Berikan Nilai kepada Blog
- 57
- Add a Comment

Aku tidak bercadang untuk menulis apa-apa hari ini kerana aku sedang mengerjakan perkara lain. Tetapi, entri tulisan CypherHackz di BlogAku menarik perhatian untuk aku komen. Lebih-lebih lagi apabila Ikoko dari Azlina.net membalas dengan komentar yang menyatakan rakan serumah’nya memandang aktiviti menulis blog sebagai sesuatu yang merepek. Ini membuatkan aku berfikir kenapa ada segelintir, walaupun bukan semua, masyarakat memandang aktiviti menulis blog ini sebagai aktiviti picisan & membuang masa?
Nilai! Masyarakat mencari nilai dalam aktiviti menulis blog. Masyarakat mencari apa yang mereka boleh dapat dari aktiviti menulis blog. Lihat bagaimana kerjaya jurutera di’pandang cukup tinggi, kerana apa? Kerana jurutera mempunyai ilmu yang boleh di’kongsi dengan masyarakat & & itu sesuatu yang tidak ternilai. Lihat kembali kepada atmosfera blog yang ada di’Malaysia, berapa banyakkah yang betul-betul memberi nilai kepada masyarakat? Ini’lah sepatutnya yang kita bina, atmosfera blog yang memberi nilai & faedah kepada masyarakat.
Blog sekarang menjadi sangat sangat sangat mudah untuk di’bina. Budak sekolah sekarang pun sudah mempunyai blog secara percuma di Blogspot atau pun Wordpress. Jika mahu’kan .com sendiri, kini harga’nya hanya *RM28 dan hosting boleh di’dapati dengan kadar yang murah mengikut kemampuan & kesanggupan. Tidak ada sempadan kewangan untuk sesiapa yang mahu menulis blog secara serius. Blog adalah satu media perkongsian ilmu terbaru yang masyarakat perlu terima selain medium konvensional seperti buku teks & syarahan di’kuliah.
Seperkara lagi, masyarakat memandang menulis blog sebagai aktiviti picisan adalah kerana hasil dari blog itu sendiri. Jurutera di’pandang tinggi kerana gaji yang di’terima mampu menampung seisi keluarga. Penulis blog, Melayu terutamanya, pernah kedengaran seorang penulis blog berbahasa Melayu hidup dengan hasil menulis blog? Tidak pernah bukan? Kita perlukan seorang, atau dua dan ketika ini’lah, masyarakat akan memandang penulis blog sebagai kerjaya yang berfaedah. Masyarakat kita memang begitu. Jangan claim untuk menyakinkan masyarakat bahawa penulis blog mampu membuat beribu-ribu sebulan jika penulis blog itu bukan kita atau dari kalangan rumpun kita. Do something!
Aku tahu, rata-rata pembaca Mohd Ismail dot Com adalah dari kalangan penulis blog yang mempunyai blog untuk di’jaga. Di’sini aku saran’kan, berikan sesuatu dari blog kalian & mula’lah meraih perhatian masyarakat Malaysia. Aku sangat yakin, jika kita mampu sifar’kan blog-blog picisan dan bina rangkaian blog yang berguna & berinformatif, masyarakat & orang sekeliling akan bangga berkawan dengan seorang penulis blog. Kau mesti mahu begitu ‘kan?
*Harga promosi Wizurai.com

57 Comments
emptyspace
February 1st, 2008
at 3:54pm
penjelasan yg menarik! buka mata mereka sket..
syamsulariff.com
February 1st, 2008
at 3:56pm
berikan nilai dengan pengisian yg menarik..
ps..hm rasa nak delete..hm..
WaWa
February 1st, 2008
at 4:22pm
delete apa?
hurm. aku setuju. 100% apa ko cakap. owh, rindunya zaman blog dulu-dulu.
azraai
February 1st, 2008
at 4:26pm
mentaliti stereotaip masyarakat malaysia. blog ada penulisan/sastera/journalisama masa hadapan.
cakap saja sesiapa
Robert Scoble - bekas pegawai perhubungan awam microsoft.
Michael Arrington - peguam
Jurutera boleh ker mengarang blog dengan baik. Jawab?
Tapi blogger adalah orang yang mampu menulis dan mengarang dengan baik (walaupun kat malaysia masih lagi ramai picisan tulisan sampah)
paling penting tulis blog jangan berkiblatkan duit. blog ini ada kaitan dengan bahasa dan peradaban. tulis blog utk kebaikan manusia sejagat sbb blog adalah medium yang mampu dicapai semua.
org-org yg cakap blog sebagai sampah atau satu aktiviti membuang masa bakal ditelan oleh globalisasi. ini adalah masa depan. masa depan yang telah bermula.
hari-hari baca novel cinta apa kelas. aku pun baca novel tapi apa tajuk. ‘Das Kapital’ dan ‘The Prince’.
novatech
February 1st, 2008
at 5:07pm
mungkin sebab ada pihak yang mengatakan blogger ni terdiri daripada mereka yang menyebar fitnah,hasutan dan perkara-perkara buruk lain..maka sentimen masyarakat yang “tidak tahu” jadi begitu
Fahmishah
February 1st, 2008
at 5:47pm
mereka lebih memandang keburukan dari kebaikan
emptyspace
February 1st, 2008
at 6:10pm
tapi masih ramai menjadikan blog sebagai sumber pendapatan.. especially penjualan ebook bodoh yang diterjemahkan..
noris
February 1st, 2008
at 6:35pm
alang-alang nilai yang dijadikan topik, cube kau tengok berapa market price tuk domain kau, mael melalui http://www.dnscoop.com/ - DNScoop.
The estimated value of http://www.mohdismail.com is: $18,020
Freaking awesome!
Cayalah mael. Cube kau orang test domain masing-masing. Sape leh celen mael, mael kasi pinjam LCD samsung die.
Wizurai
February 1st, 2008
at 7:01pm
yeah, aku sokong dengan novatech… dulu penulis blog telah dicanangkan sebagai mereka yang menyebar fitnah, hasutan dan perkara-perkara buruk lain… siap bagi warning dekat penulis blog dalam berita dan akhbar…
mungkin sebab tu, ramai yg anggap blog/ penulis blog ni takde nilai… mereka lebih percaya pada tv / surat khabar… sedangkan dulu ada blog siarkan gambar Datuk K pergi rumah Siti untuk melamar Siti… tapi orang masih percaya pada tv / surat khabar sebab dah di tanam dengan nilai camtu… padahal akhbar pun banyak yg putar belit…
dan mereka yang ‘tidak tahu’ atau umpama katak bawah tempurung aje yg masih di takuk lama… mungkin fobia internet agaknya…
nUUr
February 1st, 2008
at 8:02pm
yo hidup mail.cayalah.vote for mail.ko la mail jd pedana menteri baru.ngundi da dkt ni,meh ak lontarkn undi ak yg masih teruna ini lg khas utk mu.ahahah
ikoko
February 1st, 2008
at 8:27pm
Mungkin tak semua manusia dikurniakan kepakaran dalam menulis.
Ada yang menulis sekadar untuk sampaikan isi penting atau tutorial.
Apa pun, tak banyak sedikit, mesti ada memberi input pada pembaca.
Aku sendiri mengaku aku tak punya kepakaran dalam menulis. Sekadar menyampaikan apa yang termampu dek akal dengan sekelumit ilmu menulis. Mungkin banyak tatabahasa yang tak betul sana sini.
Lain blog, lain cara penyampaian. Angin juga kadang-kadang berbeza dari semasa ke semasa.
Terima kasih atas tulisan yang agak menyedarkan aku sebagai salah seorang penulis blog.
farhan
February 1st, 2008
at 8:58pm
pemimpin juga aku rasa perlu mempunyai blog supaya dekat dgn rakyat
skyjuice
February 1st, 2008
at 9:07pm
benda biasa la mohd ismail nak buat mcm mana kan itu pandangan masing2 mungkin bagi diorang kita hanya membuang masa tapi itu lumrah dunia.
Apa2 pun Mohd Ismail. Pemakaian Baju CHELSEA Berwarna FLUORESCENT amat indah di pakai di HARI RAYA hahahah
SembangKomputer.Com
February 1st, 2008
at 9:13pm
kawan2 aku pun ramai gak yang tanya, apa itu blog. realitinya, masyarakat kita memang masih ketinggalan dalam benda - benda macam ni. seperti kata wizurai, apa yang diaorang dengar mungkin dari akhbar, di mana penulis blog adalah fitnah. tanggapan pertama yang tak elok.
dari pemerhatian aku yang singkat, pengunjung2 blog tempatan adalah terdiri dari penulis2 blog sendiri. dan kebanyakan blog2 tersebut adalah blog peribadi, catatan hidupan harian. ini perkembangan sihat, sebab makin ramai mula buat blog. dan alangkah bagus kalau kita tingkatkan kualiti tulisan kita, bagi ilmu berguna pada masyarakat kita sendiri.
dan macam azraai kata, jangan blog kerana duit. dah berapa banyak blog yang aku jumpa ada tajuk “make money online” sedangkan kandungan tak berkualiti. kalau nak bagi tips blogging, biarlah betul berilmu, bukan salin bulat-bulat dari Intenet, macam blog MFA yang makin mecanak-canak. blog macam ni mencemarkan Internet.
sekali lagi, hanya peratusan kecil sahaja populasi rakyat melayu yang tahu melayari Internet lebih dari taip carian kat Yahoo!, atau main Friendster dan MySpace. kita kekurangan kemudahan. monopoli syarikat ISP makin tak membantu. aku sendiri tak tahu langsung pasal suasana blog tempatan, sebab sangat sukar nak dapatkan kemudahan Internet sebelum 2008 ni.
maaf, itu semua hanya pemerhatian naif aku yang sangat baru dalam dunia blog ini.
Bat
February 1st, 2008
at 9:16pm
Owh, tepat ke sasaran. Aku nak kasi komen pasal perkara ni.
Kat maktab tempat aku belajar ni, disebabkan aku ni blogger, aku dipandang serong dan rendah oleh segelintir rakan-rakan dan pensyarah aku sendiri.
Dalam kelas, kalau ada benda2 yang berkait dengan internet, mesti akan dikaitkan dengan aku, dijadikan bahan ketawa satu kelas. Sebabnya, bagi mereka-mereka ni(Kebanyakannya pandai-pandai dan berpelajaran), blog ni satu benda yang tak berilmiah, takda faedah dan membuang masa.
Kalau dah hampir setahun aku kena torture camni, tertekan jugak la tu kadang-kadang. Rakan-rakan aku yang lain pun ada blog, tapi mereka bernasib baik sebab ramai yang tak tahu pasal blog mereka tu. Jadi disebabkan aku ni selalu duduk dalam bilik, jadi mereka ANGGAP bila aku duduk depan pc, takda benda lain yang aku buat selain update blog.
Pegi mampus la ngan orang-orang tu semua, aku rasa bersyukur sangat sebab terlibat dalam dunia blog ni. Hasilnya sekarang, aku dah bertambah ramai kawan, mindset aku dah semakin baik, aku dah boleh buat website sendiri dan untuk orang lain, dan jugak tolong orang lain. Tapi orang-orang kat sini tak nampak benda tu semua, biasalah, orang selalu nampak benda buruk kan? Benda baik ni susah nak nampak kat orang-orang yang ‘buta’ ni.
Ok Mael, sekian saja luahan perasaan aku. Selamat malam!
syia
February 1st, 2008
at 9:33pm
zaman blog dulu2 macam mana ye?
syia
February 1st, 2008
at 9:37pm
sebenarnyekan depends on penulis jugak.. TUJUAN penulisan kene jeles.. cth :
liewcf - ke arah teknologi
smashpop.net - ke arah kehidupan seharian dia
rata2 banyak blog banyak pembaca sebab mereke BERMINAT nak tahu pasal penulisan tu..
jadi soal blog untuk duit ke apa ke.. tak patut jadi isu
mrozaidi
February 1st, 2008
at 9:37pm
Bagus La Jika Menggunakan Medium Blog Untuk Mendapatkan Pendapatan Disamping Memajukan Bahsa Melayu Sendiri. Bukan Senang Nak Jual Buku Yang Diterjemahkan.. Bukan Senang Nak Terjemah. Orang Yang Sebegitu Yang Kita Nak Kan..
syia
February 1st, 2008
at 9:39pm
masalahnye orang TAK PAHAM..
once dorang paham.. insyallah masalah2 ni tak jadi..
kene banyak2 bersabar :)
mrozaidi
February 1st, 2008
at 9:39pm
Lumrah Manusia..Mereka Selalu Memandang Keburukan Dahulu Berbanding Kebaikkan..
zaki
February 1st, 2008
at 9:43pm
Wah…ada yang sebut jurutera siut kat situ….
Jurutera boleh ke mengarang gn baik…..
Mael tu bakal jurutera kimia apa? Ada bakat penulisan bersahaja…gitu…
Aku sebagai seorang jurutera kimia/proses pun selalu cuba membuat dan memberi yang terbaik dalam penulisan aku….Cuma ekspresi aku dalam english… :)
mrozaidi
February 1st, 2008
at 9:50pm
Secara Keseluruhannya..Aku Baru Menjadi Blogger..Aku Rasa Ini Juga Merupakan Satu Medium Untuk Menyebarkan Bahasa Melayu Yang Aku Perjuangkan Sekarang Ini. Di Mana Aku Sanggup Membuka Satu Blog Untuk Mempopularkan Bahasa Melayu Di Samping Menambahkan Skill Penulisan Yang Baik Dan Sistematik..
Jadi Yang Penting Bahasa Melayu Harus Diketengahkan Untuk Santapan Masyarakat Makro Dan Mikro Atau Global..
azraai
February 1st, 2008
at 11:56pm
tak specify pun jurutera mana. konteks secara umum.
syia
February 2nd, 2008
at 7:16am
bagusnye perjuangkan bahasa melayu :)
susah sekarang nak cari blog yang benar2 gune bahasa melayu secara betul :)
Qaiyum
February 2nd, 2008
at 8:20am
SOKONG MAEL !!!
titan
February 2nd, 2008
at 9:10am
Macam2 bleh jadi. Biarla orang yg menilai kita dengan mata yg terbuka. Bukan dengan mata dan hati yang tertutup. Ala, aku tau. diorang dengki je kat kita tu.
zaki
February 2nd, 2008
at 10:51am
“Konteks umum”….ok la…
Wirasutra
February 2nd, 2008
at 11:23am
Kesimpulan, kesimpulan, kesimpulannya ialah…
Teruskan berkarya, ubah pandangan negatif tu dan x salah langsung kalau blog juga menjadi pentas untuk menjana pendapatan. Klu suka, baca isinya dan klu tak suka, DIAM je la.
p.s : Aku suka baca blog ko ni mael, tambah lagi bila masuk bab politik. Tapi aku tak suka join komentar, tak minat bab tu. :D
mims
February 2nd, 2008
at 11:28am
Kawan saya cakap saya hanya membuang masa menulis blog sebab dia tak minat membaca. Dia hanya minat tengok gambar. Adalah tidak patut dia kata menulis blog itu membuang masa. Kalau tak minat membaca itu masalah dia lah. Nilai. ermm.. ada banyak sebab kenapa orang menulis blog. Ada yang memang benar2 mahu kongsi informasi, melontarkan pandangan yang optimis dan bernas (ade juga pandangan yg dungu dan bebal) serta cuba mendidik masyarakat. Tapi ada jugak yang sekadar menulis sampah (macam aku) sekadar suka2 mengisi masa lapang atau sekadar merepek nak luah perasaan.
Setiap orang ada otak dan boleh fikir dengan bijak. Maksud aku biarkan mereka-mereka yang tak paham apa itu blog dengan pendapat mereka. Kalau debat dengan mereka pun tak kan habis. sebab
orang bodoh suka cari kesalahan orang pandai
orang pandai pulak selalu perasan bagus, dia je yang betul org lain semua salah
pjoy
February 2nd, 2008
at 11:41am
Aku adalah org sgt baru dalam dunia blog ni tp aku rase blog mempunyai potensi yang besar yang x diketahui oleh org lain….keep it up dude…
mrozaidi
February 2nd, 2008
at 12:07pm
Rasanya..Gambar Sahaja Pun Boleh di Ketengahkan Ke Dalam Blog..Ada Je Orang Yang Buat Blog Untuk Memaparkan Gambar Sahaja..
mrozaidi
February 2nd, 2008
at 12:10pm
Ya..Betul3
titan
February 2nd, 2008
at 1:04pm
Aku sokong ko bat. Dulu masa aku kat kolej dan universiti. Diorang cakap aku wat keje gila. Dok internet cafe, layan blog. Klik itu, klik ini. Lantak korang la. Janji aku gi universiti, bayau pakai duit sendiri walaupun hutang PTPTN tak habis nih. HEhe..bukan tak nak habis. Malas gila nak bayau..
aman
February 2nd, 2008
at 4:14pm
zaman biler..? huhu
Tech Geek
February 2nd, 2008
at 7:54pm
Aku memang panas betul dengan orang yang sombong bodoh, konon tau pasal semua benda tapi sebenarnya dia pun tak tau apebenda semua tu.Kononnya diorang lah power, padahal diorang pun dengar cakap orang.
Tapi realitinya, inilah rakyat Malaysia yang takde lagi sifat ingin tahu, tapi lebih kepada menerima bulat-bulat apa yang datang tanpa mengetahui selok belok atau relevannya sesuatu itu.
syia
February 2nd, 2008
at 8:23pm
syia setuju.. tapi biasenye dipanggil fotoblog
ala2 smashpop tu :)
titan
February 2nd, 2008
at 9:26pm
Aku rasa diorang rasa diorang lagi pandai. So, aku tak kesah sangatla..Kadang2 diorang tak tengok dari sudut darjah kemiringan kita nih. So, diorang tak faham.
Susah nak ubah diorang. Cuma diorang je leh ubah pandangan serong 77 darjah tu..
ahib0205
February 2nd, 2008
at 9:43pm
buka mata,
pabila lahir ke dunia,
jgnlah kita… hanya nampak dunia..
jgn lupa.. tanggungjawab kita..
moga… kita sama2 berjaya..
di dunia dan akhirat jua..
apa yg org kata, itu pndpt dia…
kita ada, prinsip kita..
hahaha… ini bukan skdr kata..
tp ahib pesan kpd diri sendiri sbnrnya.. :)
ahib0205
February 2nd, 2008
at 10:12pm
zaman berzaman..
ne ne ne..
… insan…
ne ne ne.. pergh lupa lirik la beb. igt tone jehh.. :P
WaWa
February 2nd, 2008
at 10:50pm
dulu tak ramai org tulis blog. kalau boleh, semua penulis blog dulu-dulu kenal sesama mereka. rapat pula. tak ada orang dengki2 ni. semua serius. tak ada yang hangat2 tahi ayam nak tulis blog. tak ada yang tulis blog mcmmananakbuatduitsecaraonlinenicheygdaramaiorgamektpstillnaktulislg.
haha. entah la. tak pun, tulis blog sebab nak dapat duit banyak. niat menulis bukan mahu berkongsi. aih… dunia blog dulu2 seronok, pusing2 jumpa org yg sama. persahabatan tu lebih terasa, lebih mesra. antara penulis dan pembaca, semacam ada satu hormat yang tak pernah dilangkah secara kasar.
sekarang orang tulis blog ada yang sebab trend semasa, ada yang nak menghasut, buat kerja tak berfaedah. sampaikan ada orang yang pandang tak elok dengan penulis blog. lepas tu, boleh pula batas-batas antara penulis blog dan pembaca dikasari. tak ada rasa hormat. ada yang mengkritik, tapi dengan cara yang sungguh tak hormat “tuan rumah”. ada pula yang boleh bergaduh “di rumah orang”. pelikkan?
WaWa
February 2nd, 2008
at 10:51pm
2001, 2002. :) lama dah…
ramzy0
February 2nd, 2008
at 10:52pm
aa, yg ni aku setuju. kenkadang terjadi kat kawan aku sendiri. nuat2 pandai bende yg dia tak tahu mane pon..lol
WaWa
February 2nd, 2008
at 11:00pm
pernah ada orang tanya aku, apa lah yang aku dapat dengan baca blog-blog yang cerita ttg kehidupan diaorang. heh! diaorang tak faham, tak tau ada nilai dan kepuasan yang kita boleh dapat. bloggers yang menulis tentang kehidupan diaorang, sangat menarik hati aku sebab dapat berkongsi pengalaman diaorang. pengalaman yang mungkin aku tak dapat rasa, atau pengalaman yang berguna untuk aku gunakan di kemudian hari. kadang-kadang, kita bole jadikan apa yang kita baca di blog orang ni, sebagai motivasi sendiri.
orang yang pandang serong tu, adalah orang yang tak membaca. bodoh sombong lah lebih kurang.
titan
February 3rd, 2008
at 1:29am
Yang best tu. Kutuk aku macam2. Ulat buku la. ULat PC la..Tapi hujung bulan. Pinjam gak seratus dua dengan aku. Weh, utang tahun lepas camana weh..
Tu yang kekadang aku bengang ngan diorang. Cakap sesedap sambal belacan je.
Maizul
February 3rd, 2008
at 8:57am
Mungin blogger sepenuh masa boleh mendedahkan faedah dan pendapatan yang mereka perolehi dari blog.
syafiq
February 3rd, 2008
at 10:55am
Gambar bole memberi 1001 cerita…kekadang lebih banyak cerita. Tak perlu menulis. Setuju?
syafiq
February 3rd, 2008
at 11:05am
menulis itu seronok.Setuju?..tapi jika ada idea la..hahaha. Banyak idea pun kekadang sakit kepala juga. tak tau mane satu mahu keluar dulu tapi kebiasaannya kontang idea…ahak!
Bagi aku, insan yang mengadap PC selalu adalah cool. Aku rasa sperti mereka tahu semua perkara berbanding orang yang hanya tahu kritik orang tapi tak pernag mencuba. Ibaratnya, orang yang belum makan durian, tapi mengkritik durian itu tidak bagus. Setuju?
chika
February 3rd, 2008
at 11:30am
bagi aku.
blog untuk sesiapa sahaja.
mahu baca atau tidak, terserah kita.
siapa mahu bukak blog, itu hak dia.
chika
February 3rd, 2008
at 11:31am
blog ilmiah?
oh. aku bukanlah orangnya.
blog bagi aku adalah playground.
gie
February 3rd, 2008
at 12:10pm
aku pun…untuk mengisi masa lapang,dah banyak bercerita tentang kehidupan aku….dulu,aku pernah sekali menulis diari..sekali sahaja..sekarang,bantai kat dalam blog…aku suka corak penulisan Mohd Ismail..huhu… :D
mmuurrllyy
February 3rd, 2008
at 3:18pm
artikel nie menarik giler….
btw…thx 4 visiting…
ahib0205
February 3rd, 2008
at 3:35pm
er. apa yg dimaksdkan dgn ebook bodoh tu? mcm ebook taokiadsense tu ke?
ahib0205
February 3rd, 2008
at 3:37pm
its normal la org la ni yg buruk kita tu nampak lebih2. tp yg baik? heheh.. eh mael, ko punya baik org lain nampak lebih2 la :P
ahib0205
February 3rd, 2008
at 3:40pm
betul2. siap kata ntah pape asyik blog blog blog blog… anyway, im ok coz dh nampak ke depan dgn blog. keep blogging all.. :)
ikoko
February 3rd, 2008
at 5:33pm
encik mohdismail, dah dua kali aku baca entry ko ni.
baru aku faham maksud sebenar.
terima kasih atas entri yang mengingatkan dan menyedarkan ini.
mungkin aku yang perlu tingkatkan gaya penulisan agar ia bukan sekadar omong kosong. suatu tulisan yang boleh bawa makna pada pembaca..
aiyak… tapi.. aku juga perlukan tulisan penghibur jiwa.
aiyak.
p/s:blog is part of my life.
thanks lagi sekali atas tulisan entri ni. :) maaf, mungkin aku tak dapat tangkap maksud entri pada kali pertama pembacaan…
maaf lagi sekali.
Musnaz
February 4th, 2008
at 10:26am
Aiseh, nampaknya blog aku ni mcm blog sampah jek! Kalu nak dibandingkan dgn blog yg byk meperjuangkan byk aspek nilai2 murni ni. Tp x pe, sampah pon pd sesetengah org bernilai dan berharga jugak kan? Asal x buat maksiat dlm blog sudeyhh!
zool
February 4th, 2008
at 12:27pm
betul tu.. Belum ada lagi penulis blog Malaysia sehebat Johnchow atau Darren Rowse..
Tapi mungkin ada kot.. cuma low profile..
Ntahlah.. Yang pastinya bukan aku…