Bila Larut Malam #02

Edisi Bila Larut Malam kali ini di’kelolakan oleh Norizan Bakar, jurulatih pasukan bola sepak Malaysia yang secara tiba-tiba meminta kebenaran untuk menulis dalam Mohd Ismail dot Com. Bila aku tanya’kan kenapa, dia dengan tidak semena-mena menafikan bahawa tindakan beliau ini ada kena mengena dengan insiden kekalahan pasukan bola sepak Malaysia buat kali ke err.. dia sudah sudah buat muka garang! Sila’kan Encik Norizan Bakar.

Assalamualaikum semua pembaca Mohd Ismail dot Com. He he. Lega rasa’nya berpeluang untuk menulis di’sini. Terima kasih Saudara Mohd Ismail kerana membenarkan saya menumpang populariti saudara.

Baik. Saya tahu semua di’sini sedang panas hati dengan saya sekarang ini. Saya tahu semua akan letak’kan segala kesalahan di’atas bahu saya. Dan, saya akan terima dan bertanggungjawab ke’atas kekalahan pasukan negara memang salah satu syarat dalam kontrak saya bersama FAM. Saya tak kisah. Saya di’bayar untuk itu.

Kenyataan-kenyataan dalam akhbar itu bukan keluar dari hati saya. Saya tidak mahu mengatakan begitu. Bersalah dengan menebal di’dalam hati bila saya berada dalam situasi yang saya tahu pemain kita memang lemah & saya masih mahu membela mereka. Tapi saya tiada kuasa. Skrip itu datang bersama-sama dengan kontrak saya. Tetapi, tidak pula saya dapat skrip untuk situasi kemenangan pasukan bola sepak negara. Mungkin kerana jumlah kemenangan per tahun menghampiri sifar semenjak 25 tahun dulu membuatkan FAM lebih cenderung mengeluarkan skrip untuk situasi kekalahan. Skrip itu di’tulis oleh Datuk Yusoff Haslam. Dramatik bukan? Ha ha.

“Kegagalan itu berpunca daripada pasukan kami hilang bentuk formasi menyebabkan pemain China bergerak bebas di kedua-dua belah sayap.” Kenyataan itu saya keluarkan untuk Harian Metro. Logik’nya, tiada pasukan yang boleh hilang formasi melainkan jurulatih atau kapten pasukan’nya hilang atau kedua-dua’nya hilang atau pemain’nya hilang akal. Formasi adalah sesuatu yang perlu di’corakkan sepanjang permainan, betul ‘kan? Itu’lah strategi terbaik. Kelakar’lah skrip FAM ni. Saya mahu Mohd Ismail tulis’kan skrip baru!

Okeh, kita teruskan dengan edisi Bila Larut Malam #02.

Pasukan saya menerima kekalahan 5-1 kepada China. Ha ha. Malas’lah saya nak terang’kan lagi. Sandar’kan semua kesalahan ke’bahu saya. Saya di’bayar untuk itu! Chot & Shahdila, entri awak berdua buat bonus saya naik dua kali ganda. Terima kasih!

Saya mahu mula menjadi geek, maka’nya di’sini ada senarai 5 laman web yang perlu di’hindari dari masyarakat Malaysia & dunia. Tiada kena mengena dengan bola sepak, tetapi salah satu laman web yang tersenarai dalam 50 laman web paling kool 2006 turut tersenarai.

Dalam perkembangan dunia seni tempatan, idola saya, Ina Naim akan melangsungkan pernikahan 21 Ogos ini. Mawi, kau tak cemburu ‘kah? Ha ha ha.

Untuk orang-orang dewasa sahaja. Saya kata untuk orang dewasa. Jangan jadi seperti anak buah saya, degil tak dengar kata! Gambar asmaradana zaman geek.

Mahu jadi blogger yang popular seperti mereka di’luar sana? Mungkin apa yang di’tulis oleh Tech Trouble(?) ini boleh membantu. Saudara Mohd Ismail boleh juga membaca.

Dan, sebagai penutup edisi Bila Larut Malam #02 hari ini, saya bukan Norizan Bakar.

54 Comments

ha ha ha.. serius buat aku gelak. ngeh3

aku mmg menunggu statement dr norizan bakar nih…dan aku berbangga bila akhirnya kluar kata2 jujur…”saya bukan Norizan Bakar.” hahahah…

haha “5-1″. selamat peristiwa 27 July takkan berlaku.

aku lega kerana tidak menonton perlawanan penuh semalam, balik dar ofis, bukak tv dah 4-0, lebih baik layan ugly betty and desperate housewives

kekalahan 1-5 memang sukar diterima akal,

perlawanan pertama, di stadium sendiri, oh tuhan tuan rumah lagi, kemaluan sungguh.

aku tak tau berapa gol lagi Malaysia akan di LAUK lepas ni, Iran dan Uzbekistan.

haha kreatif. mmg bijak. :D

haha…dlm panas hati pikir pasal kalah 1-5, terubat jugak dgn kelawakanmu itu…huhu

baca ayat permulaan pun dah buat aku agak mesti ni bkn norizan bakar…
ayat gaya lawak antarabangsa… team M’sia je belum antarabangsa…
nasib baik aku tak menonton dari awal…

bila baca ayat kat atas, aku dah dpt agak ni bukan kerja norizan bakar…
ayat gaya lawak antarabangsa… team M’sia je belum antarabangsa…
nasib baik aku tak tengok dari sepak mula… kalau tak dah berbakul maki hamun agaknya…

ya. aku berharap seri untuk menumpang sebijik kerusi untuk permainan seterusnya.. uzbekistan menanti.. nuklear iran akan mereneh di setiap cebisan daging pemain-pemain malaysia kelak. aku setuju dengan ko. kemaluan yang tidak akan dapat ditutupi walaupun semahal mana seluar jeans yang mereka pakai.

Petikan Majalah Mastika Keluaran Julai 2007 (Ruangan Senyum Pisang)

1. Pemain bola sepak liga kebangsaan boleh mendapat hingga RM7000 ke RM8000 sebulan tapi main macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama 18tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi hanya menerima gaji permulaan RM1250 sebulan

2. FAM sibuk mencari punca terjadi pergaduhan dalam sesuatu perlawanan bola sepak negara ssdeangkan setiap pasukan diberi gelaran nama binatang (tok gajah, seladang, tenuk, babun dan sebagainya.)

tapi kan mael…rasa kurang seri jer bila entri kali ni tak diserikan dengan gegambar yang biasa mael buat tu…biasa ada gambar awek, Mr Bean dan macam2 gambar…
camner yer entri den dan chot leh naikkan bonus mael tu?kurang paham…

Aku tahu dah, stail ejaan/tulisan cam tu takkanlah Encik Norizan Bakar yang tulis. Apa² pun tengoklah juga perlawanan yang mendatang ni.

bukan bonus mael adila, bonus norizan bakar…. ‘bukan’ mael yang tulis tuhh

aiksss.. komen aku kena spam ker… aiyakkk….

bukan bonus mael adila, bonus norizan bakar. “bukan” mael yang tulis tuhh.

kalo cam ni, ntah2 malaysia tunda lagi target ntuk masuk piala dunia. hari tu dah tunda dah..

hehe…
tunda ke tak l….
malu nak taip dan sebut perkataaan tu..

mak aku membuat keputusan drastik menggunakan kuasa vetonya dengan menukar channel tv tatkala m’sia dibelasah 2-0. jika tidak, pasti lebih banyak sumpah seranah yang kuar dari mulut aku dan secara tidak langsung menambah dosa2 ku yg sedia ada nie….huuhuh.. mekasih mak.. u’re the bset.. ;)

* aku agak m’sia akan kena 10 - 0 ngan Iran pulak lepas nie..

nasib baik ada yang tukor cenel kan…kot tak melopong la dok nengok orang kita kena belasah dengan teruknya…anyway…tahniah atas game yang menjadi sebutan tu…
hoho…10-0
sampainya hati…

Terima kasih En. BAKAR Norizan atas temubual terbuka ini.
Majulah Sukan Untuk Negara (untuk poket sendiri)

aku hanya sokong pasukan bola sepak negara malaysia apabila FAM dibubarkan….

saper la yang naik lepas ni…nampak gaya memang nak kena bubar pun..

betullah adilla, tak ada gambar pembuka selera..

Selalunya ada gambar yg boleh buat sejuk mata memandang…

nasib baik saya pula menukar channel masa ayah saya sedang tgk bola…saya dah selamatkan ayah saya dari tak tido lena…haha

Terasa seperti membaca berita di tgh2 malam pula, walaupun saya membacanya di waktu pagi..ada feel..

ha..tengok tu mael…aarin pun setuju dengan den.
seri tu…penambat hati…pembuka selera….penyejuk mata

tak semangat aku tgk bola aritu.
buat abih suara je sorak (aku tipu).

nasib baik den tak sorak pun…cuma teruja sikit jer masuk m’sia masuk gol…lepas tu…rasa nak lena melebihi segalanya….

itulah dia sukan dari mael yang cukup popular masa kini. jika bukan norizan bakar. siapa lagi kalo tidak namanya mael with the blog…

adussss….kelepek…kne tpu idup upenye aku…hahaha…aku mmg xtgk bola2 nie…ag2 yg mesia nye…wat sakit ati…nk tdo mlm pastu kompem aku xlena…lam ati asek menyumpah2…xpuas ati…dr sakit ati…baek aku xyah nengok…

entry ko ni termasuk dlm entry aku hari ni….kenyataan coach m’sia mmg sama sejak zaman 90an lg…mcm ko ckp ikut skrip…

same la kite.. drp dpt dosa dok kutuk2 orang lain.. baik tak tengok..

bukan takmo support.. tapi dari dulu dok support.. kalo ade hasil yg menggempakkan.. semangat sikit nak teroskan..

in the end… kite lom sedia lagi..

hahaha! good one!

aku dah agak dah.. cara ko tulis aku dapat tahu..

aku pon tak tgk.. hehe.. aku tgk blog aku je dan apa aku haruskan dgn blog aku dan web baru aku.. heheh..

mmg teruja bila masuk gol, tapi nak dibandingkan ngan 5 gol tu rasanya teruja tak sampai pun seminit..

Kesian coach Norizan…
janganlah kutuk lelebih..
kesian dia..
dah pemain main camtu nak buat camne kan..

ingatkan btul-btul norizan bakar yang tulis… :P

alahai… sapo lagi nak sokong kalo bukan kita yang sokong. sokong jangan tak sokong… jangan terlopong dah laaa.

belum ada rezeki lagi… satu hari nanti pasti malaysia boleh menjadi juara.

Kita bukan tak sokong. Pasukan Malaysia tetap menjadi sokongan gua sejak zaman dulu lagi. Gua harem tak into ngan team2 luar seperti Juventus dan Liverpool. Bagi gua, pasukan tempatan jugak yang berhak diberi sokongan yang tak berbelah bahagi.

Tapi kalau dah asik tewas je apa cerita?

Rilek coach, dalam metro lu punya “Awas China” buat gua bersemangat. Mungkin kalau script kekalahan ditulis oleh Razak Mohideen ia akan lebih menjuruskan kepada aspek komedi dan membuatkan lebih ramai orang naik darah.

Bila nak menang da..?

sentiasa menunggu saat kemenangan…sampai dah mula naik boring….

kalah sekalipun kena berikan sokongan. esok lusa ada rezeki mereka akan menang jugak laaa. sokongan kena ada untuk meraih kemenangan untuk masa depan.

jadikannya ia sebagai pengalaman yang berguna. kalu taknak ambik pelajaran lagi tak tau nak kata apa daaaaa…

mawi nak cemburu buat apa? biarkan mawi dengan lagunya itu…

mawi kan masih ada 4 kuota lagi… dia pasti ada pilihannya yang tersendiri… jangan risau laa

saya taknak tunggu bila nak menang. saya nak tahu bagaimana malaysia akan menang. sampai bila2 pun kita tunggu takkan ada hasilnya bila nak menang.

mereka perlu lakukan sesuatu untuk menang. itulah ragam dan fenomena bolasepak negara.

bagaimana mereka nak latih penjaga gol agar lebih profesional lagi?

alaaa klik aje laa dalam entri yang ada tu… ada gambo yang bleh dijenguk. jangan degil dah laaa macam cerita untuk orang dewasa tu…

apo hal??? adesh…

jangan sekali-kali degil. kalo degil jugak sumbat dalam mesin basuh je… cuci sama mesin basuh…

oh boringnya bila malaysia tak pernah kalah untuk menang… bagaimanakah mereka akan menang? siapakah yang akan membawa malaysia untuk menang berkali-kali?

sukar dipercayai kah? mouse zaman moden? terlalu ikut perasaan hati nurani. huhu… mouse itu aje yang ada. mana nak cari mouse lagi… dah sebijik rupa dia. itukah cerita orang dewasanya? jangan mengada-ngada jika anda bukan orang dewasa…

begitu sekali gajinya yang lumayan? nampaknya semakin banyak lah sketsa kekalahan malaysia akan dperkatakan dengan panjang lebarnya…

sebab2 kekalahannya adalah gaji yang lumayan.

kalo gitu sayapun nak main bola jugak. sepak dan dapat satu gol dapat gaji 7000. tak dapat sepak gol dapat gaji 7000 jugak?

kaloo gitu buat gaji untuk yang bleh sumbat gol aje laaa. lepas nih pasti berebut2 nak sumbat gol sorang satu…

takder gol takder gaji.

lepas nih bleh bagi nama teknologi pulak laa,

pc harimau….? boleh?

berapa kali mau tunda? kalo tunda lagi lama lagi best. bleh berehat lama sikit. menang atau kalah gaji tetap jalan seperti biasa.

bayangkan jika takder gaji dan jika tiada gol. siapa yang nak main bola lagi?

mael nak main bola?

kalo begitu kita buat satu skrip bola malaya yang kalah teruk. mari kita cari tajuk yang sesuai. bola malaya semacam lawak senario. kalo anda kata lawak senario hampeh. bola malaya lagi hampeh. menyusahkan ramai orang…

lawak senario ada vcdnya dan filemnya..

bila nak buat filem lawak bola malaya? pelakonnya adalah team malaya dan geng senario…

mari kita buat filem lawak bola malaya…

dan calonnya yang sesuai adalah encik razak atau encik mael atau afdlin shauki atau yusof haslam….

saya sendiri pun boleh…

bleh buat skrip xxray senario bola lagi. lagi best tengok senario bola. rasanya dah berjanggut tuanya menunggu malaysia nak menang berkali-kali dan berkali-kali lagi…

eh mael captcha ada tak…. dah lebih dah nih. tak kena kompaun ker?? ngah3…

memang patut kena bubar. selalu kalo PM negara lain tak kena gaya kena buang dari jadi PM. patutnya kalo dah kalah teruk macam nih baik bubar je terus. gantikan dengan orang yang betul2 nak main bola bukan sekadar main2 hangat2 telur ayam aje…

hangat2 telur ayam? macam pernah dengar tu…

bila nak bubar? bila mereka nak letak jawatan?

haha… cerita terhangat yang dikupas oleh mael telah dikupas lagi dan lagi oleh bloggers yang lain. memang begitulah gayanya bloggers yang ada dengan gayanya yang tersendiri memberikan komentar berkenaan bola yang cukup parah sekali masa kini.

jom kita petik cerita terhangat dengan gaya penulisan yang tersendiri. mana tahu bleh jadi popular macam mael yang sedang popular ini. thanks mael, tips yang bagus… memang bagus encik mael ni…

nak grab news apa yer utk dikupas-siatkan???

haha… lawan futsal pun belum tentu mereka akan menang dan menang lagi. bola oh bola kenapa engkau bulat? kalu empat segi lagi tak menang tangan dibuatnya…