Bermesra dengan nombor & statistik

Apa kata, kita mulakan tahun 2008 dengan tema Wordpress yang terkini & baru? Boleh ‘kan? Okay, sayang kamu semua. Ha ha. Sebagai entri pembuka untuk tahun 2008, mari kita lihat sebarisan nombor dari statistik yang signifikan dengan kewujudan Mohd Ismail dot Com sepanjang tahun 2007 atau 365 hari atau 8760 jam atau 525,600 minit atau 31,536,000 saat yang lalu.

Blog ini telah menerima sebanyak 5,752,766 hits sepanjang tahun 2007. Jika setiap seorang dari rakyat Malaysia masuk ke blog ini sebanyak satu kali, maka hampir suku atau 1/4 populasi Malaysia telah melawat Mohd Ismail dot Com. Andai, angka itu juga di’tafsirkan dalam bentuk wang ringgit, akan akan berhenti menulis hari ini juga & belikan 10 Komentator Teraktif 10 keping roti canai setiap seorang. Fuh!

Sepanjang tahun 2007, aktiviti di’blog ini telah memakan bandwidth sebanyak 148,156,342 kB atau hampir 150GB. Pemindahan data sebanyak itu hampir menyamai kapasiti cakera keras (harddisk) komputer yang sedang aku guna’kan. Jika sebuah filem berformat .avi yang di’muatturun bersaiz 700MB, maka pemindahan data sepanjang tahun lalu bersamaan dengan lebih 210 filem pelbagai jenis & warna.

Sehingga semalam (31 Disember 2007), aku telah menulis sebanyak 304 entri yang memberi purata 0.8328 entri setiap hari. Untuk 304 entri tersebut, blog ini telah menerima 8,285 komentar dari pembaca & secara purata, sebanyak 22.6986 komentar sehari atau 27.2533 komentar untuk setiap entri.

Jika bercakap berkenaan spam, hati aku meruntun hiba. Sepanjang tahun lalu, blog ini menerima 34,798 spam durjana. Dan, jika setiap satu spam ini menyumbang RM1, maka aku akan mampu membeli seisi butik Levi’s untuk kegunaan aku sepanjang tahun. Kalau’lah…

Entri paling popular tahun lalu adalah entri bertajuk ‘Pemikiran Kuning yang Baharu‘ yang telah menerima 174 komentar dari pelbagai lapisan masyarakat. Nyata, isu ini antara isu yang terhangat untuk tahun 2007 seantero Malaysia selain tragedi pembunuhan Nurin Jazlin & pengedaran video lucah ahli politik negeri Johor baru-baru ini.

Dan, aku mengucapkan sebanyak 3,567,541,678,098,234,679,129,000 terima kasih untuk semua yang terlibat membina nombor & statistik di’atas. Tahun 2008, aku harap akan ade perubahan yang positif untuk angka-angka aneh di’atas. Apa-apa pun, Mohd Ismail dot Com tetap rocks!

34 Comments

Cayalah tengok nombor2 mohdismail.net
Semoga berjaya

caya jugak untuk ko Zool, tak sampai seminit aku post, ko da komen.. ha ha

Tersekima sebentar aku membaca entri disamping terbawa-bawa dengan penulisan dan miung-miung dengan kehadiran nombor-nombor.

Sampai begitu sekali ko statistikkan blog ye mael!? Awesome!

saje je nak memanjangkan entri.. he he.. fokus pd angka yg aku bold’kan je.. yg lain tu angka merepek.. ha ha..

*miung-miung tu nate gapo Megat?*

mak ai.. bagusnye analisis nombor2 ni.. pening kejap syia baca angkanye.. ratus.. ribu.. juta.. hehhe.. tahniah and keep up the coretan menarik ;)

mohdismail.com ke .net? hu3.

dua2 boleh pakai.. cerita’nya, kampus aku block access ke mohdismail.com & utk terus hidup, aku beli mohdismail.net… tp aku masih teruskan branding mohdismail.com supaya bila aku kuar nnt.. mohdismail.com akan terus hidup.. yeah!

Tahniah Mail, dengan 5 juta hits itu pun sudah cukup untuk menerima sekeping cek setiap bulan kan. Makin ramai akan kagum (dan juga irihati) dengan pencapaian kau.

fuyohh! byk betul nombo2.
hehehe. aku harap takda kaki nombo di sini.
hehehe
:)

ngeh3.. jgn la irihati dgn aku, bukan aku bikin juta2 dr blog ni.. lepas duit beli lollipop je pun :)

aku xske ngn nombor..hahaha.. tp aku stuju ngn statement ini ->”Mohd Ismail dot Com tetap rocks!”

Nih ko nak show off ke apa nih hahaha statistik lastik, ko pakai font jenis apa nih, nampak tak mesra or laptop aku skrin besar sgt

xde maknanya aku nak show-off kalo setakat statistik gini.. baik aku letak bape ringgit aku leh dpat sebulan kalo betul2 nak show-off.. alang2 kasi org jeles..ye tak?

ini nama’nya report tahunan utk pembaca di’sini :)

*ini font biasa ada dlm Windows, resolusi mungkin.. kalo resolusi 800×600 mgkin agak pelik.. siapa je lagipun pakai 800×600?*

wah…tahniah sebanyak 1,000 000 kali untuk kau mael, semoga 363 hari yg mendatang akan menjadikan statistik blog kau makin hebat

“mohd ismail dot com tetap rock”

oh, tahniah… hebat ko bermain dgn angka… :P

btw aku suka entry ko hari ni… buat minda aku terbuka mengira2 dengan nombor dan statistic… selamat tahun baru 2008..

nama aku termasuk tak nih?

Banyak tul nombor. Sudahlah aku lemah bab matematik nih..

ape2 pn blog ni mmg mantap!!

heh.. seribu ribu tahniah utk aku.. seribu ribu terima kaseh juga utk ko! :)

sekali setahun kita main nombor.. apa salah’nya.. *bukan main nombor itu la*

termasuk.. dr gazillion terima kasih tu, beribu2 utk ko Noorizam Shah oi.. :)

mantap? he he.. terima kasih utk ko Afham.. antara pembaca tegar di’sini.. ;p

sah math A1 dulu time SPM.. ahaks2… apa pun bagi aku sendiri, kewujudan blog ko ni mael banyak merubah blog2 di Malaysia menjadi lebih menarik dan memartabatkan bahasa Melayu kita… itu satu fenomena!

hoho pening kapla tengok statistic sejak di bangku skolah hingga la tamat belajar u….BTW nice stat. bro…diharap mohdismail terus sakses -Blogger United. no Fear!!-

salam.tahniah…atas usaha yg membuahkan hasil yg baik..teruskan usaha saudara….theme pun makin menarik…cool.tq

mael, selamat thn baru..semoga ko grad dgn cemerlang thn ni..:D

wahh! cantik la font ko nie heheh font ape yek.. hmm, asal ko guna gambo awek aku tu! cit porah!

stat berapa kali tukar theme ada? heh..

Kita mmg diukur dgn nombor kat dunia ni, umur berapa, gaji berapa, anak berapa, err bini berapa ;p

bandwidth sebanyak 148,156,342 ( tupak, liman, gapwa)

(ma,jamwa,janan) 5,752,766 hits sepanjang tahun 2007

sebanyak 304 entri (gopa)

8,285 komentar (ka,wakam)

(gap,jalak) 34,798 spam durjana.

‘Pemikiran Kuning yang Baharu‘ yang telah menerima 174 komentar (tujap)

sebanyak 3,567,541,678,098,234,679,129,000 terima kasih untuk semua

( ga, manja, maptu, najak, olak, wagpa, najalan, dulan, ooo……apa yang ko cakap nih? )

banyaknya nomor. memang kalo sepuluh tahun lagi akan datang bleh review balik nomor nih untuk anak cucu cicit ciat piot mael nanti…

inilah dia blog apok yang tersayang…

dasat statistik ko. terlampau hebat. tahniah ;)

Wah! ini dah bagus. banyak kajian kena buat kat nombor2 nie.. mesti kena pegang kalkulator je semasa menulis..