Bila Larut Malam #03

Seharusnya entri ini aku terbitkan lewat malam tadi, tetapi atas kerana bekalan elektrik di’kampus aku dengan tiba-tiba terputus, aku tidak dapat menekan punat ‘Publish’. Di petang Jumaat yang sungguh ceria seperti mahu hujan di’sini, aku persembahkan Bila Larut Malam edisi ke-3. Enjoy!
Antara penyapu, budaya & prestasi kerja
Negeri tumpah darah aku, Selangor bikin gempar awal minggu ini bila kerajaan pimpinan Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menghadiahkan anugerah khas berupa penyapu kepada Pejabat Daerah dan Tanah Hulu Selangor serta Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS) atas alasan kedua-dua PBT tersebut gagal mengutip hasil cukai dengan cemerlang. Pagi itu, bila aku membaca berita ini, aku agak terkejut bercampur perasaan gelihati.
Terkejut kerana gambar penerima penyapu ini terpampang jelas di’dada akhbar, gelihati kerana ini’lah pertama kali dalam seumur hidup aku, aku mendengar penganugerahan sebegini di’Malaysia. Jika di’Barat sana, mereka sudah biasa dengan anugerah-anugerah memalukan sebegini kerana mereka sudah tiada nilai budaya. Di’sini, di Selangor khususnya yang dicanangkan sebagai negeri termaju di’Malaysia, memulakan budaya memalukan begini. Aku sebagai anak jati Selangor turut berasa malu dengan tindakan mereka. Datuk Seri Dr. Rais Yatim hari ini berkata, tindakan kerajaan Selangor itu tidak wajar keraja PBT bukan hak mutlak kerajaan negeri. Apa cerita?Walaubagaimanapun, dari sudut positif (bak kata Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo), anugerah sebegini sebenarnya dapat menyuntik satu fobia di’kalangan pegawai kerajaan untuk bekerja dengan lebih tekun dan cemerlang. Apa kata anda?
Perhimpunan BERSIH & sejarah di’sini
Entri tulisan aku berkaitan Perhimpunan BERSIH tempohari telah mencatat sejarah untuk Mohd Ismail dot Com sendiri. Tidak berniat untuk mengaut apa-apa keuntungan, entri tersebut telah menerima 141 komentar dari pelbagai pihak & sudut pandangan. Terima kasih aku ucapkan. Ada di’antara pembaca yang menggunakan nickname anonymous kerana mereka takut akan bermusuh dengan aku. Ini aku mahu jelaskan, aku bukan seorang manusia yang mahu putus sahabat atau bermusuh kerana ideologi yang berbeza. Perbezaan pendapat itu’lah yang memeriahkan sesuatu persahabatan. Aku hormati pendapat semua orang walaupun kita berbeza. Aku tidak kisah jika kau katakan aku bodoh atau dungu apabila menulis kerana itu pendapat kau. I am what I am. Kita masih kawan & masih boleh menikmati rangupnya roti canai, hangatnya teh tarik bersama. I love you!
Komuniti MyBlogLog cecah 200 orang!
Satu lagi pencapaian Mohd Ismail dot Com yang aku banggakan. Walaupun bukan menerima keahlian secara rasmi di’sini, tetapi ahli komuniti MyBlogLog untuk Mohd Ismail dot Com telah mencecah 201 orang hari ini. Target seterusnya, 300 orang. Bawa rakan-rakan, saudara mara, sepupu sepapat, anak jiran, kawan lama, musuh politik, adik girlfriend/boyfriend, sesiapa sahaja untuk baca blog ini dan meriahkan lagi keadaan. Yang belum mendaftar, kau di’galakkan untuk mendaftar dengan MyBlogLog dan kau akan jumpa ramai teman baru. Ayuh!
Popularity: 9% [?]
Comment by nik2121 on 16 November 2007:
Wah… Tahniah Mael. Tahniah untuk segala-galanya! Hahaha…
Comment by Mohd Ismail on 16 November 2007:
owh terima kasih Nik.. :) ko da join belum? ha ha
Comment by sejuk on 16 November 2007:
off topics : mael thanks info untuk dslr tuh.huh weh bak dtg la gambar ko.email kat aku.kate nak icon blog.aku tgh free neh
Comment by Nazirah on 16 November 2007:
apa yang nak dimalukan? for the first time, i wud have to agree with khir toyo. kadang2 kita kene ada benda yg memalukan hidup kita baru kita dpt nak move on with life and learn something from our mistake. it’s like kalau kau buat silap and parents kau bagi hukuman.
cakap pasal punishment. aku ingt lagi ada satu kali di tingkatan 4, aku tak balik rumah (gi konsert apa tah). esoknya aku balik bapak aku kata dia tak benarkan aku tidur atas katil aku for 2 weeks. hahaha. and guess what, aku tak tidor pun atas katil for two weeks. punishment beb. hahah.
Comment by sejuk on 16 November 2007:
huhu mael.email gambar ko ek?aku nak wat icon.nway thanks info camera tuh
Comment by shambie adzhan on 16 November 2007:
oops, nanti aku kene kerja kat majlis daerah..
kene rajin2 ni, kalau malas nanti dapat penyapu!!
**kalau vacuum kan lagi best ;)
hehehe hi mael, aku kembali~
Comment by nik2121 on 16 November 2007:
Dapat penyapu ok what? Free tu… Kalau sempat, mintak tandatangan kat situ. Pastu jual dengan harga riban2. Sure ada org beli. Hahaha…
Comment by nik2121 on 16 November 2007:
Dah… X nak buat keahlian VIP ke bro? Hahaha…
Comment by Mohd Ismail on 16 November 2007:
ha ha.. keahlian VIP nak buat apa kat sini? download porno? ;p thanks Nik!
Comment by Mohd Ismail on 16 November 2007:
hi shambie! he he.. sibuk rupanya org dah keje gomen ni.. amacam? seronok keje? he he..
Comment by Fahmishah on 16 November 2007:
ada pro dan kontra bagi penyapu tu.pertama mmg btul’lah macam hilang nilai budaya tapi yang kedua sebagai pembalasan kepada mereka yang gagal.
Comment by Qaiyum on 16 November 2007:
Hidup Selangor!
Okla Tu Bagi Penyapu. Dibuatnya Bagi Berus Tandas. Kan Lagi Kejam..
Comment by beckzaidan on 16 November 2007:
sesekali jentik, apa salahnya. nak kasi elok kan…
Comment by nik2121 on 16 November 2007:
Porno? Wahaha… Silap hari bulan blog kesayangan ramai ni kene tutup. Naya r. Aku sayangkan blog ini. Muehehe…
Ala… Ko buat la stail penulis jemputan ke, ape ke. Cadangan je ni…
Comment by Wizurai on 16 November 2007:
bg aku, kalo bg penyapu atau bakul sampah tu bakan kali pertama aku dengar di Malaysia… kat sekolah selalu buat untuk kelas terkotor… cuma tak masuk akhbar je…
Comment by zaki on 16 November 2007:
Tahniah atas komuniti mybloglog yang begitu meriah….Well done…!!
By the way, aku setuju sgt kalau ada bagi award yang ala- ala mcm penyapu tu…very symbolik dan memang boleh kasi pengajaran pada byk orang. Lepas nie, kita tengok orang dapat ketip kuku, botol susu, puting susu, sapu lidi…..lesung batu, kuali etc….
Comment by CypherHackz on 17 November 2007:
weh mael, kau tukar domain ke ape?
Comment by Wizurai on 17 November 2007:
tukar domain ape ni? aku rasa tak…
Comment by zaki on 18 November 2007:
Itu maybe refer ke .net kut?!!! ye ke?
Comment by omarbahrin on 18 November 2007:
hahah …aku sekampung ngn ko..tp aku bukan anak jati selangor…
tahniah atas kejayaan perhimpunan bersih, kerana tidak tertumpahnya darah sesiapa…
tahniah mohdismail.com kerana mybloglog mencapai 200 ahli…bilalah aku nk jadi macam ni..wakakak
Comment by adib. on 19 November 2007:
jika masih boleh aku menghntar komen pasti lebih byk..
Comment by megat on 19 November 2007:
uih ramainya!? dapatkah aku mencapai ke tahap sedemikian!?
Comment by mixterr on 23 November 2007:
tahniah.. love u too.. wukakaka..
Comment by adila on 24 November 2007:
hm…ni mesti sibuk ngemas rumah…