… takziah buat keluarga si pemandu-
Mohd Ismail
October 23rd, 2007
at 2:22pm
owh Naim, akhirnya kau menulis juga di’sini.. he he.. liputan kemalangan baru saja aku up.. sila baca ;p
Mohd Ismail
October 23rd, 2007
at 2:22pm
aku ada rancang nak buat name card.. tp belum sampai masa lagi.. kot la.. ;p
Mohd Ismail
October 23rd, 2007
at 2:24pm
selamat hari raya Sara… thanks.. dan Sara pun jangan jemu datang.. kami memang dahagakan kehadiran gadis2.. erk! ha ha
ali sihatsokmo
October 23rd, 2007
at 2:39pm
lepas ni musim org buat open house pulak…boleh la promosi blog secara besar2an.
lidah
October 24th, 2007
at 1:53am
nasib baik kau ok. selamat hari raya ismail. kirim salam zamzila kasim
omarbahrin
October 27th, 2007
at 2:16am
hahaha…mantap…nk taruk postion pe mael?? blogger sepenuh masa?:P