Bila Larut Malam #01

Ha! Ini kali pertama aku perkenalkan segmen Bila Larut Malam di Mohd Ismail dot Com. Entri yang termasuk dalam segmen ini tidak banyak beza’nya dengan Fast Update yang biasa aku tulis apabila ketiadaan masa untuk menulis entri berat, tetapi Bila Larut Malam akan di’post apabila masa hampir-hampir lewat malam. Maka’nya, in’lah buat Bila Larut Malam #01.
Pasir Gudang ke Sungai Besar
Bertolak keluar rumah jam 12.00 tengahari, aku tiba lebih kurang jam 7.00 petang. Satu kenangan di tengah lebuhraya, di Hentian Rehat 205 Ayer Keroh, aku tertinggal kunci kereta dalam kereta. Aku duduk tepi jalan hampir 15 minit sebelum aku ambil keputusan untuk beraksi ala-ala pencuri kereta profesional yang haram tak reti apa-apa pasal teknik mengkopak pintu.
Sedang aku beraksi bodoh sebegitu, datang seorang brader lingkungan 30-an begitu, memberitahu aku teknik paling mudah untuk bukak pintu kereta jenis Satria/Wira. Terlalu mudah teknik’nya, jika jatuh ke’tangan orang yang salah, mahu’nya semua pemilik Satria/Wira tak akan mampu tidur lena. Gila baban senang! E-mail aku kalau mahu tahu, berguna untuk masa kecemasan. Terima kasih kepada brader itu, kau telah membantu aku untuk sampai ke’rumah dengan cemerlang. Yay!
Tak habes-habes!
“Betul bro.. aku sanggup turun sini dari Damansara sana untuk bagi peluang ni kat ko!”
“Ko datang naik apa ni?”
“Aku naik motor, senang. Kereta aku dua-dua aku tinggal, susah la. Jam, tol, minyak lagi semua.”
“Owhh..”
“Modal ko boleh ansur-ansur bayar, cek jangan risau’lah, kalau tak 12 dia hantar, 13,14,15 camtu la..”
“Aku siap dah boleh pakai BMW dengan Satria GTi… tak’kan ko taknak?!”
“Ini bukan skim cepat kaya, aku jamin la… halal lagi dari sisi agama”
“Tapi aku takde duit sekarang”
“Alaa.. ko nak susah sekarang atau susah kemudian? Peluang ni datang sekali je bro.. sikit je ko labur ni, pulangan lumayan! Goyang kaki je ko kat rumah. Di’jamin!”
F**k! Duit tol pun takleh bayar, ada hati nak kata pakai BMW! Sudah la. Itu dialog orang sebelah masa aku tengah menyantap siakap tiga rasa bersama adik-adik kesayangan aku. Nak je aku sound,”Bro, kalau berani order siakap la belanja client, tak’kan air kosong je?”.
Gila Populariti, terbukti!
Pertama’nya, ahli komuniti MyBlogLog hari ini telah mencecah 105 orang. Weehoo! Terima kasih untuk semua yang menyertai secara rela atau terpaksa (terpaksa: korang lawat blog ini lebih 10 kali, automatik korang masuk komuniti, itu default setting di’sana). Next stop, 200 orang! Ajak mak ayah, adik abang, kakak, abang ipar, kaka ipar, adik ipar, girlfriend, boyfriend, mak mentua, pak mentua, jiran sebelah rumah, jiran belakang rumah, musuh ketat, kawan mengumpat, kawan di Friendster, kawan di MySpace, untuk membaca Mohd Ismail dot Com.
Kedua, menurut Alexa, Mohd Ismail dot Com menduduki tangga ke 912 dari jutaan website seluruh dunia yang paling kerap di’lawati oleh seluruh rakyat Malaysia. Walaupun blog lain yang mempunyai kedudukan 4 angka bikin ribuan ringgit dari blog mereka, aku tidak kisah! Aku cuma mahukan populariti. Ha ha.
Ini adalah entri yang ke-200! Tiada yang istimewa, tetapi aku mengekalkan rekod menulis secara konsisten dengan kadar 1 entri setiap hari selama lebih 2 bulan.
Sungai Besar ke Nibong Tebal
Esok, aku akan memandu lagi. Sakit pinggang ini masih belum hilang lagi, esok aku akan pulang ke kampus pula. Seperti biasa, jika kalian terserempak dengan sebuah Satria berwarna merah, dan pemandu’nya mirip Pierre Andre di’sepanjang Lebuhraya Utara-Selatan menghala ke utara, bunyi’kan hon atau angkat’kan tangan.
Selamat malam dan mimpi manis kepada semua! Oh, Flisterz buat hal lagi.
Popularity: 10% [?]
Comment by Bat on 7 July 2007:
Alexa aku masih 4 angka..huhu..tak apa, usaha tangga kejayaan, yiihaa!
Comment by WaWa on 7 July 2007:
hoho. tahniah! tahniah! aku kagum dgn ko. :p
Comment by mohdismail on 7 July 2007:
terima dengan kasih.. apa lagi, ajak kawan2 ko kat sana datang sini sekali.. he he :) biar aku popular di’bumi orang pula..
Comment by Izwan on 7 July 2007:
heh, MohdIsmail dah mula plan ‘jahat’ untuk menakluki dunia ka? :P heheheh
Comment by mohdismail on 8 July 2007:
tidak mengapa.. pelan2 kayuh beb.. InfoMalaya akan punya masa depan yang cerah.. aku tahu!
Comment by mohdismail on 8 July 2007:
ha ha.. jika Kevin Rose sama Sergey Brin boleh belajar cakap bahasa Melayu, aku akan proceed!
Comment by shutterspeaks on 8 July 2007:
Nibong tebal, tempat aku lahir tuh…
tahniah dgn alex ko, bawah 1000 tuh.. dasatt dasattt…
Comment by eMptyCube on 8 July 2007:
wooo..macam mana hang leh hebatkan penulisan hang.. ajar sket… neway apa komuniti hang masuk bagi byk orang join eh..aja2..aku belanja hang ais kosong..kekeke
Comment by sayur on 8 July 2007:
hah…hah…hah….
memandu pandang ke hadapan.. “jangan pandang belakang”
Comment by shambie adzhan on 8 July 2007:
aku pernah kene macam ko, tertinggal kunci dalam kereta yang tengah hidup enjinnya.. pukul 2pagi bersama rakan2 lelaki~
dan malam ini kereta kami mati tengah jalan dekat besut.. 2 jam tak dapat nak start, takda sapa tolong pon~
:(
Comment by kaSyah on 8 July 2007:
bro..dah sampai dah..hehe..aku baru nak gerak esok.
woshh..aku mahu tahu tips itu…malang tak berbau..takut kena cam ko lak…huhu
Comment by nagamadu on 8 July 2007:
ha.. baru ku tahu kini kau ada sepusat sepusing ngan nibong tebai … terkenang tempat aku memblend ais masa awal tahun nie .. malam nih.. pasar malam kita… :-)
Comment by Wizurai on 8 July 2007:
aku rasa teknik tu pencuri kereta mesti tau jugak… sebab tu ada kereta park depan rumah pun tuan rumah boleh tak sedar…
Comment by flisterz on 8 July 2007:
wwaaah 912? best tu. impian ko jadi popular semakin hari semakin hampir. haha :D
yay link free. :) tq tq
Comment by zaki on 8 July 2007:
Teknik pecah masuk kereta…aku dah biasa siut….aku la tukang bukak kereta kalau kunci orang kat tempat kerja tinggal dlm keta…he he…
Congrats atas the achievements for your blog…
Comment by famia on 8 July 2007:
huiyo.
Comment by azwanhadzree on 8 July 2007:
aku pernah menolong kawan membuka kereta wiranya akibat tertinggal kunci di dalam masa kat masjid selepas solat jumaat. Mudah aje, dlm 10 minit settle. Kalau aku practise tiap2 hari, aku rasa dlm 20saat settle kut
Comment by abdfatah on 8 July 2007:
apa nak heran… alexa saya kosong je entah kenapa, entah apa yang tak kena? sapo yang nak jenguk blog saya yang tak sberapa popular tu…
Comment by abdfatah on 8 July 2007:
memang tersangat popular serata dunia dah tu… mana nak cari yang popular dari mael… mael yang mempopularkan dirinya sendiri dan orang lain dah tentu lagi lebih mempopularkannya dengan memberitau kpd orang lain pulak…
Comment by abdfatah on 8 July 2007:
haha… yang ini mael boleh teruskan perjuangan mempelajari banyak bahasa untuk mempelbagai kategori blog beliau supaya pelbagai bangsa boleh baca daaaa….
Comment by abdfatah on 8 July 2007:
wah memang best kalo bleh kopak kete orang… bleh jadi geng penyamun handalan antarabangsa masa kini. koman2 bleh dapat kereta free tanpa bayaran yang cukup melecehkan ramai orang…
begitulah caranya kete kena kopak dan dilarikan orang yer? macam2 hal cara nak kopak kete supaya orang lain susah…
memang dah tak ada keje lain dah tu….
apa lagi… jom kopak kete sendiri pulak,,,
Comment by abdfatah on 8 July 2007:
haaa… semuanya ada masa depan yang cerah jika semuanya tekun dn sabar menghadapi dugaan berblog. lain citer kaloo hanya dapat belanja air kool saje.
nama lagi skim cepat lagi berlipat…itulah masalahnya, promote menda juta-juta-juta tetapi harapkan orang lain bayar ler… wahaha…
biarkan si labu-labu dengan luncainya…
ngah2, ngah2, ngah2…
maaf mael, banyak komen hari ini…
Comment by abdfatah on 8 July 2007:
itulah istimewanya mael dengan blognya… idea datang mencurah-curah banyaknya…
kalo nak tingkatkan penulisan kena tanyalah mael berkenaan asas penulisan praktikal yang membolehkan mael menjadi popular seantero dunia sejagat…
tahniah buat mael banyak2 kali….
Comment by bobhandburry on 8 July 2007:
nice entry brader
Comment by azwanhadzree on 8 July 2007:
Mail, terima kasih atas jemputan kau tempoh hari untuk pertandingan mengomen di blog kau, tapi rasanya aku takkan berjaya … lainlah kalau aku spam dan reply ke setiap orang yang komen di blog kau. Hari ni baru 8 Julai 2007 tapi pengomen tertinggi dah 80, 2nd pun dah 77. Macam mana?
Comment by Mohd Ismail on 8 July 2007:
heh.. tidak mengapalah azwan.. :) bulan depan punya depan kan masih ada lagi.. la la laaa.. :)
Comment by azwanhadzree on 8 July 2007:
woooo!
Comment by Wizurai on 8 July 2007:
ada perubahan pd themes blog ni?
Comment by Mohd Ismail on 8 July 2007:
kau bertuah kerana berjaya mengikuti siaran secara langsung perubahan themes Mohd Ismail dot Com… he he
Comment by Wizurai on 8 July 2007:
phew… siaran langsung…
nape x kat localhost dulu?
aku terperasan sebab part komentator teraktif tu lain sket…
Comment by flisterz on 8 July 2007:
aha! dah guna. :D smart lah
Comment by WaWa on 8 July 2007:
wah.. cun lah! ;)
Comment by crynobone on 8 July 2007:
Script aku kasi bila mahu test. :P
Comment by abdfatah on 9 July 2007:
ahaa… blog mael kan dah makin popular… bukan komentator teraktif semata-mata. rakan-rakan yang lain lebih membantu mempopularkan mael. tak gitu?
mana best komentator yang sering berknjung atau komentator yang top ttapi reda seketika…
saya rasa mael kena buat peraturan tambahan lagi. berapa kerap bernjung dan juga berapa kerap komen dan berapa lama meninjau blog mael.
macam mana?
Comment by abdfatah on 9 July 2007:
pilihannya tetap top komentator 10…
kiraannya begini… dikira dari komen setiap posting yang disediakan oleh mael setiap hari. kiraan komen tersebut mengikut pilihan mael sendiri… 3 ke, atau 4 ke.
peserta akan tahu setelah keputusan diumumkan nanti…
nampaknya kalo gitulah cadangannya… dah tentu saya tak menang…
itu lagi best cabarannya. macam mana semuaaa??
Comment by adila on 9 July 2007:
tahniah setahniahnya mael…kekalkan kedudukan, gandakan prestasi dan mantapkan strategi….
orang penang ke?
dulu pernah menuntut dan mengaut segunung ilmu di tempat bernama penang…
Comment by adila on 9 July 2007:
nanti saya nak emel mael pasal the coolest way tu…
teringat kenangan anak saya terkinci dalam keta hampir sejam…penat suh dia tekan alarm car yang kaler biru tapi kaler merah jugak jadi perhatian…masa tu umur dia nak masuk setahun…
kesian sangat tengok dia…berpeluh macam mandi..akahirnya..dia berjaya tekan kaler biru tu dan saya terus peluk dia dan terasa betapa sayangnya hati ini pada insanbernama MUQRIE RAHIMI
Comment by adila on 9 July 2007:
wah…kot kopak keta sendiri bukan penyamun la namanya…itu dah di kira penyengat…nak claim insuran ke apa?
Comment by aarin on 9 July 2007:
tak terkejar komen kat blog mael nie..tapi yg syok nya kat sini dah macam forum utk bertukar2 pendapat pun ada..hehe popular dah blog ko yer mael
Comment by adila on 9 July 2007:
nampaknya lepas ni en mael kena buat forum la pulak…mesti ramai yang lepak2 kat forum tu nanti…
_menanti saat - MohdIsmail.com/forum
Comment by mohdismail on 9 July 2007:
ha ha.. forum takde la.. tak’kan ada.. nanti korang dah takmo main2 kat sini.. biar meriah di’sini saja..