BigDay - Wordpress berbayar pertama Malaysia

CandidSyndrome adalah satu kumpulan fotografer yang aku kagumi sejak dulu lagi dari segi marketing yang mereka jalankan. Hasil fotografi mereka aneh, tetapi mendapat tempat di’kalangan masyarakat yang dahagakan sesuatu yang baru, CandidSyndrome muncul tepat pada masa’nya. Apa sahaja yang mereka tawarkan, mesti boleh jual.

Pelbagai produk CandidSyndrome sebelum ini memang sesuatu yang original & lain dari yang lain. Aku suka marketing cara mereka. Simple but remarkable — Seth Godin style. Tetapi, BigDay ada sesuatu yang membuatkan aku rasa kurang senang.

BigDay — sebuah perkhidmatan laman web DIY yang mudah dengan harga RM250 setahun (subdomain) dan RM300 setahun (own domain). Apa yang tidak kena di’sini adalah, mereka menggunakan 100% sumber terbuka untuk BigDay. Mereka menggunakan Wordpress MU sebagai tulang belakang & theme juga adalah theme percuma yang boleh di’dapati di’mana-mana.

Lebih mengharukan, tiada kredit di’nyatakan untuk Wordpress dan tukang design Wordpress yang ada dalam BigDay. Walaupun Wordpress di’keluarkan di’bawah lesen GPL — yang membenarkan pengedaran secara percuma atau berbayar, kredit untuk Wordpress harus ada kerana mereka menetapkan kebebasan pelanggan untuk tahu asal platform mereka sepertimana BigDay tahu.

Kata’kan mereka caj RM250 untuk data space & hosting, NetKL menawarkan RM100 setahun untuk ruang 1500MB & domain percuma. Kau bukan sahaja dapat Wordpress, kau akan dapat hampir apa sahaja CMS open source yang biasa di’dapati melalui Fantastico. Caj perkhidmatan untuk sesuatu yang segala’nya telah tersedia tidak mungkin semahal itu jika di’kongsi sama rata oleh semua pelanggan.

Idea mereka bagus. Unik. Tetapi, aku tidak galakkan untuk menggunakan Wordpress MU sebagai platform. Bukan tidak boleh, cuma aku tidak galakkan. Aku rasa mereka perlu contohi WeddingAnnouncer.com yang memberikan perkhidmatan serupa dengan percuma & menggunakan CMS custom.

Sekali lagi, aku bukan pakar & nasihat aku hanyalah pandangan umum seorang Mohd Ismail. Wordpress 2.5 sudah keluar, sila upgrade Wordpress anda.

19 Comments

RM250 aje untuk guna subdomain… tak bestnya…
baik guna yg blogger Malaysia bagi akaun free tu, lagi puas hati…
takpun beli domain RM30, hosting RM80 dah boleh buat mcm² subdomain dlm hosting tu…

baik beli domain dan hosting sendiri…
RM30 untuk domain dan RM80 untuk hosting boleh cuba mcm²…

tak puas ati:
-kelmarin citer psal raja petra..burok dah nme blogger..tak ble beza ker blog dgn web..tak la kalo raja petra anggap web die tue blog..tp mmg tak patut slah anggap blogger..’blog is our life’
-hari nie citer psal BigDay..mende free tp amik untung..mungkin dieorg pakai Dedicated Server kot..tak pun pkai MedieTemple nye server provider..huhu..RM240 beb?baik pakai blog percuma sediada mcm kat blogmas,kongsiblog,blogpercuma tak pun wordpress.com..huhu..

off topic:
pergh..tkar trus web WP 2 mael..seswai la dgn tema WP nye..ak xsempat lg nk tkar g WP2.5..hujung minggu nie m’hbizkan 1KDrama dgn 1KMovie..huhu..

dan domain beli dr ko ye tak wizurai? ha ha.. =)

hah a.. aku ingat ko busy buat apa.. habeskan drama korea.. ha ha =) aku baru je upgrade ke 2.5.. sgt kool!

kalo dedicated server pun, aku rasa diaorg da pakai utk laman rasmi CandidSyndrome.. duit diaorg ribu2.. apa la sgt dedicated server =) ha ha

memang tak wajar lah bayar utk services tuh.. jumlah keuntungan lebih dari 100% huhuh.. kalau features die ade custom theme mungkin berbaloi..

baik pegi kat wordpress.com dan beli premium features tuk enable domain baru $15… ataupun lebih advance pegi saje amik hosting dan domain sendri…

susah la camni kan. hehe

sebab tu beli domain dan hosting sendiri. Janji pueh hati.Tak risau. Awek tak marah.

duit pun x abes banyak ye tak Titan? =p

*apsal nama ko tiba2 jd Tian?* ha ha

klu betul-betul serius dgn blog,,,,baik beli domain sendiri…

ha…wat sendirik jer dari beli rm250..cam emptyspace a.k.a imhere.fwenz.info,nak kawen buat domain khas..

hurn…tak berbaloi…baik kau upah je xero….hehe…

entah ar.. aku tak tahu kenapa aku nak cakap macam ni..

itu hak diorang.. style diorang.. cara diorang.. plan diorang.. idea diorang dan bla bla bla..

terpulang pada kita semua samaada nak jadi bangang untuk beli dari mereka atau untuk jadi bijak jauhkan diri dari pencekik darah lagi pemecah da** … isk.. sape yg beli tu, aku tak tahu la nak nasihat ape.. mmg sengal ubi kayu belakang rumah betul la…

tapi dah kalau diorang offer service gila babi, bagus la untuk mereka yang buta blog/hosting/domain untuk mencuba.. kot kot kaya sangat.. bila duit dah banyak, tak tahu nak buat ape, belilah dari big day…

aku pon skang tengah buat perbincangan dengan syia untuk buat projek macam tu.. and akan akan datang nak buat projek advertising macam advertlets etc tu.. haha, syia ni mmg otak business la gamaknya.. eh, tapi bukan aku sorang.. syia ni dasat.. ramai pengikut… untung kenal ngan dia.. love u sayang.. eh eh, syia!! hahaha…

mampus pakwe dia geget idong aku..

senang cite guna yang free, dah rasa ramai pengujung baru grab hosting and domain.

Mail, kalau kau bagi example netkl, pakej basicnya RM60 tu lagi berbaloi and it comes with free domain. Nak install pun guna fantastico sahaja

unless dengan bigday .. dia bagi PR5 terus :)

Mungkin orang yang amik service tu tak tau ape satu …senang cite buta dalam bab ni.Jadi disebabkan derang nak ada page macam tu,hanya bayar dan dapat.Ape ape hal senang cakap…take it or leave it

lepas ni blogmas pun nak caj user dia la. hehe… gurau jek.

aah. aku agak kurang setuju ngn price yg di caj tu. terlalu mahal utk user.

Leave a Comment