Bila Menteri Besar Datang

Tajuk entri kali ini di’ilhamkan dari tajuk sebuah lagu band anak muda comel-comel yang sedang menjadi pojaan (yep, with ‘o’) hati segenap lapisan masyarakat Malaysia, termasuk adik perempuan aku — Bila Aku Sudah Tiada oleh Hujan.

Hari ini Menteri Besar Perak yang baru turun ke Parit Buntar. Acara yang bertemakan pemimpin bertemu rakyat menyaksikan beberapa aturcara yang di’susun dari lepas Zohor sehingga ke tengah malam. Dan, kesemua acara tersebut sepatut’nya di’hadiri oleh MB Perak ini, tetapi hanya satu aturcara sahaja yang sempat beliau hadiri iaitu pertemuan dengan kakitangan kerajaan.

Ucapan beliau bosan. Berisi tetapi bosan. Bukan aku bias dengan pemimpin dari Pakatan Rakyat. Ucapan Anwar Ibrahim best, Tuan Guru Nik Aziz juga best, tapi Nizar Jamaluddin — seperti mendengar ucapan dari pita kaset. Aku rasa ada baik’nya sessi ucapan keras beliau itu di’ganti dengan sessi soal jawab bersama kakitangan kerajaan. Sudah’lah berjumpa bukan selalu, sekali berjumpa masih perkara yang sama di’canang seperti sebelum pilihanraya. Dan, aku lihat Nizar Jamaluddin pada hari ini, tidak begitu murah dengan senyuman. Letih barangkali.

Malam itu, ada ceramah atau forum dengan pemimpin PAS dan sepatutnya Nizar Jamaluddin hadir sama. Beliau ada urusan lain di Ipoh & perlu pulang dengan segera. Tidak mengapa kerana wakil beliau yang memberikan hujah malam itu lebih menghiburkan berbanding ucapan beliau pada awal hari. Aku lupa sudah siapa nama wakil MB Perak ini.

Malam tadi sebenarnya sejarah buat aku sebab itu’lah pertama kali’nya aku menjejakkan kaki ke tapak ceramah/aktiviti/forum anjuran PAS seumur hidup aku. Dan, kerana itu’lah aku rasa agak janggal berada di’kelompok manusia yang majoriti’nya berkopiah putih sedangkan aku seorang memakai jeans+t-shirt+kamera sepanjang hari ke hulu ke hilir.

Sebagai persedian , aku rembat sehelai t-shirt hitam dengan tagline ‘Berpakat Untuk Rakyat’ untuk di’pakai jika ada majlis sebegini rupa di’masa hadapan.

Comments

32 Comments so far. Leave a comment below.
  1. Zik,

    Wah! bersemangat kau ambil gambar, aku dari mula beli gear tak tercapai hajat nak jadi fhotographer kat ceramah PR.

    • aku saja pegi amik gambar nak belaja2.. gila tak puas hati kalo shoot dlm dewan tu.. siling tinggi

      *ko ade gear zik, bawak2 la kuar selalu.. kene pakai selalu tu, nnt dia merajuk, naya..*

  2. rajin betul ko follow mende2 cenggini.

    jeans+t-shirt+kamera – ni unifrm rasmi ko ke?

    bile ko nk amek gamba aku lompat2?

  3. Aku masa ada pidato PAS kat tmn rumah aku, aku sempat beli sticker tampal kat motor dengan keychain.hahaha

  4. aha, hadir jugak ko kat ceramah parti ye. haha.

  5. azraai,

    standard-standard ucapan pemimpin dari aliran sains, berisi tapi bosan, straight to the point.

    itu biasa. kalo nak dengan ucapan best penuh dengan metafora carilah org kaki putar alam. itu mmg tergelak tak tahan nnt.

  6. zen,

    aper “air cerita” MB perak yg baru masa ceramah tuh mael….pasal harga beras ker

  7. hairul,

    Rembat t-shirt je ke Mail? Kopiah putih kau tak beli sekali ke? =)

    Nanti ko paparkan gambar ko berkopiah putih, dengan baju “Berpakat Untuk Rakyat” ye…

  8. ramai sungguh org muda pie jengah forum kopiah putih yea? :)

  9. sebut bab kopiah ni,teringat aku masa kecil2 dulu,mak aku penah pakaikan aku serban siap ngan jubah lg.huhuh

  10. bestnyer dapat ramai2 berkumpul ngan mb :)

  11. tok guru (nik aziz) memang best bile beliau berceramah. kat sini (kota bharu) tiap2 hari mggu mmg beliau akn bg ceramah agama kat depan bngunan pas..datanglah beramai2..haha

  12. zool,

    Hm.. rumah aku dekat je dengan markas PAS.. Selalu gak ada ceramah.. tapi nak pegi tak berapa berani.. Almaklumlah kita kakitangan kerajaan..
    Kang kena tangkap susah nak menjawab

    • oh ye? kakitangan kerajaan ade batas2nye kalo pergi veramah pembangkang gini? hihi.. aku tgk semalam ade je pensyarah usm aku kat sana.. relaks je.. ha ha

  13. nUUr,

    wah smpei kesana nik aziz ak.hoho.
    p/s: sonok men kamera nmpk.berbaloi la spend kn

  14. asx,

    ahah! . aku juga di sana! . Aduyh . x perasan lagi kau. haha . betol . memang bosan mb perak berucap cuma ada yang best juga .
    Anwar , biasalah , bercakap memang no.1 .

  15. akulah,

    Ada sebosan ceramah Pak Lah tak?..:D

  16. Aku paling tak suke shoot indoor,kakakakak…perlukan setting yg betul dan surelah speedlite. :p

  17. Sapelah pensyarah usm yang pergi ceramah tuh. Haha. Kalau pensyarah usm kimia, boleh agak jugaklah sape yang pegi. hoho

  18. pejaddahnya seorang pelajar bikin di program ceramah PAS…bukankah mitos mengatakan bahawa jika seoragn pelajar universiti ditangakap di kawasan larangan ini dia akan di prosecuted di bawah akta AUKU….tidak takutkah anada dgn ancaman in>???

    • secara tidak rasmi’nya, aku sudah graduate akhir bulan April.. so xde masalah rasanya.. =) lagipun program ni program pemimpin dengan rakyat sebenarnya.. bukan PAS dengan rakyat.. =)

      tp biasak la.. nama acara tu sebagai topeng je =) isi’nya masih sama..

  19. Klu ak pandai bercakap, tak lama la nmpknya kat kerusi panas nih. Tapi takpe, tunggu, tngk samada dia bagus tak menjalankan tugas

Add Your Comments

Required
Required
Tips

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <ol> <ul> <li> <strong>

Your email is never published nor shared.

Ready?