Bergerak lebih pantas bersama AMD Dual-Core
- 64
- Add a Comment

Semalam, aku menyertai rombongan kaki komputer ke PC Depot, sebuah gudang barangan keperluan komputer yang menjadi tumpuan golongan seperti ini setiap hari. Tujuan’nya hanya satu, aku ingin membeli tiga barang yang akan merubah cara aku bekerja di’hadapan komputer. Aku mahu sesuatu yang lebih pantas & mempercepatkan kerja aku, walaupun aku tahu faktor sebenar yang melambatkan kerja-kerja aku adalah, diri aku sendiri yang malas ekstrim.

Kami, lelaki adalah golongan yang paling tersusun dalam soal pembelian barang. Tiga barang ini sudah aku bincangkan bersama Najib semenjak aku menjalani praktikal di’Pasir Gudang itu hari. Semalam adalah hari yang paling baik untuk mrealisasikan keinginan aku kerna cek Advertlets telah clear & harga barangan di PC Depot mencapai harga yang memuaskan, lebih-lebih lagi yang satu ini. AMD Athlon 64 X2 4000+ Dual Core Processor hanya untuk RM245. Najib kata murah. Beberapa hari lepas, aku bikin survey ringkas kepada 2 kedai sekitar Parit Buntar untuk mengesahkan kenyataan Najib. Kedai 1, RM258, Kedai 2, RM 265 & Lelong.com.my, RM 279. Jom kita ke PC Depot!

“Encik, ada ambil gambar ye tadi? Saya minta encik tolong delete boleh?” Heh. Tiada gambar di PC Depot & kalian tidak berpeluang untuk melihat bagaimana gila’nya kaki-kaki komputer ini melihat gadget terkini. Jika tidak kerna kami kaum lelaki yang tersusun, maka’nya kami akan banyak membazir wang tanpa hala tuju di’sana. Itu di’atas 2 dari 3 barang yang paling asas untuk buat komputer aku berjalan.
Kenapa aku beli processor AMD?
Nah. Aku bukan makhluk yang faham segala masalah teknikal berkaitan komputer & tahu dengan sangat membezakan processor ini dengan processor itu. Ah! Persetankan! Yang penting sekarang, harga’nya murah & aku bisa melakukan kerja dengan lebih pantas. Chipset, energy efficiency, heat, realibility, 64-bit, overclock, Aduh Saliha apa benda tu semua?

Tapi, tak bermakna aku tidak mahu ambil tahu langsung tentang aspek teknikal processor ni. Aku juga perlu tahu apa beza’nya processor dari AMD & Intel. Internet adalah gedung maklumat tanpa sempadan, aku ke Google dan aku taipkan ‘dual core amd vs. intel’. Nah. Aku ada ratusan review berkenaan perbezaan antara AMD & Intel. Walaupun processor yang aku beli ini tiada dalam kebanyakan review AMD vs. Intel, tetapi aku mendapat bayangan bagaimana prestasi processor ini untuk aku gunakan dalam jangkamasa yang panjang.
Review dari CNET memberikan gambaran jelas yang processor dari AMD adalah lebih dalam segala-galanya. Dari tujuh kriteria yang di’tetapkan untuk perbandingan seperti penyuntingan foto, video, multitasking & gaming, AMD tanpa segan silu menyapu bersih semua kelebihan berbanding Intel.
Bukan di CNET sahaja, AMD juga unggul di’mata penulis review di ZDNet & ExtremeTech. Kau tahu, AMD pernah mencabar Intel untuk menentukan processor siapa lebih unggul & Intel telah menolak’nya. AMD selaku pembuat processor yang sarkastik telah menyeranaikan 10 sebab kenapa Intel menolak cabaran tersebut.Ha ha.
AMD Athlon 64 X2 4000+….RM 245
Abit NF-MS2 NVidia GF6100+405….RM185
Kingston 1GB DDR2 RAM….RM160
Tol pergi-balik Nibong Tebal-Prai….RM5.60
Melihat komputer bergerak lebih pantas….tidak ternilai!
*siot je ending

64 Comments
kamarul
July 28th, 2007
at 9:58am
yeah.. priceless. n AMD rocks!
mixterr
July 28th, 2007
at 10:00am
sebelum nie ko pakai intel ke? aku pun baru baru berjinak ngn AMD. not bad boleh tahan la AMD ni dr intel.kau kene tambah graphic card mael. baru cool and smooth graphic ko?? hehehe
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 10:06am
ya.. itu dalam perancangan.. ha ha.. advertlets, sila bagi iklan lebih2 lagi supaya komputer aku lebih laju & mentarek hati untuk aku menulis dgn lebih kerap & jitu!
yeah!
mixterr
July 28th, 2007
at 10:28am
dlm perancangan yer.. hahaha aku pon nak gak la advertlets aku pon nak jugak..
Wizurai
July 28th, 2007
at 10:32am
AMD ni bagus sebenarnya…
tapi bila kita dah disogokkan dengan Intel, ramai yg lupa dengan kehebatan AMD…
Fahmishah
July 28th, 2007
at 10:37am
uiyoo…murah nye…aku akhir tahun ni baru nak upgrade pc antik aku ni
Rjuna
July 28th, 2007
at 10:38am
Tulis blog tak perlu kelajuan ini, lain la kalau main game, buat video or graphic editing
apa!! tak beli graphic card? haha ganti perkakas lama ya
p.s-seksi bulu kaki mu
Fahmishah
July 28th, 2007
at 10:44am
hahaha…aku pun tgh tunggu iklan ni..lagi banyak lagi bagus..hahahaha
flisterz
July 28th, 2007
at 10:45am
“Kami, lelaki adalah golongan yang paling tersusun dalam soal pembelian barang”
oh yeah :)
Semakin laju lah mail dan komputernya.
aku masih guna intel sbb aku suka logo dia. haha wtf?
cry4freedom
July 28th, 2007
at 10:51am
Oh. Menarik. Nampaknya aku je masih lagi terhiling-hiling dengan Intel Celeron 1.1Ghz. Wahaha.
Ok, bak CPU/mobo/gfx/ram lama kau kat aku. Derma derma sikit.
musnazdotnet
July 28th, 2007
at 10:59am
baguslah pakai AMD (ahmad mustaffa dahalam - nama penuh saya tuh, ho ho)
kalu korang nak tau, intel tu adalah rakan biznes ngan israel a.k.a zionis! kalau korang tak caya, ada bukti-bukti persekongkolan tu kat http://inminds.co.uk/boycott-israel.php
kat situ banyak lagi produk2 terlaris dunia yang ada kena mengena ngan israel nih, ish ish, saya pon salah seorang pengguna intel, apa nak buat, dah terlanjur…. :(
Noorizam Shah
July 28th, 2007
at 11:35am
mentarik… hehehe.. so lepas nih laju la komputer hang yer…
shutterspeaks
July 28th, 2007
at 11:59am
awat hang tak angkat notebook aja. boleh berblog di mana2.
parit buntaq dekat mana? aku selalu p sana tu.
shutterspeaks
July 28th, 2007
at 12:01pm
oh ya,
awat tak kat cadar hang tu http://www.mohdismail.net/ ekekeke
Wizurai
July 28th, 2007
at 12:26pm
agak²nya notebaook mana yg best dr segi kualiti dan harga?
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 1:19pm
bukan..bukan.. itu bukan bulu kaki aku.. sungguh bukan.. bulu kaki aku lebih cantik.. ha ha
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 1:20pm
ha ha.. aku mahu jual balik semua itu.. duit yang keluar perlu di’ganti.. he he.. mahu beli? email aku…
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 1:22pm
tunggu aku kerja dan radius sejauh 12km dari rumah aku penuh dengan wi-fi.. maka sangat berbaloi membeli notebook.. aku boleh menulis ketika aku membeli nasik lemak.. ha ha
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 1:23pm
ko sponsor satu boleh? ha ha.. nnt aku boleh edar2kan pada semua org kat sini… cadar edisi terhad mohdismail.com.. ngahaha
affuan
July 28th, 2007
at 2:33pm
Memang siot ending ko Mael. Haha. Apa2 pun aku vote untuk AMD walaupun aku pakai Intel. Ekeke.
BAGAK
July 28th, 2007
at 3:12pm
aku adalah pengguna AMD sejak dahulu
org sibuk dgn Pentium …Intel …aku senyumnya
mungkin dahulu aku peminat grafik dan games
“barang murah bukannya tak bermutu”
Wizurai
July 28th, 2007
at 3:23pm
kalo aku beli notebook aku nak guna AMD processor la pulak…
Superb
July 28th, 2007
at 3:28pm
Alahai.. bila dah baca tulisan pasal AMD ni rasa mcm nak beli pulak time PC Fair minggu depan.. Burn lagi la duit aku.. Btw, ur writting style memang cool la bro!
BAGAK
July 28th, 2007
at 4:40pm
kalau pc yang ada sekARANG MASIH berkemampuan untuk menjalankan tugas seharian, rasanya tak perlu beli AMD lagi
kalau setakat nak tulis blog dan melayari internet PC tahun tak perlu pemproses yang dual-core pun
dual - core untuk yang hard core gamer dan grafik
tambah ajer RAM semaksimum mungkin untuk mendapat kelajuan tanpa had
affuan
July 28th, 2007
at 6:52pm
Alahai.. Rasa nak tukar AMD la plak. Huhu.
BAGAK
July 28th, 2007
at 6:53pm
bro,
kalau nak edit komen cam mana?
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 7:00pm
aku sudah install plugin baru… ada 7 minit untuk korang edit komentar kalian selepas komentar di’hantar… terima kasih Bagak kerana mengingatkan aku… he he :)
jadi, tiada lagi komentar berulang2…
enjoy!
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 7:02pm
alahai… tukar saja.. usah banyak2 fikir.. AMD sangat memuaskan hati dan jiwa raga :)
Azhar Ahmad
July 28th, 2007
at 7:11pm
Daku masih setia dengan Xeonku.. Pergilah kao mael kepada AMD… Aku tau, cinta kau suka beralih arah….
Huhuhuhuhuhu
BAGAK
July 28th, 2007
at 7:16pm
aku bukan dapat apa2 pun promosi kedai ni
cuma untuk perbandingan harga
antara kedai komputer yang murah
Computer War
mohdismail: thanks Bagak!
flisterz
July 28th, 2007
at 7:24pm
oh ye ke? apekah nama plugin tu, mail? nak kne try.
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 7:35pm
WP Ajax Edit Comments… heh!
lama dah aku nak install plugin ni.. asyik lupa je.. itu ingat sebab Bagak tanya camne nak edit… sila cuba & sangat mudah di’kendalikan…seperti makan kacang.. eh.. lagi senang!
Wizurai
July 28th, 2007
at 7:40pm
nak test jap apa camne dia berfungsi…
(oh, dah cuba… aku faham dah fungsi dia ni)
Mohd Ismail
July 28th, 2007
at 7:40pm
sebenarnya Bagak, hidup aku lebih dari sekadar menulis blog & melayari internet.. projek tahun akhir aku akan cenderung kepada software programming yang akan menggunakan MATLAB sebagai perisian utama… ini antara persediaan awal untuk bekerja di’depan komputer & bukan’nya di’dalam makmal…
WaWa
July 28th, 2007
at 8:27pm
test.. test..
(test.. oh.. cun gak) baik. aku akn install tak lama lagi.
Apeh
July 29th, 2007
at 8:16am
wizurai–>kalo nak beli notebook..aku prefer intel..cause tahan lasak sket..AMD just untuk graphic tau kaki game.
Tapi utk PC mmg aku prefer more to AMD…paham ek?
PC Fair punya harga mahal la..tak caye pegi low yat sblm PC Fair ni..pastu bandingkan harga?
Orang igt PC Fair murah..then diorang naikkan la harga bila PC Fair…diorang dah set seme dah?
Aku tau ni pun melalui kawan aku yang peniaga kat PC Fair cakap..
K..PEACE
Wizurai
July 29th, 2007
at 8:29am
okeh, thanks Apeh…
aku ada dengar jugak kata PC Fair ni lagi mahal… betul atau x aku x pasti sebab aku tak pernah pun beli kat situ… baik cari kat Low Yat aje, lagipun dekat je ngan tempat aku…
Wizurai
July 29th, 2007
at 9:03am
Mail,
lihat Blog dalam Bahasa Melayu yang saya baca oleh Alang
manchurr
July 29th, 2007
at 9:49am
cayalah mael!! welcome to da club! AMD RuleZ! 4000+ dah RM245 je? pehh~ tahun lepas aku beli 3800+ pun 400 lebey hahaha..
btw, PC Fair minggu depan.. tp slalu nak beli pape.. aku gi je PC Fair jalan2 cuci mate.. pastu gi lowyat beli brg hahahah pc fair bulan ni nak carik earphone utk hp baru aku :P
Fahmishah
July 29th, 2007
at 11:05am
beli je HP…kalau Dell nampak macam korporat sangat..acer pon ok gak..
shambie adzhan
July 29th, 2007
at 11:45am
ko nak mael? aku leh design+buat kan :p
tapi sarung bantal aje laaa *wink wink*
kalau nak cadar..besar sangat tuuuu
shambie adzhan
July 29th, 2007
at 11:49am
betul-betul.. sebenarnye..yang penting itu RAM tau..splurge more on the RAM, not the processor (for me laaa :p )
yang pasti, aku bahagia dengan AMD Ath 64 dan RADEON9600 aku (walaupon) dah lama beli masih tetap unggul!
Mohd Ismail
July 29th, 2007
at 12:13pm
hehe.. kalo ko bikin satu, maka’nya aku akan jadi model sarung bantal pertama kat Malaysia & utk bjx.store :)
hep.. bjx.store punya theme itu bila nak naik.. smart & mentarek jiwa
Mohd Ismail
July 29th, 2007
at 12:17pm
aku mulanya pun mmg bercadang nak tukar RAM je.. tapi DDR sangat mahal..RM200+ bila aku survey.. bila aku fikir balik, dan timbangtara market system lama aku, aku hanya perlu topup dengan harga yang sama untuk mendapatkan sistem dual-core.. so, baik upgrade terus.. kan kan?
:)
muhdzahari
July 29th, 2007
at 1:01pm
saya pon guna AMD, tapi laptop la..
dual core, tapi AMD Turion X2.
salah satu sebab mengapa pilih AMD adalah nak kelainan dari kawan-kawan yang guna Intel, baru nampak gempakk!!!
azwanhadzree
July 29th, 2007
at 1:37pm
Aku masih sayang pada intel, maklumlah .. notebook disponsor oleh kompeni. tapikan, komputer kat rumah tu pun akan ditukar tidak lama lagi, mungkin AMD.
btw mail, kau perlu censor sikit gambar2 yang ditayangkan, kau sudah fames, nanti ramai orang terliur melihat ‘bulu kaki’ tu walaupun kau tak mengaku yang tu kau punya.
Mohd Ismail
July 29th, 2007
at 1:53pm
sungguh! itu bukan bulu kaki aku.. member aku punya tu.. ha ha.. *ramai orang terliur* ha ha.. takleh blah la lu Azwan :)
sila bertukar ke AMD… hari kedua aku guna, sangat menyeronokkan.. semangat nak buat kerja lebih elok berbanding melihat pc lag tak tentu pasal :)
aad_lfcfn
July 29th, 2007
at 6:19pm
haha..bukan bulu ko ker..kes…kes..
anyway, untuk dual core aku still on intel side right now….mungkin amd phenom leh beat domination quad core intel lepas ni..?
edt83
July 29th, 2007
at 7:19pm
haha…amd ek..x2 vs dual core intel mmg intel kalah…tp intel ade baru c2d core 2 duo…this one menang lawan x2…kalo x salah pemahaman aku aa..lgpon aku intel freak…ahaha..kalo ade org nk kasi amd free aku amik gaks..:P..
neutronics
July 29th, 2007
at 9:49pm
aku pun same geng ngan edt83 jugak..
amd x2 (dual core yg leh pakai 64 bit) memang menang dgn pentium D.. tapi bukan dengan CoreDuo dan Core2Duo, apatah lagi QuadCore.
aad_lfcfn
July 30th, 2007
at 12:53am
same jer konsep dual core ngan core 2 duo ni..dua separated cores on the same die..cam 2 multiprocessor dalam satu..cuma intel jer kasik nama branding berbeza untuk 2 produk yang berbeza performance..
intel core 2 duo = dual core
intel core 2 quad =quad core
core 2 extreme = (either one, quad or dual)
:)
Fahmishah
July 30th, 2007
at 6:32am
disebabkan macam best je AMD..aku pun mahukan satu
edt83
July 30th, 2007
at 12:19pm
komen aku masuk lam akismet ke mail???
edt83
July 30th, 2007
at 1:27pm
tp berbeza speed dual core ngn core 2 duo…harga pon core 2 duo lagi mahal…mmg di akui..core 2 duo ngn amd x2…c2d lagi power..sila lawat site nih
http://www.itp.net/index.php?option=com_content&view=article&id=493585&Itemid=1
http://www.tomshardware.com/2006/07/14/core2_duo_knocks_out_athlon_64/
aad_lfcfn
July 30th, 2007
at 8:56pm
cuma spesifik lagi..
try not to state dual core=pentium d..
term wise, it’s wrong, eh?
sedangkan core 2 duo pun dual core..
hope you got my point..no offense..
e.g: Intel Core 2 Duo E6600 Dual Core Processor
dual core duel,..intel won..
;)
neutronics
July 31st, 2007
at 11:31am
memang pentium D, Core Duo, Core 2 Duo tu dual core..
tapi cara memproses data yang menyebabkan diorang lain .. checkout kat intel website.. checkout kat amd site jugak camane CPU diorang process data.. aku nk bg maklumat tp dah lupe banyak sbb lama dah x update..
aad_lfcfn
July 31st, 2007
at 3:10pm
Semua orang tau depa tak sama. Klick sini untuk comparision chart dual core processors bagi intel dari pentium nyer dual core (E2140) sampai core extreme
aad_lfcfn
July 31st, 2007
at 5:43pm
‘Semua orang’ tau tu. ;) Klick sini untuk comparision chart dual core processors bagi intel dari pentium nyer dual core (E2140) sampai core extreme
abdfatah
July 31st, 2007
at 10:24pm
oh amd. nampaknya kena bertukar jenama pulak yer? kalo dah gitu punya cerita punya kelajuannya yang maksima itu memungkin saya untuk berfikir untuk menggunakan AMD dengan penuh agresif lagi…
komen saya kena kompaun lagi ke?
jr
August 1st, 2007
at 4:34pm
hah, nampak bulu kaki kau kat situ…heheh
limio
August 6th, 2007
at 1:35pm
HAI,,
AKU BARU JE BELI LAPTOP KAT PC FAIR, AMD ATHLON 64X2 (1.8 GHZ). FIRST TIME AKU DENGAR LAPTOP PAKAI ATHLON. INGATKAN DESKTOP JE. TAPI ADA SAPE-SAPE YANG TAHU MANA LEBIH POWER AMD TURION 64X2 ATAU AMD ATHLON 64X2. HARGA TAK SAMPAI 3000. ADA TOUCH SCREEN LAGI..BOLEH TWIST LAGI… CANGGIH…
ALHAMDULILLAH DAPAT JUGA YG DIIDAMKAN…
edt83
August 6th, 2007
at 2:22pm
huhu…da lama da ade athlon utk laptop weh..hahaha…sempena melawan c2d lam laptop..hahaah..
abdfatah
August 6th, 2007
at 6:13pm
nampaknya kena beli nih… tak sabar rasanya nak beli satu… saya pun nak try beli laptop satu laa.
hana
August 7th, 2007
at 2:04pm
cter pasal AMD nih drpd zaman belajar lagi da pakai cpu berprocessor AMD. N last week baru beli laptop Acer processor AMD. AMD nih agak panas ckt tapi sy suka sbb memang laju + murah berbanding Intel. AMD Turion ada lagi ker…Ada peper nasihat x untuk menghalang kepanasan yg melampau tapi masa survey ari2 seller 2 cakap AMD da kurang panas xmcm dulu…tulker