Bila Hujan Turun (dengan lebat)

Hujan turun. Baru sahaja turun. Aku suka bau hujan walaupun ada sedikit bercampur bau tahi burung bangunan sebelah. Tidak bermakna aku suka tahi burung. Hujan.

Ini entri sampah. Aku buka notepad & terus menulis kerana hujan turun dan aku seperti berinspirasi untuk menulis sesuatu. Tapi, sampah. Aku sedang menonton filem ‘No reservations‘, lakonan Catherine Zeta-Jones. Rating 6.3 di’IMDB — sedikit perlahan. Aku akan terus tonton sehingga habis kerana Catherine Zeta-Jones.

Aku sedang ketagih dengan audio Say nyanyian John Mayer. Sejak akhir-akhir ini, John Mayer agak kool & kelakar. Tonton video belakang tabir pembikinan lagu John Mayer. Beri perhatian kepada gadis berbaju putih ‘My Body is a Wonderland’. Hujan makin lebat.

Aku pasti tidur lena malam ini & tiba-tiba aku inginkan katil kayu dengan tilam saiz sebesar alam dari IKEA. Seperti ini mungkin yang aku idamkan. Katil sekarang terlalu mini. Aku cenderung untuk jatuh katil jika mimpi ekstrim. Seperti mimpi panjat gunung. Atau panjat Kristen Bell. Hari ini keluar filem Sepi di’panggung wayang.

20 Comments

tak dapat aku bayangkan kau jatuh dari katil bila mengalami mimpi ekstrim…
itu katil orang kawin tu..
kawin cepat2 mael.. eh? kau belum kawin ke? memandai je aku..

wa.. kali ke 2 aku buat komen pertama

kita bujang2 ni la kene sesuaikan diri dgn katil begitu.. ha ha =) puas da berbelas tahun main katil bujang.. nk kene rasa katil besar2 gak ni..

tahniah menteil.. kau memenangi apa sahaja minuman yg ada dalam peti ais rumah ko.. cheers!

bab panjat kristen bell memang aku suka..hahaha..g ler beli katil besar..kesian kristen bell ko tuh..

mahu katil besar bermakna dah ada petanda.
jgn lupa bubuh gambar nya.hahaha

i heard you, John Mayer sangat cool i loooike~

dekat terengganu pun, hujan selebat lebatnye… suka aku.. aku suka hujan (band hujan pon aku suka jugak), heee :D

aku impikan tilam sultan ikea yang empuk tuh. hehe :)

cukup besar ke katil tuh mael? nampak mcm kecik je.. haha.. aku lebih selesa tidur atas lantai dari atas katil.. kalo ko terjatuh dari katil bila mimpi extreme, aku sengaja jatuh kalo terasa panas yg extreme.. haha

mengidam tilam plak ke mael..?huhu

aku pening bila membaca artikel ini sehingga hujan turut berhenti :)

band Hujan aku x bape minat.. goyang kepala dgr lagu sikit2 leh =)

tapi hujan (air turun dr langit) tu mmg syok.. aku tidur mcm hape je mlm td.. ha ha ha

dia mmg susah tidur lena.. ha ha.. aku suka budak tu *kiut!*

ada sesetengah kes, aku suka gak tido atas lantai.. lagi luas dr segala.. hehe =)

hahaha.. itu salah satu point kenape aku suka tido atas lantai.. haha

uhh, mau tengok SEPI la…
mau rehat jugak, badan penat polish lantai yg berkarat…

Wah! spam makin dasyat.Bukan jer komen, entri pun diserangnya.Haha.

Sepi atau KungFu panda atau SPM.Fuh! pening eden nor… =P

KB juga hujan mencurah2 membasahi bumi ciptaan Ilahi nan tandus angkara kita manusia yg selalu alpa akan t/jawab bersama menjaga ia selama kita berada di atasnya..mcm sajak pulak. Aku tak suka band hujan, aku suka cromok.

aku x suka dua2.. aku suka Ramlah Ram.. haha =)

*apa satu malaysia ke hujan mlm td? aneh..*

Ahh. Aku mahu tonton cerita sepi itu..

Titan , aku sudah tengok . Sangat puitis .(sambil aku buat review) , seronok! .

“Cinta tak datang sekali”

Perenggan pertama kau tu Mael. Buat aku gelak sorang sorang kat sini. Aku baca ulang-ulang kali. Tiada apa apa pun yang menarek dgn perenggan pertama tu tapi aku suka. Semacam ada unsur humor yang mengingatkan aku pada sesuatu; pada hujan dan tahi burung bangunan sebelah. Dan susunan ayat kau tu. Hahaha.

Mimpi ekstrim? usah bicarakan. dan impian kristin bell tu besar sangat lah.

Leave a Comment