Berdoa Untuk Lee Chong Wei

Ketika perlawanan suku akhir Lee Chong Wei menentang mamat Kuncoro dari Indonesia, aku sedang membeli kasut untuk konvokesyen aku. Aku stay di’kedai kasut tersebut sehingga habis set pertama. Aku bergerak ke’kedai sebelah untuk mencari tali leher & melekat untuk set kedua. Chong Wei menang dalam 32 minit.

Aku terlepas perlawanan separuh akhir kerana berkonvo. Tetapi berita baik buat aku sebagai rakyat Malaysia, Chong Wei layak ke final & akan menentang Lin Dan.

Aku sebagai rakyat Malaysia (yang tidak berapa patriotik) ini sangat berharap Chong Wei akan memenangi emas sebagai buah tangan dari Olimpik Beijing. RM 1 juta yang kerajaan janjikan itu aku rasa sangat berbaloi buat Chong Wei. Mungkin terlalu besar buat sesetengah orang, tetapi Chong Wei sedang menulis sejarah buat negara.

Michael Phelps, peserta renang dari Amerika Syarikat baru sahaja memenangi emas ke-7 beliau di Beijing, kita cuma mahukan satu untuk lebih 22 juta rakyat Malaysia. Halalkan RM0.05 dari poket setiap rakyat Malaysia untuk sebutir emas Olimpik hasil keringat Chong Wei.

Malaysia, mari berdoa.

45 Comments

Walaupun aku x hebat bermain badminton … tapi aku tetap suka tengok dia main ..
:)

@oDiN dan suka bila dia menang.. ha ha =) dia ni boleh kata better dr Rashid Sidek..

go go chong wei!

abaikan satu juta jika ia benar-benar utk negara. hu3.

pasal chong wei apek kat depan rumah aku yg xda tangan pon cakap dia teringin main badminton bila tgk chong well menang…huhu..biar betul apek tuh

satu emas untuk malaysia!go chong wei

Perak sahaja sudah dapat Rm 300 ribu, tekanan berat kepada Lin Dan sekarang, apa saja boleh terjadi

Hasbullah Awang kata Wong Mew choo tu kekasih dia

@megat xbanyak, sikit mesti si Chong Wei ni ade berharap… =) go chong wei!

@zen bersemangat tul apek tu… harapnya dapat la emas, boleh menangis dibuatnya apek tu nnt..

@Rjuna Mew Choo mmg buah hati dia.. tp sayang terkandas =) 300ribu pun byk sgt da kalo aku.. ha ha =)

owh chong wei. tunjukkan aku rakyat malaysia ini bagaimana rupanya pingat emas olimpik. live depan mata.

ps: aku konfiden, kalau mamat ni menang emas memang diarak satu malaysia. bolehlah aku tgk emas tu cmne rupenye wlpn dr jauh je…

yesss….aku sokong kata-kata ko mael

aku harapkan kemenangan juga dari Chong Wei. kemenangan tu bukan saje tuk dirinya malah utk seluruh rakyat M’sia.

kudos to Chong Wei!

@aeropama kalau dapat emas & buat tour satu Malaysia, mmg aku nk pi peluk chong wei ni.. ha ha

@penyubiru malam ni, mari melekat depan tv.. =)

hehehe. Semoga ko menang emas Chong Wei. Mai, byk gak ko singgah kat kedai. Nasib baik kedai tu ada TV. Kalau tak mesti melepas. Nasib beik pelanggan, kalau tak mau kena halau kot dari kedai tu. Duduk lama lama tapi tak beli. ekekeke

Aku doakan.Semoga ada sejarah manis dalam olimpik 2008 untuk dikenang.

Hidup malaysia!

part aku paling suka bila dia menang masa separuh akhir. Masa dia dah menang. Tinggi woo dia lompat nak peluk misbun..

Misbun memang best. 3 anak didik dia power-power. Mula2 hafiz. Pastu Mew Cho bagi pempuan. Sekarang Chong wei..yg dok main ranking 1-3 dunia aje..

aku harap sangat dia menang..aku akan sokong dia arini. Weh, arini main pukul bape aa??

kalau dia menang gold medal..dapat 1 juta..dah boleh bersara terus dari badminton…haha

apapun, semoga dia success dalam olimpik…

MALAYSIA BOLEH!!!

Citer banyak pun tak guna..
jom pegi tengok kat Tv

aku, kan, sebab tak pernah dengar nama Malaysia kat TV sejak olimpik ni, berkeputusan untuk sokong GB. tak salah kan, kan? haha. aku bukan patriotik pun. GB dah dapat 11 emas.

(matilah aku kena kutuk korang lepas ni. haha)

untuk Malaysia, semoga mendapat 1 emas. :)

Daripada korang doakan Chong wei dapat sejuta dan kaya lepas tu..( memang dia dah kaya pun dengan berbagai ganjaran sebelum ni) lebih baik doa untuk diri sendiri supaya jadi kaya…amacam geng! he he

bagus nie meh arr support Malaysia :D
aku nak sangat emas tu tp apakan daya takdapat nak sumbangkan :D

@titan td dgr berita kisah isteri Misbun yg tgh sakit.. dgn anak dia meninggal masa salah satu olimpik dulu, terharu beb.. huhu

@maen harap dia leh jadi jurulatih la plak lepas ni.. =)

@WaWa ko lg la x patriotik.. siap sokong GB lagi.. ha ha.. mesti menang malam ni.. sebijik pun jadi la..

@bajet doa utk diri sendiri tu aku rasa kurang2 5 kali sehari kita sepatutnya buat ye x? doa utk chong wei sekali ni je la.. =)

dan Malaysia cuma boleh berpuas hati dengan pingat perak~ :)

Dan kecundang seperti yg aku jangka. Bukan tak patriotik, atau tak menyokong, tapi aku realistik.

Apa boleh buat, dah rezeki dia utk Pingat Perak je. Kesian Chong Wei asyik kena zass dengan Lin Dan.

hmm.. doa kita semua blm lagi termakhbul… panjangkan doa untuk London 2012 pulak….

Sejarah telah tertulis oleh Chong Wei.. hanya pingat perak untuk edisi kali nie…

boleh la tu… Lin Dan memang hebat!

aku berhenti berharap….lalalla…
hahhahaa…

kecewa…
Lin Dan terlalu hebat atau LCW yang gabra..?
Apapun tahniah kerana memastikan Malaysia tak pulang dengan pencapaian telor ayam

tak dinafikan lin dan malam tu memang cukup hebat.. kena pulak chong wei tak terbalas.. penyokong lin dan plak lagi banyak.. satu kelebihan untuk dia..

tapi aku tetap bangga..

Straight set kalah. Perak pun peraklah

erm…sedeynye cong wei kalah…takpe la…adat la tu..walaupun kalah,tetap sokong dia..

mental r dia malam tu..
penyokong china semangat giler sokong lin dan..
brape kerat je yg sokong LCW kat sana…
aura xde kot…
tapi.. kita terpaksa berpuas hati dengan perak sahaja daripada tiada langsung..

terpaku aku tengok chong wei kalah. mcm tak percaya. hehe :)

tekanan yang dia kena sungguh power la kat stadium tuh

sekali tengok dah tak mcm no 1 lawan no 2 dunia pun. hehe :)

apa2 pun tahniah chong wei !

kalah jua chong wei - mungkin di’sebabkan oleh tekanan RM1J

aah..kesian kat lee chong wei..apa-apa pun dia tetap telah berjaya mengharumkan nama negara..tapi aku sedikit malu dengan prestasi dia di akhir hari tu..macam tak bersemangat je..kalah dek psikologi..

dah nasib dia kalah.. nak wat camne kan.. dah mmg nasib malaysia selalu kempunan pingat emas.. di olimpik…… ~

dapat gak dia perak, selepas bersusah payah menempuh sepanjang kejohanan.. biasala kalu menang puji kalu kalah kutuk.. tapi kalu nak harap kan bola sepak.. lagi la hampeh la jawap nye..

(bila la bola nak layak yek!)

haritz, kalau nak bola layak kene tetapkan 1juta jugak ke? hahaha

Kalah tapi takpelah dah takdir…
Cuma nampak dia tak melawan time game tu..
Mental habis,.

aku?
tak ikuti langsong.
gagagaggagagggagagagagagagaga.

kalu bola, aku syorkan bagi 5 juta utk layak ke world cup sahaja.. chong wei terlalu tertekan malam tu, mungkin sbb hadiah sejuta tu & penyokong lin dan yg terlalu ramai.. apa2 pun, aku rasa faktor semifinal juga membantu sbb chong wei kena main rubber set sementara lin dan pula mcm berlatih je bila lwn ngan chien jin.. tu yg stamina chong wei cpt habis tu..

kalau bola bagi ler berjuta-juta bro, aku ingat 20 tahun pun belum tentu layak, bukan tak patriotik, tapi praktikal nya gitu ler..

bgs la LCW xdpt emas. ade harapan akoo nk menang emas jagut pecuh 100m thn 2012 nnti. akoo da prepari nie. nk join kelab dondang sayang kasi urat kental kit!

ramai yg berani bertaruh, kalau bola malaysia layak olimpik, (baru peringkat layak) mereka akan lari bogel keliling padang..betapa sshnya bola malaysia nak layak ke olimpik, tu blm lagi nak ltk hrpn raih pingat. Hrp2 suatu hr ada keajaiban untuk bola malaysia. Malaysia boleh……?

bola malaysia ada harapan cuma..
FAM perlu lebih ada hala tuju dlm membangunkan liga malaysia.. manjang tukar format je, mcm main liga kampung le plak.. promote liga kampung sket..

Leave a Comment